Thursday, June 24, 2010

Wahabi dan JI, Hadi dan Asri


Susulan taklimat tertutup Kementerian Pelajaran dengan dihadiri Naib Canselor seluruh universiti di Malaysia. Dihadiri juga pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia. Dengan kehadiran penceramah yang memberi taklimat kepada seluruh hadirin yang hadir, Zamihan Mat Zain. Taklimat berkaitan wujudnya gerakan bawah tanah, pengganas, eksterimis agama di peringkat universiti di Malaysia.

Taklimat berkaitan gerakan tersebut juga. Mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru Dato'Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, bekas mufti Perlis, Dato'Asri, bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan juga Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya. Kononya mereka berempat adalah pengikut Wahabi. Dan wahabi ini juga ada kaitan terus dengan gerakan pengganas yang menjadi musuh utama kepada Amerika dan Barat.

Asas tuduhan itu adalah kerana mereka ini adalah pengikut Wahabi. Pokok isu yang mengatakan wahabi ada kaitan dengan JI belum lagi jelas. Bahkan, penangkapan demi penangkapan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri terhadap guru-guru agama, pelajar pondok dan tahfiz sebelum ini dengan tuduhan mereka menganggotai pertubuhan pengganas juga sehingga ke hari ini belum lagi dapay dibuktikan di mana-mana mahkamah terbuka di Malaysia. Mereka hanya dituduh oleh KDN, ditangkap dek polis dan dihumbankan ke dalam ISA. Tanpa menggunakan apa-apa pertuduhan. Hanya Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain berita menjadi hakim memutuskan mereka bersalah, pengganas, JI dan lain-lain.

Hari ini pertuduhan sebegitu rupa terhadap ulama muncul semula. Haji Abdul Hadi dan Dato'Asri adalah ulama semasa. Bergiat aktif dalam politik dan gerakan-gerakan Islam diseluruh dunia. Dr. Juanda pula adalah mufti Perlis hari ini. Juga boleh dikategorikan sebagai ulama. Kalaupun tidak, boleh dipanggil ustaz.

Pertuduhan itu pula dibuat di Kementerian Pengajian Tinggi.

Apa asas mereka menuduh Hadi dan Asri sebagai pengikut Wahabi?.

Atas alasan apa pula menuduh Wahabi itu sesat?

Dan kaitannya dengan gerakan pengganas dan ekstremis agama, JI dan lain-lain.

Kegiatan keganasan ini adalah modal Amerika Syarikat dan Barat untuk terus menerus menutup kesalahan mereka menyerang umat Islam diseluruh dunia.

Atas memerangi pengganas, Amerika Syarikat dan Barat membunuh umat Islam di Palestine, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Tak Bai. Hari ini pula agenda itu berterusan ke Malaysia.

Apakah ini satu lagi nasihat dari Yahudi Apco Worlwide kepada kerajaan dan Najib Tun Razak untuk memerangi ahli agama, ulama dan pemimpin pertubuhan Islam yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia?.

Atau ini juga cubaan Najib Tun Razak untuk memerangi musuhnya dengan cara kotor dan berhadapan dengan isu keganasan bukan 'political fight' yang diamalkan sebagai ahli politik?

Atau ini cara kerajaan mengalihkan isu-isu negara seperti kehilangan kantung Felda sebanyak RM2 billion, kehilangan enjin jet TUDM, skandal kapal selam, pembunuhan Teoh Beng Hock, A.Kugan dan adik Aminul Rashid, judi bolasepak, rasuah, gejala sosial, kenaikan harga barang, penarikan subsidi minyak, biasiswa JPA yang akan dimansuhkan dan lain-lain.

Nampak gayanya kita sebagai rakyat hanya mampu tersenyum sahaja. Bertanya pun tiada jawapan. Ada jawapan pun macam 'sarkas' sahaja.

Ada juga di Kelantan. Orang UMNO menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini sebagai pengikut Wahabi dan ahli wahabi. Dijawab dengan baik oleh YB Nik Amar dalam ceramanya.

"Ya sungguh, Tok Guru ni wahabi, Najib Tun Razak pula ahli sunnah wal-jamaah sebab tu isteri dia tak pakai tudung!"

No comments:

Post a Comment