Saturday, May 1, 2010

Justice for Aminul Rasyid


Kugan dan Teoh Beng Hock sudah pun meninggal dunia. Mati dalam tahanan dan semasa siasatan. Kedua-duanya bukan Bumiputera. Ada ahli-ahli parti yang berasaskan perkauman dan pertubuhan yang assabiyyah memandang enteng isu ini. Seolah-olah bukan bangsa mereka. Apa perlu untuk membela. Padahal kedua-duanya manusia. Diciptakan Tuhan Yang Maha Esa. Walaupun bukan sejenis dengan kita tetapi bukankah Allah SWT menciptakan manusia dari pelbagai bangsa, untuk bersual kenal dan bersahabat.

Sebelum ini juga kita dikejutkan dengan kematian seorang pemuda yang ditembak oleh polis di Perlis. Katanya dia mangamuk. Ditembak polis. Mati. Tiada juga pembelaan.

Kali ini lebih mengerikan. Adik Amirul Rasyid yang berusia 15 tahun, tinggal di Shah Alam mati ditembak oleh polis. Sekian begitu.

Polis dan media massa di Malaysia menuduhnya penjenayah kerana cuba melarikan diri ketika dikejar polis peronda. Belum pun disiasat. Media massa dengan bangganya melaporkan remaja itu penjenayah.

Ibunya membuat penafian keras. Seluruh warga masyarakat berdekatan kawasan perumahan, jiran tetangga, sahabat handai, sekolah, guru dan Imam masjid taman menafikan bahawa adik Amirul Rasyid adalah penjenayah!.

Tamat.

Ketua Polis Selangor meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Diam dan tunggu siasatan polis. Parti dan pemimpin politik juga dilarang sama sekali menyampuri urusan siasatan.

Itu kata polis.

Pada saya. Ini hal masyarakat. Semua masyarakat perlu mencampurinya dan membela insan yang bergelar remaja ini. Apa perlu dia ditembak di kepala hanya untuk memberhentikan kereta yang dipandunya.

Ini bukan soal UMNO-PAS. Bukan soal PERKASA atau APCO.

Ini soal keselamatan masyarakat Malaysia.

Kalau pihak yang kita bergantung 'selamat' sudah melakukan peranan pembunuh apa lagi yang boleh kita harapkan dari agensi keselamatan ini.

Sudahlah kes kehilangan dadah di balai polis belum kita ketahui. Rompakan cip komputer di Pulau Pinang masih lagi belum selesai. Kematian Adik Nurin Jazlen masih belum terbela. Kehilangan adik Syarlini dan Mawi belum dijumpai. Enjin jet hilang di gudang TUDM. Skandal V.K Lingam belum ada siasatan. Hari ini kita dengar Blok L dan M pengeluaran minyak negara hilang kedaulatannya pada Brunei.

Muka hadapan Utusan Malaysia tidak melaporkan kehilangan wang negara sebanyak RM320 billion hasil dari perjanjian bodoh Malaysia-Brunei tentang kehilangan hak pengeluaran miyak di Limbang. Yang mereka sibuk tentang 'Kickdefella' mendapat RM4 juta dari pimpinan PAS untuk mengalahkan UMNO/BN di Kelantan.

Berita pembayaran RM77 juta untuk APCO Worldwide juga tidak pernah disiarkan.

Berita negara kita lebih sibuk tentang hal UMNO dan Melayunya.

Saya menulis bukan kerana membenci. Tetapi cukup-cukuplah.

Apa lagi yang tidak berlaku di negara kita.

Kawan-kawan. Ini bukan lagi hal politik. Ini soal negara kita. Pimpinan yang sedia ada sudah gagal untuk mentadbir negara.

Menentang kerajaan bukan bermakna kita mengkhianati negara atau menjadi musuh kepada Malaysia. Ia adalah hak hakiki kita.

No comments:

Post a Comment