Saturday, May 1, 2010

Masjid bukan tempat berpolitik

Masjid adalah rumah Allah. Untuk umat Islam melakukan amal ibadat dan bermasyarakat. Di zaman Rasulullah SAW, masjid adalah tempat bermusyuarah dan berbincang sesama jemaah Islam. Segalah hal dan perihal dibincangkan. Bahkan, sewaktu dilantik menjadi Khalifah Darul Islamiyyah, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khatab menggunakan mimbar masjid memperkenalkan diri sebagai pentadbir negara Islam Madinah. Itu politik.

Arahan dari Istana Selangor bahawa masjid bukan tempat berpolitik adalah arahan Sultan. Bukan hanya di Selangor. Ketetapan tersebut juga dibuat di seluruh masjid di Malaysia. Arahan itu juga bukan hanya untuk parti yang berasaskan Islam tetapi juga parti-parti sekular, nasionalis, perkauman dan lain-lain juga harus menurut ketetapan Baginda Sultan.

Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor membuktikan arahan ini. Pimpinan UMNO/Bn mengguanakan kekuasaan media negara seperti harta parti menghentam Menteri Besar Kelantan dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat di masjid Hulu Selangor sebagai medan kempen politik.

Zahid Hamidi antara pimpinan UMNO yang paling ke depan mengamuk. Begitu juga pencuri harta anak yatim Dato'Zainal Serkom pergi membuat laporan polis ke atas kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut.

Muka hadapan Utusan Malaysia menulis. Nik Aziz hina Sultan Selangor, menderhaka dan tidak menurut arahan Sultan. Biadap dan kurang ajar. Begitu sekali.

Hassan Ali pula dituduh tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbahnya. Selawat adalah rukun khutbah. Kalau tidak membacanya tidak sah khutbah Jumaat tersebut. Zahid Hamidi melaporkannya. Mana tahu lupa?. Dilaporkan katanya. Dia sendiri tidak bersolat Jumaat di situ. Jauh sekali kita dengar Naib Presiden UMNO ini membaca khutbah Jumaat. Apatah lagi menjadi Imam solat Jumaat.

Masjid bukan tempat berpolitik. Itu kata mereka. Sungguh-sungguh. Bukan main-main lagi.

Takut benar mereka pimpinan PAS masuk masjid membaca khutbah atau memberi kuliah.

Tidak tahu mengapa?

UMNO tidak pernah menggunakan masjid untuk berpolitik. Saya setuju. Pemimpin mereka juga jarang sekali menyampaikan khutbah Jumaat atau memberi kuliah di masjid. Agak-agak mengapa ya?.

Tidak mahu atau tidak tahu?

Masjid bukan tempat berpolitik!

No comments:

Post a Comment