Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal, Selamat datang


Esok. Kita akan menyambut Tahun Baru 2010. Sudah adakah azam untuk diri sendiri?. Atau masih mengejar impian 2009. Saat yang ditunggu akan tiba. Semoga harapan yang menggunung tahun lalu dapat kita kecapi pada tahun yang mendatang.

Sebagaimana selalu. Kita sentiasa mempunyai tekad tersendiri dalam menyusun impian peribadi. Anda begitu. Saya juga begitu. Tahun 2009 akan meninggalkan kita dengan episod suka dan duka. Kecermelangan yang dicipta, diteruskan. Negatif yang menimpa, dikesali seluruhnya.

Beberapa pencapaian peribadi telah pun dinikmati oleh saya. Namun, dipenghujung tahun saya telah diuji oleh Yang Maha Esa dengan ujian yang menimpa-nimpa. Dari krisis imej, hinggalah krisis peribadi. Ulasan saya sentiasa begitu. Sejarah pasti diungkit bagi memperingati sesama manusia.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca dan mereka-mereka yang sudi singgah di blog saya. Semoga tahun depan memberi kita kejayaan yang lebih positif, tahap kesihatan yang baik, rezeki yang murah, dikelilingi pencinta ilmu, dijauhi fitnah jahat, dipelihara adab dan didekatkan kita dengan akhirat.

Tekad dan cita-cita akan diperhebatkan pada tahun hadapan. Bersama menjana perubahan!
Selamat Tahun Baru

Kesulitan amat dikesali

Saya tidak dapat meng'update' penulisan saya sebagaimana biasa. Hal ini kerana, perkhidmatan internet di rumah saya mengalami kesulitan pada diri saya. Internet tiada masalah. Cuma saya yang bermasalah dengan 'perkhidmatan internet' tersebut. Walaubagaimanapun, insyallah saya akan cuba sedaya upaya meng'update' penulisan saya sedaya yang mampu.

Terima kasih.

Wednesday, December 30, 2009

Disember: Harapan dan harapan

Dingin suasana Bulan Disember pada saya. Penutupan jendela 2009 menceritakan beberapa episod di 'luar' jangkaan saya. Perkara-perkara yang berlaku sekitar Disember, kadang kala mengnegatifkan diri saya. Negatif saya tidak akan disampaikan pada sesiapa. Insyallah, saya tidak akan negatifkan orang lain atau pihak lain.

Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Dukacita dihati kadang kala tidak 'manis' memberitahu orang lain. Biar disimpan. Itu ketetapan saya. Kalaupun negatif, tidak akan disambung ke pihak kedua atau ketiga. Penafian beberapa perkara terhadap saya begitu mengecewakan kadang-kadang.

Saya masih menunggu 'khabar' gembira dari satu pihak. Belum diumumkan keputusannya. Saya begitu berharap. Ibu saya juga begitu. Harapannya agak tinggi pada saya. Saya telah berusaha. yang lain-lain saya serahkan pada Yang Maha Esa. Kata 'teman wanita' saya, kalau ada rezeki takkan ke mana. Saya menyokong kata-kata itu.

Harapan itu masih ada. Cuma tak tahu bila. Harap-harap ada khabar gembira untuk itu. Setidak-tidaknya, sebagai penutup duka lara Disember ini. Insyallah.

Disiplin dan Sumbangan: Seiring dan Sejalan

Ada tiga kategori manusia di tempat kerja saya.

1. Disiplin yang tinggi, tiada sumbangan atau idea kepada kolej.
2. Sumbangan yang tinggi, tiada disiplin.
3. Sumbangan dan disiplin yang rendah.

Kategori ini mencerminkan pekerja di kolej saya. Para akademik dinilai dengan kategori di atas bagi memperoleh bonus hujung tahun. Saat yang ditunggu para kakitangan.

Kategori ini hanya pada staf akademik. Bukan akademik memakai kategori lain.

Amalan ini akan dipratikkan pada tahun hadapan secara khusus. Saya antara staf yang terlibat dalam pembinaan sistem ini yang dirangka pada semester lepas. Diasingkan masalah disiplin dan sumbangan pada kolej. Saya menyokong pendekatan ini, dengan hasrat ia digunakan secara 'adil' oleh pihak atasan mengadili seseorang staf.

Namun demikian, saya juga mengharapkan masalah disiplin staf dititik beratkan. Sumbangan atau 'contribution' bukan suatu jalan utama memberikan bonus pada seseorang. Sepatutnya, masalah disiplin atau komitmen juga dititik beratkan. Itu harapan saya. Keadaan begitu nampak lebih 'manis'. Seorang staf yang banyak idea, dalam masa yang sama mempunyai kredibiliti menjaga disiplinya serta komitmennya yang tinggi.

Kategori insidividu yang pertama, begitu ramai sekali. Menitikberatkan hal disiplin. Datang awal ke tempat kerja, menjalankan tugas sebagai pendidik yang sempurna, tidak pernah ponteng kerja dan kelas, jarang ambil MC, Annual Leave, Emergency Leave, terlibat dengan masalah dalaman dan luaran. Pendek kata, semuanya sempurna. Namun, sumbangannya pada kolej dalam mengutarakan idea-idea baru bagi pembinaan kolej sama sekali negatif. Individu begini ditolak ke tepi.

Individu kedua, diangkat sebagai 'wira' dalaman. Popular dikalangan pihak atasan. Mendapat pujian saban hari. Malah, disebut individu yang banyak 'jasanya'. Menjadi rebutan kadang kala. Dianggap individu penting kepada kolej. Disayangi dan disegani oleh pihak tertentu. Tetapi, tahap disiplinya teruk!. Apa yang dilakukan oleh individu kategori pertama, 'individu kedua' tersasar semuanya. Walaubagaimanapun, sistem yang dibina oleh saya boleh digunapakai bagi 'menyelamatkan' individu kedua ini. Segala masalah disiplinya boleh dipadamkan, dipinggirkan malah dilupakan kerana 'sumbangannya' pada kolej begitu tinggi. Bonus?. Paling tinggi dikalangan staf yang lain. Mekanisme yang dibina, ditolak sama sekali. Asalkan bagus, yang buruk dilupakan. Saya yang membina sistem ini. Tidak mahu dilihat beigitu sistem ini berjalan.

Individu yang ketiga. Jauh sekali diberi harapan. Individu sebegini, lebih baik tiada dari wujud. Tiada sumbangan malah komitmenya juga mengecewakan!

Saya nampak ada kesilapan. Kesilapan terhadap perjalanan sistem ini. Sepatutnya, elemen individu pertama dan kedua dicantumkan. Baru molek rasanya. Seorang pekerja yang baik, cemerlang dan gemilang perlu ada kedua-dua kategori. Disiplin dan sumbangan!. Sepatutnya begitu. Disiplin dan sumbangan perli seiring dan sejalan. Baru betul.

Mekanisme yang dipakai hari ini, nampak janggal sekali. Mengetepikan disiplin, mengutamakan 'contribution' rasanya tidak betul pada pengamatan saya.

Menjulang 'mereka-mereka' yang mempopularkan kolej, menaikkan nama Jabatan, menjadi idaman semua pihak, disayangi 'ketua' bukan suatu tindakan yang bijak. Dengan menolak disiplin 'mereka-mereka'.

Barangkali, kalau suatu hari kelak, 'mereka-mereka' ini kalau ada masalah disiplin yang dikira berat pun tiada masalah. Tiada apa, kata pihak atasan. 'Mereka' ada 'contribution'!. Kamu ada apa?. Habislah kita.

Monday, December 28, 2009

Selamat Pengantin Baru, Sahabat!

Hari ini. Sahabat saya Yushaszery bin Yusoff melangsungkan perkahwinan. Ikatan cinta dan tali kisah selama-lamanya dimeterai bersama Diana. Mereka berdua membuktikan 'percintaan' selama 6 tahun akhirnya ke jinjang pelamin. Saya menumpang gembira. Doa saya agar pasangan ini terus bersama hingga ke hujung hayat. Selamat berbahagia dan selamat pengantin baru!


Yus(kanan) dan adiknya Min

Sunday, December 27, 2009

10 Muharram-banyak kelebihannya.

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah:
Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN
Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

PemudaBesut

Apa khabar UMNO Selangor?

Apabila YB Khalid Samad, MP PAS Shah Alam bercita-cita untuk jadikan Shah Alam sebagai Kota Raya Islam, beliau dipersenda oleh beberapa pihak. Artikel tersebut boleh dilihat dan dibaca di beberapa blog yang ada. Saya hairan. Kalau idea ini dipersenda oleh Gerakan, MIC, MCA, PPP atau DAP saya boleh menerima dengan hati yang terbuka. Maklumlah. Mereka bukan Islam. Pasti mereka 'hairan' dan 'tidak percaya' dengan kekuatan Islam yang bukan sahaja sebagai agama malah boleh dibangunkan sebagai 'Kota Raya'.

Darul Islam bukanlah sesuatu yang pelik. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta Khalifah Islam membuktikannya. Islam dibangunkan sebagai negara. Lihat sahaja kehebatan Islam di Timur Tengah, Asia Timur dan Islam di India. Malah, di Eropah juga Islam berjaya dibuktikan sebagai modul pemerintahan yang berjaya.

Apa peliknya Kota Raya Islam?. Jika ini berlaku, Shah Alam merupakan bandaraya yang kedua di Malaysia cuba membuktikan kehebatan Islam dibangunkan sebagai 'Kota Raya Islam selepas Kota Bharu memperkenalkan Bandaraya Islam. Insyallah. Idea yang baik harus disokomg semua pihak.

Malang bagi pihak-pihak tertentu. Kerana kuasa politik. Mereka mempersenda sahabat dan saudara seagama untuk 'membangunkan' Islam di Malaysia. Kenyataan saya berasas. Pembaca boleh merujuk sendiri artikel di sini. Pelik bukan?. Ia sama sekali tidak ditentang masyarakat bukan Islam. Tetapi oleh 'umat Islam' sendiri. Inilah hakikat politik yang berasaskan 'assabiyyah'.

Saya menerima idea MP Shah Alam dengan hati yang gembira. Sejarah membuktikan kehebatan Islam yang dibangunkan sebagai Kota Raya dan Negara. Kota Constantinapole membuktikan kehebatan Kota Raya Islam. Muhammad al-Fateh membuktikan kehebatan Islam. Tiba giliran YB Khalid Samad membuktikannya pula.

Masyarakat Shah Alam pasti ternanti-nanti Kota Raya yang aman, bersih dan diredhai Allah. Kemajuan Shah Alam sebagai Bandaraya sangat hebat. Di sana, penduduk majoriti Islam dan Melayu membuktikan kehebatan mereka memilki aset yang berjaya. Cuma, adakah bandaraya itu diredhai oleh Allah?. PAS cuba membuktikannya.

Kehebatan UMNO menidakkan usaha PAS bukanlah sesuatu yang luar biasa. UMNO adalah juara rakyat. Terutama dalam konteks Melayu dan Islam. Mereka adalah sang juara yang berjaya membangunkan Shah Alam, khasnya dan Selangor amnya. Kehebatan UMNO memartabatkan Islam di Shah Alam begitu menterujakan semua pihak. Terutama orang-orang Melayu.

Di sini saya petik beberapa episod kehebatan UMNO memartabatkan Islam di Shah Alam dan keseluruhan Selangor bagi kita mengingati 'Sejarah Kehebatan Islam' dibawah amirul Mukminin Khir Toyo dan jemaah fisabilillah Parti UMNO.

1. Memecat Mufti Selangor, Almarhum Tuan Guru Dato' Ishak Baharom yang melarang wanita Melayu Selangor dari bertanding Pertandingan Ratu Cantik. Larangan ini disokong oleh JAIS. Namun, ia mendapat bantahan dari Tun Mahathir (PM ketika itu). Tun Mahathir dan UMNO menentang larangan mufti dan menyebelahi ratu cantik. Almarhum Dato' Ishak Baharom dipecat kerana menjalankan amanah Allah SWT dan hukum Allah SWT.

2. Melarang kuliah-kuliah agama di masjid-masjid sekitar Selangor dengan alasan masjid bukan tempat berpolitik. Masjid dan politik mesti dijauhkan. Jadi, kalau ada kuliah atau ceramah agama di masjid ia akan jadi medan politik. Masjid dipantau. Kegiatan masjid dikawal. AJK dan IMAM di perhatikan setiap masa agar mereka tidak berpoiltik atau dilihat memihak kepada sesebuah parti. Khutbah Jumaat diskripkan. Khutbah sama sekali tidak akan menyentuh persoalan hukum hakam, halal haram, judi dan lain-lain. Tajuknya sama. Diulang dan diulang.

3.Melarang para ulama dan ustaz berceramah dan menyampaikan kuliah agamma di Selangor. Antara tokoh-tokoh agama yang dilarang termasuklah Ustaz Dato' Dr. Harun Din, Ustaz Dato'
Ismail Kamus, Ustaz Dato' Dr. Hasan Ali, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abd.
Ghani Shamsuddin, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Kamal Ashaari, YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz
Nik Mat, YB Tuan Guru Dato' Seri Abd. Hadi Awang dan beberapa para alim ulama yang lain.
Mereka disenaraikan hitamkan oleh UMNO Selangor dari masuk ke negeri tersebut bagi
menyampaikan kuliah dan ceramah agama di Selangor.

4. UMNO dengan kerjasama JAIS dan Pengutakuasa merobohkan Surau di Bangi dengan alasan surau itu tidak sah. Ketika surau itu dirobohkan, umat Islam sedang mendengar kuliyah agama oleh Ustaz Harun Din. Mereka dihalau. Surau dirobohkan.

5. Penjualan arak di Selangor tidak pernah dikawal oleh Pejabat Agama (JAIS) atau PBT. Peniaga bebas untuk berniaga arak di Selangor. Tidak kira di mana. Kedai runcit, supermarket,
hypermarket, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak dan lain-lain. Arak dibebaskan. Sepanjang 50 tahun memerintah Selangor, tidak pernah sekali pun UMNO mengambil peluang sebagai pemerintah untuk mengawal penjualan arak. Meminda peraturan atau sekurang-kurangnya menguatkuasakan undang-undang penjualan arak di Selangor.

6. Pusat-pusat hiburan. Bagaikan cendawan tumbuh di Selangor. Lihat sahaja di Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kelana Jaya, Puchong, Serdang, Damansara dan lain-lain daerah di Selangor. Remaja dan belia dilalaikan. Mereka dicandukan dengan hiburan. Pendekatan agama dijauhkan. Dipinggirkan pemerintah.

Masih banyak sekiranya mahu dibincangkan 'kehebatan' dan 'pembangunan' Islam yang dimartabatkan oleh UMNO Selangor. Catatan di atas hanya sebagai renungan kita. Islam dibawah panji UMNO terlalu banyak 'jasanya'. Barangkali modul penmerintahan ini yang patut dibanggakan oleh 'Orang-orang Melayu' di Selangor.

Tahniah UMNO Selangor. Jasamu dikenang!

Saturday, December 26, 2009

"Tak Seindah Wajah"


Hari ini. Manusia berlumba-lumba mencari harta kekayaan. Yang berbudi dan berbahasa kian jauh terpinggir. Manusia kadang-kadang tidak seindah wajah yang ada. Penuh dengan 'cerita'. Kita tidak saling kenal mengenal sebenarnya. Hanya pada 'Dia' kita berserah dengan siapa kita bersama.

Lirik lagi di bawah saya petik dari sebuah lagi Tan Sri S.M Salim, "Tak Seindah Wajah". Penuh makna dan nilai di dalamnya. Semoga kita boleh mememtik manfaatnya bersama.


Kusangka Aur Di Pinggir Tebing
Kiranya Tebu Di Pinggir Bibir
Kusangka Jujur Pancaran Batin
Rupanya Palsu Penghias Zahir

Kukira Hati Jiwa Nurani
Suci Seindah Wajah Terbayang
Kukira Puji Seikhlas Budi
Kulupa Lidah Tidak Bertulang

Di Manis Gula Semut Binasa
Kail Berduri Bersalut Umpan
Di Manis Kata Insan Terlena
Kerana Budi Hamba Terkorban

Inikah Dia Lakunan Hidup
Di Pentas Dunia Insan Berpura
Tipu dan Daya Pencapai Maksud
Budi dan Harta Merangkum Noda

Politik sebagai ilmu

Saya yakin dan percaya. Ilmu politik mesti didedahkan awal kepada rakyat Malaysia. Ilmu pentadbiran dan politik mesti seiring dan sejalan. Melihat kepada situasi semasa, ia amat membimbangkan. Remaja dan belia. Kurang berminat dan tidak mahu mengambil bahagian dalam kedua-dua perkara ini.

Ilmu pentadbiran ,teori politik, sejarah negara ada di dalam silibus pendidikan. Saya mengakui perkara tersebut. Terang lagi bersuluh. Di awal sekolah menengah rendah lagi, ilmu ini ada disebut di sekolah-sekolah. Namun, 'roh' terhadap ilmu ini kurang dititik beratkan. Baik kepada pelajar mahupun guru. Ia menakutkan bagi sesetengah pihak. Mendekatkan diri dengan ilmu pentadbiran dan politik dianggap akan menyokong satu-satu pihak. Parti dan pemimpin-pemimpin tertentu. Sangat mudah dilihat berpihak. Ini yang menakutkan.

Dengan itu, ilmu politik dijauhkan. Dari guru kepada pelajar. Kakitangan pendidik, awal-awal lagi diikat dengan 'bai'ah'. Disebut 'AKUJANJI". Ini mutlak. Pegawai dan kakitangan pendidikan sama sekali 'diharamkam' menyertai atau bergelumang dengan politik. Ilmu politik dijauhkan dari mereka. Diperingkat sekolah. Murid-murid sekolah menengah jauh sekali didekatkan dengan ilmu politik. Mereka dijauhkan. Sehingga ke peringkat universiti. Ditakutkan mahasiswa Malaysia dengan 'AUKU'. Ini tambah membebankan.

Sedangkan, kita sentiasa menyebut 'Mahasiswa Pelapis Kepada Kepimpinan'. Bagaimana hendak menjadi pelapis kepada instrument kepimpinan kalau ilmu politik dijauhkan. Barangkali pemimpin boleh diwujudkan dengan kekayaan dan rancangan realiti. Bukan dari ilmu. Saya belum jumpa teori sebegitu.

Pemimpin yang ada hari ini begitu hebat. Mereka dilahirkan dengan 'karisma' yang tersendiri. Lihat sahaja Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Tengku Razali Hamzah, Nizar Jamaluddin, Husam Musa dan lain-lain. Rata-rata mereka dilahirkan dari ilmu politik yang sempurna. Bermula dari institusi pendidikan. Politik kampus era 70'an dan 80'an. Mereka membanggakan kita semua.

Namun, mereka bakal meninggalkan kita semua satu hari kelak. Sehingga hari ini belum ada mekanisme dari mana-mana pihak untuk 'melahirkan' pemimpin sedemikian rupa. Doktrin yang ada pada hari ini masih belum nampak kejayaannya. Sistem kita masih menekan mahasiswa dengan peraturan dan undang-undang yang bukan-bukan. Mahasiswa dan para pelajar dijauhkan dengan ilmu politik. Mereka ketinggalan jauh. Kesedaran terhadap isu-isu semasa jauh ketinggalan. Rata-rata remaja dan belia tidak berminat dengan ilmu politik. Hatta, definisi 'federalisme' pun mereka tidak mengetahuinya!. Mereka membimbangkan kita.

Poliltik adalah ilmu. Ilmu yang bermanfaat bagi melahirkan pemimpin dan negara yang sempurna. Jangan dibenci ilmu itu.

Wednesday, December 23, 2009

Alahai TUDM....


Terdiam saya seketika. Setelah saya membaca beberapa laporan akhbar dan blog perihal 'enjin jet' TUDM yang hilang. Disyaki dicuri pihak-pihak tertentu. Pihak yang dimaksudkan ialah beberapa anggota TUDM yang bertanggungjawab menghantar enjin jet tersebut ke Eropah untuk dibaiki. Alahai Malaysia....

Ulasan saya. Begitu menyakitkan!. Aspek pertahanan negara merupakan salah satu jentera penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Lihat sahaja US, Russia, Iran, Syria, Korea Utara, Israel dan Singapura. Negara-negara ini menghabiskan berjuta-juta wang negara membangunkan sistem pertahanan negara mereka. Dari senapang hingga ke nuklear. Tiada penghujung bagi mereka. Mengapa?. Kerana ia dianggap penting dalam dunia kita hari ini. Peperangan boleh sahaja berlaku. Bila-bila sahaja. Ada 'isu' boleh sahaja berperang. Itu mereka.

Malaysia?. Lihat sahaja laporan Utusan online yang saya 'post' kan. Begitu menjijikan. Enjin Jet F-5E tersebut telah hilang sejak tahun 2007. Hari ini baru disedari. 2 tahun 'aset' pertahanan kita dicuri. Bayangkan!.

Menteri Pertahanan menyatakan ia adalah satu pengkhianatan dan penderhakaan oleh anggota tentera terbabit. Yang mencuri dan yang menjadi 'dalang' pencurian. Itu kata Menteri. Saya setuju. Tetapi bagaimana pula dengan tanggungjawab 'Jeneral' TUDM. Adakah dia juga perlu disalahkan?. Atau setidak-tidaknya bertanggungjawab atas kecurian dan kehilangan enjin pesawat terbabit?. Dia Jeneral. Kalau 'aset' pertahanan dicuri dia tak tahu, macam mana pula kalau kita diserang oleh mana-mana pihak. Mana mungkin dia tak tahu. Nahas negara ada Jeneral begini. Tak sempat kita nak menyusun strategi. Atau setidak-tidaknya menyorok lari.

Itu kata saya. Bukan Menteri. Polis sudah menjalankan siasatan. Tetapi belum lengkap kata Peguam Negara. Dianggarkan harga enjin pesawat terbabit bernilai RM50 juta. Setiap satu. Bukan murah. Kalau RM50 juta digunakan untuk 'Dana Pendidikan' mungkin kita tak perlukan PTPTN.

Tahun 2007. Menteri Pertahanan kita waktu itu adalah 'Perdana Menteri Malaysia' sekarang. Dia pun tak tahu enjin pesawat itu hilang. Dia minta disiasat. Semuanya tak tahu. Siapa yang tahu, saya pun tak tahu. Masing-masing cuba hendak mengelak dari mengambil tanggungjawab. Anggota TUDM yang mencuri dah dikenal pasti. Kita tunggu. Mengharapkan pendakwaan yang telus dari Mahkamah. Rakyat mesti tahu. Jangan diselingdungkan kes ini. Ia sangat mustahak. Mustahak sangat!.

Maruah negara tercalar. Mesti pemimpin Singapura sedang tertawakan kita. Begitu lucu. Enjin pesawat di dalam pengawasan TUDM boleh hilang. Dicuri katanya. Saya masih ingat kejadian di Kem ATM cawangan Tentera Darat. Tahun 2001. Kem itu di Sauk, Perak. Pasukan 'Al-Maunah' pimpinan Saudara Amin berjaya melarikan pelbagai senjata api dari kem tersebut. Dengan membawa 3 Pajero, 12 orang rakan. Mereka memperdaya anggota tentera kita. Amin dengan berjanggut boleh mengarahkan seorang koperal ATM berkawat jam 3 pagi!. Begitu mudah.

Itu tentera kita. Tentera yang diharapkan untuk mempertahankan negara.

Avionik F-5E turut hilang – Zahid


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Selain dua enjin pesawat F-5E, beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kejadian dua tahun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, peralatan itu termasuk alat ganti pada sistem avionik pesawat berkenaan.

“Selain dua enjin itu, ada peralatan berkaitan yang turut hilang dalam kelompok (range) sama, avionik,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Maldives, Ameen Faisal di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sabtu lalu, beberapa akhbar tempatan melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM pada 2007 iaitu ketika proses penghantarannya ke negara luar untuk diperbaiki.

Empat individu termasuk orang awam dan anggota pangkat lain TUDM dikenal pasti terlibat dalam kes yang kini disiasat polis serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hari ini, akhbar mendedahkan bahawa sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun sama dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid menegaskan, terdapat ramai lagi individu terlibat secara tidak langsung dalam kes berkenaan selain empat yang disebut sebelum ini.

“Memang kita akan lakukan sesuatu kepada pegawai atasan dalam perkhidmatan berkaitan (TUDM) yang bertanggungjawab semasa ia (kehilangan) berlaku,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, ada antara individu yang dikenal pasti terlibat dalam kes itu masih berkhidmat dengan ATM dan Kementerian Pertahanan kerana tindakan lanjut ke atas mereka akan hanya ditentukan selepas menerima nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, pembelian enjin itu dibuat sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu kota serta mempunyai cawangan di negara jiran.

“Saya juga fikir syarikat itu mempunyai rangkaian antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyifatkan individu yang terlibat dalam skandal kehilangan enjin dan peralatan pesawat itu sebagai pengkhianat serta penderhaka negara.

Katanya, walaupun sistem rekod dan inventori peralatan ATM berada pada tahap terbaik tetapi masih terdapat ‘penderhaka’ yang sentiasa mencari jalan menembusi sistem tersebut.

Petikan Utusan Malaysia

Monday, December 21, 2009

Semangat Baru

Hari ini. Bermula Semester 2 Sesi 2009/2010 di kolej saya. Pengajian akan bermula dengan rasminya pada Isnin hadapan. Saya begitu bersemangat dalam semester ketiga saya menyumbang ilmu di sini. Saya mengharapakn teman-teman saya pun begitu. Sumbangan ilmu pengetahuan dan pendidikan merupakan teras dalam aspek pembangunan manusia. Tanpa ilmu, kita sama serupa saling tak tumpah macam haiwan. Itu kata-kata ibu saya.

Saya suka bidang ini. Bagi saya ia sesuatu yang murni, indah dan mencabar. Berdepan dengan para pelajar yang datang dari pelusuk negeri, pelbagai agama, bangsa dan agama. Indah sekali. Cabaran itu perlu digalas dengan komitmen yang tinggi. Saya suka suasana itu.

Saya mengharapkan bidang pendidikan terus dijadikan aspek utama pembangunan manusia di negara ini. Jangan sesekali menafikan hak sesiapa untuk mendapatkan ilmu. Bantuan dan dana perlu disediakan. Ilmu pengetahuan mesti dikembangkan. Inilah salah satu cara kita 'mengubah' manusia. Dari negatif ke positif. Tiada jalan lain. Ilmu kuncinya.

Rata-rata pelajar saya berbangsa Melayu. Ada juga Cina, India dan Etnik Sabah dan Sarawak. Mereka minoriti. Bumiputera yang ramai. Saya mengharapkan semangat anakbangsa. Mencari ilmu tidak kira di mana. Saya mengharapkan anak-anak bangsa kira berlumba-lumba mendapatkan ilmu. Tertewas di SPM atau STPM bukan penghujungnya. Masih banyak ruang ilmu yang mesti di isi. Tidak kira di mana. Asalkan positif. Itu harapan saya.

Bidang akademik mesti diperluaskan. Itu harapan saya.

Kepada para pelajar Kolej Antarabangsa Teknologi Cybernetics. Jangan berhenti di sini. Masih banyak ruang di luar sana. Isikan. Isikan dengan ilmu. Kayakan diri dengan ilmu. Banyakkan membaca. Dekatkan diri dengan buku. Jauhkan diri dengan kegiatan murahan. Tetapkan diri. Terus ke hadapan.

Selamat Datang saya ucapkan. Jadikan semester ini satu lagi episod cemerlang dalam diri anda.

'Demokrasi dan Federalisme'

"Kalau tak sokong Kerajaan, jangan ambil biasiswa kerajaan, jangan sekolah kerajaan, jangan belajar di universiti kerajaan. Buat la sekolah dan universiti sendiri!".

Saya mulakan dengan dialog seorang sahabat berkenaan dengan perbualan politik di Malaysia. Saya suka politik dan berada dalam suasana politik. Itu manusia. Kita tidak boleh pisah dari politik. Sebagai umat Islam, politik adalah sebahagian dari agama. Kita tak boleh pisahkan. Politik adalah jalan kehidupan. Mana mungkin agama dan kehidupan dipisahkan. Salah. Itu yang manusia tak faham. Kita bukan Buddha, Hindu dan Konfusianisme. Agama lain, kehidupan lain. Sesat namanya.

Sahabat saya begitu berang apabila ada rakan-rakan yang provok beliau. Rakan-rakan yang menyokong parti PAS sebagai wadah perjuangan politik mereka. Itu demokrasi. Kita berhak menyokong parti mana yang kita suka. UMNO, PAS, PKR, DAP atau apa sahaja. Kalau orang Melayu nak sokong Samy Vellu pun boleh. Kita negara demokrasi.

Apabila keluar dialog sebegitu rupa, saya kurang bersetuju. Saya tidak memihak. Saya lebih gemar mendokong 'National Interest'. Perlembagaan sebagai rujukan utama dalam amalan politik. Begitu juga dengan nas-nas agama. Jangan ditinggalkan. Saya menyokong kehendak itu. Jadi, apabila timbul dialog sahabat saya tadi, saya bingkas bangun dan menerangkan serba sedikit pengetahuan yang saya ada berkaitan ilmu 'Federalisme dan Demokrasi' yang kita amalkan.

Pertama, kewujudan sesebuah kerajaan datang dari amalan pilihanraya. Parti mana yang menang, jadi kerajaan. Malaysia amalkan begitu. Dapat 2/3 majoriti undi boleh bina kerajaan. Amalan itu dibina British, kita amalkan. Samada Kerajaan Pusat (kerajaan Malaysia) atau Kerajaan Negeri, kita amlakan proses yang sama. Pilihanraya. Parti mana yang menang jadi kerajaan, kutip cukai dari semua pihak. Penyokong yang menang bayar cukai, yang kalah pun bayar juga. Amaun yang sama.

Kedua, hasil dari cukai semua pihak. Tidak kira dari orang PAS atau UMNO dikutip untuk membiyai perbelanjaan Negara atau Negeri. Oleh yang demikian, kalau diperoleh hasil cukai itu dari semua pihak maka wajib bagi Kerajaan Pusat atau Negeri membiyai rakyatnya tanpa mengira fahaman politik. Konsep Kerajaan dan Parti tidak sama. Lain bunyinya. PAS parti Kerajaan di Kelantan, jadi pembangkang di Johor. UMNO, jadi Kerajaan di Pahang tetapi pembangkang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Ini perkara biasa dalam amalan 'demokrasi'. Kerajaan Kelantan tidak boleh menafikan hak penyokong UMNO itu mendapatkan tanah, subsidi, bantuan persekolahan, biasiswa, bantuan bencana alam dan lain-lain perkara. Walaupun mereka UMNO tetapi mereka adalah rakyat pembayar cukai!. Begitu juga di Pahang, Johor dan lain-lain negeri yang diterajui UMNO. Kerajaan UMNO di Johor tidak boleh menafikan hak-hak penyokong PAS, PKR dan DAP mendapatkan biasiswa, bantuan kebajikan, bantuan bencana alam, tanah, subsidi baja dan lain-lain perkara. Penyokong PAS juga pembayar cukai di Johor!. Itu amalannya.

Ketiga, konsep Kerajaan dan Parti diasingkan sejauh-jauhnya dalam Perlembagaan Malaysia. Semua mendokongnya. Tidak kira PAS atau UMO. Pembangkang atau Kerajaan. Rakyat Malaysia mendokong dan menyokong amalan tersebut. 'Doktrin Pengasingan Kuasa' dalam elemen 'Konsep Federalisme' diceritakan panjang lebar dalam Perlembagaan Malaysia. Hubungan Kerajaan Pusat dan Negeri serta kuasa diantara kedua-dua belah pihak diperincikan sedalam-dalamnya. Rakyat memahaminya. Pemimpin politik saya tak tahu. Tetapi saya tahu. Buku-buku berkenaan dengan perkara ini manjadi buktinya. Hatta dalam buku teks Sejarah Malaysia tingkatan 3 pun ada, begitu juga dalam subjek Pengajian Am tingkatan 6 pun ada menulis tentang perkara ini. Semua orang tahu dan patut tahu. Itu ilmunya. Jadi, Kerajaan Pusat tidak boleh menafikan hak Kerajaan Negeri. Begitu juga Kerajaan Negeri, tidak boleh menafikan hak Kerajaan Pusat. Apa yang hak mesti diberikan. Termasuk hak royalti minyak!. Jangan dinafikan. Itu demokrasi. Dalam 'Federalisme', sebuah Kerajaan Negeri juga dianggap anggota Kerajaan. Sabotaj pada Kerajaan Negeri juga dianggap sabotaj pada sistem 'Federalisme dan Demokrasi'. Itu hujah saya.

Saya tak hairan dialog teman saya tadi. Beliau tidak arif tentang perkara ini. Saya memberitahunya. Beliau terima. Hujah saya tidak berbaur politik. Lebih kepada 'National Interest', semangat Perlembagaan. Itu sahaja. Tetapi saya tidak boleh terima hujah yang sama kalau datang dari pemimpin politik. Nampak begitu dangkal dan lemah. Kalau pelajar tingkatan 3 dengar apa kata mereka?. Pasti tertawa. Lainlah kalau ada yang menyokongnya. 'Tukang kata dah nampak dungu, pasukan sorok pasti nampak bodohnya'.

Itu hujah saya.

Saturday, December 19, 2009

Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan

Hari ini, sejarah terukir lagi dalam arus politik perdana negara kita. Komponen parti-parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP bersatu hati menubuhkan Majlis Konvensyen yang pertama antara mereka. Dengan tema 'Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan'. Majlis berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam pagi tadi dan tamat jam 5.30 petang. Beberapa dasar bersama antara ketiga-tiga parti telah diluluskan semua perwakilan setiap parti komponen. Tahniah Pakatan Rakyat.

Saya mengharapkan agar kerjasama erat Pakatan Rakyat berterusan sehingga mampu menjadi 'pesaing' sengit kepada BN. Malah mampu ke tahap menggantikan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia. Agenda perubahan mesti direalisasikan bersama. Konsep 'keadilan sosial' mesti diterjemahkan secara padu oleh Pakatan Rakyat. Saya menyokong agenda perubahan politik ini. Memandangkan BN yang berkuasa mutlak mempamerkan prestasi negatif sejak mutakhir ini, maka perlunya parti pembangkang yang kuat di Malaysia yang mampu 'menyaingi' BN. Setidak-tidaknya pemerintah tidak sentiasa berada dalam situasi 'comfort zone'.

Pengganti BN. Itu mesti diterapkan dalam mentaliti Pakatan Rakyat. Kuatnya parti pembangkang di Malaysia bukan bertujuan menjahanamkan negara, mengkhianati Perlembagaan dan menghancurkan agama. Sebaliknya, kekuatan itu mesti berteraskan amalan demokrasi yang tulen, membantu membangunkan negara dan menguatkan bangsa Malaysia. Itu tujuannya. Kekuatan seumpama ini diharap dapat digembeling bersama-sama rakyat menurunkan mana-mana pemimpin yang rakus, tamak, 'racist', biadap dan sombong. Tidak kira siapa. Pakatan atau Barisan. Itu kehendak saya.

Ini peringkat permulaan. Saya mengharapkan lebih banyak agenda perubahan berlaku selepas ini. Aspek-aspek yang lemah di negara kita perlu diperbaiki. Baik dari segi pemerintahan, pentadbiran dan undang-undang. Masih banyak kelemahan. Itu harapan saya. Agenda perubahan Pakatan Rakyat mesti direalisasikan untuk semua sudut. Setidak-tidaknya lebih baik dari BN.

Saya menyokong yang baik, telus dan ikhlas. Kalau selepas ini pemimpin UMNO dan BN juga mahu 'memimpin' perubahan. Memperbaiki kelemahan. Saya juga akan menyokong. Tradisi amalan demokrasi pasti ada pemerintah dan pembangkang. Kita bukan negara feudal. Mesti kita mengiktiraf kedua-dua belah pihak. Apa yang baik dari pemerintah mesti diiyakan. Apa yang buruk mesti dinyatakan. Begitu juga pembangkang, apa yang positif disokong. Apa yang negatif ditentang. Baru demokrasi namanya. Bukannya menafikan hak mana-mana pihak. Haprak kita jadinya.

Oleh yang demikian, saya menyokong perubahan. Agenda murni mesti diteruskan.
Bersama menjana perubahan!

Thursday, December 17, 2009

Mereka yang mengagumkan

Perjalanan balik tadi saya terserempak dengan bas. Kagum saya. Pemandu bas Rapid KL itu wanita. Bukan senang nak memandu tetapi 'kakak' itu berjaya membuktikannya. Kita pandu kereta pun kadang-kadang goyang ini kan pula bas. Bas tak macam kereta. Panjang dan besar. Tetapi 'kakak' itu berjaya. Ini buktinya. Mungkin dah banyak wanita bekerjaya seperti itu. Saya yang tak perasaan. Itu bukti 'wanita' di Malaysia tak perlu kerja pelacur, pelayan, tukang urut dan pemuas nafsu lelaki!. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itu buktinya.

Saya juga kagum dengan beberapa individu kaum Hawa dikeliling saya. Mereka mengagumkan saya. Sangat mengagumkan!

National Interest

Saya benci kepada agenda perkauman. Baik dari mana-mana pihak. Hari ini, media massa yang dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan menjadi 'lidah rasmi' agenda perkauman. Pelik sungguh. Dalam suasana 'modern technology' masih ramai lagi pihak-pihak di luar sana yang bermentaliti seperti itu. Tak faham saya. Sepatutnya kita sudah melangkah jauh ke depan. Surat khabar atau televisyen menjadi agen perpaduan kaum yang utama. Bukan adu domba. 'National Interest' sepatutnya menjadi keutamaan kita. Baik Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam hal ini, saya menyokong sepenuhnya kenyataan Nazri Aziz. Isu 'Ketuanan Melayu' patut dihentikan. Apakah dengan mengetengahkan isu ini Melayu menjadi kuat sepenuhnya? Atau ia menjadi candu kepada orang-orang Melayu yang takut dengan bayang-bayang sendiri?. Perlukah kita dengan 'Ketuanan Melayu'?. Saya tidak bersetuju.

Saya orang Sejarah. Banyak ilmu-ilmu Sejarah yang di ajar kepada saya di Universiti Malaya dulu. Kita perlu congak kembali. Apakah Tanah Melayu yang diberi kemerdekaan oleh British hanya pada orang-orang Melayu?. Adakah hanya orang-orang Melayu sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan?. Baca dan kaji. Sejarah Malaysia mencatatkan segala-galanya. Ilmu sebegitu perlu dibaca dan diingati oleh kita semua. Tidak kira siapa.

'Ketuanan Melayu' hanya polemik semata-mata. Sedar tak sedar, jika kita melihat sejak Merdeka, peluang yang diberikan kepada orang-orang Melayu terbentang luas. Jahanam orang-orang Melayu bukan kerana bangsa lain. Bukan Cina yang memerintah kita sejak Merdeka. Bukan India. Jauh lagi Iban, Dayak, Sakai. Orang Melayu yang menguasai politik di sini. Ada hasilnya. Tetapi banyak juga jahanamnya. Itu realiti.

Saya sokong Nazri!

Utusan Malaysia, stop racist agenda! - Nazri Aziz



Nazri tells Utusan to stop racist agenda

KUALA LUMPUR, Dec 16 — Umno maverick Datuk Seri Nazri Aziz has continued to condemn Utusan Malaysia for its “outdated” racist propaganda, saying the Umno-owned newspaper must accept that Malaysia is a multi-racial country.

“They should stop it because how would we (the Malays) like it if people say that Malays are lazy and stupid? We would also get angry. Don’t do to others what we don’t want others to do unto us,” the Minister in the Prime Minister’s Department told The Malaysian Insider.

The Umno supreme council member had earlier castigated the Malay daily for defending the controversial National Civics Bureau, or Biro Tata Negara (BTN), for its courses which he said were racist. The opposition has also claimed that BTN propagated political indoctrination.

“And more so now, under the prime minister (Datuk Seri Najib Razak) and 1 Malaysia, we must accept that Malaysia is a multi-racial country,” he added.

Utusan has been a mouthpiece for Umno ultra-nationalists and a tool for defending the party’s “Ketuanan Melayu” (Malay supremacy) policy.

The newspaper has also been criticised for being used to attack the opposition and ratcheting up racial tensions.

“I have reiterated that we must learn from Nicole David and other athletes. It is not acceptable to be a racist in 2010. It does not matter if we keep saying that we are not racist if our actions show otherwise. Enough with racism already.

“50 years after Independence, where are we headed to? Are we still going to deny that the Chinese and Indian community have any right to stay in this country? I think it is outdated,” Nazri added.

The Umno-owned newspaper was responsible for running daily stories criticising calls to allow former communist leader Chin Peng to return to Malaysia, linking it to what the newspaper says are moves to question Malay rights.

The paper also suggested that DAP was anti-Islam and said Datuk Seri Anwar Ibrahim was willing to betray the Malays to be prime minister — both incendiary subjects in mainly Malay-Muslim Malaysia.

Its articles have labelled the Chinese community as “pendatang” (immigrants) and the Indian community as “keling”.

Nazri added that Malaysians can longer accept categorising minorities with derogatory names.

“Malaysians, including the Malays, can no longer accept calling Chinese as immigrants and Indians with derogatory terms like ‘keling’.

“I think that if we want to act on a few that question Malay rights, then we should attack them only but not the whole community. If there are one or two individual Chinese or Indians that question Malay rights then we attack them only. We should not label the whole community as anti-Malay.

“As an elected representative, I know that that all the races are enjoying good relationships, so we should not take one or two bad examples as a basis to attack the whole community. I cannot agree with that. I am very much against racism. I hate racism,” he explained.

Sumber, TheMalaysianInsider

Kilauan emas di Laos

Malaysia 1 Vietnam 0

Kilauan emas di bumi Laos menjadi kenyataan. Hasil gerakan di sebelah kiri, Safiq Rahim berjaya melintangkan bola dengan baik dan tampanan oleh pemain pertahanan Vietnam menerjah ke gawang sendiri. Syabas dan tahniah. Kesungguhan skuad Malaysia di Laos menjadi suatu kebanggaan semua pihak. Rakan sekolah saya, Sabree Mat Abu, pemain pertahanan kiri Malaysia juga berjuang di sana. Tahniah kepada beliau. Saya bersama teman-teman menonton perlawanan tadi sejurus kami 'punch out' dari pejabat jam 5.30 petang. Bersorak gembira. Bukan kami sahaja. Keseluruhan penonton yang terdiri dari pelbagai kaum juga turut bersama gembira. Kegembiraan jelas terasa. Selepas hampir 20 tahun kita kemarau emas dalam bolasepak Sukan Sea. Kali terakhir kita memperolehi pingat emas ialah pada tahun 1989, ketika edisi Sukan Sea di Kuala Lumpur. Ahmad Yusoff mengetuai pasukan kebangsaan ketika itu.

Kegembiraan ini harus diraikan. Walaubagaimanapun, pembangunan bolasepak mesti diteruskan. Bukan sekadar berpuas hati dengan emas di Sukan Sea. Sasaran kita lebih dari itu. Jangan mudah terpedaya dengan pujian-pujian terutama dari media massa yang sentiasa tidak konsisten dalam memberi ulasan sukan di Malaysia. Mereka 'flip-flop'!.

Tahniah Malaysia!

Saidina Umar Jadi Papa Lepas Jadi Khalifah Islam

Mengikut semua riwayat yang kita terima, Saidina Umar bukanlah seorang yang misikn atau papa sebelum beliau menjadi Khalifah Islam. Malahan ada riwayat yang sahih yang mana Saidina Umar telah sanggup meng”infaq” kan setengah dari harta beliau untuk Allah dan Rasul SAW.

Dengan kata lain, kedudukan ekonomi Saidina Umar sebelum menjadi Khalifah adalah sangat stabil. Beliau dikenali menjalankan profesi sebagai pedagang. Walaupun karier beliau sebagai pedagang tidaklah sehebat Abdul Rahman bin Auf, namun tidaklah Saidina Umar itu hidup melarat dan papa.

Namun, kesemua kesah-kesah kesempitan hidup yang kita dengar berkaitan dengan Saidina Umar kita hanya dengar selepas beliau menjadi Khalifah Islam. Ini kerana setelah menjadi Khalifah, beliau terpaksa berhenti profesi beliau yang asal sebagai pedagang (trader) dan menumpukan waktu dan tenaga beliau untuk menjaga “Darul Islam”.

Tapi sebelum kita mulakan kesah2 kesempitan hidup Saidina Umar, haruslah kita ingat bahawa di bawah pimpinan Khalifah yang papa ini, Islam telah berjaya mengalahkan 4/5 dari Empayar Rom Timur dan keseluruhan dari Empayar Parsi.

Dan yang menghairankan sekali, sewaktu berita kemenangan Islam ini sampai ke Kota Madinah, Saidina Umar tidak mengarahkan apa-apa sambutan ataupun keramaian bagi meraikan kemenangan Islam ini. Tidak seperti adat empayar2 Rom dan Parsi di mana kemenangan yang gemilang seperti ini akan diadakan sambutan dan keramaian yang berlangsung selama seminggu lebih. Tentera-tentera yang terlibat dalam perang akan berkawad di tengah-tengah kota dipimpin oleh jeneral yang bertanggungjawab ke atas kemenangan tersebut.

Hamba dan tawanan perang akan dipamirkan kepada khalayak ramai, dan pemimpin bala tentera musuh akan dibunuh di hadapan khalayak ramai bagi menandakan kesahan kemenangan.

Saidina Umar tidak MENGARAHKAN apa-apa sambutan. Mengapa? Kerana dalam hanya beberapa tahun pemerintahan Saidina Umar, Empayar Islam telah bertukar dari sebuah empayar yang paling papa kepada empayar yang terkuat dan terkaya di dunia. Dalam masa beberapa tahun, Empayar Islam telah menjadi KUASA BESAR DUNIA.

Saidina Umar merintih dan mengadu kepada Allah kerana beliau dalam keadaan bimbang dan gundah gulana. Bagi Saidina Umar, ujian kemiskinan itu lebih mudah dihadapi berbanding dengan ujian kekayaan dan kesenangan. Jumlah harta rampasan perang yang di dapati oleh tentera Islam mencukupi untuk mengkayakan setiap orang di Mekah dan Madinah bagi 7 keturunan. Itu hanya harta dari PArsi, belum Rom.

Hasil dari kebimbangan Saidina Umar itu, kita lihat Saidina Uthman menghargainya, dan dalam pemerintahan 10 tahun Saidina Uthman Islam telah berjaya sampai ke sempadan Libya/Maghribi (seterusnya nanti Islam akan sampai ke Sepanyol).

Dibawah pimpinan Saidina Uthman dan Saidina Muawiyyah ibnu Suffian, Arab2 yang hidup naik unta di Padang Pasir telah berjaya dilatih menjadi lasykar-lasykar di laut. Saidina Muawaiyyah berjaya menubuhkan Armada Laut Islam yang pertama dan berjaya mengalahkan Armada Rom Timur yang datang dari Konstantinople. Kemenangan itu amat penting bagi menjaga kota Iskandariah dari ditawan semula oleh Rom Timur sepanjang pemerintahan Saidina Uthman.

Ertinya, kekayaan yang didapati dari kemenangan itu berjaya digunakan bagi mengembangkan lagi Islam dan menguatkan lagi dakwah Islamiyyah. Sepanjang pemerintahan Saidina Uthman, Islam berkembang dengan megah. JUTAAAN MANUSIA masuk Islam.

Semua hasil dari polisi dan contoh pemerintahan yang papa bernama Saidina Umar Ibnul Khattab.

(Saidina Uthman juga meneruskan gaya hidup Saidina Umar dan beliau syahid di dalam rumah beliau yang kecil sewaktu sedang membaca Al Quran. Beliau dibunuh pun kerana beliau tidak mahu membazir wang rakyat untuk membayar gaji2 pengawal beliau dari gerombolan rakyat Madinah yang menentang usaha beliau dalam mengeluarkan Mushaf Uthmani).

Kesah Kepapaan Saidina Umar Selepas Menjadi Khalifah

Kisah2 ni semua telah maklum. Saya cuma beri sebagai point form sahaja untuk kita “refresh” ingatan kita :
  1. Anak Saidina Umar pernah mengadu bajunya koyak di 13 tempat dan ada tampalan bajunya menggunakan kulit kayu kerana Saidina Umar.
  2. Saidina Umar mahu meminjam 4 Dinar dari Baitulmal, tapi bila diberi borang untuk diisi, beliau tak dapat menulis nama beliau kerana takut kalau tak dapat bayar, beliau terpaksa mintak halal dari KESELURUHAN UMAT MUSLIMIN. Banyak sangat tu nak mintak halal.
  3. Saidina Umar pernah pergi pinjam wang dari Abdurahman bin Auf. Abdurrahman terkejut dan bertanya kenapa pinjam dari dia, sedangkan Baitulmal boleh meminjamkan kepada Saidina Umar ribuan dinar. Saidina Umar menjawab, kalau dgn Abdurahman, kalau dia mati, beliau hanya bertanggungjawab dgn Abddurahman. Nanti waris2 saidina Umar boleh selesaikan. Tapi, kalau dengan Baitulmal, Saidina Umar terpaksa mintak halal kepada seluruh kaum Muslimin.
  4. Gaji Saidina Umar ni sama dengan gaji Saidina Abu Bakar. Gaji tersebut cukup untuk keperluan hidup Saidina Abu Bakar. Tapi, di zaman Saidina Umar berlaku kemarau panjang yang amat dahsyat. Sehingga ada riwayat Muttawatir, Saidina Umar meminta Saidina Abas berdoa dalam satu majlis Solat Minta Hujan.
  5. Kemarau panjang ini menyebabkan harga barang semua naik dan secara otomatik menjadikan gaji Saidina Umar tidak mencukupi.
  6. Namun, apabila ada usaha beberapa Sahabat yang menyampaikan hasrat mereka melalui anak Saidina Umar, Hafsah, untuk menaikkan gaji Khalifah, Saidina Umar RA menjadi marah dan menolak cadangan tersebut.
  7. Isteri Saidina Umar pernah mengirim bau-bauan kepada permaisuri2 kerajaan lain pada waktu itu. Dan, biasanya balasan yang diberikan adalah bekas minyak wangi tersebut akan diisi dengan emas dan permata. Saidina Umar memerintahkan supaya emas dan permata tersebut diserahkan kepada Baitulmal kerana minyak wangi yang digunakan sebagai hadiah itu pun dibeli dengan wang Baaitulmal.
  8. Saidina Umar pernah mengarahkan penjual susu di Madinah supaya jangan mencampur susu mereka dengan air. Pada suatu malam, sewaktu Saidina Umar menyamar dan meronda di kota Madinah, beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak gadisnya untuk mencampur air ke dalam jualan susu mereka. Anak gadis itu tidak mau kerana ditegah Saidina Umar. Ibu itu berkata kenapa nak takut sebab Saidina Umar tidak tahu. Anak gadis itu berkata walaupun Saidina Umar tidak tahu tapi Allah tahu.
  9. Saidina Umar besoknya mengarahkan orang mencari anak gadis itu, seterusnya mengarahkan anak beliau menikahi anak gadis itu. Keturunan dari anak gadis yang jujur itu kemudiannya melahirkan Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima.
Petikan dari Perisik Rakyat

Wednesday, December 16, 2009

Organization Behaviour

Sahabat saya ada bercerita tentang seorang 'teman' sekerja saya, yang mutakhir ini sering disindir, diperli dan diumpat oleh teman-teman sekerja yang lain. Mereka satu Jabatan. Saya dan sahabat lain Jabatan. Kami saling kenal. Saya dan sahabat sudah sedia maklum dengan perangai 'orang-orang' di Jabatan itu, tempat 'teman' saya tadi disindir, diperli dan diumpat. Kata sahabat saya, 'teman' saya disindir oleh 'budak-budak' baru. Staf baru maksud saya. 'Teman' saya dah bekerja lama di situ. Saya pun baru. Tidak sampai setahun. Saya agak terkejut. Agak berani mereka. Belum setahun bekerja sudah berani untuk mencipta onar. Ini 'Kelaku Organisasi'. Dalam bahasa Inggeris disebut Organization Behaviour. Saya dapat A subjek ini di UM dulu masa saya belajar. Semua tempat kerja ada. Baik di tempat saya atau di tempat anda.

Di Jabatan saya, ada juga. Tidak begitu teruk seperti di Jabatan 'teman' saya tadi. Kami berjaya mengawalnya sedikit sebanyak. Ada bukan tidak ada. Sahabat saya dan beberapa teman-teman lain berjaya mengubahnya. Dibawa 'atmosfera' baru di dalamnya. Suasana dan budaya kerja berubah sedikit. Dulu, kata mengata, umpat mengumpat, sindir menyindir, iri hati dan dengki begitu ketara. Tetapi, sejak sahabat saya dan teman-teman menggerakkan arus perubahan. Suasana 'jahat' itu hilang sedikit. Hari ini, tenang sedikit. Semuanya bersatu tenaga bagi meningkatkan mutu Jabatan dan menggerakkan perkembangan ilmu pengetahuan dikalangan kami. Budaya kerja menjadi keutamaan.

Berbalik kepada cerita tadi. Sahabat saya meminta pandangan. Saya kalau boleh tidak mahu campur tangan atau menyibuk hal orang. Hal saya sendiri belum selesai. Saya tak suka masuk urusan fitnah mana-mana pihak. Dari fitnah boleh timbul pelbagai persepsi. Dari persepsi boleh munculkan imej yang tidak baik kepada orang yang difitnah. Saya bimbang dengan hal itu. Tetapi, sahabat saya meminta untuk difikirkan. Kasihan katanya pada 'teman' saya yang disindir-sindir rakan sekerja. Junior pulak tu!. Saya terdiam seketika. Ada betul kata sahabat saya. Takkan nak dibiar begitu.

Saya fikir. Perlu dibawa 'atmosfera' yang dicipta teman-teman ke Jabatan lain. Kalau di Jabatan saya berjaya kenapa tidak di Jabatan mereka. Masalah di Jabatan 'teman' saya mereka berpuak-puak. Jurang senior-junior begitu ketara. 'Budak-budak' baru dihasut oleh senior tentang keburukan syarikat dan pekerja-pekerja lain. Malang. Senior di situ menyemai budaya 'jahat' kepada pekerja baru. Diburukkan 'teman' saya tadi kepada 'budak-budak' baru. Mereka berada dilandasan yang salah. Salah sama sekali. Si senior kencing berdiri, si junior kencing berdiri. Itu mereka.

Saya benci dengan suasana kerja sebegitu. Memburukkan orang lain, memfitnah, mengata, mengumpat, dengki dan iri hati menjadi budaya orang kita. Mengapa begitu. Katanya itu budaya 'Orang Melayu'. Saya tidak menyokong pendapat tersebut. Saya fikir, tidak sejahat itu Orang Melayu. Yang buruk adalah sebahagian dari bangsa itu. Jangan diburukkan semua. Semua Orang Melayu. Apa faedah dan manfaat yang kita dapat dari berbuat begitu? Apa untungnya mereka berperangai seperti 'syaitan' bertopengkan manusia. Saya tak tahu. Barangkali mereka tahu untungnya. Saya akan menentang suasana 'jahat' ini. Saya perlu masuk campur bagi mengubah suasana 'jahat' di Jabatan 'teman' saya. Perlu saya kira. Yang mengata 'budak-budak' baru. Yang menjadi ketua si pekerja lama. Saya kenal, sahabat saya juga kenal, 'teman' saya lagi kenal.

Saya fikir. 'Atmosfera' yang indah di Jabatan saya perlu di bawa ke sana. Caranya?. Saya akan bersama sahabat saya dan teman-teman mencari strateginya. Bukan untuk membantu 'teman' saya sahaja, lebih dari itu. Lebih dari itu perlu diubah budaya kerja yang 'jahat' ini. Semoga ia berjaya!

Sabda Rasulullah: "Seorang Muslim adalah adik beradik kepada seorang Muslim yang lain. Ia tidak akan menganiayai adik beradiknya sendiri dan tidak akan memalukannya dan tidak pula akan membiarkannya (terlantar). Semua hal mengenai Muslim adalah terlarang bagi adik beradik segama dengannya: darahnya, hartanya, maruahnya." Catitan Imam Muslim.

Berhenti Berharap

Petang tadi sebelum balik, teman-teman dibahagikan tugasan masing-masing dalam usaha memperkasakan Jabatan. Saya ada. Mendengar dengar penuh minat. Teman-teman pun mendengar juga. Masing-masing memberi perhatian. Semuanya penting. Tugasan yang rata-rata sudah dibincang, diperkemas bagi memastikan ia terjadi. Semuanya mengharapkan ia berlaku. Sama seperti saya. Seketika saya terdiam. Dalam perbincangan itu tiada satu pun tugasan diberikan pada saya. Barangkali bukan dalam kepakaran saya. Itu saya terima. Habis penerangan nama saya tidak disebut juga. Sedar tak sedar perbincangan tamat. Tiada nama saya dalam pemberian tugasan tersebut. Saya terpinggir lagi. Saya terima. Barangkali belum tiba masa saya diberi tugasan. Teman-teman saya beruntung. Mereka dapat. Saya belum lagi. Mungkin saya perlu terima hakikat. Belum tiba lagi masa saya. Saya dah berhenti berharap. Barangkali saya perlu menyusun sendiri untuk diri saya. Bukan berharap. Barangkali begitu.

Disember: Harapan dan Kenangan

Bulan ini, banyak agenda yang berlaku. Beberapa peristiwa mencatatkan suka dan duka. Di awal Disember, sambutan Konkesyen ke-6, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, tempat kerja saya, telah diadakan di dewan serba indah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Semuanya berjalan lancar.

Diadakan 'post-mortem' selepas majlis berlangsung. Tak semena-mena nama saya disebut-sebut sebagai 'pencetus' kepada satu masalah yang sengaja diada-adakan. Hilang 10 min ditempat bertugas! Kecoh, seolah-olah saya merosakkan majlis. Dikambing hitamkan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin bagi menutup kesalahan mereka. Saya terdiam. Tiada tempat mengadu selain dari menghemburkan kata-kata pada teman-teman sekerja. Itu sahaja. Saya tiada masalah ditegur, dinasihat. Biasa orang muda, kadang-kadang berjalan tersepak batu, jatuh juga. Tiada sempurna kita. Saya harap 'mereka' pun begitu. Boleh ditegur dan nasihat sebagaimana saya. Itu sahaja.

'Brainstorming Jabatan'. Banyak idea-idea menarik bagi meningkatkan sekolah pengajian. Tiada pernah diam saya dalam brainstorming. Pengalaman brainstorming Kolej di PD digunakan semahu-mahunya. Idea? Ada tapi kurang menarik dari teman-teman. Walaubagaimanapun saya sentiasa berlapang dada dengan hujah dan idea. Gembira saya dengan perkembangan akademik di Jabatan. Berlumba-lumba teman-teman melontarkan idea bagi membangunkan Jabatan dan Kolej. Setidak-tidaknya tidak jadi lembu kenyang mereka.

Perjalanan terus ke depan. Idea-idea dikemaskini bagi meningkatkan mutu akademik dan perkembangan kolej disusun rapi. Saya? Belum nampak keberkesanan di pihak saya. Emosi saya agak terganggu kebelakangan ini. Sentiasa berfikir bagi meningkatkan kemahiran baru dan peluang-peluang baru. Nama saya kurang disebut. Saya agak kebelakangan beberapa minggu ini. Jarang disebut. Jarang dipanggil bagi tujuan itu. Itu sahaja. Teman-teman tetap bersama walaupun masing-masing ada agenda. Saya terlupa. Bulan Disember ini peluang mendapatkan bonus masih terbuka. Semua berlumba-lumba. Mungkin ada agenda. Saya tak tahu. Saya? Masih dibelakang, mengharapkan sesuatu di bulan Disember, bukan pujian, bukan bonus. Ada yang lain. Saya masih tunggu. Setiap hari. Itu sahaja.

Saya suka jadi penggerak dan bertempur bagi tujuan akademik. Tidak kira di mana. Saya bukan macam teman-teman lain. Ada yang lantang dan pendiam. Saya suka bekerja. Apa-apa pun, bagi sahaja insyallah saya akan berkerja, buat macam biasa. Saya tak suka nama saya disebut, dipuji, dipanggil, dijadikan topik. Siapa saya. Saya cuma tahu Sejarah. Tak banyak pun. Itu sahaja. Mungkin itu sahaja yang ada pada saya. Saya tiada idea seperti mereka. Saya tidak kreatif. Mungkin tugasan saya hanya mengajar, bukan mengetuai mana-mana kumpulan atau disebut sebagai penggerak utama. Mungkin belum tiba.

Saya suka suasana itu. Walaupun ada perasaan cemburu melihat 'mereka'. Tiada salah mereka pada saya. Mungkin saya terlalu emosi. Bukan kerana itu sahaja. Banyak perkara lain. Walaupun teman-teman ada tapi saya kurang arif perasaan mereka. Mungkin saya terlalu emosi. Mungkin.

Nasib saya baik, saya masih ada 'mereka' yang memahami. Walaupun jauh tetapi mereka ada. Ada sentiasa dengan saya. Selau ada. Sentiasa ada. Itu sahaja.

Tuesday, December 15, 2009

Sultan dan Raja

Sebelum pulang ke rumah sebentar tadi, di pejabat, ada seorang teman bertanya berkenaan dengan isu 'Institusi Beraja' di Malaysia. Dalam keadaan suasana hari ini, ramai pihak berminat sungguh dengan 'Institusi Beraja' ini. Saya orang sejarah, mendapat pendidikan sejarah di Universiti Malaya. Tidak lah pandai mana, boleh lah sekadar memberi pendapat.

Ditanya kepada saya, kenapa selepas pemergian penjajah British dari Tanah Melayu tidak dipulangkan 'Institusi Beraja' kepada Sultan di Melaka. Sedangkan Melaka lah negeri pertama yang mengamalkan amalan beraja ini.

Jawapan saya, selepas perginya British dari Tanah Melayu, tidaklah British pergi begitu sahaja. Amalan budaya dan sistem peninggalan British itu terus diamalkan oleh kita. Pemberian 'Merdeka' kepada Tanah Melayu tidak mutlak. Sistem Negeri2 Selat, Negeri2 Bersekutu dan Negeri2 Tidak Bersekutu tidak kita usik untuk mengubahnya. Diamalkan dan dipakai. Negeri yang tidak beRaja dan berSultan diteruskan juga. Tidak ubah kita.

Begitu juga dengan 'Perlembagaan Persekutuan' Tanah Melayu, dipakai kita apa yang ditinggalkan British. 'Suruhanjaya Reid 1948' bagi membentuk 'Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948' dipakai kita. Tak ubah juga walaupun yang memerintah selepas Bristih 'orang kita'. Merdeka? Ya kita Merdeka. Tak boleh kita nafikan perkara ini. Kalau berani kita, kenapa tak diubah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu selepas perginya British. Barangkali ada wala dan waad 'orang kita' dengan Mat Salleh. Jadi, dah 50 tahun lebih merdeka pun dipakai kita apa yang ditinggalkan oleh Lord Reid itu.

Ditanya lagi, apa untungnya ada Sultan dan Raja di Malaysia?

Jawapan saya, zaman Kesultanan Melayu, Raja dan Sultan dianggap Kerajaan. Ada Raja ada Kerajaan. Itu untungnya. Kerana berdiri teguh kerajaan itu dengan adanya Raja dan Sultan. Tak runtuh kerajaan kalau ada Raja, selagi ada Raja. Hari ini, sistem itu diubah British, Raja hanya jaga Agama Islam, Adat Istiadat orang-orang Melayu dan Hak Keistimewaan orang-orang Melayu. Boleh rujuk dalam perlembagaan, Perkara 153. Itu untungnya. Betul ke jaga, saya tak tahu. Sistem yang kita guna pakai mengasingkan itu semua. Raja jadi lambang dan simbol semata-mata. Semua orang tahu Raja tak buat apa-apa. Tapi apa boleh buat, British tinggalkan begitu, kita ikut begitu. Tak berani ubah kita. Ikut sahaja. Ikut, ikut.

Apa untungnya? Barangkali untung kita boleh dapat Dato' kalau ada Sultan dan Raja. Kalau tak ada Raja dengan Sultan nak cari mana gelaran Dato'. Bukan ada jual di Tesco!

Itu jawapan saya.

RAJA MELAYU RAJA BERDAULAT: Mitos atau realiti?

Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba.Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah Tuanku.Tetapi jikalau anak cucu Tuanku dahulu mengubahkan dia,(maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.”Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.

Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada Rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya”

Petikan dari GGMM.

Di atas, petikan 'waad', 'wala' atau apa benda lagi istilah yang diperkatakan oleh orang Melayu berkenaan dengan taat setia, tidak derhaka, tidak melakukan pengkhianatan dan dalam erti kata yang mudak tidak 'menikam seseorang dari belakang'!.

'Waad' ini terus dikhayalkan kepada orang Melayu tentang perjanjian rakyat dengan dengan si Raja/Sultan Melayu. Benarkah adanya 'waad' seumpama ini? atau mitos ciptaan orang-orang Melayu sendiri. Sebagaimana mitos dalam slogan haprak 'Ketuanan Melayu'. Melayu nak jadi 'Tuan' di negara sendiri. Tetapi sentiasa cemburu dengan kejayaan bangsa lain. Maaf, blog ini tidak menyokong sebarang kelaku 'Rasis', 'assabiyyah', fanatik pada mana-mana kaum. Kita perlu liberal kalau nak berjaya!

Justeru, pandangan anda diperlukan dalam isu 'Waad' ini. Mitos atau realiti? Melayu oh Melayu!!!

Kilauan emas di bumi Laos

Pagi ini, berita sensasi dari bumi Laos memancarkan sinar baru dan harapan menggunung. Kemenangan Malaysia ke atas Laos 3-1 diperingkat separuh akhir Sukan Sea suatu yang dinantikan. Berita ini terus menerjah televisyen, radio dan akhbar di Malaysia. seolah-olah kita dah menang World Cup kali pertama!

Walaubagaimanapun, sekalung ucapan tahniah kepada skuad kebangsaan yang berjaya mengukir kejayaan manis ini. Kekecewaan, kemurungan dan kelukaan pada Sukan Sea 1997 sedikit sebanyak dapat mengubat hati rakyat Malaysia yang terluka dengan aksi hambar bola sepak Malaysia.

Akhir kata, kepada media massa di Malaysia, jangan terlalu ghairah memuji takut-takut kalau dah kalah di final nanti lain pulak bunyi laporannya nanti. Harimau Malaya hilang taring tinggal gusi!

1Malaysia Sabah: Perjanjian 20 Perkara

Sejarah merupakan antara ilmu yang mempunyai harga yg tinggi. Pengetahuan tentang imu sejarah mengajar manusia menjadi lebih realistik dan berjaga-jaga di masa hadapan. Di sini, saya 'post' kan tentang satu lagi imu sejarah yg pasti dapat meningatkan kita semua bagaimana gagasan negara Malaysia dibentuk bersama-sama Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963. Antara syarat-syarat yang dikenakan oleh Sabah kepada Tunku And Rahman sebelum bersetuju bersama Malaysia adalah berkaitan 'Tuntutan 20 Perkara'. Bagi perkongsian tersebut, saya memetik Tuntutan 20 Perkara yg dijadikan syarat itu. Selamat membaca!

‘Perjanjian 20 Perkara’ syarat pembentukan Malaysia di perenggan akhir sebagai
berikut :

* “Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara (Sabah). Begitu juga Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara (Sabah)”.

"Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.

* The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo."... See More

Oleh kerana ramai yang tidak mengetahui kandungan 20 perkara syarat kemasukan sabah ini, saya senaraikan kandungan 20 perkara tersebut untuk tatapan sahabat2 :

1. AGAMA : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

2. BAHASA :

1. Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
2. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
3. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

3. PERLEMBAGAAN : Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN : Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN : “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

6. IMIGRASI : Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

7. HAK MENARIK DIRI : Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

8. Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH : Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN : Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :

1. Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
2. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
3. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

11. CUKAI DAN KEWANGAN : Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI : Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :

1. Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
2. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.

14. JANGKAMASA PERALIHAN : Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

15. PELAJARAN : Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN : Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

18. NAMA KETUA NEGERI : Yang Di Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI : Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN : Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.

Dengan kata lain, tanah dan hutan Sabah adalah hak mutlak peribumi Sabah. Justeru, mengapa taukey- taukey yang berselindung disebalik pelbagai nama seperti FELCRA, MESEJ, SDTME, BSSB dan sebagainya dengan begitu mudah merompak dan merampas Tanah Adat milik puluhan ribu Pribumi yang telah menerokanya sejak nenek moyang mereka lagi atau sejak ratusan tahun yang lalu? Jawapannya adalah, siapa yang menduduki takhta Jabatan Tanah Sabah?

Menjana Ilmu, Memperkasa Kejayaan

Menjelang abad ke-21 segala-gala perhubungan masyarakat, aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan pembinaan tamadun manusia akan berpaksikan kepada ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, manusia tidak kira siapa, lelaki atau wanita, pandai atau tidak, miskin atau kaya akan ketinggalan dalam arus pemodenan dan pembinaan tamadun alaf baru tersebut. Di mana kita? Primitif atau terus bersama-sama menempah kejayaan dan kegemilangan tamadun manusia.
Tamadun manusia bermula sekitar 5,000 tahun lamanya. Masyarakat awal membinanya dengan penuh peradaban yang serba serbi dilihat mulia pada saat tersebut. Dari tidak berpakaian terus menutup apa yang perlu. Dari biadap bermula sopan santun, dari bodoh terus berilmu pengetahuan. Aspek pembinaan tamadun manusia tidak terkecuali ilmu pengetahuan. Bangunnya Tamadun Mesir dengan pembinaan Undang-undang yang berhemah dari Hammurabbi, penuh dengan tatacara dan berpengetahuan. Tamadun Eropah pula menyaksikan kegemilangan falsafah kuno yang dipelopori oleh Plato, Augustus. Di China, Kung Fu Tze menekankan aspek-aspek nilai dan moral manusia yang tinggi. Penekanan kepada nilai dan moral menjadi agenda utama Tamadun Cina dalam membina tamadun manusia yang bemoral, berilmu dan berjaya. Islam juga begitu, Nabi Muhammad SAW melancarkan gerakan membina tamadun manusia yang berilmu dan berpengetahuan. Baginda melancarkan dakwah di sana sini bukan untuk penyebaran agama semata-sama, sebaliknya bersama-sama beliau agenda pembinaan ilmu dan membentuk tamadun manusia setelah dirosakkan Arab Jahiliyyah. Tokoh-tokoh di atas telah melancarkan gerakan pembinaan tamadun manusia dengan ilmu, wahyu dan pengetahuan. Gerakan ini terus dilancarkan dan disebarkan kepada manusia berabad-abad lamanya. Penuh tatacara dan bijaksana.
Di mana kita? Setelah gerakan ini dilancarkan manusia terus melupakan pembinaan dan kejayaan ini. Jika dinilai dengan kemudahan dan akses yang ada pada hari ini jauh sempurna dari apa yang ada 5,000 tahun dahulu. Manusia dibekalkan dengan tempat untuk membina ilmu pengetahuan, catatan, buku dan bahan bacaan menjadi penggerak dalam usaha ini. Namun demikian ia tidak menarik perhatian masyarakat kita. Masih ramai di luar sana yang tidak berminat dengan ilmu pengetahuan. Pergi ke sekolah sekadar di arah, membaca sekadar masuk peperiksaan, mencatat nota sekadar yang ada. Meraka memandang enteng suasana akademik. Diperingkat kita, masih banyak kelemahan. Jumlah ponteng kelas semakin menggusarkan. Mereka gembira dengan apa yang ada. Diploma!
Jauh disudut hati, melihat suasana ini. Memandang kiri dan kanan. Melihat anak-anak kita gembira tak bertempat, bergurau tanpa ilmu, berbual dengan bangga tentang telefon bimbit dan cinta, berdamping dengan suasana sepi tanpa ilmu. Bukan orang lain mereka. Sama dengan kita. Mereka berada jauh di sana, ketinggalan dari ilmu, hayal tanpa cita-cita dan lalok dengan cinta dunia.
Kalaulah ada mereka di zaman Hammurabbi, Kung Fu Tze, Plato dan Nabi Muhammad SAW, agaknya di mana mereka? Terus memakai cawat di zaman adanya seluar, atau terus berjalan tanpa baju dengan bangganya?. Hujah kita adalah ilmu, bangun tamadun manusia dengan ilmu, pembinaan jati diri kita dengan ilmu. Kalau bukan dengan ilmu, dengan apa lagi yang perlu kita banggakan.

Konvensyen Blogger turut dibuka kepada penyokong PAS

Kenyataan Media

Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat.

Bagi yang berminat menyertai konvensyen pada 20 Disember ini bolehlah mendaftar kepada penerangan.paspusat@yahoo.com dengan menyertakan Nama Sebenar, No. Kad Pengenalan, Alamat Blog, Email dan No. Telefon Bimbit.

Hanya peserta yang mendaftar awal, iaitu sebelum 18 Disember 2009 sahaja yang akan dibenarkan masuk ke Dewan Dat’ Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Program akan dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Hj Abd Hadi Awang dan Kelab Blogger PAS akan turut dilancarkan pada hari berkenaan.

Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan Blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Isnin yang mulia

Permulaan penulisan hasil dorongan ramai pihak. Cabaran ke atas individu bermula dengan sahutan cabaran yang memeriahkan suasana ilmu penulisan. Insyallah, penulisan yang benar akan menjadi tatapan kita dan sekalian manusia. Politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan isu-isu semasa akan menjadi tatapan bersama. Tanpa memihak, berselindung dan berat sebelah. Kita paparkan bersama!. Buat sahabat, teman-teman dan rakan yang mengenali mYmoksha, saya persembahkan pandangan saya dan kita berkongsi bersama.