Tuesday, October 26, 2010

Anda dan Saya


Kehendak hati kadang-kadang tidak boleh dipaksa. Soal jiwa dan cinta bukan datang dari mana-mana individu disekeliling kita. Kawan atau lawan. Ibubapa boleh memberi pandangan. Sebagaimana zaman yang penuh dengan ketamadunan dan era moden. Jodoh kadang-kadang ditentukan anak sendiri. Ibu dan ayah merestui kehendak anak. Ia bukan seperti dahulu. Persoalan nikah dan kahwin. Kadang-kadang membuatkan sesebuah keluarga dilanda malang. Derita dan pergolakan. Berbeza sungguh dengan kita hari ini. Menjadi titik kepastian ia hak anak-anak. Ibu dan bapa menurut sahaja.

Baik di mata anak, baik juga dihati ibu.

Menjadi perbalahan kepada saya dan anda hari ini. Perhitungan masa hadapan anda letakkan pada ibu dan keluarga anda pada mulanya membuatkan saya berasa kurang senang. Segala hujah dan fakta saya lontarkan kepada anda sebelum sesuatu keputusan yang berada dipemikiran anda diputuskan. Saya satunkan dengan kata-kata, sindiran dan peribahasa. Ketika itu saya mendesak anda mencongak semula. Jangan berlalu dengan cepat. Kenangkan saya. Jangan rentap kasih sayang saya kepada anda. Puas saya ke kiri dan ke kanan. Jangan campur urusan kita dengan melibatkan keluarga. Samada di pihak saya atau di pihak anda. Mereka berada jauh dari kita. Tidak tahu menahu segala penat lelah yang kita korbankan bersama. Kalau saya berupaya menutup rahsia, mengapa anda pula memilih menjadi mulut tempayan di rumah bonda!

Mungkin ia kesilapan. Kesilapan boleh diubah dengan kemahuan yang jitu. Kehendak yang bersungguh. Bagai begitu. Anda mungkin menjangkakan sebaliknya. Saya pula merancang diluar pemikiran anda. Sungguh bagai dikata. Siapa yang tidak sayang hubungan yang terjalin selama 6 tahun lamanya.

Saya mengenali anda sejak dibangku sekolah. Tatkala itu. Diri anda dan saya tiada apa-apa. Kita tewas diperingkat menengah atas. Menunggu saat kemasukan ke universiti dengan menggunakan talian hayat yang terakhir. Syukur. Kedua-duanya dimenara gading. Saya ke Lembah Klang. Anda ke negara pertama jajahan Portugis. Kita berada di aras yang sama. Kedua-duanya bukan datang dari golongan yang kaya raya. Kita bersederhana. Saya tidak bangga dengan adat yang menekan pengikutnya membuat itu dan ini. Pada pengamatan saya. Cukup sekadar kita mengikut adat yang biasa. Bukan berlebih-lebihan untuk urusan kita. Anda mungkin kurang senang dengan gaya dan perlakuan saya. Percayalah. Tidak rugi pun samada di dunia atau akhirat jika membelakangkan adat yang menyekat kebebasan diri dalam kehidupan. Tulah dan derhaka hanya omongan kosong masyarakat sahaja. Mungkin. Sekarang anda menyedarinya.

Saya mengakui segala kelemahan dan kesilapan diri. Saya menuntut kemaafkan dan merendahkan ego diri mendapatkan cinta saya semula. Janganlah anda membandingkan kata-kata ayah anda. Lelaki jika dia berkehendakkan kita, lautan api pun sanggup direnangnya. Anda letakkan di mana-mana. Memberitahu ramai manusia. Atas keperibadian saya yang tidak ada sebagaimana dambaan ibubapa anda. Sedangkan. Pada pengamatan saya. Andalah yang paling rapat dan mengenali saya. Sejauh mana kesungguhan saya kepada anda. Jangan direntangi lautan api yang sia-sia. Segala pengorbanan saya ke atas anda. Mungkin itu tidak cukup pada anda untuk membandingkan diri saya dengan sesiapa. Perlukah anda membangdingkan lelaki yang anda sayangi dengan mana-mana lelaki yang anda hanya mengetahui tingkahlakunya dari orang lain?.

Saya bukan tidak mahu melawan. Mendapatkan semula apa yang telah hilang dari genggaman. Kalau berkehendak mati pun saya sanggup. Bukan dengan kata-kata. Gerak gempita bunyi suara. Tetapi kosong semata-mata. Saya akan lakukan dengan perbuatan. Kalau saya berkehendakan. Saya selalu menghitung untung dan rugi. Positif dan negatif. Kalau saya berkehenakkan sesuatu. Pasti neraca itu menjadi timbang taranya. Bertempur tanpa tujuan bukan atas sifat kemenangan. Biarlah fokus kita jelas dan terang. Biar pihak sebelah sana juga mempunyai ilitizam yang jitu. Kalau anda negatif. Perlu apa saya positif?. Kalau anda tidak berkehendak, perlu apa saya melawan dengan 'manusia' yang saya anggap bukan lawan yang sebenar. Saya tidak bermusuh dengan 'mereka'. 'Mereka' manusia yang sama seperti saya. Tiada rasa hati berkehendakkan mereka dalam hidup saya. Hidup mati bukan lagi kepentingan selepas ini.

Saya menyebut berkali-kali. Ulangan saya kepada anda. Saya bukan lelaki sebagaimana anda dan keluraga anda inginkan. Kesungguhan saya bukan pada kata-kata. Saya bekerja keras. Menghitung gaji dan tempat mencari rezeki. Bermula di ladang hinggalah ke hari ini. Saya tidak ada rezab tunai untuk berkunjung membawa rombongan meminang dengan gaya yang anda inginkan. Saya kurang berbicara soal kahwin. Segala perancangan saya hitungkan dengan diri saya sendiri. Kadang-kadang saya bertanya rakan. Kadang-kadang bertanya emak untuk mengetahuinya. Saya tidak menyebut dan berangan-angan. Saya tidak timbulkan di mana-mana. Sebagai lelaki. Saya letakkan tanda aras peribadi. Bukan untuk anda atau ibu dan keluarga anda. Untuk saya sebagai lelaki. Sebagai suami dan ayah. Pemimpin keluarga. Saya bukan semborono. Jangan timbulkan tentang sebutan kesungguhan. Takkan sepanjang 6 tahun hanya untuk bersuka ria!. Bagaimana dengan masa-masa saya yang berlalu pergi kerana berkehendakkan anda yang amat sangat?

Saya bersuara lantang. Suara meninggi tetapi hati tidak.

Pada akhirnya. Saya bertekadkan diri. Mengenang kembali. Ia bukan salah anda. Saya tidak membenci diri anda kerana saya meletakkan anda sebagai sasaran penamat keputusan. Saya menghitunh pada masa hadapan. Ukuran diri untuk meletakkan diri saya dalam keluarga anda. Saya tidak bersedia menjadikannya realiti. Biarlah sebutan anda kepada saya menjadi senjata untuk saya menanamkan 'rasa dendam' kepada dua manusia. Yang saya kira sebenarnya tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan oleh saya. Mereka sama sahaja. Bahkan di akhirat kelak, saya menuntut kepada 'mereka' apa yang 'mereka' ambil dan beri. Sebagaimana posting saya sebelum ini. Menghitung hari-hari terakhir.

'Mereka' terlalu banyak berbicara. Bersuara tentang ketidakfahaman mereka sendiri. Atas persepsi semata-mata. Malu hendak mengaku pernah termakan budi dari mana-mana. Saya mulakan dengan ungkapan maaf. Mengaku kesilapan diri. Saya juga manusia. Tetapi. Untuk masa hadapan. Saya kira jalan saya dan anda sudah berbeza sama sekali.

Mungkin. Ketika saya menunjukkan sikap saya yang diam membisu membuatkan anda mengambil kesempatan mengucapkan sesuatu yang diluar jangkaan. Hati manusia. Bukan benda. Saya mendiamkan diri. Menghantar 'mesej-mesej' kepada Allah swt pada tiap-tiap kali saya sujud kepadaNya. Saya tidak meminta apa-apa. Kecuali yang baik-baik sahaja untuk anda dan saya. Bahkan saya mendoakan agar yang baik dan diberkati itu kepada anda sahaja.

Diakhirnya. Saya melihat bulan dan bintang. Berdiri megah tanpa ada sebarang ikatan tali dan tiang. Meletakkan bulan itu berdiri dengan sendirinya tanpa perlu bantuan dari mana-mana.

Bolehkan saya begitu?

Tidak perlu lagi mengenang apa yang perlu saya lakukan pada anda dan apa yang perlu anda lakukan kepada saya. Biarkan diri berdikari. Susah dan senang sendiri.

Saya menitiskan airmata. Mengenang hari-hari susah kita bersama. Saya dan anda mengetahuinya apabila saat perut berbunyi kelaparan. Kesujukan dalam hujan. Berjalan kaki dan menghambat bas tiada berkereta.

Adakah saya perlu hadapi ke semua itu keseorangan. Bagaimana dengan anda kemudian nanti. Fikirkan anda tatkala menyebut perkataan 'tawar hati' kepada saya dan emak saya. Bukankah ibu tua saya memujuk anda memikirkan semula buat kali kedua?. Mengapa anda merentap 'kasih' si ibu tua itu kepada anda ketika itu.

Saya fikir. Jika anda begitu. Saya juga boleh menjadi sebaliknya. Kadang-kadang sesuatu perkara yang kita fikirkan secara sendiri tidak menjadi realiti. Nasihat teman-teman kadang-kadang lebih buruk dari syaitan. Ibubapa bersuara menggunakan akal mereka semata-mata. Sedangkan 'roh' cinta ada ditangan anda. Bukan mereka.

Saya berkehadapan meninggalkan semua itu. Saya bersedia menghadapi hari-hari depan berkeseorangan. Saya sudah tidak mahu lagi dipalit dengan kehinaaan, maki hamun, dendam, iri hati, kesombongan diri, menginggi diri dan kejahatan peribadi. Saya ke depan dengan asas yang kukuh. Bukan nafsu semata-mata.

Anda mungkin tidak akan memahaminya secara keseluruhan pada hari ini. Kerana pada pengamatan anda. Saya kan terkulai dan lemah dengan sendirinya. Kesilapan meninggikan ego dan mengambil kesempatan. Membina kekuatan pada si lawan. Keyakinan diri akan terserlah dengan sendirinya. Sekelilingan anda. Harta dan kekayaan. Wang ringgit bukan penghitung kebahagiaan dan kegembiraan. Jangan berbicara terlalu banyak tentang wang hantaran dan cincin emas kegemaran diri. Tas tangan dan perihal peribadi. Bukanlah itu bukti untuk kesungguhan menjadikan seseorang sebagai suami dan isteri.

Saya lakukan ini semua untuk tidak mahu meletakkan anda dalam dilema. Saya sebutkan perkara ini berulang-ulang kalinya. Saya bukan lelaki yang akan memberi pilihan tentang kehendak diri dan kelurga. Bodohlah lelaki yang membuat pilihan dirinya sendiri dengan keluarga si perempuan. Saya letakkan anda pilihan keluarga sebagai kemudahan diri anda sendiri. Menjadi anak yang tidak derhaka pada suatu masa nanti. Mungkin hari ini kita menangis mengenang semua itu. Tetapi percayalah. Kebaikan kemudian hari untuk anda dan saya. Saya mengelak menjadi konflik di masa tua. Saya mahu selesa dan senang di masa tua saya.

Saya meletakkan diri saya dipihak yang rugi. Saya meletakkan masa hadapan saya pada sesuatu yang saya tidak tahu apa akan berlaku.

Kepastian diri saya jadikan dorongan. Ke depan dan tersu ke depan. Jangan menoleh lagi. Jangan mengenang kepada 'mereka' yang tidak sudi. Siapa 'mereka' hendak tentukan itu dan ini kepada saya yang berada di luar dari sekeliling selepas ini.

Anda mungkin merasai kecewa. Berada dalam kesedihan dan gundah gelana. Saya mengenali anda. Terlalu dekat dengan anda. Di masa-masa inilah anda akan mengingati saya lebih dari hari biasa. Anda akan berasa keseorangan dan tiada berteman. Anda akan kenangkan wajah-wajah dan senyuman saya kepada anda. Suara saya. Diri saya secara keseluruhan. Anda akan runsing dan terus memikirkan. Itu dan ini. Hati anda meronta-ronta mahukan jawapan segera. Tidak puas sebagaimana biasa. Anda merasai saat-saat itu.....

Sebagaimana saya merasainya ketika anda ke universiti. Ketika anda menyebut berulang-ulang kali anda sudah tawar hati.

Saya sudah merasainya.

Cukuplah kali ini. Saya tidak mahu menangis lagi. Berbicara soal hati. Saya mahu menyendiri.

Kalaupun satu hari nanti. Saya akan menyesal diri.

3 comments:

  1. Saya adalah pembaca senyap blog anda selama ini.
    Saya rasa terpanggil untuk meletakkan komen.

    Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, cuma saya teringat akan satu blog yang menulis tentang isteri/bakal isteri

    http://keretamayat.blogspot.com/2010/08/suami-yang-lupa.html

    Jika anda dan si dia sudah bersama lima tahun (contohnya), bandingkan pula ibu bapanya yang hidup lebih lama bersamanya.
    Lebih lagi dari anda mula-mula kenal dia.

    :)

    ReplyDelete
  2. Dear Mr Moksha,

    I memang dah lama nak speak out regarding this matter...

    yOU NI PENGECUT!!!
    Tapi dalam cerita YOU.. bagi i you yang salah.. Dia jadi macam tue sbb atas kesilapan yang you start dulu...

    OMG .. u nie cikgu tapi pemikiran you tak macam pendidik pun... nak kata bodoh cikgu nak kata cerdik karang padahal tak cerdik langsung...


    i try to cal her since saturday tapi dia tak answred my phone and my sms...

    I amat kuat rasakan yang dia pegi langkawi cari you..

    I sgt risau sbb dia tak answered my kal and my sms..
    I cakap terus-terang kalau dia tak ader response samapai ke hari nie... i got to do something..

    LElaki semua sama sahaja!!!!

    ReplyDelete
  3. Jgn masuk campur hal peribadi orang lain... mereka berdua sahaja yang benar-benar tahu apa yang terjadi... cerita si "anda" kepada kawan-kawannya sudah tentu bias... cerita si "saya" juga begitu...

    Biarkan sahaja... kalau sudah Jodoh Allah... takkan kemana-mana...

    bukan kerja kita untuk menilai perhubungan antara dua manusia... sudah tentu segala perkiraan mereka sahaj yang tau...

    Jgn merasakan diri kita bagus untuk menilai orang lain... kalau bergaduh biar mereka yang selesaikan... kalau bertengkar biar mereka yang berbincang... sebab bila berkahwin nanti... mereka yang ke jinjang... bukan anda anonymous oi..

    sahabat... aku doakan hang harungi semua benda tanpa ada masalah... cuba cuba lah selamatkan kalau boleh... dan kalau tak boleh... tahu lah aku kawan hang akan sokong hang tak kira apa sekali pun keputusan hang.

    ReplyDelete