Thursday, July 29, 2010

Pilihanraya Umum: SPR Tiada Kuasa


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa hanya SPR yang berkuasa untuk mengisytiharkan sesuatu pilihanraya di Malaysia. Ia sama sekali silap dan salah menurut peruntukan undang-undang sedia ada.

Peruntukan yang jelas dalam sesebuah negara demokerasi di Malaysia semestinya bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjadi Undang-undang Tertinggi di Malaysia.

Sebagai seorang TPM. Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyemak perlembagaan atau setidak-tidaknya beliau membuat 'homework' sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan berhubung undang-undang. Jadi, tidaklah nampak beliau kelihatan 'bodoh' dihadapan masyarakat awam terutama mereka yang tahu berkenaan dengan undang-undang.

Pilihanraya Umum bagi negara kita adalah sesuatu yang mustahak bagi memilih kerajaan yang dihajati. Amalan tradisi ini yang bermula sejak Pilihanraya Umum 1959 adalah amalan terbiasa kita mengadakan pilihanraya serentak antara Parlimen dan DUN. Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan, DUN pula untuk memilih kerajaan negeri.

Walaubagaimanapun, tiada peruntukan khas yang menyebut bahawa pilihanraya umum mestilah diadakan serentak bagi sesuatu pilihanraya. Pilihanraya 1959 sebagai contoh, berlaku dari negeri ke negeri. Tetapi itu berlaku kerana keadaan negara dan ketidakcukupan kakitangan yang menyaksikan Malaya membuat pilihanraya berasingan.

Undang-undang tidak menyebut bahawa sekiranya Parlimen dibubarkan, DUN juga wajib turut sama. Hal ini kerana. Bagi sesebuah DUN, ia terletak ditangan MB atau KM untuk berhadapan dengan Sultan/YDP Negeri bagi membubarkan sesebuah DUN. Sebagaimana di peringkat Parlimen, PM berkuasa penuh bagi mengadap YDPA untuk diperkenankan urusan pembubaran Parlimen.

Selepas Parlimen dan DUN dibubarkan. Barulah SPR yang dilantik oleh Majlis Raja-raja bertindak sebagai 'pengurus' pilihanraya mempunyai 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen dan DUN bagi mengisytiharkan pilihanraya. SPR bukanlah 'penguasa' bagi mengarahkan pilihanraya atau menetapkan sesebuah pilihanraya. SPR hanyalah bertindak selaku pengurus, pengelola, pemantau dan lain-lain hal berkaitan pilihanraya yang diadakan. Hatta tarikh pilihanraya pun, ia mendapat mandat dari PM bukan SPR.

Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.

Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Jadi, SPR tiada apa-apa kuasa atau hak untuk mengarahkan mana-mana negeri membubarkan DUN bagi memenuhi hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pilihanraya.

Sesuatu pilihanaraya mestilah didahulukan dengan pembubaran DUN itu sendiri. Kalau DUN tidak dibubar, bagaimana hendak diadakan pilihanraya?

Kes pertembungan Perlembagaan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sejak pilihanraya umum yang lalu. Tindak tanduk SPR dilihat melebihi tindakan BN itu sendiri. Kes Kota Seputih dan 3 DUN di Perak adalah kes penganiayaan SPR terhadap peruntukan undang-undang.

SPR bertindak melebihi 'hakim' sesebuah mahkamah pilihanraya.

Itu dikenal pasti.

Berkaitan:
Tarikh rayuan kes kerusi Kota Siputeh ditentukan hari ini

Tuesday, July 27, 2010

Mansuh Diskaun Bumiputera?


Gerak gempita Utusan Malaysia hari ini. Ia hasil cadangan yang sangat baik dari Ahli Parlimen Pj Utra, YB Tony Pua berhubung pemansuhan diskaun bagi pemilikan hartanah Bumiputera di Selangor.

Bunyinya macam hak Bumiputera hendak ditarik. Kalau hendak diikutkan nada Utusan Malaysia ini seperti DAP mencabar hak orang Melayu.

Pasti Ibrahim Ali dan rakan-rakannya tak senang duduk sekarang. Manakan tidak. Hak orang Melayu dilihat dicabar DAP.

Kalau saudara-saudari mempunyai minda intelek kelas Ijazah Sarjana Muda ke atas. Bukan seperti Ahmad Maslan atau PERKASA. Bolehlah dirujuk kenyataan Tony Pua terbabit.

Saya sendiri bersetuju. Manakan tidak. Subsidi rakyat ditarik. Tetapi bagi mereka yang mempu beli hartanah benilai RM500,000 diberikan diskaun.

YB Tony Pua mencadangkan hanya kepada nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas sahaja. Bukan semua hartanah.

Siapa yang mampu beli hartanah melibihi RM500,000 ke atas di Selangor?

Pemandu teksi? Penjual mee dan goreng pisang? Guru? Pekerja di kedai makan atau bengkel kereta?

Tentu diskaun ini terlepas ke tangan Dato, Datin, Tan Sri, Dato' Seri dan lain-lain kenamaan di Selangor.

Sudah kaya pun mahu diskaun juga?

Belilah dengan harga asal.

Diskaun 7% yang diberikan itu nilainya bolehlah kita bina rumah pangsa atau teres yang berharga RM60,000 ke bawah untuk orang Melayu pula.

Yang berpendapatan rendah. Tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain untuk beli hartanah dan rumah kita bagi diskaun.

Barulah adil.

Barulah kita dapat selamatkan hartanah di Selangor dari penyangak-penyangak politik seperti Khir Toyo dan Satim Diman dari membeli hartanah yang murah di Selangor.

Bukankah begitu?

Itu baru ekonomi.

Berkaitan:
Mansuh diskaun hartanah bumiputera.
Tindakan DAP boleh luaskan jurang pemilikan ekuiti kaum.

Parti Pilihan


Nampaknya pengakuan Harunsani Zakaria berkaitan ada pemimpin tertinggi PAS berjumpa beliau meminta kesediaan beliau menjadi orang tengah untuk perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO semakin bercelaru.

Selain didesak menamakan pemimpin PAS tersebut. 2 Naib Presiden PAS juga mendesak agar kenyataan Harunsani Zakarian tidak berlagu 'penipuan'.

Dalam keadaan dia masih seorang Mufti sebuah negeri. Berbohong dan menipu satu sifat tercelah bagi dirinya sendiri.

Alang-alang kepalang. Semua jari sedang menuding ke arah Harunsani Zakaria. Tidak pasal-pasal. Kerana mulut, badan binasa. Utusan Malaysia dan TV3 hanya diam membisu selepas Dato' Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor menafikan 'dirinya' ada kaitan dengan kenyataan Harunsani Zakaria.

Pemimpin UMNO dan media massa yang sebelum ini berdegar-degar. Kelihatan tidak memihak kepada Harunsani Zakaria bagi membela dirinya yang kian tercela.

Yang tinggal hanyalah media lapuk Agenda Daily dengan sindiran ke atas YAB Tuan Guru Nik Aziz kononya adalah penghalang utama kepada penyatuan PAS dan UMNO.

Ahli-ahli dan penyokong tidaklah sebodoh Lokman Adam, Ustaz Afendi, Ahmad Maslan atau Ezam Mohd.Noor. Masa yang terluang perlulah diisikan dengan pembacaan buku-buku sejarah terutama berkaitan Sejarah Politik PAS dan UMNO. Baca dan lihat sendiri betapa jahatnya UMNO sehingga kita perlu kuburkan mereka bukan bersatu dengan mereka.

Penanaman sikap begini. Pastinya memberikan impak yang maksimum untuk kita 'talkinkan' UMNO dalam politik Malaysia pada masa akan datang.

Kawan-kawan banyak bertanya. Kenapa hang tak mau PAS dengan UMNO bersatu?. Bukankah Melayu akan kuat kalau dua parti terbesar itu bergabung tenaga menghadapi DAP dan PKR?. Atau mana-mana parti Cina yang lain?. Cina makin melampau sekarang Zul.....Itu keluhan dan pertanyaan mereka yang berjiwa biru dan APCO.

Jawapannya sangat mudah.

Pada pilihanraya yang akan datang. Semua kerusi Parlimen dan DUN yang UMNO bertanding, PAS akan meletakkan calonnya. Sekiranya UMNO tewas. Ertinya kerusi tersebut tidak terlepas ke tangan Gerakan, MCA, DAP, MIC atau PKR. Ia berada dibawah kuasa PAS. PAS juga adalah parti yang didokong masyarakat Melayu dan Islam. Bahkan, keislaman yang ditonjolkan calon-calon PAS lebih bermutu dan berkualiti dari calon UMNO. Hal ini menujukkan tidak berlaku kekurangan kerusi Melayu atau kehilangan kerusi Melayu. Yang kurang dan hilang adalah kuasa UMNO. Bukan semua orang Melayu menyokong UMNO. Jangan simpulkan Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu. Salah!

Untuk rekod. UMNO hanya mewakili lebih kurang 3 juta orang Melayu di Malaysia melalui keahliannya. Itu tidak menujukkan bukti UMNO mewakili semua masyarakat Melayu.

Melayu masih ada opsyen untuk memilih wadah politik yang lebih terjamin kuasa Melayunya. Bahkan dengan Islamnya.

Untuk itu. Apa perlu PAS bersatu dengan UMNO?

PAS mampu menggantikan UMNO.

Menjadi parti pilihan orang Melayu dengan menawarkan calon-calon yang beriman, menutup aurat, boleh membaca al-Quran dengan baik, boleh menjadi Imam solat berjemaah, boleh membaca khutbah dan tazkirah. Bahkan, lebih beramanah, tidak mengambil rasuah, tidak mengkhianati amanah rakyat, tidak melakukan zina, minum arak dan berjudi.

Itu jawapan saya.

Monday, July 26, 2010

Nasihat Tok Guru

"Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya.

Untuk rekod Pas pernah menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Sunday, July 25, 2010

PR Tidak Pandai Memerintah?


Kekalutan TPM dan UMNO Selangor bukan kerana isu 'Alam Sekitar' atau apa-apa isu sensitif berkenaan dengan persekitaran alam. Kejujuran UMNO mendominasi isu alam sekitar dilihat lebih bersifat politik dari menjaga kehormatan alam sejagat.

Isu-isu yang timbul sengaja diambil kesempatan walaupun kebenaran fakta tidak pernah disiarkan media massa termasuk RTM, TV3 dan Utusan Malaysia.

Sekiranya keikhlasan itu wujud maka saya sentiasa menyokong ke arah kebaikan. Bukankah kita peminat kepada 'National Interest' berbanding politik kampung dan jalanan. Mahupun politik kedai kopi ciptaan masyarakat rendah intelek sebagaimana biasa.

Gunakan fakta lebih dari auta.

Wednesday, July 21, 2010

Watak Jahat Harunsani Zakaria

Mufti Perak benar-benar sungguh hendak menyatukan UMNO-PAS. Sejak Pilihanraya Umum 2008. Hasil kemerosotan undi UMNO. Modal 'Pernyatuan Melayu' terus berkemandang dengan melodi yang sangat sumbang!

Kawan-kawan dari UMNO langsung tidak tahu malu. Parti yang dikatakan sebagai kuno dan sesat. Tiba-tiba hendak bersatu. Atas nama Melayu.

Semalam. Harunsani Zakaria agak berang dengan tuduhan 2 Naib Presiden PAS yang mendakwa beliau berbohong dengan kenyataan ada pemimpin PAS datang berjumpa dengannya bagi menyatukan UMNO dengan PAS. Harunsani dihadapan wartawan berkata, takkan lah dia hendak berbohong sedangkan dia seorang Mufti. Kita nak satukan Melayu. Yang taknak sangat kenapa?. Keluh Harunsani Zakaria. Beliau juga menyoal kenapa PAS tidak mahu bersatu bagi menguatkan orang Melayu. Dia juga menyebut pemimpin PAS degil dan keras kepala. Tambah beliau lagi, PAS boleh bekerjasama dengan orang lain (rujuk DAP) tetapi dengan UMNO tidak mahu. Bahkan dia juga menyebut berkenaan tuntutan orang bukan Islam yang semakin melampau. Kes 'Kalimah Allah'.

Itu keluhan Harunsani Zakaria.

Beliau sangat kesal dengan PAS yang tidak mahu bersama. Watak jahatnya sudah bermula. Untuk memenangkan kembali UMNO di Malaysia. Anwar Ibrahim mestilah dihumban ke penjara. Ia sedang berlaku sekarang. PAS mesti dikucar-kacirkan terutama dalam isu 'Ketuanan Melayu', 'Pernyatuan Melayu', 'Pernyatuan Islam' atau apa-apa sahaja istilah yang menguntungkan. Hal ini akan menyebabkan, serangan harga barang yang naik hasil perkosaan terhadap subsidi rakyat tidak didengar, serangan ke atas kerajaan tidak akan berbangkit. Sedar atau tidak. Dari satu sisi, RTM, TV3 dan Utusan Melayu dilacurkan untuk menyerang PKR di Selangor dalam isu 'Penjualan Pasir'. Di satu sisi, mereka mendedahkan kepada bangsa Melayu. PAS lah yang tidak mahu bersatu dan menyatukan Melayu. Bolehlah nanti modal 'Pengkhianat Bangsa' dimainkan kepada PAS.

PAS yang melayan tuntutan jahat hasil watak jahat Harunsani Zakaria bertubi-tubi mengadakan sidang media untuk menafikan hal ini.

Isu-isu rakyat seperti kenaikan harga barang senyap sunyi. Samada anda perasan atau tidak. Inilah 'Political Strategic by UMNO'.

Menggunakan Mufti sesebuah negeri untuk tujuan menyelamatkan UMNO dari lenyap dalam politik negara. Harunsani akan terus memainkan melodi ini untuk 'survival politik UMNO'.

Samada kita percaya atau tidak. Pernyatuan UMNO-PAS adalah tujuan untuk menyelamatkan UMNO. Melayu tidak akan hilang kuasa walaupun tidak bersama UMNO. Kejahatan UMNO memperkosa hak-hak Melayu sekalian lama tidak boleh dimaafkan begitu sahaja. Menjadi tanggungjawab semua orang-orang Melayu untuk 'membunuh' UMNO dalam politik. Melawan UMNO habis-habisan akan mengutungkan seluruh Melayu sejagat. Kekayaan negara harus dikongsi sekalian rakyat. Bukan menjadi perkakas membuncitkan Najib dan Rosmah.

Sebelum Harunsani Zakaria mengatakan PAS degil dan keras kepala. Suka dimaklumkan kepada Mufti yang lantang ini menasihati UMNO dalam urusan pentadbiran negara. Tatkala UNMO meluluskan judi sukan, di mana Harunsani Zakaria?. Mana kenyataan beliau menyerang kerajaan?. Sidang media atau tulisan?. Setidak-tidaknya mengatakan tidak bersetuju.

Tatkala UMNO menjalin kerjasama ulung dengan APCO-Worlwide. Sebuah syarikat perunding imej yang dianggotai warga Yahudi Zionis. Dengan nilai bayaran RM77 juta. Di mana seruan agama dari Harunsani Zakaria?.

Tatkala Anwar Ibrahim difitnah dengan tuduhan jahat sebagai peliwat. Di mana Harunsani Zakaria dalam urusan memberi pendapat tentang kesalahan syariah yang dibicarakan di Mahkamah Awam. Tuntutan jahat seks perlukan 4 saksi yang boleh dipercayai. Di mana kenyataan agama dari Harunsani Zakaria?

Kata-kata terakhir yang mungkin menampakkan beliau terlalu sayangkan 'Melayu' dari Islam. Beliau menyebut. Kalau Melayu bersatu, Melayu akan menjadi kuat. Islam juga bertambah kuat. Kalau Melayu hancur,Islam juga akan turut sama hancur.

Sekarang makin terserlah 'assabiyyah' Harunsani Zakaria pada bangsa dan kaumnya.

Saya tidak pandai agama.

Tetapi kalau kita bersatu untuk menyelamatkam rakan-rakan Melayu yang zalim, pengkhianat dan tidak adil. Bermakna kita 'assabiyyah'.

Bersatu dengan UMNO. Yang diiktiraf sebagai parti perasuah adalah pernyatuan yang jahat diukir rancangannya dari orang yang jahat.

Orang yang jahat sepatutnya menjadi baik. Bukan mengajak rakan-rakan lain bersengkongkol dengan mereka yang jahat.

Tidak ada sebarang nas yang menyebut Islam itu milik Melayu. Melayu itu Islam. Kerana ungkapan bodoh inilah. Rata-rata orang Melayu mengaku Islam tetapi berperangai kafir.

Mengaku Melayu dan Islam tetapi tidak bertudung.

Mungkin itu hujah kekuatan Harunsani Zakaria.

Sunday, July 18, 2010

Untuk Rakyat Malaysia

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.

Gula
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Kenaikan Harga Barang: Senjata Jahat BN

Umum mengetahui Kerajaan UMNO/Bn sudah pun menaikan harga barang bagi menyelamatkan kewangan negara yang semakin sempit dan terhakis.

Pelbagai istilah telah digunakan bagi menyenangkan hati rakyat jelata yang sudah pun terluka dengan karenah rasuah dan pembaziran negara. Sebagaimana biasa. PM dan rakan-rakan Kabinet akan menyebut 'kenaikan harga barang tidak akan membebankan rakyat'. Itu adalah retorik ucapan dari mereka yang kaya.

Istilah 'penstrukturan subsidi' juga digunakan bagi menepis hal sebenar. Harga barang terus naik.

3 komponen utama barangan. Minyak, gula dan gas pastinya akan menjadi rantaian kepada kenaikan kebanyakkan harga barang seperti makanan, minuman, perkhidmatan dan kesihatan.

Rantaian ini pastinya diketahui benar kepada pengikut amalan Marxist, Kapitalisme, Sekularisme, Penswastaan yang sentiasa memihak kepada pemerintah dan pengeluar. Dari sudut pratikal ekonomi. Ia nyata sama sekali menekan rakyat. Prosa, "yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya".

Hal ini bertambah jelas pada kita sekarang.

Setiap kali berlaku kemeleseten ekonomi atau kekurangan wang negara. Talian hayat bagi sesebuah kerajaan adalah menekan rakyat dan menarik semula segala kemudahan yang dinikmati rakyat terbanyak.

Pemikiran kerajaan sejak ekonomi melanda negara adalah rakyat menjadi mangsanya.

Mengapakah subsidi tidak ditarik ke atas kemewahan Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinetnya?

Kemudahan yang mereka nikmati selama ini. Elaun sini sana. Percuma bagi perkhidmatan, bil elektrik, telefon, perumahan, penggunaan petrol, makan dan minum secara percuma, bermewah-mewah dalam pakaian dan aksesori, hari keraian dan majlis. Terbang ke luar negara tas urusan peribadi menggunakan wang rakyat, kempen pilihanraya menggunakan wang negara. Rasuah tidak mengira usia, pangkat dan jawatan. Kebocoron wang projek kerajaan. Membazir dalam pembinaan projek yang tidak menguntungkan.

Apalah salah jika itu dinilai semula?

Kemewahan mereka itulah patutnya ditarik dan diadakan penstrukturan semula.

Bukan rakyat yang ditekan membabi buta.

Alasan penjimatan barangkali sekadar menutup hawa nafsu rakus pemimpin kerajaan berbelanja tidak mengenal cuaca. Waktu kita menghadapi krisis kewangan yang menimpa. Disaat itulah kita mendengar pelbagai kerugian dari GLC. PKFZ, Felda, Sime Darby, Pos Malaysia, kehilangan 2 blok minyak bernilai RM350 billion pada Brunei. Hilang hak pengurusan tanah KTMB di Tanjung Pagar. Hilang itu, hilang ini. Rugi sana, rugi sini.

Tidakkah itu yang masalah yang perlu diperhatikan dan diberikan penekanan dari pihak kerajaan.

Bukankah itu jalan penyelesaian bagi menanggung segala masalah yang menimpa negara hari ini.

Syarat menjadi pemimpin adalah amanah. Amanah menjaga wang negara. Mengurus kewangan dengan penuh ketilitian. Bukan pembaziran dan penyelewengan.

Rakan-rakan dari UMNO sudah pasti tidak menyetujuinya.

Mereka akan terus dilenakan dengan kain sarung, gula dan wang.

Biarkanlah mereka.

Kita berdoa. Moga mereka yang khianat wang rakyat akan dilaknat!

Thursday, July 15, 2010

Untukmu Muhyiddin

Berita Utama di mana-mana siaran beberapa hari ini. Betul-betul menyerang Selangor atas kes kecurian pasir. Walaupun, sebelum ini Selangor dan Johor amatlah terkenal dengan isu kecurian pasir. RTM dan TV3 kurang berminat dengan isu ini. Kalau ada pun, mungkin tidaklah sehebat ini. Kalau ada juga, tidak lebih menggunakan Karim Singh Walia sahaja untuk membahas isu kecurian pasir.

Namun demikian. Oleh kerana, Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Maka isu ini dihuraikan bagai seluruh pasir di Selangor habis digondol kepada penyangak pasir di Selangor itu. Bukan main lagi. Dari PM, TPM, Menteri, Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita dan sebahagian ahli-ahli UMNO kampung 'berlakon' dihadapan kamera sebagai penduduk kampung yang amatlah peka dengan isu kecurian pasir di Selangor.

Kepekaan mereka lebih jelas dan prihatin sejak PR memerintah Selangor.

Beberapa bahagian di dalam blog sudah menyiarkan bagaimana YAB Menteri Besar Selangor mendedahkan bagaimana 'klip video' berita kecurian pasir di Selangor diambil dari lombong yang salah dan disensasikan oleh TV3. Beliau juga menambah. Satu surat memohon kerjasama dari Kerajaan Pusat untuk bersama-sama menangani isu kecurian pasir yang bukan hanya di Selangor tetapi juga di negeri kelahiran YAB TPM di Johor.

Tetapi. Malangnya, usaha ini disalah ertikan. Malah Kerajaan Pusat tidak campur tangan atau dalam bahasa yang mudah 'bersama-sama' menangani jenayah kecurian pasir ini secara kolektif.

Inilah budaya Kerajaan Pusat. Dalam Utusan-Yahudi hari ini menyiarkan di muka hadapan, 'Khalid hendak mengheret Pusat'.

Sedangkan Tan Sri Khalid mengajak untuk bersama-sama memerangi jenayah. Hendak melibatkan semua pihak.

Bukankan Muhyiddin begitu bimbang dengan jenayah kecurian pasir ini. Dalam Buletin Utama semalam pun dia mengulangi lagi kenyataannya mengatakan PR gagal menangani masalah tersebut. Kalau ada yang salah tangkap sahajalah!. Itu kata TPM di hadapan kemera berita.

Kita juga hendak mengetahui apa status pendedahan Tun Mahathir berkenaan hampi 400-500 buah lori yang membawa pasir dari Johor ke Singapura?

Bagaimana pula lori-lori ini boleh membawa pasir sebanyak itu ke Singapura?

Tidak ada polis ke?. Muhyiddin tidak tahu ke?. Tidak nampak?

Kalau ada yang salah tangkap sahajalah!



Berkaitan:
Isu pasir: MB Selangor tegur pemimpin UMNO
Curi pasir: Muhyiddin hanya nampak kuman di seberang laut
Sand pirates: Millions floated out of the country via Sungai Johor

Wednesday, July 14, 2010

Bunyi Lagi...




Perdebatan gabungan PAS-UMNO telah mula didendangkan lagi.

Selepas pasca Pilihanraya Umum yang menyaksikan Umno menghadapi krisis sokongan di Pantai Barat. Hilang kuasa di P.Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Agenda 'perpaduan' Melayu ditiupkan untuk meraih keuntungan politik UMNO semata-mata.

Dihulurkan tangan mesra alam kepada PAS. Dendangan melodi 'Ketuanan Melayu', 'Perpaduan Melayu', 'Perpaduan Islam' dimainkan dengan simfoni yang indah. Orkestra yang sebelum ini menuduh PAS parti ekstremis, pengganas, Taliban, sesat, kuno, berfikiran jumud dan sesat. Tiba-tiba memainkan irama asyik mengajak PAS bersama.

Ini muzik lama.

Dari 'pemimpin dan organisasi' yang sama. UMNO.

Kali ini. Selepas 'Wacana Bolehkah Melayu Bersatu' yang diadakan di Kelantan Sabtu yang lalu. Salah seorang ahli panelis menganjurkan perkara yang sama. Memohon diadakan kerjasama politik antara PAS dan UMNO.

Melayu dan Islam perlu bersatu katanya. Melayu semakin ditekan dan dianaktirikan. Melayu dihalang dari mencapai kekayaan dan kegemilangan. Maka, PAS dan UMNO perlu duduk semeja bagi menyelamatkan Melayu dan Islam.

Ahli panelis itu juga menyebut. Sekiranya PAS bergabung dengan UMNO. Perlaksanaan Islam dan Hukum Hudud itu lebih mudah diadakan. Berbanding PAS bersama PKR dan DAP yang jauh ideologinya dengan PAS sebagai pejuang Islam.

Apakah sebagai pejuang Islam PAS perlukan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam yang menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk menegakkannya?

Mengapa UMNO yang berkuasa selama 53 tahun tidak mampu untuk menegakkan Hukum Hudud dan mengharapkan PAS semata-mata?

Apa kurangnya Islam UMNO berbanding kafir PAS?

Saya mengharapkan paluan gendang sumbang UMNO ini tidak menjejaskan PAS. Walaupun, sebelum ini. Ada 'Agenda Kerajaaan Perpaduan' yang menyaksikan PAS pecah belah diperingkat kepimpinan. Ahli-ahlinya menjadi sawan diperingkat bawahan. Ada yang mula bercakap seperti pemimpin UMNO. Mahukan Melayu diselamatkan.

Selamatkan apa?. Apa yang terjadi pada Melayu?. Binasahkah Melayu kalau PAS bersama DAP dan PKR?

Apa bezanya UMNO, MCA, MIC dan Gerakan?

Mengapa apabila isu 'Perpaduan Melayu' timbul. Ada pihak-pihak luar politik mahukan PAS bergabung dengan UMNO?. Tidak pula mereka meminta UMNO keluar dari BN untuk bersama PAS?

Tidakkah lagi molek begitu.

Kalau PAS bersama UMNO. Tentunya bersama BN. Yang di dalamnya ada MCA, MIC dan Gerakan.

Apa yang perpaduannya?. Di mana bersatunya Melayu kalau duduk bersama BN.

Tidakkah PAS juga kan menjadi ahli komponen BN sahaja. Mungkin juga boleh diperkotak-katikan sebagaimana pada tahun 1978 dahulu. Dihalau seperti anjing tatkala UMNO semakin kuat dalam kalangan pengundi Melayu. Habis madu, sepah dibuang!

Yang bermasalah bukannya Melayu. Yang bermasalah adalah UMNO.

Banci penduduk sudah mula diadakan. SPR giat kempen daftar pengundi. Suara Keadilan dan Harakah ditamatkan permit pengeluaran. Felda memperolehi bonus di merata-rata. Mesyuarat UMNO Bahagian sudah mula membincangkan strategi piliharaya.

Saudara-saudara nampak atau tidak.

Ini mesej untuk memerangkap PAS. Menghancurkan Pakatan Rakyat.

Saya tidak nampak perkara yang lain. Selain ia strategi UMNO menyelamatkan UMNO dan kuasanya. Itu sahaja.

Perpaduan Melayu adalah kunci kepada strategi jahat.

Sekali tangan digigit anjing
Perlu diingat hingga ke tua
Sekali jemaah dikhinati
Dibenci PAS sampai bila-bila!

Berkaitan:
Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam
UMNO sedia temui Pas
Mahfuz:'Bab kerjasama PAS-UMNO sudah tutup, usah bangkit lagi'

Friday, July 9, 2010

Tahniah DAP


Saat yang manis untuk digambarkan. Samada anjuran program ini bertujuan untuk politik. Ianya suatu yang diluar jangkaan untuk ditafsirkan. Ianya juga suatu yang positif untuk dizahirkan.

Jarang sekali. Rakan BN dari MCA dan Gerakan menganjurkan program seumpama ini.

Sebagaimana yang disebut. Walaupun, akan ada penghujahan mengatakan Adun Teratai ini cuba meraih sokongan politik atau undi Orang Melayu. Setidak-tidaknya. Ada juga hidayah dalam hati perutnya yang 'kafir' itu untuk menganjurkan program semulia ini.

Saya sering kali menyebut pada rakan-rakan yang menjadi penyokong setia UMNO. Mereka terlalu bencikan DAP. Dan kemuncak marah mereka ketika PAS menolak untuk bersama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. Bahawa. DAP bukan parti anti-Melayu dan anti-Islam. Mereka bukan parti chauvanis dan perkauman. Ianya adalah tuduhan jahat semata-mata. Anjuran Utusan Malaysia, RTM, TV3 dan UMNO.

Samada mereka percaya ataupun tidak. Lihatlah 'keberkatan' di Pulau Pinang. Kontraktor Melayu hari ini mendapat rezeki yang melimpah ruah hasil tender terbuka anjuran Kerajaan Negeri. Bukan lagi seperti dulu. Projek Kelas F dibolot Ketua Bahagaian UMNO.

Maka. Atas alasan mahu kerajaan yang bersih dan adil. Kalaupun tidak disebut Negara Islam. Adil dan bersih itu juga adalah kerajaan yang bercirikan 'Islam' yang nyata.

Itulah menjadi sebab mengapa PAS tidak bersama UMNO.

50 tahun lebih Gerakan dan MCA bersama UMNO. Pernahkan mereka menyebut sekurang-kurangnya Umar Abdul Aziz, merujuk kutipan al-Quran atau menganjurkan program seumpama ini?

Oleh yang demikian. Padanlah PAS memilih DAP bukan UMNO.

Tahniah DAP!

Wednesday, July 7, 2010

Bukan setakat Penasihat Undang-undang

PROFESOR DR ABDUL AZIZ BARI

Meskipun Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz cuba menyerang keseluruhannya apa yang beliau buat dalam menangani gerak yang dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak defensif. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak perlu membaca peruntukan perlembagaan kerana kita sudah tahu apa isinya. Bukan itu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen Selasa lalu.

Isu yang berbangkit dalam soal penasihat undang-undang negeri yang dihantar Jabatan Peguam ke Negara ke negeri-negeri itu ialah dakwaan sabotaj dan enggan menurut perintah. Meskipun gaji dibayar Kerajaan Negeri pegawai berkenaan – yang juga anggota Exco negeri – merujuk kepada Putrajaya dan bukan Menteri Besar. Inilah yang berlaku di Kelantan, Perak dan khabarnya di Selangor juga.

Kenyataan tegas Anwar itu sebenarnya telah lama saya suarakan; khususnya selepas timbulnya masalah antara Kerajaan Negeri di Kelantan dengan istana pada pertengahan 1996. Pada masa sama ia juga menghadapi tekanan daripada perkhidmatan tadbir negeri yang dipimpin setiausaha kerajaan. Ini pelik bunyinya tetapi di Malaysia hal-hal ganjil seperti ini boleh berlaku.

Di negara lain – sebagaimana yang kita lihat di United Kingdom April lalu – parti yang menang diberi laluan. Istana Buckingham tidak mengada-ngada atau kacau daun. Dalam pada itu para pegawai kerajaan dibenarkan menemui parti yang akan membentuk kerajaan baru.

Berbalik kepada Nazri, beliau sepatutnya ditanya mengapa Kerajaan Persekutuan yang UMNO terajui menubuhkan JPP di negeri-negeri yang ia jadi pembangkang. Soalan ini penting sebab Nazri mahu kita ikut perlembagaan sedangkan JPP itu bertentangan dengan konsep negara persekutuan yang ada di Malaysia dan di seluruh dunia. Saya tidak anti UMNO. Saya cuma mahu permainan yang baik; mengikut peraturan. Pemain hebat seperti Diego Maradona pun dikritik apabila dia menjaringkan gol dengan tangan! Kritikan itu masih kita dengar sampai sekarang meskipun yang salah ialah pengadil membenarkan gol curi itu. Bukan dia.

Apa yang didakwa dilakukan pegawai persekutuan di negeri yang Pakatan perintah itu sebenarnya tidak berbeza dengan sikap pasukan polis. Cuma ia tidaklah seteruk pada 1999-2004 di Terengganu apabila ketua mereka di situ, Datuk Othman Talib dengan selamba meremehkan penentangannya kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar.

Sebenarnya ada masalah lebih besar dalam isu yang Anwar bangkitkan itu. Ia berkait dengan kedudukan tiga pegawai kerajaan dalam Exco. Tak kiralah pegawai PTD, pegawai Kamar Peguam Negara atau pegawai perkhidmatan tadbir negeri. Dalam konteks kerajaan bertanggungjawab yang menjadi tunjang dalam sistem demokrasi berparlimen atau Westminster, kerajaan – yakni Kabinet atau Exco negeri – perlu menjadi ahli Dewan. Pegawai bukan ahli Dewan sebab mereka tidak dipilih rakyat. Sebab itu mereka disebut sebagai ahli kerana jawatan; yakni ahli ex-officio.

Peruntukan itu adalah peninggalan sistem yang dibina Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang kita kekalkan. Ada banyak sebab kita boleh kemukakan mengapa peruntukan ini perlu dimansuhkan. Tetapi biarlah ini kita bincangkan pada ruangan lain.

Terlanjur membincangkan peruntukan mengenai Kerajaan Negeri sebenarnya di Sabah pun ada peruntukan yang ganjil. Peruntukan ini membenarkan pelantikan ahli DUN, dan peruntukan inilah menyebabkan berlakunya krisis di Sabah selepas pilihan raya negeri 1985 apabila pemimpin Usno Tun Datu Mustapha, menggunakan peruntukan itu, menyerbu masuk ke istana dan meminta Yang di-Pertua Negeri Tun Adnan Robert melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Peruntukan-peruntukan yang sedemikian itu bukan sahaja ketinggalan zaman, tetapi bertentangan dengan demokrasi, dan kita sudah lihat bagaimana ia digunakan untuk membuat sabotaj. Rakyat perlu prihatin soal ini.

Apa pun Anwar tidak perlu bertindak sekarang kerana sebagaimana diduga, musuh mereka akan menyeret istana. Ini kita dapat hidu dalam sidang akhbar Nazri Rabu lalu. Apa yang Anwar perlu buat ialah pastikan Pakatan berada di Putrajaya terlebih dahulu. Tanpa kuasa persekutuan sukar untuk Pakatan membuat perubahan. Dengan kuasa itu saya rasa mudah sedikit untuk mereka berkira dengan istana. Tetapi sebenarnya kuasa tadi jarang digunakan, itu mungkin kerana UMNO tidak lupa membawa persembahan yang baik-baik. Ini hanya boleh Anwar sembahkan kalau beliau duduk di Putrajaya.

Kesesatan UMNO


Siapa yang sesat? PAS atau UMNO. Unjuran kata-kata oleh Naib Presiden UMNO dari Samporna dalam mesyuarat UMNO Bahagian sama sekali seperti 'meludah ke langit, hinggap muka sendiri'.

Tuduhan beliau dengan menyebut PAS sebagai parti ajaran sesat mencerminkan betapa butanya 'ilmu' Menteri Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar UMNO itu.

Sesat ada dua. Satu sesat tidak berjumpa jalan. Kedua, sesat tidak berjumpa syurga. Barangkali tuduhan tersebut untuk menunjukkan ahli-ahli PAS atau PAS itu sesat tidak berjumpa syurga.

Itu tuduhan dari pemimpin UMNO yang dengan sendirinya mendedahkan kepada kita semua betapa 'cerahnya masa depan' UMNO untuk menghitung syurga dan neraka.

Sebagai peminat kepada senario politik. PAS sangat jelas dengan dasarnya yang menjadikan Al-Quran, As-sunnah, Ijmak ulama dan qias sebagai dasar parti. PAS juga menjadikan 'Allahuakbar' sebagai seruan parti tersebut. PAS juga dipimpin dan memimpin kebanyakkan ahli yang berlatarbelakangkan agama terutama berkaiatan pengajian Islam. Bermatlamat untuk menubuhkan 'Negara Islam'. Itu asas yang menarik bagi PAS.

Bagaimana pula dengan dasar UMNO?

Ada tertuliskah dasar Islam mereka dan rujukan mereka untuk tidak menjadi 'sesat' berjumpa pintu syurga?

Kalau tidak pun ditulis di mana-mana. Bagaimana pula dengan amalan parti dan pemimpin UMNO untuk tidak menjadi sesat?

Itu ukuran untuk UMNO.

Bagaimana kita hendak membuktikan UMNO tidak sesat atau lebih sesat dari PAS yang dituduh sesat?

Umum mengetahui. UMNO baru-baru ini menggemparkan seluruh negara melalui Presidennya yang juga Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan negara telah pun meluluskan judi berbentuk pertaruhan sukan. Hadiah lesen itu diberikan kepada rakan karib UMNO/Bn, Tan Sri Vincent Tan. Selepas tekanan umat Islam (kecuali UMNO dan PERKASA) menghentam lesen judi tersebut, ia di ditarik semula. Vincent Tan dalam majlis makan malam bersama tauke-tauke judi pada minggu lepas begitu berang dengan penarikan semula lesen judi tersebut. Beliau menyalahkan Pakatan Rakyat kerana bertindak menyerang kerajaan atas usaha menghalang lesen judi anugerah UMNO/Bn kepadanya. Tahniah PR. Sekali lagi bukan UMNO dan Perkasa yang disalahkan oleh tauke judi itu. Ertinya, UMNO memang menyokong penuh hasrat kerajaan mengadakan judi yang diharamkan Islam.

Judi diharamkan oleh Islam. PAS menentang. Hatta, DAP pun menolak. Kecuali UMNO. Yang menghalalkannya dengan pemberian lesen. UMNO lawan hukum Islam. Tentang hukum Al-Quran yang mengharamkan judi.

Siapa yang sesat?

Bagaimana dengan amalan lain?

Bagaimana pula dengan pemakaian tidak menutup aurat yang menjadi amalan tradisi pemimpin UMNO terutama isteri-isteri mereka.

Bagaimana dengan Rosmah Mansor?

Adakah dia tidak Islam dengan membuka tudung kepala?. Mewarnakan rambut?. Cukur kening dan memakai pakaian yang ketat dan sendat. Walaupun badanya dilihat 'sesak' dengan pakaian-pakaian tersebut.

Halal atau haram?

Sesat atau tidak berjumpa pintu syurga?

Dipihak PAS. Pemimpin mereka sentiasa sahaja boleh diminta menjadi Imam solat, membaca Kutbah pada Hari Jumaat, memberikan kuliah agama, ceramah dan membaca kitab. Sebut sahaja siapa. Siapa pula disisi UMNO untuk melakukan itu semua. Zambry Mamak di Perak sehingga ke hari ini. Masih belum mampu untuk megimamkan solat kepada pegawai kerajaan sebagaimana yang dilakukan YAB Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin.

Itu 'imej' PAS yang dikatakan sesat oleh Shafie Apdal.

Entah dari mana kalamnya. Kita tidak mengetahuinya.

Mungkin. Beliau terlalu mendesak mencetuskan isu politik murahan untuk dipetik akhbar Yahudi-Utusan. Itu sahaja kemampuan beliau.

Padanlah dia menjadi ahli UMNO.

Semoga sesatlah beliau di dalam UMNO.

Jersi baru Manchester United 2010/2011?



Sunday, July 4, 2010

Kahwin: Perlukah Dipaksa?


Saat kita mencapai peringkat umur 25-30. Saat itu juga, umur matang untuk melangsungkan perkahwinan menjadi tanda tanya ke atas anda. Perkahwinan untuk umur sebegitu menjadi tanda aras kepada mana-mana individu. Baik yang sedang menuntut ilmu, bekerja, penganggur atau penagih dadah. Semuanya sibuk bertanya. Bila hendak makan nasi minyak?

Saya tidak terkecuali.

Saya sudah jelaskan pendirian saya dalam soal kahwin. Pembaca boleh merujuk sendiri. Sekiranya ada yang sudah membaca. Saya mengharapkan 'beliau' memahami. Prinsip dan sasaran saya. Bila? Tahun bila? Tarikh?. Semuanya dijelaskan dengan baik. Hanya yang bebal masih bertanya. Yang bodoh terus meronta.

Prinsip jalan hidup yang saya amati amatlah mudah. Sesiapa yang pernah berbicara dengan saya soal kahwin. Jawapan saya sudah tentu jawapan yang 'mengukur badan sendiri'. Tidak meletakkan sasaran bermegah-megah dan terkinja-kinja. Bukan seperti pasangan yang lain. Duit cincin bertunang pun berhutang orang. Saya tidak mahu sebegitu.

Perancangan yang rapi datang dari diri kita sendiri. Saya agak kurang senang sekiranya. Ibubapa atai sanak-saudara mencampuri urusan yang belum lagi diiktiraf 'rasmi'. Saya juga agak kurang senang dengan desakan pihak luar dalam 'pengiktirafan' sesebuah hubungan. Pada saya cukup mereka mengetahuinya. Dengan siapa anak mereka berkawan, kerja apa, kerja di mana, latar belakang dan perihal lain yang mana maklumat itu boleh diperolehi dari anaknya. Tak perlulah sampai ke tahap hendak 'google' di internet. Cukup dari mulut anaknya.

Sebagai anak. Menanam keyakinan terhadap pasangan dan memberitahu ibubapa adalah peranan yang jitu. Walaupun, dalam erti kata pasangan anda tidaklah sesempurna mana. Ada perihal buruk dan kelaku jahat yang pernah dilakukannya. Maka perkara itu wajib anak rahsiakan. Sebagai menjaga hubungan dengan orang yang anda suka. Jangan pula anda menjadi batu api membakar si ibu yang sedia bebal tentang pasangan anda. Berkata baik bagi menutup aib. Adalah rahmat aib anda tidak dibuka.

Menanamkan keyakinan itulah dipanggil 'peranan' sebagai nak. Jika hal itu pun anda masih belum faham. Jangan haraplah sangat hendak bergelar pasangan yang sah. Takut-takut nanti. Bila sudah bergelar suami isteri. Kehendak ibubapa yang kadang-kadang menyebabkan anda berada dalam dilema. Anda tidak bijak menanganinya.

Belajar yang itu dahulu, sebelum bertindak sibuk hendak berkenduri.

Saya masih kurang memahami kehendak sesetengah ibubapa. Yang memaksa anak-anak mereka untuk berkahwin tatkala umur mereka mencapai tahap matang yang saya sebutkan tadi.

Apa yang perlu jadi masalah kalau anak-anaknya tidak berkahwin menjelang umur 30 tahun???

Kalau anaknya memang jenis tidak laku itu salah ibubapanya.

Bagaimana pula anak-anak yang bekerjaya?. Walaupun tidak berkahwin adan Ijazah Sarjana. Rumah mewah hasil kerjaya sendiri. Bukan merempat menagih ehsan sesiapa.

Ya. Duit bukan segala-galanya. Namun, apa salah jika tidak berkahwin mengikut kehendak ibubapanya?

Ada duitkah?. Ilmu sudah cukupkah?. Banyak sangatkah merempat anda dengan memakan kata-kata orang jika tidak berkahwin.

Dalam ilmu sosial. Ia disebut 'Norma Komuniti'. Norma Komuniti membawa makna peraturan yang diletakkan oleh masyarakat. Peraturan ini tidak ada pun diletakkan dalam mana-mana kandungan undang-undang, mahkamah atau pengajian. Sebaliknya, ia adalah ketetapan yang dibuat masyarakat. Kalau langgar?. Tidak ada tempat anda untuk ke penjara. Sebaliknya, anda hanya akan dicemuh dalam komuniti anda.

Kahwin adalah salah satu 'Norma Komuniti' yang saya kira sebagai contoh yang baik.

Tidak ada dalam mana-mana kitab. Kalau hendak berkahwin hantarannya RM11,0000.00. Kalau hendak berkenduri mesti panggil lebih 2 ribu orang. Khemah 4 pasang. Baju bertukar siang dan malam. Potong kek dan membuka hadiah depan orang ramai.

Semuanya tidak ada. 'Norma Komuniti' meletakkan begitu.

Kalau dilanggar. Tidak ada pun hukuman. Masyarakat yang memandai-mandai. Meletakkan itu dan ini. Begitu dan begini.

Masyarakat yang menaganjurkannya untuk masyarakat. Tidak salah melanggarnya. Ia hanya ketetapan masyarakat. Yang entah dari mana rujukan kitabnya.

Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita beribu-ribu nasihat kepada umatnya. Salah satu darinya perihal perkahwinan. 'Berikanlah sebentuk cincin logam sebagai mahar atau selipar buruk sebagai tanda'. Bukan emas permata dan nilai wang sebagai alat jahat untuk menekan pasangan yang mereka sendiri tidak tahu betapa susah dirinya dihimpit hutang dan kesesakkan kewangan!

Apa mereka tahu?

Mereka hanya sedap berbincang. Mengatur itu dan ini. Mengikut kehendak nafsu mereka untuk meraih 'populariti' masyarakat setempat. Dek kerana nama. Mereka menjadi 'sakit' perihal kahwin anak-anak sendiri.

Saya sendiri baru berumur 25 tahun. Menjadi penjawat awam semenjak Mac 2010. Apa yang saya ada untuk berkahwin?

Adakah mereka tahu betapa susahnya hidup yang baru hendak menapak membina sesuatu?

Apa yang merka peduli selain mengatur hidup orang lain. Memaksa tidak kira masa. Menekan tidak kira siapa.

Saya juga ada mak. Kalaulah dia tahu. Pasangan anaknya begitu.Pasti dia kecewa sikap yang dia tidak pernah tahu itu.

Utusan Malaysia: Akhbar Yahudi di Malaysia?


Utusan Malaysia sudah menjadi Jews Post pula di Malaysia. Tatkala wartawan Yahudi menyerang Anwar Ibrahim di Washington DC atas kritikan dan melabel Israel sebagai rejim Zionis. Wartawan Utusan Malaysia pula menjadi penyambung kepada berita tersebut.

Kebanyakkan blog. Termasuk simpangtiga sudah pun menyiarkan artikel penuh yang telah pun dialih bahasakan kepada Bahasa Melayu.

Semoga rakan-rakan dapat membaca dengan hati yang terbuka.

Semoga kita dapat menjana minda dengan berita-berita yang benar. Dan tidak terpalik dengan fitnah jahat dan adu domba.

Utusan Malaysia yang kehilangan isu bagi menarik perhatian masyarakat. Menjadikan isu perjumpaan Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi di Amerika Syarikat sebagai serangan peribadi adalah langkah yang sama sekali kurang bijak.

Tatkala. Kita mendedahkan perjumpaan sulit Zahid Hamidi dengan Ehud Barak di Perancis. Perlantikan Apco Worldwide dengan dana RM77 juta dan AsiaSoft di PDRM. Di mana Utusan Malaysia?

Itu isunya.

Biarlah nampak cerdik dari bodoh.

IKUTI TERJEMAHAN WASHINGTON POST INI, BENARKAH ANWAR MOHON MAAF ?

Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post

Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan.

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya.

Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicuriga..Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik.

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS.

Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar."

Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati."

Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya.

Sumber:
kerabubersuara
wfauzdin

Friday, July 2, 2010

Utusan Malaysia dan Yahudi

Kalau membaca Utusan Malaysia hari ini. Pasti kita akan melihat wartawan Utusan menjadi jaguh Islam dengan menempelak Anwar Ibrahim dengan kritikan wartawan Yahudi terhadap pemimpin PKR itu. Begitu sekali. Diletakkan di muka hadapan, 'Jangan Percaya Anwar'.

Barangkali mereka lupa. Hasil berita itu dipetik dari wartawan berbangsa Yahudi. Selepas di 'edit' dengan baik oleh wartawan murahan atau Ketua Pengarang (yang bersifat sebagai Ketua Pengarang UMNO) mereka cuba mengaitkan kemarahan bangsa Yahudi terhadap Anwar Ibrahim.

Samada kita perasan atau tidak. Marah Yahudi dengan istilah 'Zionis' yang dipakai Anwar Ibrahim adalah kredit kepada batang tubuh Anwar Ibrahim sendiri. Setidak-tidaknya menunjukkan ada pemimpin Islam selain Mohmoud Ahmadinejad menyelar Israel itu sebagai 'Zionis'. Yang membawa makna yang jahat diatas kejahatan mereka terhadap rakyat Islam Palestin.

Utusan barangkali lupa. Bagaimana perjumpaan sulit diantara Zahid Hamidi dan Ehud Barak selepas didedahkan Pakatan rakyat. Bahkan Zahid Hamidi mengakui di Parlimen berjumpa dengan pemimpin jahat Yahudi laknatullah terbabit.

Mengapa tidak disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia?

Berat sebelah atau mengikut telunjuk UMNO?

Begitu juga hubungan rapat Malaysia-Israel melalui perlantikan APCO Worldwide sebagai perunding imej kepada Najib Tun Razak. Mengapa tidak diletakkan sebagai hidangan utama Utusan Malaysia?. Mungkin tajuknya boleh jadi bermacam-macam. 'Kerajaan Malaysia bayar RM77 juta untuk syarikat Israel'.

Kalaulah Utusan Malaysia begitu. Saya percaya. Ramai orang Melayu/Islam yang selama ini menjadikan UMNO kiblat politik mereka beralih arah.

Malang. Bagi rakyat Malaysia. Mempunyai akhbar negara yang lebih ketara sifat adu-dombanya dari menyiarkan berita.

Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Kalau hendak mengatakan dia ada hubungan intim dengan Yahudi atau pro-Yahudi. Itu kehendak UMNO.

Yang saya benci adalah nilai berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Sudahlah tidak laku. Jadi pula lidah rasmi UMNO.

Sedar atau tidak. UMNO mana pernah ada akhbar sendiri. Setidak-tidaknya PAS ada Harakah. PKR ada Suara Keadilan. DAP ada akhbar Roket.

PERKASA pun dah keluarkan akhbar sendiri semalam.

UMNO bila lagi?

Malulah. Parti terbesar negara. Suratkhabar pun tidak ada.

Sudah-sudahlah merogol Utusan Malaysia.

Berkaitan :
Anwar dan Yahudi

Thursday, July 1, 2010

Felda vs Suara Keadilan


Felda. Melalui jagoannya Ahmad Maslan akan menyaman Suara Keadilan RM200 juta. Notis saman tersebut sudah pun dihantar oleh Ahmad Maslan melalui peguam yang dilantik. Mereka menuntut Suara Keadilan memohon maaf secara terbuka atau dikenakan tindakan saman RM200 juta tersebut. Dalam masa 7 hari.

Langkah yang baik dari Felda. Bagi menutup tembelang mereka. Ahmad Maslan bertindak untuk menyaman. Kehilangan rezab tunai Felda yang bernilai lebih RM2 bilion itu masih menjadi tanda tanya pada masyarakat. Ahmad Maslan masih diam membisu. Jawapan yang diberikannya di Parlimen nyata sekali ditolak rakyat terbanyak.

Untuk itu. Saman terhadap suratkhabar milik Parti Keadilan Rakyat itu adalah jalan terbaik.

Tajuk depan Suara Keadilan 'Felda Bankrap' nyata sekali tidak dapat diterima. Hilang RM2 bilion lebih belum lagi boleh diklasifikasikan sebagai bankrap mengikut Ahmad Maslan. Hilang semua baru bankrap agaknya!

Itu telahan Ahmad Maslan.

Parti Keadilan Rakyat sudahpun menyurakan pembelaan diri. Mereka tidak akan memohon maaf kepada Felda atau Ahmad Maslan atas tajuk akhbar itu. Memohon untuk berentap di mahkamah. Naib Presiden PKR, Sivarasah juga menyuarkan perkara yang sama.

Berdepan PKR di makhkamah!

Saya harap Felda dan Ahmad Maslan bersetuju. Jangan tidak jadi saman pula.

Jangan lupa. Di mahkamah semuanya perlu dibongkar untuk mengesahkan samada Felda bankrap atau tidak. Felda perlu hadir dengan angka untuk membela diri. Segalanya akan ditelanjangkan di mahkamah. Sebagaimana Saiful Bukhari yang mengaku diliwat. Dia dibogelkan di mahkamah oleh Karpal Singh. Ezkos yang tidak bocor mahu diberitahu bocor.

Kalau media massa di Malaysia adil dan saksama. Pasti cerita keseluruhan di mahkamah berkaitan Felda ini akan diberitakan.

Saya mengharapkan semuanya terburai di mahkamah. Biar rakyat menjadi saksi. Bahawasanya, UMNO lah parti Melayu yang menjahanamkan ekonomi Melayu!

6 golongan wanita yang haram dikahwini


Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH, dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.”

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Sumber rujukan TS : Imam Al Ghazali