Sunday, June 27, 2010

Motivasi ke Arah Kecermelangan

Pada Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lalu. Saya bersama teman-teman guru dengan gerakan diketuai Kauselor sekolah telah mengadakan Kem Motivasi PMR dan SPM 2010. Kem yang berlangsung di Kem PLKN, Beringin itu antara program milik penuh Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam sesi membangkitkan kesedaran dan keyakinan dalam usaha memacu para pelajar bertindak cemerlang pada peperiksaan PMR dan SPM yang menjelang tiba.

Saya sebagai salah seorang jawatankuasa bertindak dari sudut keselamatan. Berada di sana sepanjang program berlangsung.

Program yang dimulakan dengan sesi input subjek berakhir dengan sesi 'brainwash' itu berjalan dengan penuh suasana yang meriah.

Sesi 'brainwash' adalah sesuatu yang lazim. Yang biasa digunakan untuk membangkitkan rasa kesedaran yang tinggi kepada para pelajar.

Motivator di mana-mana. Sentiasa menggunakan platform yang sama. Mengaitkan lagu-lagi harmoni, video klip bercorak keinsafan, elemen kerohanian dan wajah-wajah ibubapa bagi tujuan tersebut. Pengisian bercorak keinsafan itu dialunkan senada dengan malam hari yang dingin. Bercampur pula senjata 'psikologi' dengan ucapan-ucapan berbaur 'kemarahan, menengking, maki hamun, cabar-mencabar'.

Ia akan memaksa para pelajar untuk menangis dan mengharapkan keinsafan.

Sejak saya bersekolah. Inilah pendekatan yang sering digunakan para motivator. Membangkitkan rasa keinsafan, mengharapkan tangisan dan kesedaran.

Platform ibubapa dan agama digunakan sebagai bahan yang utama. Setuju atau tidak. Kita manusia sentiasa cepat tersentuh jika disebut ulang hal ibubapa yang melahirkan dan membesarkan.

Disulam pula dengan aluan nada melodi muzik yang sedih. Pada saat jam 2 pagi. Suasana yang hening itu. Mampu membuatkan para pelajar ini menangis teresak-esak. Berazam untuk berubah. Meningkatkan mutu akademik. Berjanji dengan penuh iltizam dan keyakinan. Untuk membanggakan kedua ibubapa mereka. Dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Sejauh mana kejayaan itu?

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui tahu akan hasilnya.

Saya sendiri merasakan kami mampu. Mampu mengulang lagi sejarah apada 2007 dan 2008. Selaku sekolah terbaik SPM. Yang hierarki kehebatannya merudum ke tangga ke-8 tahun lepas seluruh Malaysia. Mampu bangkit sebagai penghulu kejayaan pada tahun ini.

Dengan berkat program dan kesungguhan. Kami mencabar diri kami sendiri mengulangi sejarah yang hebat itu.

Mengharapkan para pelajar terus bersama mengorak langkah. Tidak menjadikan air mata titisan mereka sebagai 'retorik' semata-mata. Berazam mengulangi sejarah abang-abang dan kakak-kakak mereka menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang.

Kami berusaha ke arah itu.


Ahli Jawatankuasa program


Pelajar-pelajar SPM 2010 yang bakal mengulangi sejarah pendidikan negara


Simpang Tiga di Pantai Beringin

No comments:

Post a Comment