Monday, June 21, 2010

Tipu dan Tipu


Beberapa perkara berlaku sepanjang cuti sekolah yang lalu. Peluang bercuti saya ke Kuala Lumpur. Menjenguk sebentar sahabat-sahabat lama. Singgah sekejap ke rumah sewa yang saya tinggal di sana selama setahun. Masih ada barang-barang saya di situ. Saya kutip dan selesaikan semua.

Saya juga berpeluang mendengar cerita-cerita. Yang mengejutkan dan diluar jangkaan. Saya tidak tahu ia benar ataupun tidak. Mungkin betul. Mungkin tidak.

Cerita 'diri' saya. Yang kebanyakkan saya klasifikasikan sebagai rahsia. Diketahui orang lain. Kalaupun 'dia' berbohong. Persoalannya di mana 'dia' mengetahuinya?. Dari siapa?. Dari mana?. Soalan itu cukup untuk saya berhenti dari merungkaikannya. Cukup di situ.Dan, kalaupun betul kata-kata dan ceritanya. Mengapa perlu dibuka aib saya?. Apa salah dan dosa saya?.

Cemburu, iri hati atau dengki?. Atau sahaja buat buah-buah berbual?.

Bukankah rahsia 'dia' juga ada pada saya?. Insyallah saya akan simpan. Tidak berkepentingan pun untuk saya menceritakan pada orang ramai.

Saya juga memohon maaf kepada Ustaz Ikhwan dan Najib. Tidak sempat hendak bersua. Saya memang merancang ke CICT untuk singgah-singgah minum di kangkung. Mungkin boleh bertukar-tukar cerita. Tetapi, selepas saya mengetahui hal yang saya sendiri terkejut dan kecil hati mendengarnya. Saya lupai niat ke sana.

Terima Kasih Najib yang masih mengingati saya. Dia rakan kerja yang baik. Begitu juga Ustaz. banyak kenangan manis dengan beliau ketika saya di CICT dahulu. Dia rakan dan abang.

Saya akan ke sana lagi nanti. Kali ini pasti saya akan singgah. Mengharapkan serita-cerita gila seperti hutang orang RM4 ribu ringgit reda. Diumpan RM2800 sebagai gaji pokok supaya tidak tinggalkan kolej. Dan, lain-lain cerita bersifat peribadi yang tidak mahu saya ceritakan di sini.

Apa yang boleh saya katakan. Ia sama sekali tidak benar. Tidak benar dan ia satu pembohongan 'darat' yang dilakukan ke atas saya.

Kepada rakan-rakan yang telah sedia mengetahui cerita berkenaan. Saya harap jangan mempercayainya. Walaupun diketahui dari seorang yang dianggap 'friendly' mungkin.

Orang yang suka menipu memang takut dirinya ditipu. Itu kata-kata 'dia' kepada saya. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut. Namun, 'dia' juga perlu memahami kata-kata itu kepada 'dirinya' sendiri. Sama-sama jahat. Sama-sama tahu.

Biar sudah dipecah dimulut. Jangan pula 'benda' lain yang pecah.

Saya juga diceritakan hanya individu yang pergi kerja dan pulang semata-mata. Tidak ada sebarang 'contribution' kepada kolej. Maknanya pergi 8.30, pulang jam 5.30. Itu tuduhan kepada saya.

Apa 'contribution' saya. Hanya Ketua Jabatan saya yang mengetahuinya. Sekurang-kurangnya saya tidak lewat ke pejabat. Dan tidak pula beratur untuk pulang awal. Bermatian saya berperang dengan 'Director' kolej pada sesi 'brainstorming' di PD. Sampai diherdik supaya 'resign' dari jawatan yang saya sandang. Hasil herdikan tersebutlah. Ada kakitangan kolej yang memperoleh bonus 2 bulan gaji. Walaupun rekod kehadirannya ke pejabat antara yang paling buruk. Kerap mengambil MC dan EL.

Itu semua orang tahu.

Hasil sistem yang sama-sama saya bincangkanlah. 'Dia' memperoleh bonus yang lumayan. Lain dari yang lain.

Apapun yang saya lakukan kepada pihak kolej hanya Tuhan yang tahu. Tidak perlu saya ceritakan pada orang ramai. Ini idea aku. Itu idea aku. Aku banyak 'contribution'. Aku banyak idea.

Sumbangan apa?. Idea apa?. Program baru. Orang lain yang usulkan. Kalau hanya 'tukang' menggerakan. Itu bukan 'contribution'.

Itu yang buat saya kecil hati. Kecil hati dengan cerita yang bukan-bukan dihebahkan pada kawan-kawan lama saya di kolej. Kalaupun saya ada cerita hal 'dia' di sini. Tanpa menyebut nama. Barangkali orang pun tak tahu siapa dia?. Tetapi saya?. Dengan disebut nama. Zul hutang orang RM4 ribu, Zul tidak ada 'contribution', Zul selalu bergaduh dengan gf dia, Zul itu, Zul ini, Zul kuat menipu.

Apa lagi yang tinggal pada saya?.

Apa lagi yang ada?. Apa lagi nilai 'persahabatan' yang perlu dijalinkan?.

Kalaupun kawan saya berbohong. Pokoknya dari mana dia tahu untuk berbohong dan bercerita ini semua kepada saya sewaktu kami jumpa dan minum bersama pada masa cuti yang lepas.

Kalau tidak ada 'manusia' yang ceritakan padanya.

Itu sudah cukup untuk saya.

No comments:

Post a Comment