Sunday, January 6, 2013

OB


Sekali lagi saya perlu mengelami dunia organisasi di tempat yang baru. Suasana sedemikian rupa bukanlah kegemaran saya untuk mula berkenal-kenal, tersengih-sengih dan mendampingi orang-orang tertertu. Saya selalu berdoa agar proses bermesra itu tapat dengan segera. Tidak kira di mana atau dengan siapa. Biarlah ia berlalu dengan pantas mengikut waktu dan masa.

Di sini, sebagaimana biasa. Organisasi yang sama di mana-mana. Tabiat manusia itu sama sahaja. Kalau mengenangkan tempat kerja sebelum ini. Maka, ia juga sama sahaja. Ada baik dan buruknya.

Saya suka berbual dengan isteri saya dalam hal ini. Bukan hanya kepakarannya dalam 'Organization Behaviour'. Malah, pengalamannya yang sering menjadi 'sasaran' atau 'kegemaran' ada pengalaman yang perlu dikongsi. Sudah pasti dengan saya. Maka, kami terbiasa bersembang hal-hal berkaitan organisasi ini.

Tidak perlu diulas panjang. Semua individu mengetahui bagaimana suasana tersebut. Pengalaman bekerja akan mengajar kita secara dekat hal-hal yang berkaitan organisasi. Sebab itulah di peringkat IPT, sesiapa yang ada pengkhususan berkenaan dengan pengurusan, pentadbiran, atau sumber manusia. Pasti mengenali subjek 'OB' dengan lebih terperinci.

Manusia-manusia yang dikumpulkan dalam satu bumbung. Mencari rezeki adalah lumrah alam. Sudah tentu akan mewujudkan pelbagai senario dan situasi yang menarik. Penyakit-penyakit manusia ini dikumpulkan di dalam satu bangunan. Akan wujudlah virus yang pelbagai.

Di sinilah pengalaman mengajar kita untuk mentadbir dan mengurus manusia itu. Bagaimana kita menghadapibya. Secara kreatif, positif, bernilai dan mutlak. Atau, secara sinis, negatif, tidak bermoral dan separuh nafas.

Andai kita tersilap langkah. Bermadah dengan manusia yang bermuka-muka. Pasti ia adalah langkah kiri  dalam kerjaya.

Saya sendiri secara peribadi. Pernah beberapa kali tersadung kaki..!. Ia adalah pengalaman. Awal atau akhir bukan ditentukan sesiapa. Bangkit itu adalah mustahak lebih dari segalanya.

Apa perlu dengar kata orang atau cakap-cakap sindir dibelakang. Bukan dia yang beri makan?. Tetapi bolehkah kita, saya dan anda pergi bekerja dengan bermasam muka dengan individu yang kita kongsi meja di kafetaria?. Sukar sekali bukan.

Saya baru beberapa hari di sini. Bila ditanya apa pengalaman Langkawi yang boleh dikongsi. Saya jawab dengan mesra. Biarlah saya selami dahulu budaya di sini.

Terlebih depan di kata buat pandai. Kebelakang nanti, diikata 'mat lengai'.

Berupaya saya mengikuti budaya mereka perlahan-lahan. Saya lebih gemar untuk selami dan ikuti yang baik dari mereka. Kerana di sini, lebih ramai kakitangan yang berpengalaman berpuluh dan berbelas tahun. Ia suatu yang hebat. Kerana ilmu dari pengalaman itu tinggi nilainya. Mahal harganya. Saya suka berkongsi dengan mereka. Atas dasar apa pun dan isu nya. Pokoknya, saya berkehendakkan kemesraan dalam bekerja.

Saya perlu mengelak menjadi bahan cerita. Atau punca kepada apa-apa sahaja. Biarlah orang mengenali saya tentang yang baik-baik belaka.

Pengalaman lampau. Mengajar saya. Bukan mudah menangkis 'persepsi' dari peluru perang Somila. Dicop anda 'jahat'. Selama mana anda sujud, hitam seluruh dahi. Anda tetap dianggap 'jahat'. Kerana manusia lebih gemar akan bercerita kejahatan anda dari kebaikan yang anda cipta.

Marilah sama-sama kita ceriakan suasana bekerja. Mesra dan bersahaja. Komitmen itu pasti. Tanggungjawab itu amanah. Baik dan buruk datangnya dari Allah SWT. Bukan kehendak kita.


Tapi yang pasti. Saya selalu berkehendakan yang mesra. Kerana ini tempat saya mencari makan untuk isteri dan anak-anak.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Tahun 2012 sudahpun meninggalkan kita. 2013 mucul sebagai tahun yang baru bagi umat manusia yang mengakui kewujudan tahun masihi ini. Acap kali tahun yang baru tiba. Maka berduyun-duyunlah manusia mencipta pelbagai azam dan tekad. Untuk memperbaharui persekitaran yang baru dan suasana yang segar dalam keperibadian masing-masing. Ataupun, ada juga yang terus mencuba mencapai azam yang lama di tahun yang baru. Ke semuanya berlumba-lumba untuk mencapai tahap kebanggaan masing-masing. Terutama pencapaian kendiri dan kepuashatian hati sendiri.

Saya sendiri secara peribadi meninggalkan beberapa peristiwa pahit dan manis sepanjang 2012. Beberapa peristiwa peribadi tercoret dengan sendirinya. Bukan hanya disebabkan episod hidup yang diarahkan. Ada kalanya. Mungkin sudah ditakdirkan begitu jadinya.

Usia perkahwinan saya genap setahun mengikut tempoh tarikh 2011 ke 2012. Dalam usia rumahtangga yang masih muda. Ada kalanya ia bergelora dipukul ombak dan badai. Namun, perkahwinan dan rumahtangga itu terus utuh dan erat. Manisnya rumah tangga, kehidupan suami isteri dan kasih sayang yang halal itu tiada harga yang boleh dibandingkan. Apatah lagi, isteri saya sekarang sedang hamil 4 bulan untuk zuriat saya yang pertama. Percubaan kami untuk kali yang kedua. Selepas isteri saya mengalami keguguran pada Ramadhan yang lalu. Ia tercatat dengan sendirinya pada tahun 2012. Peristiwa ini saya anggap sebagai ujian dari Allah SWT. Sudah tentu perancangan Allah Yang Maha Berkuasa mengatasi segala-galanya. Pasti ada yang lebih baik untuk saya dan isteri. Maka diuji kami dengan keguguran zuriat yang pertama itu.

Peristiwa kedua. Saya kehilangan sahabat yang sudah tentu tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Saya yang bersama-sama dengan saya sejak Tingkatan 6. Penuh cerita suka dan duka. Dengannya. Saya berkongsi pelbagai cerita. Kami juga tinggal bersama sepanjang 2009 apabila saya bekerja satu majikan dengannya. Ianya meninggalkan nostalgia yang indah lagi ceria. Manis dan pahit. Kelat dan peda. Namun, tiap-tiap yang hidup pasti menemui mati. Sekali lagi. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Dalam usia yang muda, sebaya dengan kita. Dijemput Illahi akibat serangan jantung yang tiba-tiba. Hanafee Abd. Rahman. Akan ku kenang dirimu sampai bila-bila. Ajaranmu dan nasihatmu, gelak ketawa dan riang ria kita di Pelita. Akan terpahat seluruhnya dalam jasad. Mati dan hidup semula. Kesedihan itu bukanlah datang kerana kehilangannya. Tetapi kesedihan itu kerana. Di hujung tali perhubungan kita berdua. Ada kerosakkan secara halus. Mengganggu 'tali persahabatan' yang tiada siapa mahu mengakui kekesalanya. Apatah lagi. Meninggalakn tali itu terus bergantung tanpa jawapan. Bingung. Bingung dengan situasi berkenaan. Hanya pada Yang Maha Esa aku kirimkan doa. Agar rohmu tenang di sana. Maafkan segala salah etika.

Peristiwa ketiga. Berkaitan perpindahan saya ke MRSM PDRM, Kulim. Sesuatu yang tidak dijangka dan beroleh secara tiba-tiba. Permohonan saya untuk berpindah dari bumi Langkawi direstui oleh pelbagai pihak. Sudah tentu ada yang baik dan buruknya. Suasana pasti berbeza. Keadaan dan tempat kerja. Walaupun ia kerjaya yang sama. Sedikit-sebanyak menggembirakan hati saya. Peluang untuk berbakti di kampung halaman sendiri dan ibubapa serta keluarga terbentang sudah. Apatah lagi. Keadaan ibu yang mengalami sakit lutut dan isteri yang sedang mengandung kini berada di depan mata. Tiada lagi seribu satu alasan untuk saya lari darinya. Saya kini diberi peluang oleh Allah SWT untuk membalas jasa kedua-duanya. Yang sudah banyak bersusah payah atas segala-galanya. Langkawi adalah tempat yang begitu istimewa pada saya. Dikelilingi teman-teman yang rapat, mesra, sehati dan sejiwa. Banyak mengajar saya tentang kehidupan sebagai manusia yang bergelar pendidik. Banyak yang saya timba ilmu dari mereka. Banyak jasa dan keringat dari mereka. Dan. Banyak juga kenangan manis dan pahit yang saya akan kenang sehingga ajal datang tiba. Hampir 3 tahun saya di sana. Bermula dengan kosong. Tiada apa-apa. Mac 2010 hinggalah Dec 2012. Perasaan sedih dan gembira itu sentiasa ada. Bertegang urat itu perkara biasa. Namun, saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukan semuanya begitu. Hanya ada 1-2 sahaja. Berhati hitam kerana tiada cahaya. Yang lain, sentiasa tenang dan gembira. Buruk kelaku itu datang dari saya. Buruk itu juga kelemahan diri saya. Maka, tanggungjawab sayalah untuk memperbaikinya apabila tiba ke sekolah yang baru nanti. Lapor diri 31-12-12. Bermulalah saya di MRSM-PDRM, Kulim. Kepada seluruh teman-teman di Langkawi. Sejuta kemaafan saya pohonkan. Ampun dan maaf atas segala gerak geri saya yang tersalah langkahnya. Kadang-kadang tersadur juga saya. Hampir tersembam. Namun, sentiasa ada tangan yang membantu menarik semula. Jatuh bangun saya. Sedih gembira saya. Halalkanlah semuanya. Begitu juga dari anda. Tiada satu pun yang buruk dan tercela. Semuanya baik di mata saya. In Shaa Allah. Akan sentiasa tersemat di minda. Wajah-wajah anda. Sentiasa di mata saya. Jauh mana pun. Hilang itu hanya sementara. Kembali nanti, ketemulah kita.

Azam dan tekad kita sematkan bersama. Majulah kali ini untuk tahun yang mendatang. Semoga apa yang dihajati akan terlaksana. Berusaha untuk mencapainya secara sempurna.

Percayalah. Pasti setiap yang berlaku sepanjang 2012 dalam hidup kita ada hikmahnya. Indah bila kita tersungkur, semangat apabila kita berjaya bangkit semula.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT ke atas kita tiada cacat celanya. Yang Maha Mengetahui itu mengetahui segala-galanya.

Saya sendiri sedang mengaturnya. Perancangan 2013 pasti lebih menarik dan mencabar.

Tidak sabar saya menunggu detik-detik tertentu dalam tahun 2013.

Doakan ia sempurna.