Thursday, August 19, 2010

Kreatif dan Inovatif

Saya ke Pendang 17 dan 18 Ogos yang lepas. Bersama 4 orang teman. Kami di arah pihak atasan bagi menyertai kursus kreatif dan inovatif. Di mana, kami berlima diangkat menjadi Chief Inavator (CI) bagi sekumpulan yang dilantik untuk meningkatkan kreativiti dan inovatif di pihak sekolah. Perlantikan yang dibuat atas arahan dipatuh dengan penuh akur.

Ramadhan bukan penghalang kami menyertai perbincangan bersama-sama teman guru dari Baling, Beseri dan Pendang selaku tuan rumah. Dengan penuh penelitian. Pengajaran dari teori Bernard Le Bono. Kami berhempas pulas mempelajari selok belok teori Yahudi itu bagi meningkatkan pengetahuan sedaya mungkin. Pengetahuan tersebut untuk dipersembahkan kepada 20 orang pelajar bagi tiap-tiap CI disetiap sekolah. Maka. Bertambahlah beban kerja sedia ada. Selain memelihara mutu akademik masing-masing. Tuntutan meningkatkan kreativiti dan inovatif para pelajar juga menjadi keutamaan. Tempoh masa yang diberikan terlalu terhad. Sekurang-kurangnya sebelum cuti raya. Setiap CI perlu menghantar laporan masing-masing bagi setiap idea kreativiti yang dilahirkan para pelajar. Secara amnya. Semasa pulang dalam perjalanan. Ketika di dalam feri lagi. Saya memikirkan perkara-perkara idea yang bernas dan boleh dijual untuk dihantar ke Ibu Pejabat. Soal pelajar. Biarlah dulu. Tetapi dari saya. Ada idea yang perlu saya kirimkan.

Hujan adalah kaitan idea di kepala. Melihat laut terbentang luas. Mengenagkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Terlalu cetek. Jika hendak dibandingkan dengan think tank yang ada di muka bumi. Saya bukan manusia kreatif. Gagal sekali dalam reka cipta. Juga terkebelakang sekali dalam ilmu seni lukis atau alat muzik. Tetapi, idea bukan datang dari elemen itu. Idea hadir dengan pengamatan otak yang suka berfikir dan membaca. Saya melihat perkara itu ada.

Saya terkenangkan satu idea bagi menyimpan air hujan dalam sebuah takungan, Satu takungan yang tidak bersifat empangan. Tidak menggunakan ruang tanah yang lebar tetapi dalam. Mungkin UEM, UDA atau ISIS boleh memikirkan dari sudut kejuteraan. Ia lahir pada saat saya melihat air sebagai rahmat. Tetapi bencana ketika banyak. Apa salah kalau air hujan yang melimpah ruah dapat kita simpan dalam satu telaga yang elektonik. Kita dalamkan tanah-tanah tang menjadi sasaran kawasan banjir seolah-olah telaga yang dalam. Di buka waktu hujan. Di simpan untuk kegunaan kemarau. Perlu juga kita adakan filter atau penapis. Pam dan penutup. Mungkin saya boleh lontarkan idea ini. Biar pelajar-pelajar saya mencari kaedahnya.

Itu yang pertama dalam fikiran saya.

Kedua. Semasa di Pendang. Saya mengamati budaya di sana. Jauh berbeza sekali dengan Langkawi. Mutu disiplin yang dipamerkan agak mengecewakan. Rakan saya ada bertempik sekali dua di Medan Makan dan surau. Saya hanya melihat. Telatah mereka begitu bersahaja. Barangkali mereka berbudaya begitu. Baik yang lelaki dan perempuan. Ketika bersalaman dengan beberapa orang pelajar. Saya ada menyebut yang saya teringin ‘mengajar’ mereka di situ. Mereka hanya tersenyum tanda faham.

Nasib saya tidak di hantar ke Pendang. Kalau tidak, saya terkam Pengetuanya!

No comments:

Post a Comment