Tuesday, November 30, 2010

Biarkan


Saat malam terus berlalu. Dengan iringan angin-angin malam yang dingin. Sejuk rasa diri. Tidak sama dengan hati. Penyakit meyakinkan diri masih lagi jauh dari fikiran. Untuk meletakkan noktah penamat. Seakan masih jauh perjalanan yang dirancang. Belum sampai ke pertengahan jalan. Ia sekali lagi mengganggu benak hati. Bermain-main di kepala. Seperti batu-batu pasir di pantai. Banyak sekali. Dipukul ombak dan badai. Sekuat-kuatnya ia menghempas. Hilang sekelip mata. Tidak semudah itu.

Pegangan prinsip kekal di situ. Ia bukan seperti perkiraan ilmu hisan ciptaan al-Khawarizmi. Dihitung 3 bersama 3 menjadi 6. Dikali 2 bersama 5 menjadi 10. Bukan semudah itu membuat keputusan.

Kisah-kisah lalu terus mengejar diri. Memilih untuk dipadam. Atau memulakan langkah baru. Yang juga kelihatan semakin pudar indah.

Sesudah madu ditabur. Racun memakan diri. Sampai bila?

Perhitungan masa hadapan bukanlah seperti merancang perjalanan. Ke timur dan ke barat. Ia sukar sama sekali. Mungkin suasana diluar sana begitu indah. Kanak-kanak bermain riang. Diiringan gelak gembira. Mereka sememangnya tiada beerti tentang kebingungan sesiapa. Menurut sahaja rasa hati. Berasak ke sana ke mari. Alangkah indahnya dunia mereka.

Sayang seribu kali sayang. Kita tidak seperti mereka.

Siang hari kita dihimpit matahari. Malam kita dikejar dalam mimpi.

Lena kita hanya untuk melelapkan mata. Melupakan seketika. Esok apabila terbitnya sinar. Kita bersua lagi. Dengan kesukaran itu. Bukan mudah untuk sesiapa. Menjadikan dirinya serba sempurna. Menjadi manusia yang bersedia. Menempuh badai. Melawan ombak. Memekik petir. Menghambat hujan.

Tidak semudah itu untuk kita menerima ujian dan getir dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Sesiapa sahaja.

Jantan dan betina.

Tetapi apa perlu kita meratap perkara yang sukar itu?. Bukankah kita diberi pilihan memilih alur yang tenang. Memilih jalan yang sesuai. Mengapa kepayahan yang mahu dituruti?. Ada apa dengan kepayahan itu. Untung diri atau sesal di kemudian hari?

Atau kita manusia pilihan. Dipilih Tuhan untuk dibebani. Dipilih Tuhan untuk berkorban. Dipilih Tuhan untuk kesukaran. Untuk dilihat. Apakah dirimu bersedia menghadapi ujian.

Sebagaimana Musa yang berdepan dengan si Firaun yang maha zalim. Yusuf yang difitnah. Muhammad yang dicaci dan di maki. Sedangkan mereka Kekasih Allah menerima ujian dan percubaan.

Bagaimana dirimu yang insan biasa?.

Mahu mengelak dan mengeluh. Sedangkan ia tidak seberat beban yang ditanggung para Nabi dan Rasul.

Bolehkah begitu?.

Untuk apa aku yang dipilih. Sejak aku membuka mata. Bersedia bersuara. menghadapi 'mereka-mereka' yang datang dengan kemaslahan dunia. Seribu satu cerita.

Untuk apa aku diberikan 'mereka-mereka'?.

Sedangkan selepas 'mereka-mereka' berbahagia. Tangan seia tidak pernah memujuk hati. Mereka terus berlari dengan kegembiraan. Meninggalkan masalah dan bebanan. Kepada tangan yang menghulurkan saat 'mereka-mereka' beroleh kesempitan dari matahari. Mimpi ngeri di malam hari.

Aku belum bersedia.

Belum bersedia menjadi insan yang dipilih. Dipilih dari Tuhan untuk mengharungi semua itu.

Biarkan aku terus terkeliru dengan diri sendiri. Menghabiskan saat-saat hidup dengan jalanku sendiri. Biarpun tiada berteman. Atau berkawan.

Aku bersedia menjadi pengecut dunia.

Menjaga hati sendiri.

Dari menjadi manusia yang hipokrasi. Menyalak kebenaran dihadapan. Mengiakan penipuan dibelakang.

Sesat dalam siang. Buta dalam malam.

Aku selesa begitu.

Wednesday, November 24, 2010

Akal dan Hati

Kekuatan dalaman diri seseorang lahir dari kekuatan akal fikiran. Juga hatinya bagi menerima sesuatu perkara yang amat sukar. Tentunya menjadi kesukaran kepada seseorang untuk menerima hakikat dalam kehidupan dengan cara yang mudah. Mustahil sama sekali. Ketentuan yang difitrahkan kepada manusia adalah sebahagian sesuatu takdir yang harus kita terima bulat-bulat. Apatah lagi kalau kita berbicara soal rezeki dan jodoh, ajal dan maut. Ianya dilihat terlalu bergantung kepada takdir.

Manusia dianugerahkan Allah swt untuk berfikir secara waras. Berfikir tentang kebaikan dan keburukan. Kebaikan atas dirinya. Keburukan juga atas dirinya sendiri. Maka sekiranya berlaku sesuatu perkara. Perlu ia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Jangan salahkan sesiapa. Kerana akal fikiran yang dianugerahkan Illahi tidak dikongsi secara beramai. Ia diberi satu-satu secara berasingan kepada setiap manusia.

Ia untuk digunakan oleh manusia.

Bukan disimpan seperti barangan antik. Atau perhiasan diri semata-mata.

Kekuatan itulah yang memerlukan seseorang manusia bertindak secara waras. Menggunakan akal dan hati sebagai penyokong. Disebut naluri. Kekuatan akal kadang-kadang dicabar dalam pelbagai situasi. Samada untuk kita memilih sesuatu atau 'seseorang'.

Kekuatan dalaman untuk itulah yang menjadi sukar. Boleh menerima sesuatu yang pahit dan terkesan atas dirinya. Ke kiri dan ke kanan. Ia menjadi serba-salah. Kekuatan untuk menerima hakikat atas apa yang dilakukan oleh diri kita sendiri.

Kekuatan itu tidak ada secara semula jadi. Ia dibentuk dari pelbagai faktor dan sebab. Atas pilihan itu ia menjadi penyakit yang mendesak hati untuk mengatakan 'ya' pada sesuatu perkara. Atau 'tidak' pada sesuatu perkara. Mengesahkan sesuatu atau menidakkan sesuatu. Kemahiran itu dpanggil 'membuat keputusan'. Membuat keputusan atas dorongan akal yang menimbang salah dan betul, buruk dan baik, panjang dan pendek serta boleh ataupun tidak. Ia mesti juga berdasarkan dorongan hati. Hati yang menyokong atas keputusan yang dibuat oleh kita sendiri. Betul ataupun tidak keputusan yang akan dicapai. Betul atau tidak pemilihan diri. Betul atau tidak keputusan itu. Benar atau tidak. Untung atau rugi.

Semuanya akan melayang-layang di kepala anda. Kerana hujung keputusan itu tidak akan dapat dilihat dan dinilai. Samada ia bertepatan dengan kehendak kita. Kerana manusia tidak dapat melihat masa depan dirinya. Ia terletak di tangan Allah swt. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa mengetahui apa yang akan berlaku esok, lusa, minggu depan, tahun depan dan masa hadapan.

Kita manusia hanya layak untuk merancang itu dan ini. Segala ketentuan di tangan Allah swt.

Maka sebab itulah ia terlalu sukar untuk kita membuat keputusan. Menelan hakikat untuk ke depan. Ramai yang tidak memahaminya. Malah ada yang mengajak untuk kita melupakan sesuatu perkara yang telah terjadi. Sedangkan mereka begitu mengetahui ia amat sukar sama sekali. Sukar untuk seseorang menerima hakikat yang pahit itu.

Kesukaran itulah memerlukan seseorang mempunyai kekuatan dalaman dalam diri.

Kekuatan menelan apa sahaja yang berlaku. Ketabahan seseorang untuk menerima hakikat yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada mereka.

Mereka mempunyai kekuatan dalaman yang jitu. Boleh menerima sesuatu dengan hati yang terbuka. Baik buruk seseorang dinilai dengan akal dan hati. Tiada langsung kekesalan atas keputusan yang dibuat. Bahkan, mereka langsung tidak memikirkan apa yang akan terjadi atas keputusan tersebut. Hati mereka begitu tegas dan kuat. Kekuatan itulah yang menjadi dorongan kepada mereka untuk membuat keputusan.

Bilakah hati saya akan menjadi sebegitu?

Kuat dan tabah.

Menerima sesuatu perkara dengan hati yang terbuka,

Memaafkan sesuatu yang cela. Membuat keputusan tanpa menoleh ke belakang.

Tabah menghadapi saat-saat sukar.

Bilakah?

Monday, November 22, 2010

Guru: Doa Ibu untuk anaknya


Ketika artikel ini ditulis. Saya bersama teman-teman yang berada di bawah satu agensi. Yang dalam pemikiran saya berjumlah 600 orang itu berada di British Malaysian Institute (BMI). Kami di sini menyertai Program Diploma Pendidikan. Di mana salah satu syarat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seseorang guru itu mesti mempunyai Diploma Pendidikan. Ia bagi mengesahkan seseorang itu berkelayakan menjadi seorang pendidik. Ia adalah prosedur biasa. Sama seperti rakan-rakan yang lain. Kami di sini selama sebulan.

Sebulan itu mencari ilmu pendidikan. Dengan hidangan ilmu-ilmu berkaitan pendidikan secara formal. Tidak lagi berkaitan dengan penguasaan sesuatu subjek semata-mata. Ia lebih dari itu. Hidangan ilmu yang datangya dari pensyarah berwibawa dari UIAM ini. Pasti menjadi bekalan terbaik buat kami lebih bersemangat untuk ke sesi pengajian persekolahan 2011 yang akan menjelang tiba.

Tahun yang kedua bagi saya.

Ia terlalu manis buat saya yang tidak menyangka langsung menjadi seorang pendidik. Ketika sedang mengisi borang kemasukan ke universiti pada tahun 2005 yang lalu. Emak meminta saya menjadikan program Pendidikan Sejarah di UPSI sebagai pilihan pertama. Saya menolak. Tidak mahu saya menjadi guru. Tetapi jangkaan saya meleset. Saya hanya berkelana setahun dua. Akhirnya, Allah swt menzahirkan doa ibu saya. Menjadi juga saya kerjaya yang saya tidak mahu itu 5 tahun yang lepas.

Ia adalah ketentuan.

Rezeki manusia dari Allah swt.

Bukan 'ketentuan' seseorang yang menjadikan saya guru.

Ia datang dari Allah swt.

Saya percayakan ketentuan itu.

Sunday, November 14, 2010

Jangan Dipaksa Hati Mereka

Pernahkan perasaan dan hati anda tenang sekali. Tanpa memikirkan apa-apa tentang masa lalu. Biarkan ia berlalu tanpa ada sebarang kenangan. Melupakan saat-saat indah, jahat, buruk dan hampir sempurna itu. Menjadikan ia seperti buih-buih di lautan. Terhempas ke pantai lenyap segalanya. Bertukar-tukar. Menjadikan ia lenyap terus. Menghitamkan benda yang putih tidak semudah itu. Tidak sebegitu jadinya kalau perasaan kita menjadikan ia kenangan yang tidak terfikir sama sekali.

Jangan memaksa hati itu. Untuk menerima dengan hati yang terbuka. Keadaan sebelumnya. Walaupun ketika itu. Anda tidak bersama hati yang dilukai itu. Ketika itu anda tidak bersamanya. Berhak melupakan segalanya. Kerana dia tidak berfikir panjang. Saat dan ketika itu. Anda tidak berhak memaksanya. Kerana dia tidak mahu perkara itu menjadi rasa sakit yang amat sangat di dalam hati. Sakit dan terus sakit. Mengenangkan saat-saat itu. Yang mana. Anda sahaja melaluinya. Bukan orang lain. Sebelum atau sesudah. Ia sangat sukar untuk diterima. Ia tidak mudah untuk dipadamkan dalam bentuk mata fikiran. Sejauh ia berlegar-legat di kepala. Saat sentiasa memikirkannya. Menjadi ia terlalu sakit di dalam hati. Sakit itu dibimbangi anda menjadi bahan ungkitan suatu hari nanti. Menjadi senjata hati untuk menikam. Perasaan itu akan sentiasa ada untuk memarahi dan menengking. Mencaci dan mencerca. Binasa badan.

Ia disebut dendam.

Dendam kesumat ke atas-atas perkara tertentu. Apabila ia tidak dapat dilupakan. Maka ia bernanah di dalam hati. Terjerit-jerit dan meronta. Menunggu masa untuk diletupkan. Tanpa mengira masa dan ketika. Ia bakal melukakan hati anda. Buat selamanya-lamanya.

Kesalahan dan kesilapan perkara lumrah di dalam kehidupan. Bukankah kita manusia biasa. Tidak terkecuali. Kita dilemah dihasut syaitan. Melakukan perkara yang bukan-bukan. Yang kadang-kadang tidak terlintas difikiran. Tiada dalam alam binatang. Tiada perkara seumpama itu dihutan, langit dan bulan. Tetapi manusia melakukannya mengikut gerak hati masing-masing.

Ada manusia yang merogol anaknya sendiri, ada yang menjual harga diri di malam kelam. Ada bercinta sesama sendiri. Ada ibubapa yang dibunuh anaknya sendiri. Ada kanak-kanak yang diculik, di rogol dan dibunuh. Ada adik yang diperkosa abang tiri. Ada ibu yang kehilangan anak dan suami. Ada perempuan yang aniayai. Ada. Ada itu dan ini. Yang mana tidak terlintas akal fikiran kita.

Ada manusia yang melakukan semua itu.

Semua yang mengikut gerak hati. Tanpa berfikir menggunakan akal kurniaan Illahi. Kesalahan itu dipanggil kesilapan.

Kesilapan yang mahu ditebus. Kesilapan yang dijanji tidak ada ulangan. Ada manusia yang lain yang dipaksa menerima kesilapan dan kesalahan tersebut. Ada yang mahu. Ada yang tidak.

Saya tidak akan menerima kesilapan yang tidak menggunakan akal itu.

Jangan memaksa saya melakukannya. Memejamkan mata dan memikakkan telinga. Mendengar dan menerima dengan hati yang terbuka. Akan kesalahan dan kesilapan yang mereka lakukan. Mahu dipersembahkan kepada saya akan hal itu. Dan mahukan penerimaan seadanya.

Menerima kesalahan dan kesilapan yang lalu. Berjanji membuka cerita baru. Yang mahukan si penerima itu menerimanya dengan rela hati.

Jangan.

Jangan sesekali merimanya andai bukan dari hati. Yang datang melalui hawa nafsu dan bisikan iblis yang mahukan kesesatan. Bercampur baur dengan iman senipis kulit bawang. Hati yang kekal disitu. Meyakinkan dengan perkataan jangan.

Biarkan ia kekal di situ. Barangkali ia bukan untukmu. Ia untuk insan lain. Yang lebih baik dari dirimu. Kamu lemah. Kamu lemah sama sekali menerima kesilapan orang lain. Panas baranmu akan menjelma walaupun hal itu tiada kena mengena dengan kamu sebelum dirinya menjadi milikmu. Kamu akan memeram dendam. Dilepaskan dengan maki hamun yang tiada kena mengena. Ke semuanya akan menampakkan kesalahan dan kesilapan lalu. Kamu akan menyebut-menyebut hal itu. Kamu tiada biada usaha untuk melupakannya. Kamu terus menerus menyalahkan dirinya.

Sedangkan kamu sedia tahu. Itu kesilapan lalu. Tiada maknanya berkelahi. Kerana masa tidak bisa berputar kembali. Menjadikan kamu yang pertama. Bukan kedua.

Tetapi hatimu kekal begitu. Keras dan bebal. Kamu gagal menahan api kemarahan yang membuak-buak itu. Maka lepaskannya bersama marah, sakit hati dan dendam.

Walaupun ketika itu. Dia sah menjadi milikmu.

Maka jangan terus begitu. Terima atau tinggalkan dengan hati luka hari ini. Tetapi tidak esok, Keheningan semalam hanya sementara. Barangkali begitu. Fikiran itu terus membantu memadamkan luka semalam. Memujuk-mujuk menerima dengan hati yang terbuka. Bukan rezeki maknanya. Bukan hak milik dirimu. Bukan sesiapa yang boleh menentukan. Ia kekal dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Jika hatimu sedemikian rupa. Janganlah terus ke depan bersamanya. Bimbang dia akan terseksa dengan watak-watak dirimu yang penuh dengan api dendam yang sukar dipadam

Biarkan dia menangis kehilangan dirimu hari ini.

Biarkan dia pergi.

Pergi menangisi cintanya yang tiada berpanjangan.

Thursday, November 4, 2010

Galas dan Batu Sapi: Gerakan Demokerasi


Hari ini. Para pengundi Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi akan membuat perhitungan bagi memilih wakil rakyat mereka yang baru. Pelbagai kempen dan adu domba yang di war-warkan di media massa tamat jam 12 tengah malam tadi. Sejak hari penamaan calon pada 26hb yang lalu. Yang menyaksikan pertadingan satu lawan satu di Galas. Dan perhitungan tiga penjuru di Batu Sapi. Menyaksikan kempen dari semua parti bertanding mengemukakan pelbagai janji dan harapan kepada para pengundi.

Paling menarik ialah kelancaran projek-projek segera dan durian runtuh kepada masyarakat setempat. Syukur kepada Tuhan. Para rakyat bawahan terutama masyarakat Orang Asli di Galas dan masyarakat pendalaman di Batu Sapi terpaksa menunggu wakil rakyat mereka 'meninggal dunia' terlebih dahulu sebelum menikmati keselesaan hidup sebagai manusia di Malaysia.

Di Galas. Masyarakat orang Asli dilayan begitu istimewa sekali. Mereka diberikan pelbagai peruntukan dan skim-skim segera oleh PAS dan UMNO. Besar harapan dijanjikan kepada mereka. Bukan sahaja padang bola. Malah jalan raya, jambatan baru, lot tanah dan sekolah semuanya dikhaskan kepada mereka. Bahkan, sekali sekala masyarakat orang Asli ini juga bergaya di hadapan kamera memberi pelbagai ulasan dan pandangan. Kadang-kadang dengan hanya berbaju T-shirt, berkain batik dan pelekat. Mereka bergaya bak 'penganalisis politik' memberi pengujahan mereka terhadap pilihanraya kecil di Galas. Pandangan pula secara terus disiarkan sekiranya 'laporan' itu berkait dengan keburukan PAS di Kelantan. Ia disiarkan berkali-kali!.

SPR sebagai pengurus pilihanraya di Malaysia masih lagi dilihat berpihak kepada UMNO/BN dalam beberapa sudut. Kempen di sekolah masih lagi boleh dijalankan di Galas dengan menyaksikan calon UMNO beberapa kali 'dijemput' merasmikan majlis-majlis di kawasan sekolah. Pasti tujuannya untuk berkempen. Semalam. TPM Muhyiddin Yassin bertempik di salah sebuah sekolah Cina di Gua Musang. Dengan bertemakan 'pemimpin bersama rakyat'. Mereka bebas berceramah dalam kawasan sekolah. Sedangkan. Kalau perkara sedemikian dibuat pemimpin Pakatan Rakyat. Saya kira perkara itu akan terus dihakimi sewajarnya SPR. Bahkan boleh jadi liputan 7 hari 7 malam bagi TV3 dan Utusan Malaysia. 'Pembangkang peralatkan institusi pendidikan', 'PAS guna masjid kempen politik', itu dan ini.

Saya tidak hiraukan apa jua cara untuk berkempen dikalangan parti politik. Baik PAS atau UMNO. Namun, biarlah undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh SPR. Dikuatkuasakan kepada semua pihak. Samada UMNO/BN atau PAS/Pakatan Rakyat. Undang-undang itu berada dan 'dikunci kemas' dalam Perlembagaan Perseketuan. Sekiranya seseorang itu melanggar undang-undang dan peraturan. Dia juga sebenarnya secara tidak langsung tidak menghormati Perlembagaan Perseketuan. Tidak kira samada di TPM, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, pegawai kerajaan, polis, Raja atau Sultan!. Mereka juga wajar dihukum andai melanggar undang-undang. Itulah demokerasi. Menghakimi sesiapa sahaja tanpa memilih bulu, pangkat, warna kulit, bangsa atau agama.

Sekiranya suasana itu berlaku. Sudah pasti kita akan melihat kempen yang lebih demokeratik dan suasana pilihanraya yang berkualiti dari ahli politik di Malaysia. Sayang seribu kali sayang. Kita tidak mempunyai pengurus pilihanraya berhati telus dan jujur. Mereka lebih gemar berpihak. Samada secara langsung atau tidak. Terbukti sudah. SPR adalah 'rakan karib' BN.

Dun Galas juga hangat di hari terakhir apabila dilaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi rasuah kepada tiga pemuda orang Asli yang baru diislamkan oleh Mursyidul Am PAS itu. Berita dan gambar itu disebar sekali alam. Bagi memperlihatkan persepsi yang negatif kepada PAS. Tok Guru dikatakan memberi rasuah dalam pilihanraya. Peliknya, wang itu cuma diberikan kepada 3 pemuda sahaja. Bagaimana 3 pemuda itu yang kalau mereka juga pengundi di Galas boleh diberi rasuah dalam suasana yang terbuka. Apakah dengan memberi rasuah kepada 3 pengundi tersebut mampu memenangkan calon PAS di Galas?. UMNO dengan bersungguh-sungguh menggunakan media massa sebagai talian penghubung menghebahkannya. Perkasa membuat laporan polis. SPR dan SPRM dihambat UMNO untuk bertindak terhadap Tok Guru yang dikatakan memberi rasuah dalam pilihanraya. Sebagai diduga. Hambatan itu disegerakan SPR yang dilaporkan untuk menyiasat dan mendakwa sekiranya terbukti rasuah. Siasatan belum lagi bermula. Tetapi 'perlakuan' dalam bentuk gambar, berita yang disensasikan sudahpun menemui media massa dengan pelbagai tuduhan. Salah atau tidak belum lagi dibuktikan. PAS sudahpun dimalukan sebegitu rupa. Itulah 'wajah' demokerasi di Malaysia.

Buat UMNO. Mereka wajar meneliti surah At-Taubah, ayat 60, yang bermaksud,

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan Amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Ia adalah zakat.

Mereka tidak mengetahuinya. Tidak beriman dengan ayat-ayat Allah. Tidak beramal dengan amalan Rasulullah saw. Maka dengan sebab itulah mereka janggal sekali melihat muallaf diberi wang zakat selepas diislamkan atau memeluk agama Islam. Itulah kaedahnya.

Namun. Ia tidak dipihak UMNO. Mereka tidak memahaminya. Tidak faham akan amalan sedemikian rupa. Adu domba dan fitnah adalah 'makanan dan minuman' mereka setiap kali pilihanraya.

Jadi. Amat mustahil untuk kita menyaksikan pertarungan politik yang berentak 'jantan'. Andai amalan berat sebelah, permainan media massa, fitnah dan adu domba menjadi pilihan parti politik dalam amalan demokerasi di Malaysia. SPR sendiri secara terang-terangan gagal menghalang amalan ini. Sejak dari dahulu, kini dan selamanya.

Di Batu Sapi. Pertelingkahan antara PKR, BN dan SUPP lebih kepada hak masyarakat Sabah yang sekian lama dinafikan. Walaupun Sabah adalah salah sebuah negeri penerima royalti minyak. Mereka tidak sekaya sebagaimana kekayaan pemimpin Sabah. Masih banyak kawasan pendalaman di daerah Batu Sapi ketinggalan dari sudut infrastruktur mudah sebagai pelengkap kehidupan. Seperti biasa. Apabila berlaku pilihanraya. Para pemimpin politik akan menjanjikan segala-galanya untuk mereka. Dapat tidak. Bukan persoalan. Yang penting janji ditabur untuk mereka.

Bagaimana pula dengan pengumuman projek-projek segera dan 'rasuah' secara terang-terangan pengemuman peruntukan berjuta ringgit. Dengan menggunalkan kapasiti 'Kerajaan Persekutuan'. Mereka jelas sekali menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen di kedua-dua kawasan pilihanraya yang terbabit. Apakah amalan mengumumkan peruntukan secara besar-besaran itu tidak diistilahkan sebagai 'rasuah pilihanraya'?. Dengan secara tiba-tiba JKR diarahkan menurap jalan tar yang baru, pembinaan jambatan dan jalanraya. Para doktor dan jururawat Kementerian Kesihatan diarahkan membuat kempen kesihatan di kampung-kampung. Mahasiswa yang berkampung dalam program 'Anak Angkat'. Polis dan tentera. JKM yang tiba-tiba menghulurkan bantuan kepada penduduk miskin.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Adakah penglihatan SPR atau SPRM kabur tentang perkara itu.

Kepada semua pengundi di Galas dan Batu Sapi. Segeralah anda pada hari ini. Menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Menunaikan amanah itu. Pangkah dan pilihlah calon yang berwibawa dan berkualiti tinggi. Parti hanyalah mewakili mereka. Amanah itulah yang menjadi pilihan utama. Selain beriman dan bertakwa. Sedarkan diri anda dengan adu domba dan harta. Pilihlah 'wakil rakyat' anda dengan perasaan yang tenang dan matang.

Suasana demokerasi yang tidak seimbang ini wajar ditentang. Biar sesiapa pun wakil anda. Amalan demokerasi tulen dan saksama wajar dipamerkan dalam pilihanraya kecil Dun Galas dan Batu Sapi. Tamatkan amalan adu domba dan fitnah. Ketidakadilan dan ketidaksempurnaan dalam negara kita. Dengan melawan suasana buruk itu. Kita wajar memperbetulkannya. Ia hak rakyat dan negara. Usirkan mereka yang berkuasa secara kuku besi dan diktator murahan.

Ayuh, kembalikan demokerasi matang. Berpolitik secara bijak dan ilmu akal.

Bukan perkauman sempit dan fitnah syaitan.

Masa kini untuk Rakyat Malaysia bertindak.

Pengundi Galas dan Batu Sapi wajar memulakan langkah ini.

Sunday, October 31, 2010

Duka Kecil Kita

Saat yang saya benci itu hadir juga akhirnya. Menghadapi saat-saat duka hanyalah sebahagian kecil ujian dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Mungkin dukacita manusia kerdil seperti kita tidak terubat kegembiraanya dengan jalan yang sia-sia.

Rasulullah SAW ketika hatinya bersedih. Kehilangan isteri tercinta. Di bawa Allah swt Kekasihnya itu menerokai dunia lain dari yang lain. Muhammad SAW dibawa 'bersiar-siar' menikmati lapisan 7 langit di atas sana dengan menaiki Buraq. Kisah itu diabadikan di dalam kisah Israk dan Mikhraj. Kejadian yang ciptakan Allah swt menghiburkan hati Baginda yang berada di dalam kesedihan kehilangan Siti Khatijah.

Bagitu sekali. Pengubat hati yang luka ada jalannya. Bukan terus berduka dan berduka. Jangan diturut rasa hati. Jangan diasak nafsu mengikut kehendak hatimu. Kelak nanti binasa diri.

Mungkin hanya mulut berkeras untuk menyelamatkan keadaan. Masa hadapan terbentang luas. Jangan hanya kerana pintu hati yang ditutup rapat. Sekalian diri dan sekeliling. Mengajak tidak. Fahamilah. Fahamilah.

Situasi yang kita cipta. Keadaan yang kita kusutkan. Ada natijah dan iktibarnya. Mungkin bukan sekarang mahunya. Kemudian hari siapa tahu.

Kesedihan dan kedukaan. Ubatilah dengan doa kepada Yang Maha Esa. Sebagai kesedihan Baginda Rasulullah SAW yang disampaikan kepada Tuhannya. Begitu juga diri kita.

Maafkan segalanya. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Menipu dan terus menipu. Keras hati disumbat dendam jahat ke atas apa yang berlaku.

Maafkan segalanya.

Wednesday, October 27, 2010

Terima Kasih KPM


Pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung matapelajaran Sejarah yang akan diajar pada peringkat sekolah rendah dan sebagai subjek wajib lulus bagi SPM pada tahun 2013 dan 2014 ini adalah suatu yang menggembirakan. Ramai peminat Sejarah begitu teruja sekali dengan langkah KPM yang dilihat begitu penting. Secara peribadi, sebagai peminat kepada ilmu yang tiada ternilai itu. Saya berpendapat ia amat wajar sekali. Dalam keadaan negara menghadapi saat-saat getir kecendurangan minda para pelajar ke arah hiburan dan sosial semata-mata. Ilmu Sejarah wajar dikembalikan kepada peringkat yang tinggi.

Untuk permulaan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dr.Puad Zakarshi sebagai Timb.Menteri Pelajaran yang membuat pengumuman tersebut di Parlimen baru-baru ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, melihat kewajaran ilmu Sejarah sebagai ilmu penting untuk pembentukan jatidiri rakyat Malaysia dan sebagai panduan kehidupan membentuk negara menjadi lebih berdaya saing. Saya sendiri. Ketika menghadiri seminar di Shah Alam, berkaitan hal ini, dengan tetamu undangan Prof. Dr. Khoo Kay Kim menyebut bahawa ilmu Sejarah perlu dipelajari dari bangku sekolah rendah. Sebaik-baiknya pada peringkat umur 10 tahun. Ia sesuatu yang mustahak bagi memperlihatkan kepada anak-anak tentang negara dan pengisian mereka sebagai 'anak-anak' yang akan membentuk masa depan Malaysia. Saya setuju 100%!

Ilmu Sejarah bukan ilmu silam. Saya sering mengingatkan. Contoh, kitab al-Quran adalah kitab ulung yang tiada kepalsuan dan penuh dengan mukjizat diturunkan ayat-ayat Allah swt yang dibuktikan dengan pengetahuan Allah swt kepada Rasulullah saw. Baginda menerima ilmu-ilmu Allah dan menghafalnya serta mempersembahkan ayat-ayat tersebut kepada para sahabat dan umat Islam. Satu demi satu. Penuh dengan iktibar, peringatan, cerita-cerita terdahulu, kesan masa lalu, akibat perbuatan untuk dijadikan pedoman dan pengetahuan kepada masayarakat Islam yang kemudiannya. Al-Quran itu dikumpulkan, disadur semula mengikut turutan bermula dari zaman kemasyuran Umar al-Khattab sehingga menjadi sempurna di zaman Uthman ibni Affan.

Apa perlu cerita-cerita lampau kalau ia tiada berkepentingan kepada manusia?. Bukankah Nabi Muhammad saw menerima cerita-cerita lalu yang penuh dengan penginsafan untuk disampaikan kepada umat manusia untuk dipelajari, diingati dan dihayati.

Bukankah ia sama seperti ilmu Sejarah?

Sejarah menceritakan hal-hal yang lalu. Berkepentingan untuk manusia menghadapi masa-masa mendatang. Menjadikan ia peringatan terulung. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Maka sudah pasti. Sekiranya kita memuatkan ilmu-ilmu pengetahuan tentang apa yang pernah berlaku sebelum ini. Samada sejarah manusia di Malaysia atau umat Islam. Ia bolehlah dianggap sebagai panduan terulung bagi manusia hari ini mengingatinya dan menghayatinya untuk berjaya dan mengelak kegagalan.

Umum mengetahui. Perkataan 'bosan' sering kedengaran dalam subjek Sejarah. Saya juga sebegitu pada peringkat permulaan. Tetapi, penghayatan yang datang dari hati. Mengatakan ia penting membentuk jatidiri dan kesungguhan mengamati setiap perkataan dan penceritaan. Teknik pengajaran dari guru yang cemerlang. Kaitan dengan diri dan penginsafan untuk duniawi dan ukharawi. Saya kira. Ia sama sekali tidak wajar dianggap 'bosan' dan tidak penting. Sekurang-kurangnya bagi yang tiada minat secara keseluruhan ilmu itu. Ambil sahajalah pengetahuan tentang 'Sejarah Negara' anda. Di mana-mana dunia. Setiap rakyat dan warganegaranya sudah pasti wajib mengetahui sejarah negaranya sendiri. Itu hakikat yang kecil bagi permintaan yang besar jauhnya.

Biarlah kalau pun tidak mengetahui secara keseluruhan kepentingan ilmu itu. Sepada-padanya anda mengetahui sejarah negara. Ia lebih baik dari tidak mengetahui apa-apa.

Masih ada. Anak-anak Malaysia. Yang tidak tahu tahun kelahiran negaranya, pembentukan Malaysia, siri penjajahan, takwim kemerdekaan, sejarah sultan, rasul dan para anbia. Kosong pengetahuan mereka tentang sirah Muhammad SAW menyebarkan panji-panji Islam, kehebatan tentera Islam, pembentukan Islam di Eropah. Tiada tahu mereka. Asal usul keturunan, bangsa mereka dan latarbelakang 'Melayu'. Di mana ilmunya. dianggap sepi dan disisihkan masyarakat awam.

Bila berbicara soal Merdeka misalnya. Tunggulah bulan Ogos setiap tahun. Itu sahajalah bagi rakyat Malaysia yang tahu ia Bulan Merdeka. Bagaimana diperolehinya. Tidak tahu mereka.

Semoga dengan dasar yang diumumkan oleh KPM ini akan menjadi satu titik permulaan. Langkah serubu bermula dengan tapak yang pertama. Kehadiran kejayaan wajar dijadikan sebagai sebulat suara menyokongnya. Tanpa berdolak-dalik lagi. Ia suatu yang akan menyinari negara kita dengan pengetahuan dan kekayaan ilmu rakyat Malaysia.

Semoga ia menjadi realiti. Sasaran yang kita akan capai adalah mustahak bagi mengringi negara ini menjadi maju. Bukan sahaja penuh dengan keceriaan bangunan, menara pencakar langit, pertubuhan ekonomi yang pesat. Malah lebih dari itu. Kemajuan sesebuah negara juga bergantung kepada pendidikan rakyatnya. Minda kelas pertama sebagai tiang seri mengindahkan negara maju kita nanti.

Semiga kita akan berjaya!

Tuesday, October 26, 2010

Anda dan Saya


Kehendak hati kadang-kadang tidak boleh dipaksa. Soal jiwa dan cinta bukan datang dari mana-mana individu disekeliling kita. Kawan atau lawan. Ibubapa boleh memberi pandangan. Sebagaimana zaman yang penuh dengan ketamadunan dan era moden. Jodoh kadang-kadang ditentukan anak sendiri. Ibu dan ayah merestui kehendak anak. Ia bukan seperti dahulu. Persoalan nikah dan kahwin. Kadang-kadang membuatkan sesebuah keluarga dilanda malang. Derita dan pergolakan. Berbeza sungguh dengan kita hari ini. Menjadi titik kepastian ia hak anak-anak. Ibu dan bapa menurut sahaja.

Baik di mata anak, baik juga dihati ibu.

Menjadi perbalahan kepada saya dan anda hari ini. Perhitungan masa hadapan anda letakkan pada ibu dan keluarga anda pada mulanya membuatkan saya berasa kurang senang. Segala hujah dan fakta saya lontarkan kepada anda sebelum sesuatu keputusan yang berada dipemikiran anda diputuskan. Saya satunkan dengan kata-kata, sindiran dan peribahasa. Ketika itu saya mendesak anda mencongak semula. Jangan berlalu dengan cepat. Kenangkan saya. Jangan rentap kasih sayang saya kepada anda. Puas saya ke kiri dan ke kanan. Jangan campur urusan kita dengan melibatkan keluarga. Samada di pihak saya atau di pihak anda. Mereka berada jauh dari kita. Tidak tahu menahu segala penat lelah yang kita korbankan bersama. Kalau saya berupaya menutup rahsia, mengapa anda pula memilih menjadi mulut tempayan di rumah bonda!

Mungkin ia kesilapan. Kesilapan boleh diubah dengan kemahuan yang jitu. Kehendak yang bersungguh. Bagai begitu. Anda mungkin menjangkakan sebaliknya. Saya pula merancang diluar pemikiran anda. Sungguh bagai dikata. Siapa yang tidak sayang hubungan yang terjalin selama 6 tahun lamanya.

Saya mengenali anda sejak dibangku sekolah. Tatkala itu. Diri anda dan saya tiada apa-apa. Kita tewas diperingkat menengah atas. Menunggu saat kemasukan ke universiti dengan menggunakan talian hayat yang terakhir. Syukur. Kedua-duanya dimenara gading. Saya ke Lembah Klang. Anda ke negara pertama jajahan Portugis. Kita berada di aras yang sama. Kedua-duanya bukan datang dari golongan yang kaya raya. Kita bersederhana. Saya tidak bangga dengan adat yang menekan pengikutnya membuat itu dan ini. Pada pengamatan saya. Cukup sekadar kita mengikut adat yang biasa. Bukan berlebih-lebihan untuk urusan kita. Anda mungkin kurang senang dengan gaya dan perlakuan saya. Percayalah. Tidak rugi pun samada di dunia atau akhirat jika membelakangkan adat yang menyekat kebebasan diri dalam kehidupan. Tulah dan derhaka hanya omongan kosong masyarakat sahaja. Mungkin. Sekarang anda menyedarinya.

Saya mengakui segala kelemahan dan kesilapan diri. Saya menuntut kemaafkan dan merendahkan ego diri mendapatkan cinta saya semula. Janganlah anda membandingkan kata-kata ayah anda. Lelaki jika dia berkehendakkan kita, lautan api pun sanggup direnangnya. Anda letakkan di mana-mana. Memberitahu ramai manusia. Atas keperibadian saya yang tidak ada sebagaimana dambaan ibubapa anda. Sedangkan. Pada pengamatan saya. Andalah yang paling rapat dan mengenali saya. Sejauh mana kesungguhan saya kepada anda. Jangan direntangi lautan api yang sia-sia. Segala pengorbanan saya ke atas anda. Mungkin itu tidak cukup pada anda untuk membandingkan diri saya dengan sesiapa. Perlukah anda membangdingkan lelaki yang anda sayangi dengan mana-mana lelaki yang anda hanya mengetahui tingkahlakunya dari orang lain?.

Saya bukan tidak mahu melawan. Mendapatkan semula apa yang telah hilang dari genggaman. Kalau berkehendak mati pun saya sanggup. Bukan dengan kata-kata. Gerak gempita bunyi suara. Tetapi kosong semata-mata. Saya akan lakukan dengan perbuatan. Kalau saya berkehendakan. Saya selalu menghitung untung dan rugi. Positif dan negatif. Kalau saya berkehenakkan sesuatu. Pasti neraca itu menjadi timbang taranya. Bertempur tanpa tujuan bukan atas sifat kemenangan. Biarlah fokus kita jelas dan terang. Biar pihak sebelah sana juga mempunyai ilitizam yang jitu. Kalau anda negatif. Perlu apa saya positif?. Kalau anda tidak berkehendak, perlu apa saya melawan dengan 'manusia' yang saya anggap bukan lawan yang sebenar. Saya tidak bermusuh dengan 'mereka'. 'Mereka' manusia yang sama seperti saya. Tiada rasa hati berkehendakkan mereka dalam hidup saya. Hidup mati bukan lagi kepentingan selepas ini.

Saya menyebut berkali-kali. Ulangan saya kepada anda. Saya bukan lelaki sebagaimana anda dan keluraga anda inginkan. Kesungguhan saya bukan pada kata-kata. Saya bekerja keras. Menghitung gaji dan tempat mencari rezeki. Bermula di ladang hinggalah ke hari ini. Saya tidak ada rezab tunai untuk berkunjung membawa rombongan meminang dengan gaya yang anda inginkan. Saya kurang berbicara soal kahwin. Segala perancangan saya hitungkan dengan diri saya sendiri. Kadang-kadang saya bertanya rakan. Kadang-kadang bertanya emak untuk mengetahuinya. Saya tidak menyebut dan berangan-angan. Saya tidak timbulkan di mana-mana. Sebagai lelaki. Saya letakkan tanda aras peribadi. Bukan untuk anda atau ibu dan keluarga anda. Untuk saya sebagai lelaki. Sebagai suami dan ayah. Pemimpin keluarga. Saya bukan semborono. Jangan timbulkan tentang sebutan kesungguhan. Takkan sepanjang 6 tahun hanya untuk bersuka ria!. Bagaimana dengan masa-masa saya yang berlalu pergi kerana berkehendakkan anda yang amat sangat?

Saya bersuara lantang. Suara meninggi tetapi hati tidak.

Pada akhirnya. Saya bertekadkan diri. Mengenang kembali. Ia bukan salah anda. Saya tidak membenci diri anda kerana saya meletakkan anda sebagai sasaran penamat keputusan. Saya menghitunh pada masa hadapan. Ukuran diri untuk meletakkan diri saya dalam keluarga anda. Saya tidak bersedia menjadikannya realiti. Biarlah sebutan anda kepada saya menjadi senjata untuk saya menanamkan 'rasa dendam' kepada dua manusia. Yang saya kira sebenarnya tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan oleh saya. Mereka sama sahaja. Bahkan di akhirat kelak, saya menuntut kepada 'mereka' apa yang 'mereka' ambil dan beri. Sebagaimana posting saya sebelum ini. Menghitung hari-hari terakhir.

'Mereka' terlalu banyak berbicara. Bersuara tentang ketidakfahaman mereka sendiri. Atas persepsi semata-mata. Malu hendak mengaku pernah termakan budi dari mana-mana. Saya mulakan dengan ungkapan maaf. Mengaku kesilapan diri. Saya juga manusia. Tetapi. Untuk masa hadapan. Saya kira jalan saya dan anda sudah berbeza sama sekali.

Mungkin. Ketika saya menunjukkan sikap saya yang diam membisu membuatkan anda mengambil kesempatan mengucapkan sesuatu yang diluar jangkaan. Hati manusia. Bukan benda. Saya mendiamkan diri. Menghantar 'mesej-mesej' kepada Allah swt pada tiap-tiap kali saya sujud kepadaNya. Saya tidak meminta apa-apa. Kecuali yang baik-baik sahaja untuk anda dan saya. Bahkan saya mendoakan agar yang baik dan diberkati itu kepada anda sahaja.

Diakhirnya. Saya melihat bulan dan bintang. Berdiri megah tanpa ada sebarang ikatan tali dan tiang. Meletakkan bulan itu berdiri dengan sendirinya tanpa perlu bantuan dari mana-mana.

Bolehkan saya begitu?

Tidak perlu lagi mengenang apa yang perlu saya lakukan pada anda dan apa yang perlu anda lakukan kepada saya. Biarkan diri berdikari. Susah dan senang sendiri.

Saya menitiskan airmata. Mengenang hari-hari susah kita bersama. Saya dan anda mengetahuinya apabila saat perut berbunyi kelaparan. Kesujukan dalam hujan. Berjalan kaki dan menghambat bas tiada berkereta.

Adakah saya perlu hadapi ke semua itu keseorangan. Bagaimana dengan anda kemudian nanti. Fikirkan anda tatkala menyebut perkataan 'tawar hati' kepada saya dan emak saya. Bukankah ibu tua saya memujuk anda memikirkan semula buat kali kedua?. Mengapa anda merentap 'kasih' si ibu tua itu kepada anda ketika itu.

Saya fikir. Jika anda begitu. Saya juga boleh menjadi sebaliknya. Kadang-kadang sesuatu perkara yang kita fikirkan secara sendiri tidak menjadi realiti. Nasihat teman-teman kadang-kadang lebih buruk dari syaitan. Ibubapa bersuara menggunakan akal mereka semata-mata. Sedangkan 'roh' cinta ada ditangan anda. Bukan mereka.

Saya berkehadapan meninggalkan semua itu. Saya bersedia menghadapi hari-hari depan berkeseorangan. Saya sudah tidak mahu lagi dipalit dengan kehinaaan, maki hamun, dendam, iri hati, kesombongan diri, menginggi diri dan kejahatan peribadi. Saya ke depan dengan asas yang kukuh. Bukan nafsu semata-mata.

Anda mungkin tidak akan memahaminya secara keseluruhan pada hari ini. Kerana pada pengamatan anda. Saya kan terkulai dan lemah dengan sendirinya. Kesilapan meninggikan ego dan mengambil kesempatan. Membina kekuatan pada si lawan. Keyakinan diri akan terserlah dengan sendirinya. Sekelilingan anda. Harta dan kekayaan. Wang ringgit bukan penghitung kebahagiaan dan kegembiraan. Jangan berbicara terlalu banyak tentang wang hantaran dan cincin emas kegemaran diri. Tas tangan dan perihal peribadi. Bukanlah itu bukti untuk kesungguhan menjadikan seseorang sebagai suami dan isteri.

Saya lakukan ini semua untuk tidak mahu meletakkan anda dalam dilema. Saya sebutkan perkara ini berulang-ulang kalinya. Saya bukan lelaki yang akan memberi pilihan tentang kehendak diri dan kelurga. Bodohlah lelaki yang membuat pilihan dirinya sendiri dengan keluarga si perempuan. Saya letakkan anda pilihan keluarga sebagai kemudahan diri anda sendiri. Menjadi anak yang tidak derhaka pada suatu masa nanti. Mungkin hari ini kita menangis mengenang semua itu. Tetapi percayalah. Kebaikan kemudian hari untuk anda dan saya. Saya mengelak menjadi konflik di masa tua. Saya mahu selesa dan senang di masa tua saya.

Saya meletakkan diri saya dipihak yang rugi. Saya meletakkan masa hadapan saya pada sesuatu yang saya tidak tahu apa akan berlaku.

Kepastian diri saya jadikan dorongan. Ke depan dan tersu ke depan. Jangan menoleh lagi. Jangan mengenang kepada 'mereka' yang tidak sudi. Siapa 'mereka' hendak tentukan itu dan ini kepada saya yang berada di luar dari sekeliling selepas ini.

Anda mungkin merasai kecewa. Berada dalam kesedihan dan gundah gelana. Saya mengenali anda. Terlalu dekat dengan anda. Di masa-masa inilah anda akan mengingati saya lebih dari hari biasa. Anda akan berasa keseorangan dan tiada berteman. Anda akan kenangkan wajah-wajah dan senyuman saya kepada anda. Suara saya. Diri saya secara keseluruhan. Anda akan runsing dan terus memikirkan. Itu dan ini. Hati anda meronta-ronta mahukan jawapan segera. Tidak puas sebagaimana biasa. Anda merasai saat-saat itu.....

Sebagaimana saya merasainya ketika anda ke universiti. Ketika anda menyebut berulang-ulang kali anda sudah tawar hati.

Saya sudah merasainya.

Cukuplah kali ini. Saya tidak mahu menangis lagi. Berbicara soal hati. Saya mahu menyendiri.

Kalaupun satu hari nanti. Saya akan menyesal diri.

Belanjawan 2011


Saya kira belum terlambat untuk membuat beberapa ulasan berkenaan dengan Belanjawan Negara yang baru sahaja dibentangkan YAB PM pada 15 Oktober yang lalu. Belanjawan setebal 45 muka surat itu dibentangkan pada jam 3 petang di Parlimen. Yang mana pada waktu tersebut bursa saham negara ditutup bagi pembentangan belanjawan.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa belanjawan kali ini merupakan belanjawan yang paling besar dalam tempoh 12 tahun yang lalu dengan nilai RM213.9 billion. Apa yang ganjil adalah nilai yang diperuntukan bagi pembangunan hanya sebanyak RM23.9 billion manakala kos operasi pula sebanyak RM76.1 billion.

Persepsi awal terhadap Belanjawan 2011 menampakkan sesuatu yang bergerak secara sendirinya ke arah Pilihanraya Umum yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Walaupun dinafikan UMNO dan BN. Tetapi persepsi itu jelas wujud dengan 'gula-gula' yang diumumkan. Kehendak kita mengatasi segala-galanya. Proksi Rosmah Mansor juga kelihatan jelas ketara kali ini. Sepangjang pembentangan belanjawan itu. Rakyat bawahan sama sekali tidak memperoleh apa-apa. Bukannya tidak ada. Tetapi nafsu 'memboros' dalam belanjawan kali ini muncul lagi dengan projek mega yang mahu di bina.

Pembinaan Menara Warisan yang dianggarkan RM5 billion bertingkatkan 100 akan di bina Najib Razak sebagai mercu tanda pemerintahannya dalam pembentangan belanjawan kali ini. Ia akan di bina di Kuala Lumpur. Projek ini akan diusahakan oleh PNB sebagai pelabur utama projek berkenaan. Dalam laman sosial facebook, sudah ada pasukan yang menentang pembinaan 100 storey Mega Tower berkenaan. Tahniah. Ini mesej kepada kerajaan agak menimbang semula idea berkenaan. PNB bukan hak mutlak mana-mana. Di mana dana dan pelaburannya datang dari masyarakat awam. Walaupun PNB menegaskan ia sama sekali tidak menggunakan wang pelaburan rakyat tetapi jaminan tersebut sama sekali tidak mutlak. Sebagaimana negara pernah dikejutkan dengan kehilangan wang PPRT, KWSP, Tabung Haji, Felda dan lain-lain GLC.

Ini adalah 'taktik' lama. Menggunakan alasan pembinaan projek untuk membina kekayaan peribadi golongan elit tertentu. Saya tidak menuduh. Tetapi persepsi awal itu wujud dalam pemikiran kita.

Apakah pembinaan Menara Warisan ini suatu keperluan yang amat sangat pada masa sekarang?. Bukankah kerajaan sendiri melaungkan kempen berjimat cermat kepada rakyat tentang kesempitan wang amat sangat. Dalam keadaan subsidi minyak ditarik, harga barang yang melambung tinggi, kenaikan harga insurans, tol dan kadar gaji minumum yang belum selesai. Kerajaan dengan mengah mengumumkan mahu membina 'bangunan' semata-mata. Apa perlu menara ini kepada pemandu teksi, penjual ikan, penjaja kecil dan sederhana, tukang jahit, pemandu bas dan lori?. Bukankah taraf hidup mereka sedang dihimpit kesusahan dalam talian ekonomi kapitalis ciptaan kerajaan melalui penswastaan dan dasar ekonomi yang berat sebelah?

Anda tahu. Melalui tender terbuka, kos pembinaan sesebuah politeknik adalah bernilai RM100 juta manakala kos untuk membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kira-kira RM35 juta. Hal ini bermakna, dengan nilai RM5 billion yang anggarkan untuk membuat 'Menara 1oo tingkat' Najib-Rosmah boleh membina 50 politeknik dan kira-kira 142 MRSM!.

Untuk siapa sebenarnya Menara Warisan ini?. Untuk menarik peabur saya kira, pembersihan amalan kerajaan dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa wajar disemak semula. Tanda aras FDI begitu buruk sama sekali. Alasan pelabur adalah amalan rasuah dan campurtangan dalam instusi kehakiman. Bukan tiada bangunan!

Perkara kedua yang menarik perhatian kita ialah pengecualian terhadap cukai imprt terdap 300 jenis barangan pakai seperti baju dalam, seluar dalam, pakaian tidur, kasut, pewarna rambut, tas tangan dan lain-lain. Kesemua jenis barangan ini adalah import dan mewah. Dengan mengecualikan cukai import, akan membenarkan barangan tersebut murah harganya dan boleh dibeli sesiapa sahaja. Bahkan, ia akan membuatkan Malaysia dikenali sebagai syurga membeli belah dikalngan pelancong asing.

Siapa yang boleh membeli tas tangan yang bernilai RM300-RM500?. Baju dalam yang mahal harganya?. Seluar dalam berjenama import yang boleh dibeli digedung-gedung mewah dalam negara?. Untungnya kepada rakyat jelata atan pelancong?. Kalau untungnya pada pelancong, maka ia meningkatkan kadar pengaliran wang masuk ke negara kita. Namun, terfikirkah kita dengan 'hak membeli' rakyat bawahan terhadap semua keperluan tersebut. Mungkin bagi Rosmah Mansor ia suatu yang menggembirakan apabila barang-barang keperluan dan kesukannya tiada lagi dikenakan cukai. Dengan duit siapa dia membeli dan bermewah-mewah?. Apa untung masyarakat luar bandar apabila baju dalam dan seluar dalam import dikecualikan cukai import?. Mereka ini. Kadang-kadang pergi ke kebun, sawah, menoreh getah, menangkap ikan pun tidak memakai seluar dalam!

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dalam belanjawan kali ini yang meningkat elaun JKKK, imam, ketua kampung, ketua orang asli dan guru KAFA. Semoga kenaikkan elaun ke atas mereka ini akan terus meningkat. Meraka adalah rakyat diperingkat bawahan yang bertungkus lumus bekerja seharian. Juga ke atas pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500 dari Gred 54 ke bawah. Jazzakallah kasirun!

Kakitangan perkhidmatan pendidikan siswazah (Guru) mendesak kerajaan meningkatkan sistem gred kepada mereka. Perlu diadakan penyemakan semula kenaikkan gred guru dan penstrukturan semula 'time based' kepada guru-guru. Perjumpaan Najib dengan 14,000 guru-guru disebut di dalan Utusan Malaysia lebih kepada isu bonus. Ia sama sekali tidak tepat. Guru tidak menuntut bonus sebulan gaji sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia. Alasan Najib pemberian bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam akan menelan belanja RM1.3 billion. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu berjimat cermat dengan perbelanjaan. Maka sebab itulah bonus hanya diberikan sebanyak RM500 sahaja. Sedangkan, tuntutan guru-guru adalah berkaitan kenaikan gred mereka. Tempoh 8-10 tahun dari Gred DG41-DG44 adalah suatu tempoh yang terlalu lama. Ini berbeza dengan gred pensyarah yang begitu cepat sekali kenaikan mereka. Begitu juga dengan kakitangan pengurusan dan penguatkuasaan. Bagaimana dengan pendidik?. Bukankah kami semua yang melahirkan anda sebagai doktor, jurutera, polis, pegawai, Menteri dan Perdana Menteri!.

Congak semula.

Belanjawan juga turut mengurniakan RM100 juta kepada Program Permata anjuran isteri PM sebagai program perintis kanak-kanak. Dengan begitu mudah. Perbelanjaan kepada Program setahun jagung itu begitu ketara sekali. Bagaimana dengan keberkesanan program berkenaan. Adakah ia mengurangkan kadar kelahiran anak luar nikah dalam negara kita. Kalau bukan kerana faktor itu. Apa kata digunakan RM100 juta itu untuk pembangunan keagamaan semua kaum?. Bukankah apa yang dinyatakan oleh Shahrizat Jalil berkenaan dengan zina dan anak luar nikah suatu yang membimbangkan hari ini dalam negara kita?.

Terakhir sekali. Saya mahu kita sedarkan diri dengan tuntutan gaji minimum kepada rakyat negara kita yang masih berada dalam paras kemiskinan. Garis kemiskinan negara pada hari ini adalah RM720. Dan rakyat dalam negara ini yang bekerja terutama dalam sektor swasta masih ramai yang menerima gaji di bawah paras kemiskinan tersebut. Tuntutan CUEPACS kepada kerajaan dalam hal ini adalah jelas merupakan tuntuan yang mendesak kerajaan menggubal Akta Gaji Minimum kepada rakyat dalam negara. Contoh jelas, dalam belanjawan 2011, kenaikkan gaji posmen dan pegawai keselamatan.

Kononnya Belanjawan kali ini memberi pengiktirafan kepada posmen dan pegawai keselamantan(sebut pak guard). Selepas ditanya posmen yang menghantar surat setiap hari ke rumah, rupa-rupanya gaji pokok seorang posmen selama ini adalah sebanyak RM610.00 dan hanya dinaikkan sehingga RM710 sebulan. Sukar juga apabila cuba memahami logik di sebalik meletakkan gaji pokok minimum pegawai sekuriti yang ditetapkan antara RM500 hingga RM700 sebulan, mengikut pemerhatian dan pengetahuan kita, gaji minima pegawai sekuriti sememangnya di sekitar RM700 sebulan.

Mengikut Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Barangkali posmen dengan pendapatan RM700.00 sebulan itu adalah kayu ukur kepada apa yang dimaksudkan dengan negara berpendapatan tinggi.

Sama ada pendapatan sebanyak RM700.00 memadai untuk kadar tol yang sedia ada, harga petrol yang dinaikkan secara diam-diam, harga gula, kopi, teh, susu, dan sebagainya, itu cubalah kita serahkan kepada pengguna sendiri untuk dinilai. Kajian Bank Dunia mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6% setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu. Kita juga yakin Menteri Sumber Manusuia S. Subramaniam mengetahui hal ini, mungkin beliau gagal meyakinkan penasihat fesyen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang segak berbaju Melayu berwarna merah jambu ketika membaca Belanjawan 2011.

Kehendak rakyat jelata. Terutama diperingkat bawahan masih lagi kurang mendapat perhatian kerajaan. Kita bersetuju dengan kemelesetan ekonomi dunia dan kantung kerajaan yang semakin menipis dalam perbelanjaan. Namun, apakah kita yang perlu disalahkan dengan permasalahan tersebut dengan melihat pemimpin-pemimpin kerajaan bebas berbelanja dengan laba yang tinggi?

Bukankah kita wajar dilihat penting pada setiap masa.

Wednesday, October 13, 2010

Bersediakah Kita?

Keghairahan mencari kebenaran kadang-kadang mengundang rasa sakit yang terlalu mendalam. Berdendam ke atas manusia sesama manusia menjadi punca kadang-kadang kita tidak boleh bersama. Rasa sayu di hati. Hanya Tuhan yang mengetahui. Rasa dendam terpendam, hanya bisikan syaitan membantu supaya tidak menyerang.

Saat-saat itu. Kadang-kadang sesuatu keputusan akan dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengkut akal. Sebagaimana, ratu kosmetik yang dibunuh. Atas sifat dendam, tamak dan kebencian. Ada kekasih yang ditikam, ada isteri yang dicurah asid, ada guru yang memukul pelajar. Dendam di hati akan diletupkan apabila tiba masa yang tiada siapa mengetahuinya.

Kerakusan nafsu mengeluarkan kata-kata yang terbiasa boleh membuatkan orang yang mendengarnya berasa dukacita. Lain di mulut, lain di hati. Tiada siapa tahu. Berkata itu dan ini. Kepada sesiapa yang dikehendaki. Mujur kaki tidak ke muka. Mujur juga orang sebegitu tidak berada di bawah meja.

Jangan diikutkan hati itu. Ia akan terus merah menyala. Berdendam dengan tindak tanduk manusia yang tidak disukainya. Dari mata turun ke hati. Apa guna mata yang menjengkelkan. Bukankah ia menggambarkan keseluruhan. Bersastera dengan pena, berhujah dengan fakta.

Jangan disebut kepandaian diri. Bukankah Saidina Umar al-Khattab pernah memberikan nasihat. "Orang yang mengaku dirinya pandai, itu tanda dirinya bodoh, orang yang mengaku dirinya masuk syurga, itu tanda dia akan masuk neraka!".

Pesanan buat umat manusia. Termasuk mereka dan saya. Anda dan anda.

Kemaslahatan umat lain. Jarang dapat diselesaikan umat yang terkemudian atau terdahulu. Permasalahn zaman Rasululllah, kadang-kadang menjadi benak kepada umat hari ini untuk dilihat sebagai jalan penyelesaian.

Berguru biar dengan manusia. Bukan iblis. Beramal dengan ilmunya. Berpengatahuan dengan tindak-tanduk. Beradab dengan yang tua. Berkasih dengan yang muda.

Hari ini. Mungkin bukan hari kita. Mana tahu rezeki mendatang hak kita. Bukan semua urusan yang tidak kita persetujui adalah benar dan betul belaka. Boleh jadi tersilap keris menghunus, menikam diri sendiri. Bukan juga semua yang kita benci, adalah kepuasan diri. Boleh jadi ia sesuatu yang baik. Hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Ada neraca, Timbang taranya. Yang benar tetap benar, yang batil akan terus batil.

Lawanlah sehingga ke akhir hayat. Tentanglah dengan kekuatan. Tabur terus titik hitam. Persetankan mereka yang jahil. Bermusuhlah dengan mereka yang batil.

Taat dan patuh arahan hati. Ikut lurus perintah akal. Tetapkan diri bersiap menghadapi perang yang maha jahat ciptaan manusia. Jangan undur.

Jangan beri mereka sesuatu. Jangan beri kepada mereka yang tidak perlu. Bencikan mereka seluruh hidupmu. Bencikan mereka sehingga ke liang lahad.

Apabila tiba Malaikat Maut. Beri jawapanmu dengan tenang. Bersedia menghadapi mati yang maha azab.

Tiap-tiapa barang yang hidup pasti akan menemui mati. Tunggu aku di sana. Berbicara dihadapan Tuhan. Tentang apa yang aku dan anda lakukan. Satu per satu. Tiada tertinggal. Sebesar zarah pun akan diungkapkan.

Perselihahan akal dan hati. Bertindak di luar batasan. Melampui batas-batas manusia yang pernah kita bersama. Supaya kita iringi dengan helai tawa dan tangisan. Susah dan senang. Jauh dan dekat.

Bersediakah hati?

Tuesday, October 12, 2010

Selamat Hari Lahir


Hari ini adalah hari yang sangat istimewa. Hari ini adalah Hari Lahir kepada kawan, sahabat dan teman baik yang pernah saya ada. Beliau sudah menjangkaui umur 25 tahun pada tarikh hari ini. Sungguhpun ianya sangat istimewa kepada dirinya dan keluarganya. Saya juga menumpang gembira atas kurniaan Illahi yang memanjangkan usia dan umurnya.

Atas persahabatan yang tiada terbatas. Perkongsian suka dan duka, sedih dan gembira selama ini membuatkan saya sayu sekali mengenangkan detik-detik manis yang tiada dapat dibandingkan dengan kata-kata. Perhubungan kami selama ini menjadi bukti bahawa sesebuah hubungan itu adalah terjalin kerana diri. Bukan keluarga.

Saya tulus mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Norfahimah bt. Mohd. Yusof. Kepadanya saya berdoa agar dimurahkan rezeki, panjang umur, diberkati perjalanan hidupnya dan dikurniakan limpah rahmat dari Yang Maha Esa. Juga, saya mendoakan beliau berjaya sebagai wanita yang dahagakan kejayaan dan memperoleh kebahagiaan yang diidamkan oleh keluarganya.

Pemahaman saya. Tiada lagi ke atas apa-apa. Saya tunduk atas permintaan beberapa individu di pihak keluarganya. Sata patuh kepada dirinya. Kadang-kadang, akibat terlalu sayang pada seseorang membuatkan diri anda perlu menjadi lebih matang. Saya berdoa beliau tabah dan matang menghadapi saat-saat yang tidak terduga di fikiran. Semoga cita-cita dirinya menjadi pemangkin kekuatan diri secara sendiri.

Masa telah berubah. Keadaan tidak seperti dulu. Kita perlu berhadapan dengan semua ini.

Selamat Hari Lahir awak!

Monday, October 11, 2010

Galas: Bukan Kayu Pengukur


Pilihanraya DUN Galas akan berlangsung pada 4 November ini. Bermakna. Penduduk dalam kawasan tersebut akan membuang undi sekali lagi dalam Pilihanraya Kecil 2010 selepas membuatnya pada pilihanraya umum yang lalu. Dalam pilihanraya umum tersebut, calon PAS Che Hashim Sulaima telah berjaya menewaskan calon BN dari UMNO dengan majoriti yang agak tipis. Namun, kemenangan tersebut dianggap manis kerana ia merupakan kubu kuat UMNO apatah lagi berada di bawah Parlimen Gua Musang.

Gua Musang adalah faktor penentu yang menarik. Maka, tidak menjadi kehairanan mana-mana pihak, baik PAS dan UMNO berebut-rebut menggunakan faktor Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tengku Razaligh Hamzah. Ahli Parlimen veteran itu dianggap faktor penarik undi kepada pilihanraya kecil kali ini.

UMNO dengan pantas menggunakan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas. Ia sesuatu yang menarik sekali apabila Ku Li diberi tanggungjawab sebagai pengarah. Sebelum ini, Ku Li bolehlah dianggap sebagai ahli yang terpinggir dalam agenda UMNO. Di tambah pula dengan penglibatan Ku Li yang menyebelahi Kerajaan Kelantan dalam isu tuntutan Royalti Minyak di sana. UMNO tidak menyembunyikan rasa kurang senang tersebut.

Saya melihat Ku Li sebagai Ahli Parlimen yang konsisten. Beliau bertindak atas prinsip demokerasi. Menjangkaui batas-batas parti dalam isu tuntutan royalti minyak. Begitulah politik yang berasas dan berprinsip. Berdiri atas kebenaran. Bertindak atas kewajaran. Bukan perkauman dan adu domba. Semangat perkauman yang sempit. Beliau tidak menyokong PAS. Tetapi menyokong urusan Kerajaan Negeri Kelantan menuntut hak dalam perlembagaan. Sampas masa yang diperlukan, beliau mengakui keahliannya sebagai ahli UMNO. Bertindak pula menjadi Pengarah Pilihanraya bagi pihak UMNO.

PAS pula janganlah perasan dengan tindakan Ku LI. Beliau tidak memberi sokongan pada PAS. Kegigijan Ku Li hanyalah berkaitan 'isu perlembagaaan' dan tuntutan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Kelantan. Beberapa pemimpin PAS yang memberi pandangan berkaitan pemilihan Ku Li dianggap seolah-olah Ku Li bukan ahli UMNO. Ku Li tetap ahli, pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO. Beliau berkiblatkan UMNO. Tetap kepada UMNO. Apatah lagi Ku Li juga seperti Ibrahim Ali. Melompat ke sana dan ke sini. Cumanya dalam hal royalti. Saya memandang beliau konsisten dan bertepatan menyokong Kerajaan Negeri Kelantan.

Keghairahan UMNO ada haknya. Pengaruh Ku Li tidak dapat dinafikan di Galas nanti. Keputusan pilihanraya umum wajar dianalisis PAS. PAS kalah di kedua-dua DUN di bawah Parlimen Gua Musang. Cuma menang di Galas. Itu pun dengan majoriti yang rendah. Pengaruh Ku Li dan semangat 'Melayu' ada di sana. Tentulah 'isu-isu Kemelayuan' akan dipalu UMNO di Galas. Isu nasional seperti tuntutan royalti minyak belum pasti menjadi faktor penarik kemenangan sebagaimana di Manek Urai. Galas kawasan yang agak membangun dalam Parlimen Gua Musang. Orang Asal juga ada hampir 2000 sebagai pengundi di sana. Entah apa nanti janji yang akan ditabur UMNO kepada penduduk Orang Asal itu.

Saya lebih suka PAS bersifat sederhana. Mendampingi pengundi terutama kaum Melayu. Rekod dan statistik beberapa pilihanraya kecil menyaksikan PAS gagal menarik pengundi Melayu. Entah mengapa. UMNO masih lagi dilihat talian hayat kepada pengundi Melayu. Terutama masyarakat luar bandar, pendalaman dan Felda. Itu kekuatan UMNO. Meraih simpati dikalangan mereka yang dihimpit kemiskinan. Menabur janji kepada mereka yang tersepit dengan arus perdana. Sebab itulah kekuatan UMNO ada di sana.

PAS kalah pun tidak mengapa. Ia tidak dapat sama sekali menganggu keutuhan dan majoriti 2/3 PAS dalam DUN Kelantan. Cumanya, ia dilihat lebih kepada aspek moral kepada kedua-dua parti bertanding. Begitu juga UMNO. Kalau menang. Nantikanlah keriuhan TV3 dan Utusan Malaysia. Itu sahaja. Habis berjuta pun ia tidak membawa apa-apa kesan kepada PAS di Kelantan. Cuma lebih bersorak dan bergembira.

Mesej?.

Adalah nanti. Pastilah Utusan Malaysia akan memikirkan tajuk-tajuk yang akan memberikan kredit kepada UMNO. Muka hadapan 7 hari 7 malam.

Maknanya.

Galas bukan kayu ukur kekuatan PAS dan UMNO.

Ia lebih dilihat pesta demokerasi negara kita.

Sunday, October 10, 2010

UPSR dan PMR

Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan bahawa PMR tidak akan berfungsi lagi sebagai sebuah peperiksaan yang menilai para pelajar dari menengah rendah. Selepas isu ini disebut oleh Menteri Pelajaran beberapa bulan yang lalu, berlakunya persidangan meja bulat September lalu bagi memperhalusi cadangan memanusuhkan PMR dan UPSR. Keputusan yang dibuat, PMR akan dimansuhkan pada tahun 2016. Manakala UPSR akan diteruskan dengan penambahbaikan akan dibuat ke atasnya.

Saya secara langsung bersetuju dengan keputusan yang diputuskan kabinet. Bertambah-tambah, kerajaan juga buat pertama kalinya tidak lagi bertindak secara tergesa-gesa dalam membuat keputusan. Hal ini kerana, dasar PPSMI mungkin memberi banyak pengajaran kepada kerajaan dan negara. Dalam hal pendidikan ke atas masyarakat sesebuah negara bangsa. Ia tidak boleh secara mudah ditukar ke sana dan ke sini. Ia bukan seperti mendandan rambut. Sekejap hendak lurus, sekejap hendak kerinting. Esosk-esok hendak warna pula!

Ia tidak boleh begitu. Dasar pendidikan negara mestilah konsisten dan menepati suasana dan masa.

Kerajaan sebelum ini berjaya menjayakan persidangan meja bulat dengan pendidik. Mereka berbincang dan memperhalusi. Inilah nilai musyawarah yang jitu. Mencari keputusan dikalangan cerdik pandai. Bukan berbincang dengan mereka yang bebal. Mengaku bijak dihadapan orang ramai.

Pendidikan negara kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Ia kadang-kadang dilihat terlalu memetingkan keputusan peperiksaan berbanding keupayaan pelajar-pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan mereka. Kita terlalu fokus kepada berapa 'A' yang perlu diperolehi. Menekankan yang hebat dalam peperiksaan antara yang bijak dan pandai. Yang tercorot bodoh tiada tandingan. Di sekolah-sekolah tertentu. Diadakan pula sistem yang mengasingkan pelajar pandai dan kurang pandai. Sehingga begitu sekali.

Guru terus menekankan aspek silibus dan latihan yang berasaskan peperiksaan. Bayangkan. Sekiranya anda berada di sekolah sains atau berasrama penuh kadang-kadang perlu menghadapi 8 peperiksaan setiap setahun pengajian. Belum lagi dicampur PMR dan SPM. Pelbagai ujian perlu mereka hadapi. Manakan tidak mereka terus dengan buku dan nota. Hendak tendang bola pun mereka tak reti!

Saya tidak kata peperiksaan itu tiada kepentingan. Tetapi pada pendapat saya. Ia mesti diseimbangkan antara fungsi subjek dan keupayaan pelajar dalam bidang bukan akademik. Buka seluasnya peluang pelajar dalam kesenian, kreativiti, komunikasi, bakat dan kebolehan mereka bersosial dengan masyarakat. Dedahkan kepada mereka tentang isu-isu semasa, bincangkan hal dalaman negara, perpaduan, kesepakatan, agama dan toleransi. Perbanyakkan pertandingan dan perlawanan antara mereka. Pidato, debat, pantun, sajak, lakonan, nyanyian dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Juga persaingan dalam pertandingan berorientasikan agama dan budaya. Biarkan pihak sekolah menentukan bagaimana programnya.

Hari ini. Kita bukan tiada itu semua. Cuma kekangan masa dan ruang yang disediakan terlalu terhad untuk guru dan pelajar. Apabila pelajar dibebani dengan ujian dan peperiksaan. Keputusan yang cemerlang membuatkan mereka terasa tidak perlu melibatkan diri dengan aktiviti. Kebimbangan mereka kepada keputusan peperiksaan membataskan segala-galanya. Maka mereka selesa dengan bercermin mata, duduk di bawah meja memegang nota.

Bagaimana dengan suasana itu?

Bolehkan kita semua berhadapan dengannya. Atau kita perlukan anjakan paradigma secara bersama.

Ia boleh dimulakan hari ini.

Tuesday, October 5, 2010

Beranikah UMNO?


Kit Siang dares Muhyiddin to give back ‘gambling money’

KUALA LUMPUR, Oct 5 — Lim Kit Siang challenged Tan Sri Muhyiddin Yassin today to return his salaries and allowances earned as a federal minister since the deputy prime minister had declared that Muslims did not want to be associated with gambling money.

The DAP man said the DPM should return the money because part of government revenue was sourced from gaming taxes.

Muhyiddin’s comment came after Umno’s Youth’s allegations that the DAP Penang state government had funded its poverty eradication programmes from a “forbidden source”.

“In line with Muhyiddin’s declaration that Muslims do not want to be associated with money from ‘a forbidden source’, the deputy prime minister should set an example and declare that he will not only return his salary and allowances to Treasury, but will return all his salaries and allowances as Federal Minister for the past 15 years since 1995.

“Muhyiddin’s past Cabinet portfolios were Minister of Youth and Sports (1995 1999), Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs (1999–2004), Minister of Agriculture (2004–2008) and Minister of International Trade and Industry (2008 2009) before becoming deputy prime minister and education minister in April 2009,” said the DAP veteran in a press statement.

Lim pointed out that in June, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had told Parliament that all government taxation and revenue was credited into a consolidated fund.

“At this time, revenue from gambling activities are categorised as government revenue. Based on Article 97 of the Federal Constitution and Financial Procedure Act 1957 (revised in 1972) all taxation or revenue received by the federal government will be credited into the Consolidated Fund.

“The Consolidated Fund comprises three main accounts, the Consolidated Account, the Consolidated Trust Account and the Consolidated Loans Account.

“All revenue from payment of taxes are put into the Consolidated Account like all other government revenue and is used for purposes of management spending and national development,” said Najib.

Lim stressed that Muhyiddin must be consistent and return his earnings because part of the government’s budget used for salaries and allowances are sourced from gambling revenue.

“As Muhyiddin said that Muslims do not want to be associated with money from ‘a forbidden source’, and part of the expenditure for national management and development including paying the salaries and allowances of Cabinet Ministers is sourced from gambling revenue, the Deputy Prime Minister must be consistent and return all his salaries and allowances as Cabinet Minister going back to 15 years to the Treasury,” he said.

Lim added that the deputy finance minister Senator Awang Adek had also disclosed in Parliament that the government had collected RM2.3 billion in gambling tax last year.

Lim said that Muhyiddin must instead act responsibly and advise Penang Umno from engaging in “political desperado” tactics.

“It is most unfortunate that instead of advising Penang Umno not to resort to irresponsible politicking, as falsely accusing the Penang government of using gambling money to pay RM100 annually to senior citizens in the state aged above 60 years, Muhyiddin acted in a most irresponsible manner in aiding and abetting Penang Umno’s ‘political desperado’ tactics,” he said.

Umno Youth had urged the Penang government to clarify a blogger’s accusation that it had been using funds from gambling sources to make compassionate payments to senior citizens.

Its information chief Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican asked Lim to explain the claim made in the blog Pisau.net, which alleged that the annual payments of RM100 to senior citizens and RM1,000 to their beneficiaries were being funded through gaming revenue.

Reezal also claimed the rumours had caused discomfort among some of the recipients of the money, especially those who were Muslims.

Malaysian Insider