Wednesday, June 23, 2010

Selamatkan Malaysia

Misteri kehilangan wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus menerus menghantui negara.

Selepas Sime Darby. Syarikat perladangan terbesar negara itu mengalami kerugian hampir RM2 biliion. Selepas didesak. Salah seorang pengarah besarnya diberikan cuti rehat oleh kerajaan. Audit luar dilarang untuk menyiasat. Apa yang terjadi?. Misteri kehilangan wang sebanyak itu terus didiamkan oleh kerajaan.

Hari ini. Felda pula mengalami nasib yang sama. Felda telah dikatakan mengalami kesusutan kewangan sebanyak RM2 billion. Hasil penat lelah peneroka. Idea Almarhum Tun Abdul Razak pada 1971 itu dihancurkan pada zaman anaknya mengambil alih pemerintahan negara.

Timb.Menteri di JPM, Ahmad Maslan. Yang pernah pergi menoreh getah selama 10 minit di Manek Urai. Tentu tahu betapa 'susahnya' kehidupan rakyat bawahan untuk menjana pendapatan. Mungkin bagi pemimpin UMNO, RM2 billion itu adalah suatu kadar yang kecil bagi mereka. Tetapi tidak bagi peneroka dan rakyat bawahan.

Ahmad Maslan cuba menjadi 'jagaon' Parlimen semalam. Dengan mengemukakan angka-angka bagi mempertahankan Kerajaan dalam 'krisis Felda'. Namun, jawapan itu ditolak sama sekali. Alasan wang RM2 billion itu untuk bayaran penanaman semula sama sekali dinafikan banyak pihak. Sebuah pertubuhan mewakili anak-anak peneroka, melalui pengerusinya, Mazlan Aliman menyebut. Anak-anak peneroka telahpun sedia mempunyai tabung kewangan untuk penanaman semula yang dipotong oleh Felda sebanyak RM40 setiap bulan. Malah, menurut Dato'Husam Musa. Sumber kewangan penanaman semula berada dalam akaun yang berasingan.

Bagaimana begitu?

Peneroka diminta membayar RM40 sebulan untuk tabung penanaman semula. Selepas kerugian, anak peneroka disalahkan untuk tujuan tersebut?. Mana RM40? Mana RM2 billion.

Jabatan Kerajaan samada di Putrajaya atau agensi negeri-negeri diminta berjimat ekoran kewangan negara sedang mengahadapi kemelesetan. Program di sekolah juga dihadkan. Peruntukan kerajaan kepada jabatan juga dipotong sana-sini. Kita diminta berjimat. Harga barang melambung tinggi. Subsidi negara 'diugut' untuk ditarik. Negara bakal berhadapan dengan 'bankrupsi' menurut Idris Jala.

Diperingkat Persekutuan. Mereka berbelanja tanpa mengira siang dan malam. Projek pembinaan Istana Negara yang baru dijangka berharga RM800 juta. Sedangkan Istana Negara tiada mengalami sebarang kebocoran pun!. Itu harga yang diletakkan. Harga itu mungkin boleh melambung tinggi lagi. Pertambahan wang projek adalah lumrah kepada negara. Tender runding terus diamalkan. Kontraktor yang tidak dikenali tiba-tiba sahaja mendapt projek berjuta-juta.

Ura-ura hendak memindahkan Parlimen juga kita dengar. Juga RM800 juta. Tetapi masih diperingkat 'idea'. Itu kata, Nazri Aziz.

Dari mana datangnya wang?

Rakyat diminta berjimat tatkala kewangan negara terus menekan. Subsidi minyak dikatakan antara yang merugikan negara. Dalam keadaan tersebut. Kerajaan mengumumkan MEB. Kononya untuk memacu ekonomi negara. Perkembangan ekonomi dikatakan positif. Tetapi rakyat dan negara bakal jadi 'bankrup'. Mana satu yang betul?

Mereka mengumumkan projek berbillion-billion untuk kekayaan sekerat-dua kroni dan pemimpin. Keselesaan individu-individu tertentu. Bukan kebanyakan manusia.

Syarikat GLC mengalami kerugian bertimpa-timpa. Pembaziran wang negara berlaku di mana-mana. Kehilangan aset negara tidak menemui jalan penghujung. Selepas enjin jet. 2 blok minyak kita diserahkan kepada Brunei. Tanah KTMB pula diserahkan kepada Singapura. Mungkin selepas ini wilayah negara pula menjadi taruhan kepada Thailand, Filipina dan Indonesia.

Pembaziran kewangan itu terus menghimpit kita.

Tun Mahathir pula bimbang tentang 'Melayunya'. Bimbang dengan perpecahan Melayu. Bimbang dengan 'Ketuanan Melayu' yang bakal jadi minoriti. Sejak daru muda hingga penghujung usia. Itu sahaja yang beliau risaukan. Kewangan, rasuah, projek gajah putih, penyelewengan, kemiskinan rakyat, pembaziran tidak pula menjadi 'kerisauan' berganda pada Tun Mahathir.

Kerajaan akan terus menerus bermewah.

Tanpa segan silu membelanjakan wang negara dan rakyat.

Saya sentiasa menyebut dalam doa. Laknatkan mereka yang mengkhianti amanah rakyat. Saya melihat wang saya dibazirkan, disalahgunakan dan dikhianati pemimpin negara. Kalau 25 juta rakyat Malaysia (tolak 3 juta ahli UMNO) berdoa perkara yang sama. Saya pasti Allah swt akan menerimanya.

Doa orang yang dizalimi dan dikhianti pasti akan dimakbulkan.

Bersama kita laksanakannya.

Bersama kita 'Selamatkan Malaysia'.

1 comment:

  1. sy heran dan pelik kenapa orang bijak pandai tidak bersuara??

    ReplyDelete