Thursday, August 5, 2010

Doa orang baik, Doa orang jahat

Doa adalah senjata umat Islam. Mana-mana pihak yang mengakui keislamannya tidak terkecuali untuk berdoa mengenai apa-apa sahaja. Yang baik diminta, yang buruk juga dipohon untuk dielakkannya. Sepanjang masa. Menunaikan solat fardhu juga kita diminta berdoa bagi setiap kali pergerakan solat. Bacaan witir itu juga doa bagi yang memahaminya. Demikian juga selesai bersolat. Kita berdoa lagi bagi memohon keberkatan solat dan keredhaan dari Allah SWT.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa memohon membuka pintu hati YAB PM supaya tidak tertutup pintu hatinya bagi menyerahkan royalti minyak ke Kelantan. UMNO dan Perkasa antara dua badan organisasi yang mengecam tindakan tersebut. Mereka mendakwa. Nik Aziz mendoakan keburukan kepada PM atas doa tersebut. Nas mereka tiada doa untuk keburukan orang lain. Walhal, semua pihak memahaminya. Doa untuk menghalang orang tertentu membuat kejahatan ke atas kita sentiasa dialu-alukan. Doa supaya tidak dianiya juga diredhai Allah SWT.

Perkataan 'jika' diletakkan sebagai kata kunci kepada doa. Umpamanya, kita berdoa, "Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau peliharalah maruah keluargaku dari kejahatan sihir dan dengki, jika ada yang bernait buruk ke atas keluargaku, Kau hancurkanlah niat itu". Perkataan 'jika' diletakkan bagi 'menggerunkan' orang itu atau orang ini yang berniat jahat ke atas kita. Kalau orang itu atau orang ini tiada niat apa-apa yang buruk ke atas kita. Maka tiada perlulah dia takut akan ditimpa akan azab doa tersebut.

Dalam sirah-sirah Nabi. Terdapat pelbagai doa bagi menyelamatkan umat Islam dan doa menghancurkan kejahatan seseorang. 'Jika' dia itu begitu maka kau timpakanlah azab kepadanya. 'Jika' dia buat begini kau hancurkanlah dia. Pelbagai doa disebutkan. Ada juga yang menepati sasaran.

Dalam hal Nik Aziz itu. Beliau mewakili rakyat yang dianiaya. Dianiaya dan dinafikan hak mendapat royalti miyak di Kelantan. Apa jadi sekiranya doa Nik Aziz itu dimakbulkan Allah. Hanya Yang Maha Berkuasa berhak mengetahuinya. Perkataan 'jika' diwujudkan dalam doa Nik Aziz itu bagi memohon kepada Yang Maha Pencipta agar pintu hati PM tidaklah tertutup dan perlaksanaan royalti kepada ehsan itu tidak berniat jahat.

Bagaimana pula dengan doa orang yang dizalimi. Bolehkan kita berdoa Allah SWT melaknat, menghancurkan atau menimpa bala ke atas pembuat zalim kepada diri kita?

Sudah tentulah ia boleh dan dibolehkan. Samada ia datang dari sesama bangsa atau agama bukanlah persoalannya. Yang penting kejahatan dan kezaliman yang dibuat ke atas kita. Jadi, padanlah Allah menjatuhkan bala ke atasnya.

Bagaimana pula doa dari mereka yang zalim memohon Allah menyelamatkan mereka dari doa orang yang mereka zalimi?

Tidak pula diketahui. Doa yang dimakbulkan mestilah lahir dari perasaan yang suci dan keadaan diri yang diredhai.

Kalau diri terpalit dengan dosa kejahatan. Menzalimi manusia-manusia lain. Selepas itu memohon pula diri diselamatkan. Tidak tahulah sejauhmana keberkesanaan doa itu.

Mungkin Mufti Perak boleh mengulasnya untuk kita.

No comments:

Post a Comment