Monday, August 30, 2010

Perkauman UMNO

Selepas peristiwa nama Lim Guan Eng dikaitkan dengan doa khutbah Jumaat di P.Pinang sehingga membawa kepada beberapa laporan polis ke atas KM itu. Misi UMNO menggunakan sentimen agama dan kaum bagi menimbulkan rasa benci kepada pemimpin PR yang bukan Islam terus menjadi-jadi.

Beberapa ulasan ke atas peristiwa tersebut kadang-kadang menunjukkan kejahilan UMNO kepada agamanya sendiri.

Minggu ini. Kunjungan Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu pula menjadi 'senjata' tajam UMNO dalam usaha menibulkan rasa kebencian kepada pemimpin-pemimpin PR yang bukan Islam.

Secara tersurat ia dilihat senjata politik. Walaubagaimanapun, jika dilihat secara tersirat. Ia adalah modal UMNO untuk menimbulkan rasa kebencian teramat sangat orang-orang Melayu pada bangsa Cina terutama dari PKR dan DAP.

Selepas menjerit-jerit isu 'Ketuanan Melayu' kepada PAS. Ia tidak laris. Maka senjata terakhir UMNO adalah perkauman yang diapi-apikan. Hal ini. UMNO memang sentiasa ada rekod memenangi pilihanraya umum dengan menggunakan isu perkauman. Tahun 1969 dan 1987.

Samada benar atau tidak. Anda boleh tentukan.

Samada boleh atau tidak bukan Islam memasuki ruang solat juga anda sendiri boleh tentukan. Beberapa pendapat ulasan. Mencerminkan kewajaran perkara itu. Boleh dan tidak. Bagi yang berhawa nafsu politik 'perkauman' maka kedatangan YB Teo Nie Ching itu dilihat memberhaya sehingga membawa kepada implikasi perpecahan umat Melayu terulung abad ini. Shahrizat Jalil me;ahirkan rasa khuatir kepada hal ini.

Bagi yang menggunakan nas agama seperti Dr. Asri Zainal Abidin dan Mufti Selangor. Melihat kepada kebaikan yang tidak ada salahnya bagi kunjungan bukan Islam ke dalam masjid atau surau. Namun, mereka juga meletakkan pandangan yang berhati-hati dan tidak perkauman sebagaimana UMNO yang jahil hal agama itu.

Sejarah Nabi Muhammad SAW sendiri. Memetik beberapa peristiwa Rasulullah SAW dikunjungi bukan Islam di dalam masjid yang berbincang hal-hal bangsa Arab dan politik di dalam masjid. Bahkan. Saidina Umar al-Khattab sendiri ketika melawat tempat ibadat bukan Islam dipelawa solat di dalamnya. Namun, beliau menolak bagi menimbulkan implikasi lain. Kisah ini menggambarkan betapa Islam dan bukan Islam mempunyai toleransi yang jitu.

UMNO sentiasa membenci kebaikan umat Islam dan bukan Islam terutama menerusi PR. Entah mengapa. UMNO begitu benci sekali keharmonian masyarakat Islam dan bukan Islam dalam Pakata Rakyat. Mereka begitu marah apabila ada wakil rakyat bukan Islam yang menyebut kehebatan Umar Abdul Aziz, benci sekali ada bukan Islam dari DAP memetik surah al-Quran, marah sekali jika ada khatib membaca doa dibukakan pintu hati ketua kerajaan bukan Islam memeluk Islam, marah sekali jika ada Ahli Parlimen bukan Islam memasuki masjid dan menyampaikan ucapan di dalamnya.

UMNO tidak suka hal itu semua. Tidak gemar bagi mereka bukan Islam menyukai Islam dan pemganutnya.

Sepanjang 52 tahun UMNO bersama MCA dan MIC. Apakah ajaran Islam yang diajar kepada dua parti bukan Islam tersebut bagi menyenangi Islam?

Sudahlah pemimpin UMNO tidak ajar kepada MCA dan MIC. Bila PAS tolong ajarkan kepada DAP hendak marah pula!


Rosmah Mansor menyampaikan ucapan di dalam masjid tanpa menutup aurat. Apakah beza beliau dengan YB Teo Nie Ching?


Putera Hakoon dan Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah pada 10 Mac 2010 tanpa menutup aurat. Mereka juga adalah bukan Islam.


"Menurut sejarah, semasa RasuluLlah s.'a.w. di Madinah, RasuluLlah tidak menolak kunjungan golongan Yahudi dan Nasrani menemui baginda, walaupun baginda berada dalam Masjid Madinah. Mereka yang datang itu sama ada meminta penjelasan, mohon keadilan atau urusan pentadbiran dan lain-lain. Difahamkan dari peristiwa tersebut, tidaklah menjadi halangan dalam Islam membenarkan pertemuan dalam masjid dengan tujuan yang baik selain dari Masjid Al-Haram, di Makkah Almukorramah"- Surat Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid kepada JAIS bertarikh 9 November 2009.

Berkaitan:
It's UMNO sensitivity, stupid!
Nik Aziz: Jahil agama punca polemik
Asing adat dan hukum hakam
Kalaulah UMNO ada di zaman Nabi
UMNO, sila tengok gambar bukan Islam memeriahkan masjid di luar Malaysia

No comments:

Post a Comment