Wednesday, September 1, 2010

Selamat Hari Merdeka!

Tanggal 31 Ogos 2010 yang lalu. Bergemalah seluruh negara dengan laungan 'Merdeka' di mana-mana. Sekiranya diukur dari saat kita mencapainya pada tahun 1957. Maka ia berumur 53 tahun Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari tangan British. Saya tidak menyebut Malaysia. Kerana, kita perlu membezakan bagaimana Tanah Melayu dan Malaysia ditubuh menjadi Persekutuan dalam senario dan tarikh yang berbeza. Boleh rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 3.

Walaubagaimanapun. Tarikh 31 Ogos sentiasa disambut sebagai Hari Kemerdekaan negara sepanjang masa. Ia selalu dan kerap disebut sebagai 'Kemerdekaan Malaysia'. Tahniah dan syukur kepada Allah SWT yang melimpahkan keamanan negara kepada kita. Sepanjang tempoh 446 tahun dijajah bangsa Eropah dan Jepun. Kita masih utuh hari ini sebagai sebuah 'Nation State' yang berjaya. Dihimpit dengan pelbagai kemaslahatan yang bertimpa-timpa. Tetapi kederat negara masih menjadi tunjang utama kita berdiri dengan kaki sendiri.

Justeru itu. Saya mengucapkan 'Selamat Hari Merdeka' kepada semua rakyat tanah air yang bersama-sama meluangkan masa menyambutnya di mana-mana sahaja. Dengan suasana sambutan yang kadang-kadang berbeza. Forum, seminar, konsert, tayangan perdana, nyanyian sajak, konvoi bermotor, berbasikal atau kereta. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia mengingati. Sebagai peminat sejarah. Saya melihat keseronokkan itu.

Memperolehi kemerdekaan tidak sama dengan mempertahankan kemerdekaan. Junjungan rakyat dan masyarakat kadang-kadang alpa dan leka dengan ancaman yang boleh merosakkan nilai kemerdekaan yang kita perolehi secara tenat itu. Maka, perlunya pendidikan secara menyeluruh dan ingatan sentiasa daripada kerajaan kepada rakyat Malaysia agar mengutuhkan ikatan kita bersama bagi sentiasa berpakat mempertahankan kemerdekaan negara ini. Selain dari Barat. Ancaman juga boleh datang dari bangsa dan dalam negara kita sendiri. Bersama-samalah kita memeliharanya.

Seterusnya, ucapan 'Kemerdekaan' juga harus kita halakan kepada 'Hero-hero Negara' yang kadang-kadang nama mereka kita tidak senaraikan di dalam poster kemerdekaan kita. Hero-hero itu antaranya ialah Dr.Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Dr. Zulkifli Mohammad, Dato' Onn bin Jaafar, Abu Samah Abu Kasim, Suriani Abdullah, Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik dan lain-lain.

Semoga roh mereka dirahmati Allah SWT. Dan segala jasa dan keringat mereka menentang penjajah negara baik dari dalam dan luar negara mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa dan diingati sebagai jihad dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Amin.

No comments:

Post a Comment