Wednesday, July 14, 2010

Bunyi Lagi...




Perdebatan gabungan PAS-UMNO telah mula didendangkan lagi.

Selepas pasca Pilihanraya Umum yang menyaksikan Umno menghadapi krisis sokongan di Pantai Barat. Hilang kuasa di P.Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Agenda 'perpaduan' Melayu ditiupkan untuk meraih keuntungan politik UMNO semata-mata.

Dihulurkan tangan mesra alam kepada PAS. Dendangan melodi 'Ketuanan Melayu', 'Perpaduan Melayu', 'Perpaduan Islam' dimainkan dengan simfoni yang indah. Orkestra yang sebelum ini menuduh PAS parti ekstremis, pengganas, Taliban, sesat, kuno, berfikiran jumud dan sesat. Tiba-tiba memainkan irama asyik mengajak PAS bersama.

Ini muzik lama.

Dari 'pemimpin dan organisasi' yang sama. UMNO.

Kali ini. Selepas 'Wacana Bolehkah Melayu Bersatu' yang diadakan di Kelantan Sabtu yang lalu. Salah seorang ahli panelis menganjurkan perkara yang sama. Memohon diadakan kerjasama politik antara PAS dan UMNO.

Melayu dan Islam perlu bersatu katanya. Melayu semakin ditekan dan dianaktirikan. Melayu dihalang dari mencapai kekayaan dan kegemilangan. Maka, PAS dan UMNO perlu duduk semeja bagi menyelamatkan Melayu dan Islam.

Ahli panelis itu juga menyebut. Sekiranya PAS bergabung dengan UMNO. Perlaksanaan Islam dan Hukum Hudud itu lebih mudah diadakan. Berbanding PAS bersama PKR dan DAP yang jauh ideologinya dengan PAS sebagai pejuang Islam.

Apakah sebagai pejuang Islam PAS perlukan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam yang menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk menegakkannya?

Mengapa UMNO yang berkuasa selama 53 tahun tidak mampu untuk menegakkan Hukum Hudud dan mengharapkan PAS semata-mata?

Apa kurangnya Islam UMNO berbanding kafir PAS?

Saya mengharapkan paluan gendang sumbang UMNO ini tidak menjejaskan PAS. Walaupun, sebelum ini. Ada 'Agenda Kerajaaan Perpaduan' yang menyaksikan PAS pecah belah diperingkat kepimpinan. Ahli-ahlinya menjadi sawan diperingkat bawahan. Ada yang mula bercakap seperti pemimpin UMNO. Mahukan Melayu diselamatkan.

Selamatkan apa?. Apa yang terjadi pada Melayu?. Binasahkah Melayu kalau PAS bersama DAP dan PKR?

Apa bezanya UMNO, MCA, MIC dan Gerakan?

Mengapa apabila isu 'Perpaduan Melayu' timbul. Ada pihak-pihak luar politik mahukan PAS bergabung dengan UMNO?. Tidak pula mereka meminta UMNO keluar dari BN untuk bersama PAS?

Tidakkah lagi molek begitu.

Kalau PAS bersama UMNO. Tentunya bersama BN. Yang di dalamnya ada MCA, MIC dan Gerakan.

Apa yang perpaduannya?. Di mana bersatunya Melayu kalau duduk bersama BN.

Tidakkah PAS juga kan menjadi ahli komponen BN sahaja. Mungkin juga boleh diperkotak-katikan sebagaimana pada tahun 1978 dahulu. Dihalau seperti anjing tatkala UMNO semakin kuat dalam kalangan pengundi Melayu. Habis madu, sepah dibuang!

Yang bermasalah bukannya Melayu. Yang bermasalah adalah UMNO.

Banci penduduk sudah mula diadakan. SPR giat kempen daftar pengundi. Suara Keadilan dan Harakah ditamatkan permit pengeluaran. Felda memperolehi bonus di merata-rata. Mesyuarat UMNO Bahagian sudah mula membincangkan strategi piliharaya.

Saudara-saudara nampak atau tidak.

Ini mesej untuk memerangkap PAS. Menghancurkan Pakatan Rakyat.

Saya tidak nampak perkara yang lain. Selain ia strategi UMNO menyelamatkan UMNO dan kuasanya. Itu sahaja.

Perpaduan Melayu adalah kunci kepada strategi jahat.

Sekali tangan digigit anjing
Perlu diingat hingga ke tua
Sekali jemaah dikhinati
Dibenci PAS sampai bila-bila!

Berkaitan:
Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam
UMNO sedia temui Pas
Mahfuz:'Bab kerjasama PAS-UMNO sudah tutup, usah bangkit lagi'

No comments:

Post a Comment