Thursday, August 19, 2010

Penyangak vs Pelakon Lucah


Beberapa hari ini berlaku sedikit kekecohan antara Muhyiddin Yassin dan Chua Soi Lek. Lebih menarik jika disebut antara UMNO dan MCA. UMNO dan MCA bukanlah rakan baru seperti PAS dan DAP. Mereka sudah berkawan lama. Sejak belum Merdeka sehinggalah saat ini. Sejak kita Tanah Melayu mengenali UMNO dan MCA sebagai Perikatan. Yang membawa lambang Kapal Layar sebagai bendera parti hinggalah ke lambang Dacing. Yang disebut Barisan Nasional hari ini.

Dalam politik. Kawan lama atau kawan baru. Kadang-kadang bertembung juga prinsip dan pendekatannya. Tidaklah ia satu yang menghairankan. Suasana politik memang begitu. Kawan boleh jadi lawan. Lawan kadang-kadang menjadi teman. Dari sahabat putus terus. Dari tidak kenal boleh berbual mesra. Begitulah suasana politik.

Jadi tidak hairan juga kalau PAS dan DAP selalu juga bertembung. Baru sahaja mengikat tali bersama. Boleh merampas 5 negeri di Malaysia. Tunggulah sedikit masa lagi. Gabungan Lim Guan Eng-Nizar Jamaluddin mampu memerintah negara.

Tambahkan UMNO pun berlawan dengan MCA.

Muhyiddin memang kurang senang kalau ada Cina di Malaysia yang bercakap soal orang Melayu. UMNO pun begitu. Pantang sungguh pada UMNO kalau ada cadangan-cadangan dari mana-mana pihak termasuk PAS atau PKR sendiri bersuara soal Melayu. Inikan pula Cina. Bertambah-tambahlah berang si penyangak pasir di Johor itu. Seolah-olah. Isu Melayu adalah isu UMNO. Hanya UMNO yang layak menyebut, membincangkan atau melaksanakan apa-apa sahaja tentang pembangunan Melayu. Hak eklusif itu diperolehi UMNO melalui tipu dayanya selama 52 tahun sejak merdeka.

Jika begitu. Maka layaklah kita menyalahkan UMNO sekiranya Melayu memang lemah sekali dalam beberapa aspek di Malaysia. Bahkan, masalah pembuangan bayi, dadah, zina, pelacuran, arak dan lain-lain masalah sosial yang melibatkan Melayu wajar disalahkan kepada UMNO. Bukankah hak eklusif Melayu itu hanya pada UMNO?. Mana mungkin yang baik sahaja untuk UMNO. Yang buruk juga tentulah pada parti yang mengakui ketuanan bangsanya itu.

Apabila Chua Soi Lek menyebut berkenaan liberalisasi ekonomi terhadap Bumiputera. Yang mahu ekonomi negara dilihat aktif dan bersaing. Penipuan projek kontraktor kelas F yang di 'ALI BABA' kan juga kepada bangsa lain juga adalah kritikan Soi Lek. Soi Lek juga menyebut berkenaan penjualan AP yang terlalu banyaknya kepada orang Melayu itu.

Apabila disebut Melayu pada pengamatan Chua Soi Lek yang juga pernah berlakon dalam filem lucah itu. Perlu difahami ia bukan Melayu secara keseluruhan banyaknya. Melayu yang dimaksudkan Chua Soi Lek adalah Melayu UMNO atau pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO. Maka begitu jadinya. Kita Melayu yang lain-lain tidak perlulah risau atau bimbang tentang kritikan Chua Soi Lek tersebut.

Agenda perkauman adalah senjata UMNO dan BN. Hal ini bagi meningkatkan semua undi mereka pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sketsa dan drama ini adalah ulangan kepada Tragedi Operasi Lalang 1987. Pandangan Chua Soi Lek akan dipetik Utusan Malaysia. Dan keesokkannya. Utusan Malaysia juga akan menjadi lidah rasmi UMNO bagi menekan dan melawan kenyataan Chua Soi Lek itu. Akan timbullah pelbagai tajuk bagi mengapi-apikan masyarakat Melayu. Menanam kebencian terhadap kaum lain atas apa yang disebut oleh Chua Soi Lek itu.

Benarkah orang Melayu tidak bersedia dikritik kaum lain terutama Cina?

Berjayakah kita orang Melayu sehingga langsung tidak dapat ditegur oleh mana-mana pihak?

Disaat kita melaungkan 'Hidup Melayu' dan 'Ketuanan Melayu'. Menyebut kaum ini, kaum itu semakin melampau. Menuntut yang bukan-bukan. Mengkritik parti-parti Cina di Malaysia seolah-olah mereka komunis dan pengganans. Ada pemimpin Melayu menyebut kaum itu pendatang, kaum ini menumpang. Sebagaimana yang berlaku di sini. Berucap berapi-api dikhalayak. Cina begitu, Cina begini.

Dalam saat begitu. Apabila ada pemimpin Cina memohon liberalisasi ekonomi di Malaysia bagi meningkatkan keupayaan ekonomi negara. Mengkritik dasar ekonomi yang berlandaskan kaum. Menekan dan tidak adil. Kita marah?. Mengapa?.

Bukankah kita memang lemah ekonomi berbanding Cina. Hendak malu apa?. Cina nasihat kita. Mengkritik dasar kita yang tidak adil. Memberi pandangan tentang Hak Keistimewaan Melayu. Kita melenting?

Waktu kita menyebut itu dan ini di muka surat hadapan Utusan Malaysia. Apakah kita jaga perasaan mereka?.

Kalau kita mengata orang boleh. Apa salahnya orang mengata kita pula.

Jarang sekali kaum Cina mengadakan demo itu dan ini bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka. Tetapi, mereka membalas dendam ke atas keceluparan pemimpin Melayu dengan menguasai ekonomi secara menyeluruh. Mereka menguasai barangan-barangan keperluan di Malaysia. Menjadikan orang Melayu sebagai mangsa yang bernama pembeli dan pengguna. Anak-anak mereka hebat dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Menguasai bidang Perubatan dan Kewangan di universiti di Malaysia. Memperok-perandakan kita dengan akal dan tipu helah ekonomi secara berterusan. Mengusai perdagangan dengan sempurna. Berupaya mengugut kerajaan untuk menaikkan harga barangan. Menjadikan pemimpin Melayu sebagai 'lembu' yang menjana kewangan. Ditarik ke sana dan ke sini. Maka. bertambahlah bacul kita dihadapan Cina.

Mereka tidak melawan kita dengan demo dan piket yang membabi buta. Mereka tidak membakar gambar pemimpin kita. Mereka juga tidak pernah mengkritik Melayu secara terbuka. Tidak mengarak kepala lembu atau membakar surau dan mussola. Itu kecerdikan Cina.

Yang bodoh adalah kita.

Saya sering menyebut. Jangan jadikan semua perkara sebagai 'politik perkauman' seperti UMNO dan MCA. Mereka mengaturkan gerak kerja bagi menujukkan taat setia pada bangsa dan kaum masing-masing. Mereka sengaja menyebut hal yang dikira sensitif bagi UMNO dan MCA. Bukan pada Melayu dan Cina.

Chua Soi Lek ada juga menyebut. Mereka tidak akan menghalang sekiranya DAP juga berjuang untuk kepentingan kaum Cina. Sekiranya itu kebaikan bangsa mereka. Tiada apa perlu dihalang dari mereka menyebut untuk menghalang.

Bukankah itu kecerdikan politik yang diamalkan oleh Cina di Malaysia.

Di mana politik Melayu. Gula, kain pelikat, projek, kain batik, jalan tar atau makan percuma?

Saat PAS memerintah Terengganu. UMNO dengan angkuh dan sombong memabatalkan pembayaran royalti miyak ke Terengganu walaupun 90% lebih penduduk Terengganu adalah Melayu. Dek kerana sifat dengki. Takutkan kerajaan PAS menjadi kaya raya kerana adanya royalti minyak Mahathir Mohamad sanggup menghentikannya bagi kepentingan politik jahat UMNO. Begitu juga di Kelatan. Di hinanya Tuan Guru Nik Aziz itu sebagai musuh Melayu nombor satu negara. Seolah-olah MB Kelantan itu bukan lagi sesama bangsa dengan mereka. Sekatan bantuan kewangan ke Kelantan atas arahan pemimpin politik bukan suatu yang mengejutkan.

Apakah itu cara kita berpolitik?

Yang baik dari PAS, walaupun untuk Melayu. Kalau datang dari PAS mensti dikata buruk oleh UMNO. Yang buruk dari UMNO, walaupun untuk Melayu. Kalau ada pandangan dan cadangan dari PAS tidak pernah diendahkan UMNO.

Bukankah kita nampak begitu terkebelakang sekali berbanding Cina?

Melayu itu sorak adalah kegemarannya.

Kickdefella dan beberara blogger UMNO selalu menceritakan kepada kita yang Melayu akan hilang kuasa politiknya. Dengan analisis dan teori tiada rujukan. Mereka pamerkan seolah-olah kuasa Melayu akan terhakis kepada bangsa lain. Mereka menanamkan rasa-rasa takut dan gusar kepada orang Melayu. Apabila ketakutan itu timbul. Mahu tidak mahu orang Melayu akan kembali memangkah UMNO. Untuk menguatkan Melayu.

Percayalah. Itu semua helah UMNO untuk terus menerus menipu Melayu dan bangsanya.

Kita janganlah jadi bodoh seperti mereka.





No comments:

Post a Comment