Sunday, August 1, 2010

Oh Malaysia Ku!

Minggi lepas. KSN mengumumkan Pegawai Pendidikan Siswazah DG41-DG48 boleh terlibat aktif dalam politik. Tidak hanya menjadi pengikut bawahan bahkan boleh aktif berkempen kalau mahu. Asalkan bukan di dalam premis sekolah. Satu usaha yang pada mulanya saya sendiri menyetujuinya. Pegawai Pendidikan Siswazah bermakna 'Cikgu atau Guru'. Tidak kira sekolah anjuran Kementerian Pelajaran atau Badan Berkanun. Boleh memegang jawatan. Namun, ia diketatkan dengan Pekeliling ditetapkan KSN. Guru yang mahu aktif perlu mendapat tandatangan Pengawal Pusat atau Pengetua!

Agak-agak anda. Kalau guru itu penyokong tegar PAS, DAP atau PKR. Sedangkan Pengetua sekolahnya sering berkaraoke, isteri tidak bertudung dan selalu menyebut 'Ketuanan Melayu' di majlis perhimpunan. Beranikah mana-mana guru untuk memohon tandatangan kepadanya untuk terlibat aktif dalam politik!. Cuba-cubalah kalau hendak ditukar ke Sarawak. Boleh dan bersyarat adalam alaman lapuk sebuah negara Demokerasi. Di negara Barat, hatta negara Asean yang sedang bergerak maju. Pegawai kerajaan samada Persekutuan atau negeri, agensi perkhidmatan atau pendidikan, keselamatan atau penguatkuasaan. Bebas bagi mereka 'memangkah dan mengundi'. Menyokong sesebuah parti politik bukan suatu kesalahan dalam negara Demokerasi. Ia amalan jitu dan hak seseorang. Cuma negara jakun yang masih menghalang. Takut apa?

Kedua. Kita dikejutkan dengan amalan hina dan syaitan golongan remaja Melayu yang membuang bayi. Juga agak berlarutan dalam bulan Julai yang lalu. Timbul idea cerdik dari Sang Wira Ali Rustam. Mahu diadakan 'sekolah untuk pelajar mengandung'. Mereka perlu didik dan didekati. Bukan dimusuhi. Saya anjurkan sekolah itu dibuka di Melaka. Sang Wira Ali menjadi pengetuanya!. Bagaimana?.

Bukan begitu jalan penyelesaiannya Ali. Bukan begitu. Sepatutnya Ali memikirkan tentang ruang lingkup jahat yang wujud di negara kita. Pusat hiburan, maksiat, amalan zina, kondom yang dijual di merata-rata. Perlu kita memerangi pusat jahat ini dan menutupi ruang untuk melakukan jahat. Kedua, kita membina Undang-undang yang lebih berat dan menakutkan. Hudud ada sebagai panduan. Sebat dan rotan dikhalayak ramai. Juga kita didekatkan anak-anak remaja dengan 'Dunia Agama'. Sang pemimpin menjadi contoh. Takutkan Allah SWT. Menutup aurat dan mengadakan kempen di rata-rata tempat. Mulakan wadah dengan 'menakutkan dan menggerunkan' masyarakat dengan zina dan amalan maksiat yang nyata.

Di peringkat Persekutuan. Shahrizat Jalil menampilkan artis-artis yang entah dari mana budaya mereka. Berpakaian menjolok mata untuk menarik perhatian masyarakat dengan kempen 'Kami Prihatin'. Mendendangkan lagu untuk membangkitkan kesedaran agar tidak membuang bayi. Dengan hanya sebuah lagu. Takutkah syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia ini?. Bagaimana undang-undang sedia ada?. Saban hari. Tidak menakuktkan sesiapa. Buang bayi di mana-mana. Sedangkan pusat hiburan dibenarkan hingga jam 3 pagi!

Ketiga. Utusan Malaysia menghiburkan kita dengan tangkapan Tun Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kabinet dengan skandal PKFZ. Tahniah diucapkan kepada Tun Liong Sik atas kejayaan memperdaya barisan kabinet yang rata-rata terdiri daripada Dato, Dato' Seri dan juga Tan Sri. Ada juga yang mempunyai Phd. Datuk Seri Najib juga ada di sana. Ketika itu menjadi orang kanan kepada Kabinet. Tun Abdullah dan Tun Mahathir juga berada di dalam kabinet ketika itu. Ertinya, mereka yang 'cerdik-cerdik' itu ditipu dengan jayanya oleh penyangak hartanah yang berbangsa Cina!. Ini ukuran kepada mereka. Hanya yang bodoh atau dilihat bodoh, mungkin juga seakan-akan orang bodoh sahaja yang mampu ditipu sang penyangak. Bagaimana barisan kabinet boleh diipu sebegitu?. Sedangkan kita tahu barisan kabinet membuat keputusan secara kolektif. Jika Ling Liong Sik menipu kabinet. Ertinya kabinet menipu rakyat Malaysia. Apa pula caj yang patut dikenakan kepada barisan kabinet yang menipu itu?. Apakah selama ini tuduhan Pakatan Rakyat terhadap skandal PKFZ yang menelan belanja berbillion ringgit adalah benar?. Apakah hanya Ling Liong Sik berseorangan dalam hal ini. Saya yakin tidak. Mana mungkin wang sebanyak itu dimentekadarah oleh seorang sahaja. Adakah begitu bodoh sekali barisan kabinet yang rata-rata orang Melayu ditipu sang Cina dari MCA. Rakan karib BN. Seburuk-buruk DAP. Lim Guan Eng belum terbukti melakukan penyelewengan atau salah guna wang kerajaan.

Keempat. Indek Pelaburan Asing (FDI) ke Malaysia merudum 81 peratus. Laporan menunjukkan pelabur luar sudah tidak lagi berminat untuk melabur di dalam negara. Dengan gejala rasuah dan dasar ekonomi yang tidak menarik. Kadar pelaburan negara jauh lebih buruk dari Vietnam dan Thailand. Sudahlah begitu. Menteri-menteri kita yang masih ego dan sombong langsung tidak mahu menyalahkan diri sendiri. Ditudingnya jari kepada masalah ekonomi dunia dan pembangkang. Yang kononya menjadi perosak imej Malaysia kepada negara asing. Apakah politik Thailand begitu stabil berbanding Malaysia sehingga mampu meningkatkan pelaburan asing ke negara mereka. Ertinya Thailand lebih bermutu dari segi 'economi approach' berbanding Malaysia. Yang melantik ApcoWorldwide sebagai penasihat imej kepada Najib Tun Razak.

Kelima. Puteri UMNO dengan jayanya merasmikan badan sukarela bernama V.O.U.G.E di Uitm Shah Alam semalam. Sejuta tahniah. Kerana berjaya menggunakan IPTA untuk tujuan program berbentuk parti politik di sana. Sedangkan 3 pelajar UKM jurusan Sains Politik ditangkap kerana membuat 'kajian kes' ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Mereka dituduh menyokong Zaid Ibrahim berbanding Kamalanathan. Atas arahan politik. 3 pelajar terbabit dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Universiti di bawah Akta AUKU. Barangkali HEP mahu 3 pelajar jurusan Sains Politik pergi melawat pameran buah-buahan tempatan agaknya sebagai 'academic observation' mereka bagi memperoleh maklumat berkenaan dengan politik dan akademik!

Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment