Monday, May 3, 2010

Dengki

Peluang untuk menulis sekarang agak terhad kepada saya. Selain sibuk dengan tugasan harian. Ada juga kerja-kerja tambahan yang perlu dibereskan dengan kadar segera. Bagaimana dikata orang. Selagi hidup selagi itu perlu bekerja. Hingga ke liang lahad. Terhenti di situ.


Kemudahan internet di meja saya sudah ditraik. Barangkali ada yang iri hati. Melihat saya terlalu update dengan maklumat. Cerita sahaja di mana. Saya akan menyampuk memberi pendapat. Ertinya saya tahu. Bukan lembu kenyang. Itu yang menyebabkan penulisan saya terbatas dengan ketiadaan notebook atau computer. Ditambah dengan kemudahan internet. Langsung tiada.


Begitupun. Dikelilingi suasana yang agak muram. Maka rajin juga saya menaip di rumah. Lalu, waktu pagi-pagi sebelum sarapan. Saya copy paste apa yang dikarang pada sebelah malamnya ke blog. Itu yang mampu diwaktu terdekat.


Terdengar juga keruh kesah sahabat-sahabat yang bertanya. Kenapa tidak dikemaskini blog sebagaimana sebelum ini. Itulah jawapannya. Diperenggan kedua dan ketiga.


Beberapa hari ini berlaku beberapa perkara yang mengejutkan saya sepanjang berada di sini.

Telatah rakan-rakan sekerja kedang-kadang membuatkan kita boleh mempelajari sesuatu yang tidak ada dalam buku atau website. Dengan pergaulan. Sifat sosial seseorang akan terpancul dengan sendirinya.


Pengajaran yang baik ialah mengamati dan mendekati. Supaya sifat itu lebih terserlah akan baunya. Busuk atau wangi. Jahat atau baik. Hitam ataupun putih.


Maha Kaya Allah menciptakan makhluk. Penuh dengan musim yang pelbagai. Itulah Tuhan sekalian makhluk, alam dan seluruh bintang-bintang di langit.


Dengki.


Antara sifat yang paling saya benci yang ada di dalam sebuah organisasi. Dengki samalah sifatnya dengan iri hati, cemburu dan bodoh. Itulah sifat yang kadang-kadang dekat diri kita.


Walaupun bermandi wuduk dan bercakap doa dan zikir. Kadang-kadang dari anggota itu juga keluar cakap-cakap berbunyi dengki. Timbul cakap-cakap. Maka bermulah mengumpat.


Sinonim. Jahat.


Perlukah wujud sifat busuk dalam diri dalam sesuah organisasi. Baik di mana-mana jabatan atau sektor pekerjaan?. Perlukah adan sifat itu untuk meningkat gaji atau bonus?. Jawatan atau habuan?

Ia begitu sinonim dengan orang kita.


Saya cuba menyelami orang-orang yang suka berdengki. Sifir saya mudah. Segali bertegur, tegurlah. Diam di sana. Di sini jua diam bersama.


Apakah yang mereka perlu untuk meningkatkan potensi diri dengan tidak perlu memburukkan sesiapa atau menjadi musuh kepada orang tertentu?


Kerana orang-orang ini bertaraf juga jawatannya. Orang lama. Senior. Tetapi mencerminkan mereka yang belum berkhatan. Bertindak kebudakan-bidakan. Berbicara penuh plastik!


Bermuka-muka. Pembodek dan pengipas. Pembohong dan penipu. Busuk hati. Hipokrit.


Bermula dengan dengki.


Ada mereka yang bertaraf ibu dan ayah. Tetapi masih bergaul dengan remaja. Berbual cara kotor. Makan sambil mengumpat. Bekerja dengan dengki. Solat dengan hati yang busuk.


Wajah mereka juga menggambarkan sifat penuh busuk, jahat dan menakutkan.


Cebek merata-rata tempat. Tidak setuju di mana-mana. Pantang ada yang ke depan. Dia dibelakang mengeji tidak henti-henti.


Ada sahaja sifat ini di mana-mana.


Bagaimana hendak menghapuskannya?

1 comment:

  1. Aku rasa lah kan....

    mungkin kadang-kadang orang bosan dengan hidup sendiri kot tanpa drama skit.. tu yang depa jadi lagi teringin nak cari pasai dengan org...

    Takpa mie... org dengki kita takpa... jgn kita dengki org lain... Yang penting kita buat keja kita and kita buat segala-galanya yang kita bleh buat

    Dengki itu tidak punya apa apa disebelah kehebatan

    ReplyDelete