Tuesday, April 6, 2010

YBK: Orang Melayu Tipu Melayu



Dalam surah al-Ma'un, Allah berfirman yang mafhumnya:
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.."

Kemelut YBK telah terjawab semalam di Ulu Bernam. Kerajaan Negeri telah memenuhi tuntutan masyarakat memberi penerangan dan 'kempen' Pilihanraya Kecil' secara tidak langsung.

Tanah YBK di Serendah. Katanya hendak dibina kampus Uitm. Pengerusi YBK terlalu 'sedih' dengan tindakan Kerajaan Negeri yang mengambil tanah ini. Tanah ini untuk pendidikan orang Melayu katanya. PKR mengkhianati orang-orang Melayu. MB Khalid mengkhianati amanah orang Melayu.

Di hadapan media massa negara. Terutamanya Utusan Melayu, Berita Harian dan TV3. Diulang-ulang lagi perkara yang sama. Khinat, khianat, khianat.

Itu kata Pengerusi YBK.

Tan Sri Khalid mendedahkan bagaimana, tanah yang dijual RM15 seekar tidak dijaga atau diusahakan. Tanah diberi oleh Kerajaan Negeri. Selepas tidak dijaga, tahu-tahu diurus niagakan. Dicagarkan pula kepada bank dengan nilai RM100 juta.

Siapa punya kerja?

YBK adalah agensi kerajaan negeri untuk membantu dan meringankan beban orang-orang Melayu miskin di Selangor. Membantu anak-anak yatim atau yang tidak berkeluarga. Untuk bangsa Melayu. Bukan untuk Cina.

Jika dakwaan Tan Sri Khalid tidakbenar. Pihak YBK wajar mendakwa beliau dengan tuduhan jahat dan fitnah.

Jika dakwaan terbabit benar. Kerajaan Negeri wajar mencari dan menghambat 'penyangak Melayu' yang telah mengkhianati amanah terbabit. Terutama Pengerusi YBK dan bekas MB yang meluluskan cagaran terbabit.

Ini adalah wajar bagi memperlihatkan kepada umum siapa pengkhianat amanah Melayu sebenarnya.

Dalam suasana 'pilihanraya kecil' yang akan datang. Senjata ini molek sekali menjadi bahan kempen menentang pihak yang mendakwa mempertahankan Melayu. Membela Melayu.

PERKASA juga wajar melihat perkara ini. Mungkin ia juga boleh menjadi modal berdemonstrasi di hadapan rumah Khir Toyo.

Dihadapan media massa merekalah wira. Kononya pembela, sedangkan diri penuh duri. Ada saham dalam syarikat tauke judi!. Saya benci orang hipokrit.

Jangan mengkhianati amanah rakyat!

Berkaitan :
Kemelut YBK, MB marah orang Melayu tipu Melayu
Penindas Anak Yatim

No comments:

Post a Comment