Sunday, August 1, 2010

Kem Kepimpinan 2010

29-31 saya ke Kem Kepimpinan 2010 bersama bakal pemimpin MRSM bagi sesi 2010/2011. Kesemua pemimpin-pemimpin yang diundi pada Pilihanraya Maktab pada awal bulan lepas bersama dengan lantikan Lembaga Disiplin Pelajar, Lembaga Koperasi dan PRS ke Beringin Resort menjelajah untuk memantapkan diri masing-masing bagi tugas dan peranan serta beban yang akan ditanggung pada sesi yang akan datang.

Program dan slot yang ditentukan penyelaras program berjalan dengan lancar dan selesa. Tambahan, kawasan di tepi pantai serta cuaca yang yang begitu baik seolah-olah mengalu-alukan bakal-bakal pemimpin yang rata-rata berumur 14-16. Golongan remaja dan segar ini wajar ditampilkan ke program yang sebaik ini. Menyelamatkan mereka dari arus dunia yang penuh cabaran dan nafsu jahat di mana-mana.

Selaku guru penasihat bagi Lembaga Disiplin Pelajar sesi yang akan datang. Saya membuat sedikit 'homework' sebelum ke sana. Menelaah beberapa siri 'Teori Kepimpinan' yang terdapat di internet. Buku-buku 'konsep kepimpinan' juga dibuka semula. Bagi mengingatkan 'teori dan pratikal' yang boleh dikongsi dengan anak-anak remaja ini.

Tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Imam Khomeini, Sultan Muhammad al-Fateh serta Umar Abdul Aziz menjadi 'idola' saya untuk dikongsi bersama mereka. Kisah-kisah agung pemimpin Islam yang terulung di abad 1400-1900 diperkenalkan kepada mereka. Bahkan, ucapan pertama saya merujuk kepada 'amalan membaca' yang perlu ada kepada mereka. Terutama berkaitan pengkisahan 'Sang Pemimpin' dalam menangani krisis dan situasi yang melanda. 'Rukun Faham' dalam organisasi anjuran Hasan al-Banna juga wajar diamati. Konsep Berorganisasi anjuran Hasan al-Banna perlu menjadi contoh teladan terutama kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam pertubuhan, persatuan mahupun organisasi.

Tidak juga harus dilupakan. Junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah SWT yang tercinta. Menjadi pemimpin sekalian alam. Mencontohi amalan hidup Baginda. Terutama ketika menjadi pemerintah. Bagaimana toleransi Baginda terhadap semua ahli majlis masyarakat. Adil dan beramanah. Tidak menzalimi dan assabiyyah. Berkuasa memerintah Mekah, sebelum itu Madinah dengan kejayaan yang gemilang. Berkuasa.

Itu pemimpin yang wajar di contohi semua makhluk manusia.

Bukan yang zalim dan jahat. Mengkhianati amanah Allah tatkala berkuasa. Mengkayakan diri dan keluarga. Sedangkan rakyat meratap merana. Kais pagi makan pagi, kais petang tidak makan-makan!

Peluang bersama remaja adalah sesuatu yang mustahak untuk menyampaikan idealogi yang baik. Semoga mereka tidak terpengaruh dengan dunia luar yang penuh cabaran ciptaan manusia untuk dilalaikan mereka.

Itu mustahak.

Semoga kejahatan dan kealpaan sebelum ini. Dihindari saya sendiri dan anak-anak bakal pemipin.

Semoga wadah 'kebangsaan' bukan pilihan mereka!

No comments:

Post a Comment