Tuesday, June 29, 2010

Felda: Debat Terbuka untuk Ahmad

Ahmad Maslan telah diajak berdebat secara terbuka bersama Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) dalam isu Felda.

Jawapan demi jawapan yang diberikan Ahmad Maslan semakin memecahkan kebuntuan rakyat terbanyak tentang kehilangan wang Felda sebanyak RM2.73 billion itu. Kantung Felda yang disebut Rizab Tunai susut nilainya dari RM4.08 billion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun 2009.

Kehilangan wang tersebut menjadi tanda tanya?.

Atas desakan semua pihak. Ahmad Maslan muncul untuk memberikan jawapan bagi membela kerajaan.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan kewangan itu, jelas Ahmad Maslan ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Itu jawapan Ahmad.

Bagi Anak pula. Mereka mempertikaikan keseluruhan perbelanjaan yang dijelaskan kerajaan.

Mazlan Aliman sebagai pengerusi pertubuhan menjelaskan, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.

Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.

"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

Ini jawapan dari pihak yang mewakili Peneroka.

Kedua-dua pihak mempunyai jawapan yang berkehendakan kebenaran bagi membela kedua-dua sumber.

Apa yang mengharaikan cuma satu.

Sepanjang 2004-2009 tidak adakah sebarang keuntungan yang dicatatkan Felda bagi memacu nilai rezab tunainya itu?

Sepangjang 5 tahun, Felda berjaya mencatat kemerosoton rizab tunai daripada keuntungan?

Saya bukan tidak percaya Ahmad Maslan.

Cuma bertanya. Saya pergi kerja dalam sektor perladangan dan ada rakan-rakan dari Felda. Cerita 'kejatuhan' Felda ini saya sudah mendengarnya sekalian lama.

No comments:

Post a Comment