Monday, August 30, 2010

Perkauman UMNO

Selepas peristiwa nama Lim Guan Eng dikaitkan dengan doa khutbah Jumaat di P.Pinang sehingga membawa kepada beberapa laporan polis ke atas KM itu. Misi UMNO menggunakan sentimen agama dan kaum bagi menimbulkan rasa benci kepada pemimpin PR yang bukan Islam terus menjadi-jadi.

Beberapa ulasan ke atas peristiwa tersebut kadang-kadang menunjukkan kejahilan UMNO kepada agamanya sendiri.

Minggu ini. Kunjungan Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu pula menjadi 'senjata' tajam UMNO dalam usaha menibulkan rasa kebencian kepada pemimpin-pemimpin PR yang bukan Islam.

Secara tersurat ia dilihat senjata politik. Walaubagaimanapun, jika dilihat secara tersirat. Ia adalah modal UMNO untuk menimbulkan rasa kebencian teramat sangat orang-orang Melayu pada bangsa Cina terutama dari PKR dan DAP.

Selepas menjerit-jerit isu 'Ketuanan Melayu' kepada PAS. Ia tidak laris. Maka senjata terakhir UMNO adalah perkauman yang diapi-apikan. Hal ini. UMNO memang sentiasa ada rekod memenangi pilihanraya umum dengan menggunakan isu perkauman. Tahun 1969 dan 1987.

Samada benar atau tidak. Anda boleh tentukan.

Samada boleh atau tidak bukan Islam memasuki ruang solat juga anda sendiri boleh tentukan. Beberapa pendapat ulasan. Mencerminkan kewajaran perkara itu. Boleh dan tidak. Bagi yang berhawa nafsu politik 'perkauman' maka kedatangan YB Teo Nie Ching itu dilihat memberhaya sehingga membawa kepada implikasi perpecahan umat Melayu terulung abad ini. Shahrizat Jalil me;ahirkan rasa khuatir kepada hal ini.

Bagi yang menggunakan nas agama seperti Dr. Asri Zainal Abidin dan Mufti Selangor. Melihat kepada kebaikan yang tidak ada salahnya bagi kunjungan bukan Islam ke dalam masjid atau surau. Namun, mereka juga meletakkan pandangan yang berhati-hati dan tidak perkauman sebagaimana UMNO yang jahil hal agama itu.

Sejarah Nabi Muhammad SAW sendiri. Memetik beberapa peristiwa Rasulullah SAW dikunjungi bukan Islam di dalam masjid yang berbincang hal-hal bangsa Arab dan politik di dalam masjid. Bahkan. Saidina Umar al-Khattab sendiri ketika melawat tempat ibadat bukan Islam dipelawa solat di dalamnya. Namun, beliau menolak bagi menimbulkan implikasi lain. Kisah ini menggambarkan betapa Islam dan bukan Islam mempunyai toleransi yang jitu.

UMNO sentiasa membenci kebaikan umat Islam dan bukan Islam terutama menerusi PR. Entah mengapa. UMNO begitu benci sekali keharmonian masyarakat Islam dan bukan Islam dalam Pakata Rakyat. Mereka begitu marah apabila ada wakil rakyat bukan Islam yang menyebut kehebatan Umar Abdul Aziz, benci sekali ada bukan Islam dari DAP memetik surah al-Quran, marah sekali jika ada khatib membaca doa dibukakan pintu hati ketua kerajaan bukan Islam memeluk Islam, marah sekali jika ada Ahli Parlimen bukan Islam memasuki masjid dan menyampaikan ucapan di dalamnya.

UMNO tidak suka hal itu semua. Tidak gemar bagi mereka bukan Islam menyukai Islam dan pemganutnya.

Sepanjang 52 tahun UMNO bersama MCA dan MIC. Apakah ajaran Islam yang diajar kepada dua parti bukan Islam tersebut bagi menyenangi Islam?

Sudahlah pemimpin UMNO tidak ajar kepada MCA dan MIC. Bila PAS tolong ajarkan kepada DAP hendak marah pula!


Rosmah Mansor menyampaikan ucapan di dalam masjid tanpa menutup aurat. Apakah beza beliau dengan YB Teo Nie Ching?


Putera Hakoon dan Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah pada 10 Mac 2010 tanpa menutup aurat. Mereka juga adalah bukan Islam.


"Menurut sejarah, semasa RasuluLlah s.'a.w. di Madinah, RasuluLlah tidak menolak kunjungan golongan Yahudi dan Nasrani menemui baginda, walaupun baginda berada dalam Masjid Madinah. Mereka yang datang itu sama ada meminta penjelasan, mohon keadilan atau urusan pentadbiran dan lain-lain. Difahamkan dari peristiwa tersebut, tidaklah menjadi halangan dalam Islam membenarkan pertemuan dalam masjid dengan tujuan yang baik selain dari Masjid Al-Haram, di Makkah Almukorramah"- Surat Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid kepada JAIS bertarikh 9 November 2009.

Berkaitan:
It's UMNO sensitivity, stupid!
Nik Aziz: Jahil agama punca polemik
Asing adat dan hukum hakam
Kalaulah UMNO ada di zaman Nabi
UMNO, sila tengok gambar bukan Islam memeriahkan masjid di luar Malaysia

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya

Tahun lepas. Sewaktu raya menjelang tiba. Saya mendapat perkhabaran yang sangat istimewa dari pihak bank. Masa tersebut. Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya. Waktu terdesak sebegitu. Bank membantu dengan memberi sekeping 'kad' yang ada nilai duit di dalamnya.

Setahun berlalu. Keadaan dan masa agak sama dengan apa yang berlaku. Kembali dihimpit permasalahan yang sama. Lubang lama belum dikambus. Terkorek pula lubang baru. Tetapi yang ini. Lebih memberhaya dan berisiko tetapi penuh etika dan nilai tersendiri.

Sebagai penjawat awam. Urusan dengan pihak bank menjadi bertambah mudah dan senang. Ditanya, 'di mana kerja, encik?'...Saya kerja Badan Berkanun. Senyum lebar Pegawai Bank. Macam-macam ditawarkan kepada saya menjelang Aidilfitri kali ini.

Semua saya tolak!

Saya ada sasaran sendiri. Tidak menganggu sesiapa lagi kali ini.

Kawan saya cakap dah approved. Tetapi belum 'akad jual beli' lagi. Mungkin dalam masa terdekat. Dia cakap jugak. Jangan terkejut. Boleh pi sampai maksimum. Hang muda lagi Zul. Boleh buat sampai 20 tahun.

Itu kata dia. Bukan saya.

Yang pasti puluhan ribu dalam kepala sekarang!

Tuesday, August 24, 2010

Siasat, jangan tak siasat!

Saya sokong penuh Polis P.Pinang menubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat khatib yang menggunakan nama Lim Guan Eng sebagai nama dalam doa dalam khutbah Jumaat yang lalu. Saya sokong 100% usaha polis yang cekap, betul dan mesra itu!

Kehebatan polis P.Pinang sangat terserlah melalui Ketuanya yang memandang serius akan perkara tersebut di dalam media massa semalam. Bahkan, tanda-tanda awal Lim Guan Eng akan disalahkan sebagai 'pemecah belah Ketuanan Melayu' juga begitu ketara.

Laporan awal yang bermula berkaitan dengan bacaan khutbah yang dianggap menyalahi peraturan Majlis Agama Islam mula menjadi bait-bait kepada perkauman.

Slogan berkaitan 'menghina YDPA dan TYt' juga kedengaran begitu ketara oleh pelapor kepada media massa. Beberapa jemaah masjid berkaitan begitu terserlah 'kesayangan' mereka pada YDPA dan TYt serta rukun-rukun khutbah Jumaat tidak dapat diselindung lagi.

Mereka begitu hebat.

Khatib yang dimaksudkan akan membuat penjelasan dalam masa terdekat. Apakah doa yang dimaksudkan beliau dan apakah isi kandungan doa ucapan beliau yang menyelitkan nama Lim Guan Eng yang bukan Islam itu. Mengikut tafsiran ulama UMNO. Doa kepada bukan Islam haram sama sekali!. Mendoakan kesejahteraannya juga tidak dibenarkan.

Ingatkan mereka dengan doa Rasululullah SAW kepada Allah SWT bagi membuka pintu hati Umar al-Khattab memeluk Islam. Doa tersebut ditujukan Muhammad SAW betul-betul sasarannya kepada Umar al-Khattab yang belum Islam lagi ketika itu. Sirah Nabi wajar dijadikan panduan kepada kita.

Sementara menunggu penjelasan khatib terbabit. Kita wajar memohon jasa baik polis di Selangor Darul Ehsan melengkapkan siasatan mereka dalam hal ehwal agama yang meliputi masayarakat. Apa pula kesalahan kepada sebuah parti politik sebegini yang mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin kepada seorang calon pilihanraya mereka bagi memperoleh keredhaan Allah SWT memenangkan calon parti mereka.

Bukan sahaja polis patut menyiasat. Tetapi Majlis Agama, Mufti dan Majlis Raja-raja juga wajar mencongak bersama!


Berkaitan :
Solat hajat dan bacaan Yassin untuk Kamalanathan tak boleh disiasat
Asri: Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera
PM mahu isu khutbah disiasat sepenuhnya
What does UMNO Penang fear?
Polis Pulau Pinah tubuh pasukan khas siasat isu khutbah

Saturday, August 21, 2010

Dirham, Dinar pun nak dibalun: Mengapa UMNO terlalu dengki khianat dengan Kelantan?


Oleh: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru.

Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah Kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila Kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.

Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam Kerajaan Kelantan. Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno-BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain.

Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Dato' Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem 'barter trade'. Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.

Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa.

Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan.

Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Jika kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang timbalan menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan 'gold coin' yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu?


Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00.

Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha Kerajaan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami.

Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah.

Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, sila datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”

Khutbah Jumaat

Nama KM Pulau Pinang sekali lagi menjadi agenda UMNO dan Utusan Malaysia. Kali ini senjata perkauman tersebut dihalakan dengan melibatkan masjid dan khutbah Jumaat. Kononya, ada beberapa masjid di Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Kepala Batas. Melalui khatibnya, telah menyebut nama Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua bagi menggantikan nama YDPA dan TYT sebagai Ketua Agama Negeri.

Belum ada sebarang laporan atau siasatan. Baru tuduhan semata-mata oleh Pengerusi UMNO P.Pinang, Zahid Hamidi. Beliau yang menuduh dan mengeluarkan kenyataan itu. Laporan atau siasatan belum ada. Namun demikian. Ia tidak menghalang sama sekali Utusan Malaysia, RTM dan TV3 membuat laporan seolah-olah ia benar-benar berlaku dan memang terbukti berlaku. Ramadhan tidak sedikit pun menghalang 'mereka' menabur fitnah jahat dan amalan politik murahan seumpama ini.

Berita Utama di TV3 dan RTM ada menyiarkan beberapa individu yang kecewa dengan situasi tersebut. Biadap, kurang ajar, gila kuasa, hina Islam dan lain-lain dihamburkan ke dalam televisyen oleh mereka. Sepanjang laporan itu juga. Tiada nama Imam disebut, Khatib yang membaca khutbah juga tidak disoal media atau menyebut namanya. Bahkan, nama masjid di tiga tempat dakwaan Zahid Hamidi itu juga tidak didedahkan.

Pelik.

Mengapa pelakon utama seperti Imam, Khatib, Siak, Bilal atau sekurang-kurangnya jemaah pada hari Jumaat terbabit ditemuramah oleh RTM dan TV3.

Nama masjid juga tidak disebut bersama.

Betulkah ada?. Atau ini polemik UMNO bagi menimbulkan rasa kurang senang pengundi Melayu terhadap Lim Guan Eng?. Senjata perkauman ini boleh tentu memakan tuan dan diri sendiri. Selepas isu bazar Ramadhan di Komtar. Nampaknya, permainan UMNO terhadap isu perkauman masih lagi menjadi sasaran mereka.

Sampai bila?

UMNO sebenarnya gagal mencari kelemahan Lim Guan Eng dalam isu pentadbirannya di Pulau Pinang. Mereka gagal untuk mengaitkan Guan Eng dalam isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, salah guna wang negeri, mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga, membolot projek atau ketidakseimbangan kaum di P.Pinang. Secara sedar, Guan Eng dilihat begitu bersih dalam amalan pentadbirannya di kerusi KM tersebut. Kegagalan UMNO untuk menjatuhkan PR di P.Pinang atas isu rasuah dan salah guna kuasa memaksa mereka menggunakan pendekatan perkauman sejak P.Pinang di perintah oleh DAP.

Sejak hari pertama selepas Mac 2008. Senjata UMNO adalah perkauman. Mengapa?. Itulah sahaja modal yang ada.

Tidak malukah kita dengan amalan politik bersih seorang KM sehingga musuh politiknya tercari-cari kaedah yang sesuai bagi menjahanamkan krarier politiknya?

Bagaimana dengan tuduhan rasuah terhadap MB Melayu seperti Khir Toyo, Shahidan Kassim, Idris Jusoh, Ali Rustam dan Muhyiddin Yassin. Mereka sentiasa dilihat tidak bersih dan tidak terpisah dengan kekayaan diri dan amalan rasuah.

Tidak malukah kita?

Hari ini. Akibat tidak dapat melawan secara 'jantan'. UMNO yang dilihat semakin terdesak dan mendesak. Selain bantuan NGO Melayyu di P.Pinang dan bantuan tulus ikhlas dari Utusan Malaysia, RTM dan TV3. Seia dan sekata. Mereka menggunakan isu perkauman yang memaksa masyarakat mencongak mata melihatnya.

Saya yakin dan percaya. Individu yang mempunyai nilai akademik yang tinggi. Tidak termakan senjata ini.

Senjata murahan dan politik perkauman sebegini tidak lagi diterima masyarakat cerdik pandai di Georgetown dan Butterworth.

Sebaliknya. Kita sedia menerima KM yang walaupun tidak Melayu. Tetapi tidak bangsat seperti MB dan KM Melayu!

Berkaitan:
Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi
Mufti teliti isu khutbah
Khutbah: PAS sokong siasatan rapi
Waspada tiupan api perkauman UMNO Bn
PAS ganti UMNO jadi teras politik Melayu

Thursday, August 19, 2010

Penyangak vs Pelakon Lucah


Beberapa hari ini berlaku sedikit kekecohan antara Muhyiddin Yassin dan Chua Soi Lek. Lebih menarik jika disebut antara UMNO dan MCA. UMNO dan MCA bukanlah rakan baru seperti PAS dan DAP. Mereka sudah berkawan lama. Sejak belum Merdeka sehinggalah saat ini. Sejak kita Tanah Melayu mengenali UMNO dan MCA sebagai Perikatan. Yang membawa lambang Kapal Layar sebagai bendera parti hinggalah ke lambang Dacing. Yang disebut Barisan Nasional hari ini.

Dalam politik. Kawan lama atau kawan baru. Kadang-kadang bertembung juga prinsip dan pendekatannya. Tidaklah ia satu yang menghairankan. Suasana politik memang begitu. Kawan boleh jadi lawan. Lawan kadang-kadang menjadi teman. Dari sahabat putus terus. Dari tidak kenal boleh berbual mesra. Begitulah suasana politik.

Jadi tidak hairan juga kalau PAS dan DAP selalu juga bertembung. Baru sahaja mengikat tali bersama. Boleh merampas 5 negeri di Malaysia. Tunggulah sedikit masa lagi. Gabungan Lim Guan Eng-Nizar Jamaluddin mampu memerintah negara.

Tambahkan UMNO pun berlawan dengan MCA.

Muhyiddin memang kurang senang kalau ada Cina di Malaysia yang bercakap soal orang Melayu. UMNO pun begitu. Pantang sungguh pada UMNO kalau ada cadangan-cadangan dari mana-mana pihak termasuk PAS atau PKR sendiri bersuara soal Melayu. Inikan pula Cina. Bertambah-tambahlah berang si penyangak pasir di Johor itu. Seolah-olah. Isu Melayu adalah isu UMNO. Hanya UMNO yang layak menyebut, membincangkan atau melaksanakan apa-apa sahaja tentang pembangunan Melayu. Hak eklusif itu diperolehi UMNO melalui tipu dayanya selama 52 tahun sejak merdeka.

Jika begitu. Maka layaklah kita menyalahkan UMNO sekiranya Melayu memang lemah sekali dalam beberapa aspek di Malaysia. Bahkan, masalah pembuangan bayi, dadah, zina, pelacuran, arak dan lain-lain masalah sosial yang melibatkan Melayu wajar disalahkan kepada UMNO. Bukankah hak eklusif Melayu itu hanya pada UMNO?. Mana mungkin yang baik sahaja untuk UMNO. Yang buruk juga tentulah pada parti yang mengakui ketuanan bangsanya itu.

Apabila Chua Soi Lek menyebut berkenaan liberalisasi ekonomi terhadap Bumiputera. Yang mahu ekonomi negara dilihat aktif dan bersaing. Penipuan projek kontraktor kelas F yang di 'ALI BABA' kan juga kepada bangsa lain juga adalah kritikan Soi Lek. Soi Lek juga menyebut berkenaan penjualan AP yang terlalu banyaknya kepada orang Melayu itu.

Apabila disebut Melayu pada pengamatan Chua Soi Lek yang juga pernah berlakon dalam filem lucah itu. Perlu difahami ia bukan Melayu secara keseluruhan banyaknya. Melayu yang dimaksudkan Chua Soi Lek adalah Melayu UMNO atau pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO. Maka begitu jadinya. Kita Melayu yang lain-lain tidak perlulah risau atau bimbang tentang kritikan Chua Soi Lek tersebut.

Agenda perkauman adalah senjata UMNO dan BN. Hal ini bagi meningkatkan semua undi mereka pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sketsa dan drama ini adalah ulangan kepada Tragedi Operasi Lalang 1987. Pandangan Chua Soi Lek akan dipetik Utusan Malaysia. Dan keesokkannya. Utusan Malaysia juga akan menjadi lidah rasmi UMNO bagi menekan dan melawan kenyataan Chua Soi Lek itu. Akan timbullah pelbagai tajuk bagi mengapi-apikan masyarakat Melayu. Menanam kebencian terhadap kaum lain atas apa yang disebut oleh Chua Soi Lek itu.

Benarkah orang Melayu tidak bersedia dikritik kaum lain terutama Cina?

Berjayakah kita orang Melayu sehingga langsung tidak dapat ditegur oleh mana-mana pihak?

Disaat kita melaungkan 'Hidup Melayu' dan 'Ketuanan Melayu'. Menyebut kaum ini, kaum itu semakin melampau. Menuntut yang bukan-bukan. Mengkritik parti-parti Cina di Malaysia seolah-olah mereka komunis dan pengganans. Ada pemimpin Melayu menyebut kaum itu pendatang, kaum ini menumpang. Sebagaimana yang berlaku di sini. Berucap berapi-api dikhalayak. Cina begitu, Cina begini.

Dalam saat begitu. Apabila ada pemimpin Cina memohon liberalisasi ekonomi di Malaysia bagi meningkatkan keupayaan ekonomi negara. Mengkritik dasar ekonomi yang berlandaskan kaum. Menekan dan tidak adil. Kita marah?. Mengapa?.

Bukankah kita memang lemah ekonomi berbanding Cina. Hendak malu apa?. Cina nasihat kita. Mengkritik dasar kita yang tidak adil. Memberi pandangan tentang Hak Keistimewaan Melayu. Kita melenting?

Waktu kita menyebut itu dan ini di muka surat hadapan Utusan Malaysia. Apakah kita jaga perasaan mereka?.

Kalau kita mengata orang boleh. Apa salahnya orang mengata kita pula.

Jarang sekali kaum Cina mengadakan demo itu dan ini bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka. Tetapi, mereka membalas dendam ke atas keceluparan pemimpin Melayu dengan menguasai ekonomi secara menyeluruh. Mereka menguasai barangan-barangan keperluan di Malaysia. Menjadikan orang Melayu sebagai mangsa yang bernama pembeli dan pengguna. Anak-anak mereka hebat dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Menguasai bidang Perubatan dan Kewangan di universiti di Malaysia. Memperok-perandakan kita dengan akal dan tipu helah ekonomi secara berterusan. Mengusai perdagangan dengan sempurna. Berupaya mengugut kerajaan untuk menaikkan harga barangan. Menjadikan pemimpin Melayu sebagai 'lembu' yang menjana kewangan. Ditarik ke sana dan ke sini. Maka. bertambahlah bacul kita dihadapan Cina.

Mereka tidak melawan kita dengan demo dan piket yang membabi buta. Mereka tidak membakar gambar pemimpin kita. Mereka juga tidak pernah mengkritik Melayu secara terbuka. Tidak mengarak kepala lembu atau membakar surau dan mussola. Itu kecerdikan Cina.

Yang bodoh adalah kita.

Saya sering menyebut. Jangan jadikan semua perkara sebagai 'politik perkauman' seperti UMNO dan MCA. Mereka mengaturkan gerak kerja bagi menujukkan taat setia pada bangsa dan kaum masing-masing. Mereka sengaja menyebut hal yang dikira sensitif bagi UMNO dan MCA. Bukan pada Melayu dan Cina.

Chua Soi Lek ada juga menyebut. Mereka tidak akan menghalang sekiranya DAP juga berjuang untuk kepentingan kaum Cina. Sekiranya itu kebaikan bangsa mereka. Tiada apa perlu dihalang dari mereka menyebut untuk menghalang.

Bukankah itu kecerdikan politik yang diamalkan oleh Cina di Malaysia.

Di mana politik Melayu. Gula, kain pelikat, projek, kain batik, jalan tar atau makan percuma?

Saat PAS memerintah Terengganu. UMNO dengan angkuh dan sombong memabatalkan pembayaran royalti miyak ke Terengganu walaupun 90% lebih penduduk Terengganu adalah Melayu. Dek kerana sifat dengki. Takutkan kerajaan PAS menjadi kaya raya kerana adanya royalti minyak Mahathir Mohamad sanggup menghentikannya bagi kepentingan politik jahat UMNO. Begitu juga di Kelatan. Di hinanya Tuan Guru Nik Aziz itu sebagai musuh Melayu nombor satu negara. Seolah-olah MB Kelantan itu bukan lagi sesama bangsa dengan mereka. Sekatan bantuan kewangan ke Kelantan atas arahan pemimpin politik bukan suatu yang mengejutkan.

Apakah itu cara kita berpolitik?

Yang baik dari PAS, walaupun untuk Melayu. Kalau datang dari PAS mensti dikata buruk oleh UMNO. Yang buruk dari UMNO, walaupun untuk Melayu. Kalau ada pandangan dan cadangan dari PAS tidak pernah diendahkan UMNO.

Bukankah kita nampak begitu terkebelakang sekali berbanding Cina?

Melayu itu sorak adalah kegemarannya.

Kickdefella dan beberara blogger UMNO selalu menceritakan kepada kita yang Melayu akan hilang kuasa politiknya. Dengan analisis dan teori tiada rujukan. Mereka pamerkan seolah-olah kuasa Melayu akan terhakis kepada bangsa lain. Mereka menanamkan rasa-rasa takut dan gusar kepada orang Melayu. Apabila ketakutan itu timbul. Mahu tidak mahu orang Melayu akan kembali memangkah UMNO. Untuk menguatkan Melayu.

Percayalah. Itu semua helah UMNO untuk terus menerus menipu Melayu dan bangsanya.

Kita janganlah jadi bodoh seperti mereka.





Kreatif dan Inovatif

Saya ke Pendang 17 dan 18 Ogos yang lepas. Bersama 4 orang teman. Kami di arah pihak atasan bagi menyertai kursus kreatif dan inovatif. Di mana, kami berlima diangkat menjadi Chief Inavator (CI) bagi sekumpulan yang dilantik untuk meningkatkan kreativiti dan inovatif di pihak sekolah. Perlantikan yang dibuat atas arahan dipatuh dengan penuh akur.

Ramadhan bukan penghalang kami menyertai perbincangan bersama-sama teman guru dari Baling, Beseri dan Pendang selaku tuan rumah. Dengan penuh penelitian. Pengajaran dari teori Bernard Le Bono. Kami berhempas pulas mempelajari selok belok teori Yahudi itu bagi meningkatkan pengetahuan sedaya mungkin. Pengetahuan tersebut untuk dipersembahkan kepada 20 orang pelajar bagi tiap-tiap CI disetiap sekolah. Maka. Bertambahlah beban kerja sedia ada. Selain memelihara mutu akademik masing-masing. Tuntutan meningkatkan kreativiti dan inovatif para pelajar juga menjadi keutamaan. Tempoh masa yang diberikan terlalu terhad. Sekurang-kurangnya sebelum cuti raya. Setiap CI perlu menghantar laporan masing-masing bagi setiap idea kreativiti yang dilahirkan para pelajar. Secara amnya. Semasa pulang dalam perjalanan. Ketika di dalam feri lagi. Saya memikirkan perkara-perkara idea yang bernas dan boleh dijual untuk dihantar ke Ibu Pejabat. Soal pelajar. Biarlah dulu. Tetapi dari saya. Ada idea yang perlu saya kirimkan.

Hujan adalah kaitan idea di kepala. Melihat laut terbentang luas. Mengenagkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Terlalu cetek. Jika hendak dibandingkan dengan think tank yang ada di muka bumi. Saya bukan manusia kreatif. Gagal sekali dalam reka cipta. Juga terkebelakang sekali dalam ilmu seni lukis atau alat muzik. Tetapi, idea bukan datang dari elemen itu. Idea hadir dengan pengamatan otak yang suka berfikir dan membaca. Saya melihat perkara itu ada.

Saya terkenangkan satu idea bagi menyimpan air hujan dalam sebuah takungan, Satu takungan yang tidak bersifat empangan. Tidak menggunakan ruang tanah yang lebar tetapi dalam. Mungkin UEM, UDA atau ISIS boleh memikirkan dari sudut kejuteraan. Ia lahir pada saat saya melihat air sebagai rahmat. Tetapi bencana ketika banyak. Apa salah kalau air hujan yang melimpah ruah dapat kita simpan dalam satu telaga yang elektonik. Kita dalamkan tanah-tanah tang menjadi sasaran kawasan banjir seolah-olah telaga yang dalam. Di buka waktu hujan. Di simpan untuk kegunaan kemarau. Perlu juga kita adakan filter atau penapis. Pam dan penutup. Mungkin saya boleh lontarkan idea ini. Biar pelajar-pelajar saya mencari kaedahnya.

Itu yang pertama dalam fikiran saya.

Kedua. Semasa di Pendang. Saya mengamati budaya di sana. Jauh berbeza sekali dengan Langkawi. Mutu disiplin yang dipamerkan agak mengecewakan. Rakan saya ada bertempik sekali dua di Medan Makan dan surau. Saya hanya melihat. Telatah mereka begitu bersahaja. Barangkali mereka berbudaya begitu. Baik yang lelaki dan perempuan. Ketika bersalaman dengan beberapa orang pelajar. Saya ada menyebut yang saya teringin ‘mengajar’ mereka di situ. Mereka hanya tersenyum tanda faham.

Nasib saya tidak di hantar ke Pendang. Kalau tidak, saya terkam Pengetuanya!

Sunday, August 15, 2010

Puasa dan Rokok

Pagi-pagi. Sebelum pergi kerja pasti aku bersama dia. Tatkala mahu menyiram air ke badan, mencangkung menjamban, pakai stokin dan berjalan. Kau sentiasa di hatiku. Tersergam indah warnamu Merah. Disisi poket kananku, bersama 'adik' dicelahan pehaku. Kau setia disitu. Mesra denganku. Ada waktu mahu, tiada ku ke 7-11 mendapatkanmu. Oleh kerana kita berpuasa. Maka kau terpaksa ku hindari di waktu siang. Sehingga malam mendatang.

Tengok?. Jam baru menjengah ke pukul 12 tengahari. Perut tak lapar. Tekak pun tak dahaga. Tetapi rindu padamu semakin membuak-buak. Kalau kau ada disisi. Pasti aku tidak menguap sebegini luas dan acap kali.

Kau ubat mengantukku. Sumber inspirasi. Kaulah....ratuku...

Beautiful Ramadhan


Saat pagi yang indah. Selepas bersahur. Elok rasanya menjengah perkara-perkara yang berilmu. Di surau dan masjid. Umat Islam tidak henti-henti membaca ayat-ayat suci al-Quran. Sumber ilmu itu dibaca tanpa jemu. Keberkatan dan kehebatan ramadhan terus menerus mengeliling umat Islam di dunia.

Kita sudah berada empat hari di bulan ramadhan. Masih tertegak tidak dihasut. Bertekad menguasai bulan ramadhan kali ini dengan hari yang penuh.

Semoga kita dihindari dari segala dosa dan noda.

Saya memetik beberapa keping gambar yang menarik di sini. Bolehlah dikongsi bersama anda.

Friday, August 13, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Posting terakhir saya perlu ditarik semula. Atas sebab-sebab yang tidak diduga. Posting yang tidak langsung menarik mana-mana pihak. Terpaksa ditarik bagi menjernihkan suasana yang dikeruhkan sendiri oleh pihak-pihak tertentu.

Bangkit dari lena. Ucapan menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada sahabat, teman-teman dan rakan-rakan saya kira belum terlambat. Semoga ramadhan kali ini memberi makna yang cukup luas dan pengetahuan tentang keberkatan ramadhan bertambah-tambah kepada kita semua.

Sebagaimana biasa. Tahun ini adalah tahun ketiga, saya menempuh bulan ramadhan sebagai seorang pekerja. Alah bisa tegal biasa. Saya kira tahun ini adalah tahun yang memerlukan saya berpuasa dengan tabah tidak seperti biasa. Saya kira. Perbuatan dan amalan yang tidak patut dilakukan di bulan ramadhan perlu saya hindari secara total dan menyeluruh. Bukanlah mahu mendabik dada. Tetapi faktor sekeliling dan kerjaya. Mematangkan peribadi yang perlu saya ubah secara sendiri.

Oleh yang demikian. Saya secara tulus dan ikhlas. Memohon keberkatan dan keredhaan Yang Maha Kuasa. Semoga kita diampunkan dosa. Tergolong dari golongan yang mendapat pahala. Terhindar dari api neraka.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Thursday, August 5, 2010

Doa orang baik, Doa orang jahat

Doa adalah senjata umat Islam. Mana-mana pihak yang mengakui keislamannya tidak terkecuali untuk berdoa mengenai apa-apa sahaja. Yang baik diminta, yang buruk juga dipohon untuk dielakkannya. Sepanjang masa. Menunaikan solat fardhu juga kita diminta berdoa bagi setiap kali pergerakan solat. Bacaan witir itu juga doa bagi yang memahaminya. Demikian juga selesai bersolat. Kita berdoa lagi bagi memohon keberkatan solat dan keredhaan dari Allah SWT.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa memohon membuka pintu hati YAB PM supaya tidak tertutup pintu hatinya bagi menyerahkan royalti minyak ke Kelantan. UMNO dan Perkasa antara dua badan organisasi yang mengecam tindakan tersebut. Mereka mendakwa. Nik Aziz mendoakan keburukan kepada PM atas doa tersebut. Nas mereka tiada doa untuk keburukan orang lain. Walhal, semua pihak memahaminya. Doa untuk menghalang orang tertentu membuat kejahatan ke atas kita sentiasa dialu-alukan. Doa supaya tidak dianiya juga diredhai Allah SWT.

Perkataan 'jika' diletakkan sebagai kata kunci kepada doa. Umpamanya, kita berdoa, "Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau peliharalah maruah keluargaku dari kejahatan sihir dan dengki, jika ada yang bernait buruk ke atas keluargaku, Kau hancurkanlah niat itu". Perkataan 'jika' diletakkan bagi 'menggerunkan' orang itu atau orang ini yang berniat jahat ke atas kita. Kalau orang itu atau orang ini tiada niat apa-apa yang buruk ke atas kita. Maka tiada perlulah dia takut akan ditimpa akan azab doa tersebut.

Dalam sirah-sirah Nabi. Terdapat pelbagai doa bagi menyelamatkan umat Islam dan doa menghancurkan kejahatan seseorang. 'Jika' dia itu begitu maka kau timpakanlah azab kepadanya. 'Jika' dia buat begini kau hancurkanlah dia. Pelbagai doa disebutkan. Ada juga yang menepati sasaran.

Dalam hal Nik Aziz itu. Beliau mewakili rakyat yang dianiaya. Dianiaya dan dinafikan hak mendapat royalti miyak di Kelantan. Apa jadi sekiranya doa Nik Aziz itu dimakbulkan Allah. Hanya Yang Maha Berkuasa berhak mengetahuinya. Perkataan 'jika' diwujudkan dalam doa Nik Aziz itu bagi memohon kepada Yang Maha Pencipta agar pintu hati PM tidaklah tertutup dan perlaksanaan royalti kepada ehsan itu tidak berniat jahat.

Bagaimana pula dengan doa orang yang dizalimi. Bolehkan kita berdoa Allah SWT melaknat, menghancurkan atau menimpa bala ke atas pembuat zalim kepada diri kita?

Sudah tentulah ia boleh dan dibolehkan. Samada ia datang dari sesama bangsa atau agama bukanlah persoalannya. Yang penting kejahatan dan kezaliman yang dibuat ke atas kita. Jadi, padanlah Allah menjatuhkan bala ke atasnya.

Bagaimana pula doa dari mereka yang zalim memohon Allah menyelamatkan mereka dari doa orang yang mereka zalimi?

Tidak pula diketahui. Doa yang dimakbulkan mestilah lahir dari perasaan yang suci dan keadaan diri yang diredhai.

Kalau diri terpalit dengan dosa kejahatan. Menzalimi manusia-manusia lain. Selepas itu memohon pula diri diselamatkan. Tidak tahulah sejauhmana keberkesanaan doa itu.

Mungkin Mufti Perak boleh mengulasnya untuk kita.

Sunday, August 1, 2010

Oh Malaysia Ku!

Minggi lepas. KSN mengumumkan Pegawai Pendidikan Siswazah DG41-DG48 boleh terlibat aktif dalam politik. Tidak hanya menjadi pengikut bawahan bahkan boleh aktif berkempen kalau mahu. Asalkan bukan di dalam premis sekolah. Satu usaha yang pada mulanya saya sendiri menyetujuinya. Pegawai Pendidikan Siswazah bermakna 'Cikgu atau Guru'. Tidak kira sekolah anjuran Kementerian Pelajaran atau Badan Berkanun. Boleh memegang jawatan. Namun, ia diketatkan dengan Pekeliling ditetapkan KSN. Guru yang mahu aktif perlu mendapat tandatangan Pengawal Pusat atau Pengetua!

Agak-agak anda. Kalau guru itu penyokong tegar PAS, DAP atau PKR. Sedangkan Pengetua sekolahnya sering berkaraoke, isteri tidak bertudung dan selalu menyebut 'Ketuanan Melayu' di majlis perhimpunan. Beranikah mana-mana guru untuk memohon tandatangan kepadanya untuk terlibat aktif dalam politik!. Cuba-cubalah kalau hendak ditukar ke Sarawak. Boleh dan bersyarat adalam alaman lapuk sebuah negara Demokerasi. Di negara Barat, hatta negara Asean yang sedang bergerak maju. Pegawai kerajaan samada Persekutuan atau negeri, agensi perkhidmatan atau pendidikan, keselamatan atau penguatkuasaan. Bebas bagi mereka 'memangkah dan mengundi'. Menyokong sesebuah parti politik bukan suatu kesalahan dalam negara Demokerasi. Ia amalan jitu dan hak seseorang. Cuma negara jakun yang masih menghalang. Takut apa?

Kedua. Kita dikejutkan dengan amalan hina dan syaitan golongan remaja Melayu yang membuang bayi. Juga agak berlarutan dalam bulan Julai yang lalu. Timbul idea cerdik dari Sang Wira Ali Rustam. Mahu diadakan 'sekolah untuk pelajar mengandung'. Mereka perlu didik dan didekati. Bukan dimusuhi. Saya anjurkan sekolah itu dibuka di Melaka. Sang Wira Ali menjadi pengetuanya!. Bagaimana?.

Bukan begitu jalan penyelesaiannya Ali. Bukan begitu. Sepatutnya Ali memikirkan tentang ruang lingkup jahat yang wujud di negara kita. Pusat hiburan, maksiat, amalan zina, kondom yang dijual di merata-rata. Perlu kita memerangi pusat jahat ini dan menutupi ruang untuk melakukan jahat. Kedua, kita membina Undang-undang yang lebih berat dan menakutkan. Hudud ada sebagai panduan. Sebat dan rotan dikhalayak ramai. Juga kita didekatkan anak-anak remaja dengan 'Dunia Agama'. Sang pemimpin menjadi contoh. Takutkan Allah SWT. Menutup aurat dan mengadakan kempen di rata-rata tempat. Mulakan wadah dengan 'menakutkan dan menggerunkan' masyarakat dengan zina dan amalan maksiat yang nyata.

Di peringkat Persekutuan. Shahrizat Jalil menampilkan artis-artis yang entah dari mana budaya mereka. Berpakaian menjolok mata untuk menarik perhatian masyarakat dengan kempen 'Kami Prihatin'. Mendendangkan lagu untuk membangkitkan kesedaran agar tidak membuang bayi. Dengan hanya sebuah lagu. Takutkah syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia ini?. Bagaimana undang-undang sedia ada?. Saban hari. Tidak menakuktkan sesiapa. Buang bayi di mana-mana. Sedangkan pusat hiburan dibenarkan hingga jam 3 pagi!

Ketiga. Utusan Malaysia menghiburkan kita dengan tangkapan Tun Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kabinet dengan skandal PKFZ. Tahniah diucapkan kepada Tun Liong Sik atas kejayaan memperdaya barisan kabinet yang rata-rata terdiri daripada Dato, Dato' Seri dan juga Tan Sri. Ada juga yang mempunyai Phd. Datuk Seri Najib juga ada di sana. Ketika itu menjadi orang kanan kepada Kabinet. Tun Abdullah dan Tun Mahathir juga berada di dalam kabinet ketika itu. Ertinya, mereka yang 'cerdik-cerdik' itu ditipu dengan jayanya oleh penyangak hartanah yang berbangsa Cina!. Ini ukuran kepada mereka. Hanya yang bodoh atau dilihat bodoh, mungkin juga seakan-akan orang bodoh sahaja yang mampu ditipu sang penyangak. Bagaimana barisan kabinet boleh diipu sebegitu?. Sedangkan kita tahu barisan kabinet membuat keputusan secara kolektif. Jika Ling Liong Sik menipu kabinet. Ertinya kabinet menipu rakyat Malaysia. Apa pula caj yang patut dikenakan kepada barisan kabinet yang menipu itu?. Apakah selama ini tuduhan Pakatan Rakyat terhadap skandal PKFZ yang menelan belanja berbillion ringgit adalah benar?. Apakah hanya Ling Liong Sik berseorangan dalam hal ini. Saya yakin tidak. Mana mungkin wang sebanyak itu dimentekadarah oleh seorang sahaja. Adakah begitu bodoh sekali barisan kabinet yang rata-rata orang Melayu ditipu sang Cina dari MCA. Rakan karib BN. Seburuk-buruk DAP. Lim Guan Eng belum terbukti melakukan penyelewengan atau salah guna wang kerajaan.

Keempat. Indek Pelaburan Asing (FDI) ke Malaysia merudum 81 peratus. Laporan menunjukkan pelabur luar sudah tidak lagi berminat untuk melabur di dalam negara. Dengan gejala rasuah dan dasar ekonomi yang tidak menarik. Kadar pelaburan negara jauh lebih buruk dari Vietnam dan Thailand. Sudahlah begitu. Menteri-menteri kita yang masih ego dan sombong langsung tidak mahu menyalahkan diri sendiri. Ditudingnya jari kepada masalah ekonomi dunia dan pembangkang. Yang kononya menjadi perosak imej Malaysia kepada negara asing. Apakah politik Thailand begitu stabil berbanding Malaysia sehingga mampu meningkatkan pelaburan asing ke negara mereka. Ertinya Thailand lebih bermutu dari segi 'economi approach' berbanding Malaysia. Yang melantik ApcoWorldwide sebagai penasihat imej kepada Najib Tun Razak.

Kelima. Puteri UMNO dengan jayanya merasmikan badan sukarela bernama V.O.U.G.E di Uitm Shah Alam semalam. Sejuta tahniah. Kerana berjaya menggunakan IPTA untuk tujuan program berbentuk parti politik di sana. Sedangkan 3 pelajar UKM jurusan Sains Politik ditangkap kerana membuat 'kajian kes' ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Mereka dituduh menyokong Zaid Ibrahim berbanding Kamalanathan. Atas arahan politik. 3 pelajar terbabit dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Universiti di bawah Akta AUKU. Barangkali HEP mahu 3 pelajar jurusan Sains Politik pergi melawat pameran buah-buahan tempatan agaknya sebagai 'academic observation' mereka bagi memperoleh maklumat berkenaan dengan politik dan akademik!

Itu sahaja.

Kem Kepimpinan 2010

29-31 saya ke Kem Kepimpinan 2010 bersama bakal pemimpin MRSM bagi sesi 2010/2011. Kesemua pemimpin-pemimpin yang diundi pada Pilihanraya Maktab pada awal bulan lepas bersama dengan lantikan Lembaga Disiplin Pelajar, Lembaga Koperasi dan PRS ke Beringin Resort menjelajah untuk memantapkan diri masing-masing bagi tugas dan peranan serta beban yang akan ditanggung pada sesi yang akan datang.

Program dan slot yang ditentukan penyelaras program berjalan dengan lancar dan selesa. Tambahan, kawasan di tepi pantai serta cuaca yang yang begitu baik seolah-olah mengalu-alukan bakal-bakal pemimpin yang rata-rata berumur 14-16. Golongan remaja dan segar ini wajar ditampilkan ke program yang sebaik ini. Menyelamatkan mereka dari arus dunia yang penuh cabaran dan nafsu jahat di mana-mana.

Selaku guru penasihat bagi Lembaga Disiplin Pelajar sesi yang akan datang. Saya membuat sedikit 'homework' sebelum ke sana. Menelaah beberapa siri 'Teori Kepimpinan' yang terdapat di internet. Buku-buku 'konsep kepimpinan' juga dibuka semula. Bagi mengingatkan 'teori dan pratikal' yang boleh dikongsi dengan anak-anak remaja ini.

Tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Imam Khomeini, Sultan Muhammad al-Fateh serta Umar Abdul Aziz menjadi 'idola' saya untuk dikongsi bersama mereka. Kisah-kisah agung pemimpin Islam yang terulung di abad 1400-1900 diperkenalkan kepada mereka. Bahkan, ucapan pertama saya merujuk kepada 'amalan membaca' yang perlu ada kepada mereka. Terutama berkaitan pengkisahan 'Sang Pemimpin' dalam menangani krisis dan situasi yang melanda. 'Rukun Faham' dalam organisasi anjuran Hasan al-Banna juga wajar diamati. Konsep Berorganisasi anjuran Hasan al-Banna perlu menjadi contoh teladan terutama kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam pertubuhan, persatuan mahupun organisasi.

Tidak juga harus dilupakan. Junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah SWT yang tercinta. Menjadi pemimpin sekalian alam. Mencontohi amalan hidup Baginda. Terutama ketika menjadi pemerintah. Bagaimana toleransi Baginda terhadap semua ahli majlis masyarakat. Adil dan beramanah. Tidak menzalimi dan assabiyyah. Berkuasa memerintah Mekah, sebelum itu Madinah dengan kejayaan yang gemilang. Berkuasa.

Itu pemimpin yang wajar di contohi semua makhluk manusia.

Bukan yang zalim dan jahat. Mengkhianati amanah Allah tatkala berkuasa. Mengkayakan diri dan keluarga. Sedangkan rakyat meratap merana. Kais pagi makan pagi, kais petang tidak makan-makan!

Peluang bersama remaja adalah sesuatu yang mustahak untuk menyampaikan idealogi yang baik. Semoga mereka tidak terpengaruh dengan dunia luar yang penuh cabaran ciptaan manusia untuk dilalaikan mereka.

Itu mustahak.

Semoga kejahatan dan kealpaan sebelum ini. Dihindari saya sendiri dan anak-anak bakal pemipin.

Semoga wadah 'kebangsaan' bukan pilihan mereka!