Tuesday, August 24, 2010

Siasat, jangan tak siasat!

Saya sokong penuh Polis P.Pinang menubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat khatib yang menggunakan nama Lim Guan Eng sebagai nama dalam doa dalam khutbah Jumaat yang lalu. Saya sokong 100% usaha polis yang cekap, betul dan mesra itu!

Kehebatan polis P.Pinang sangat terserlah melalui Ketuanya yang memandang serius akan perkara tersebut di dalam media massa semalam. Bahkan, tanda-tanda awal Lim Guan Eng akan disalahkan sebagai 'pemecah belah Ketuanan Melayu' juga begitu ketara.

Laporan awal yang bermula berkaitan dengan bacaan khutbah yang dianggap menyalahi peraturan Majlis Agama Islam mula menjadi bait-bait kepada perkauman.

Slogan berkaitan 'menghina YDPA dan TYt' juga kedengaran begitu ketara oleh pelapor kepada media massa. Beberapa jemaah masjid berkaitan begitu terserlah 'kesayangan' mereka pada YDPA dan TYt serta rukun-rukun khutbah Jumaat tidak dapat diselindung lagi.

Mereka begitu hebat.

Khatib yang dimaksudkan akan membuat penjelasan dalam masa terdekat. Apakah doa yang dimaksudkan beliau dan apakah isi kandungan doa ucapan beliau yang menyelitkan nama Lim Guan Eng yang bukan Islam itu. Mengikut tafsiran ulama UMNO. Doa kepada bukan Islam haram sama sekali!. Mendoakan kesejahteraannya juga tidak dibenarkan.

Ingatkan mereka dengan doa Rasululullah SAW kepada Allah SWT bagi membuka pintu hati Umar al-Khattab memeluk Islam. Doa tersebut ditujukan Muhammad SAW betul-betul sasarannya kepada Umar al-Khattab yang belum Islam lagi ketika itu. Sirah Nabi wajar dijadikan panduan kepada kita.

Sementara menunggu penjelasan khatib terbabit. Kita wajar memohon jasa baik polis di Selangor Darul Ehsan melengkapkan siasatan mereka dalam hal ehwal agama yang meliputi masayarakat. Apa pula kesalahan kepada sebuah parti politik sebegini yang mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin kepada seorang calon pilihanraya mereka bagi memperoleh keredhaan Allah SWT memenangkan calon parti mereka.

Bukan sahaja polis patut menyiasat. Tetapi Majlis Agama, Mufti dan Majlis Raja-raja juga wajar mencongak bersama!


Berkaitan :
Solat hajat dan bacaan Yassin untuk Kamalanathan tak boleh disiasat
Asri: Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera
PM mahu isu khutbah disiasat sepenuhnya
What does UMNO Penang fear?
Polis Pulau Pinah tubuh pasukan khas siasat isu khutbah

No comments:

Post a Comment