Tuesday, June 29, 2010

Nak Lompat? Silakan


Saya harap penyokong PKR tidak marahkan 4 Adun dari Selangor yang kesemuanya dari PKR yang berhajat untuk melompat. Ura-ura ada menyebut. 4 Adun tersebut 'kecewa' dengan pucuk pimpinan PKR yang masih mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB di Selangor.

Apa masalah Khalid Ibrahim. Saya tidak pasti. Yang saya tahu. Sejak dilantik memegang kerusi MB Selangor. Semuanya berjalan dengan baik. Kalau ada pun isu. Ia dapat dikenal pasti sebagai permainan dari UMNO/Bn. Semuanya dari mereka.

Alih-alih. Tatkala UMNO semakin mendiamkan diri dek kerana kehilangan isu. PKR pula yang cuba menjadi 'musuh dalam selimut' untuk mengucar-kacirkan kerajaan PR di Selangor.

Isu lompat ahli PKR semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kita menyaksikan bagaimana 2 Adun PKR lah yang menjadi 'katak' segera menjatuhkan Kerajaan PR di Perak.

PKR juga menjadi pelakon utama dalam isu lompat di Kedah pada bulan yang lalu. Sehingga menyaksikan kerajaan PR terpaksa mengadakan ceramah umum menafikan perkara tersebut.

Sekarang di Selangor.

Umum mengetahui. Kebanyakkan ahli-ahli PKR datangya dari UMNO. Sifat, kelakuan, tabiat, gerak kerja, penampilan dan gaya mereka begitu sinonim sekali dengan UMNO. Mereka rata-rata, baik Presiden, Naib Presiden sehingga ke Majlis Pimpinan parti pernah menjawat jawatan baik dalam UMNO ataupun kerajaan. Sudah tentu sifat tamak, iri hati dan dengki. Sifat membunuh karier politik seseorang wujud dalam gaya politik mereka. 'Political Style' itu tidak dapat tidak terhindar dari mereka.

PAS dan DAP adalah parti pembangkang sejak dari 1955 hingga 2008. Dalam tempoh Pilihanraya Umum tersebut. Kedua-dua parti ini adalah parti pembangkang utama di peringkat persekutuan. PAS mempunyai pengalaman menjadi menteri tatkala bergabung dengan BN selepas 1969. Selepas itu, PAS ditendang dari BN pada tahun 1974. Semenjak itulah YAB Tn. Guru Nik Aziz membenci UMNO hingga hari ini. Luka itu terlalu pedih buat beliau. Hanya UMNO sahaja yang melupai sejarah hitam tersebut. Bukan PAS.

Jadi. PKR sememangnya mempunyai pengalaman sedemikian rupa. Pernah menjadi TPM atau sekurang-kurangnya setiausaha kepada menteri ataupun jawatan tertinggi di dalam UMNO.

Atas sifat itulah mereka cuba menjadikan pentas PR sebagai platform menterjemahkan gaya politik itu. Takdir Allah SWT menjadikan PKR mendapat kerusi Parlimen paling banyak dari kalangan PAS dan DAP. Walaupun usia parti PKR jauh lebih muda dari kedua-dua parti rakan mereka.

Kedudukan sebagai Ketua Pembangkang dan ketua kerajaan di Selangor menterjemahkan lagi sifat tamak dan gaya politik jahat yang selama ini terbiasa di amalkan dalam UMNO menjadikan PKR watak penting dalam PR dan Selangor. Kemajuan dan kekayaan Selangor tidak semegah di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Takdir Allah SWT, sekali lagi menyaksikan PKR berjaya menawan negeri kaya itu walaupun PAS lah yang bertungkus-lumus di Selangor sebelum pilihanraya 2008 lagi.

Sekarang. Apabila mereka mendapat kuasa dan pangkat. Bukan hasil parti sendiri. Sebaliknya dari sokongan dan dokongan PAS dan DAP. Sifat jahat dalam UMNO cuba hendak diterjemahkan di Selangor. Saya percaya ia ada kena mengena dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor yang baru. Team Azmin katanya cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim. Mereka mahu sungguh merampas kuasa sebagai Ketua Kerajaan di Selangor.

Apakah ini bukan sifat UMNO?. Yang sejarahnya dapat kita lihat di Perlis dan Terengganu. Begitu juga di Kelantan ketika PAS ditendang dari BN dahulu?.

Apakah ini tindak tanduk PKR atau ada 'watak' penting musuh yang merencanakannya.

Biarlah mereka lompat. Lompatlah semahu-mahunya. PKR adalah saki baki UMNO. Kejahatan mereka begitu terserlah selepas mendapat kuasa sejak Mac 2008.

UMNO sepatutnya menjadi sasaran PR tatkala Pilihanraya Umum ke-13 semakin menghampiri. Bukan berbalah sesama sendiri. Kalaupun ada silap di pihak MB Khalid Ibrahim. Apa salahnya menggantikannya selepas Pilihanraya Umum nanti?. Kalaupun PR tumbang di Selangor pada pilihanraya mendatang. PKR boleh merencanakannya ke masa-masa yang akan datang.

Kalau hendak melompat kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan. Itu hanyalah kerja bodoh. Khianat dan tidak bermaruah.

Kalau hendak melompat juga. Lompatlah!.

Biar rakyat saksikan. Betapa bodohnya PKR. Sama seperti UMNO.

Jangan marahkan mereka. Sebaliknya jangan kita undi PKR lagi pada masa akan datang!

No comments:

Post a Comment