Tuesday, April 6, 2010


Pengakuan YAB PM bahawa 'kantung' kerajaan semakin berkurangan membimbangkan masyarakat. Bahkan pengakuan itu dibuat atas dasar mengelak dari pertanyaan peningkatan gaji kakitangan awam.

Najib Razak mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam. Sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5% dan tahun ini dijangka melebihi 5.5% pula. Jadi, bagaimana pula tiba-tiba tidak ada duit?

Ada ke tidak ada?.

Kita menanti jawapan yang konsisten dari Najib Razak.

Sebenarnya, Najib Razak terdesak membuat pengumuman bahawa ekonomi berkembang untuk menarik perhatian masyarakat dalam usaha beliau memperkenalkan GST. Cukai yang diperkenalkan untuk dikenakan secara 'direct' kepada pengguna apabila membeli barangan. Kenyataan beliau juga adalah untuk menarik sokongan penjawat awam menyokong GST.

Ramai orang tidak tahu apa itu GST. Ada masa boleh baca. Sebagai pengguna, kita wajar mengetahui implikasi cukai ini. Baik atau buruk. Buat pertimbangan sewajarnya.

GST sudah ditolak rakyat. Sepatutnya akta tersebut sudah masuk ke Parlimen. Tetapi kerajaan sudah tarik semula. Alhamdullilah. Berkat sokongan semua, kerajaan terpaksa tunduk dengan rungutan rakyat.

Apa guna gaji kakitangan awam dinaikkan sekiranya cukai pula diperkenalkan?. Tidak ada perbezaan. Ada duit RM2000. Barang mahal. Tidak dapat beli apa-apa. Cukai naik, secara tidak langsung harga barang akan naik. Mudah sekali hendak faham.

Di daratan. Harga sekotak Dunhill 20 ialah RM9.30. Di Langkawi cuma RM6.40. Kenapa murah?. Langkawi 'duty free'. Dengan adanya cukai, harga barang agak berbeza.

Kenapa perlu GST?.

Jawapannya kerana 'kantung' kerajaan semakin terdesak. Kerajaan gagal mempelbagaikan sumber pendapatan. Gagal sama sekali. Terlalu bergantung kepada sumber petroleum dan gas menjadikan kewangan kerajaan gagal ditambah dengan baik. Rasuah juga adalah punca 'kemelesetan' kewangan. Sikap memboros kerajaan terutama dalam perlaksanaan program dan majlis juga adalah sebahagian puncanya. Jadi, rakyat dikenakan cukai untuk memperoleh pendapatan. Bijak sekali!

Jadi, mungkin bunyi mengugut bukan?. Hendak kenaikan gaji kena terima GST. Itu kata Najib Razak kepada penjawat awam.

Saya tidak tahu hendak berkata apa-apa. Saya tidak ada sebarang gaji buat masa ini. Mungkin Jun, Julai atau Ogos baru mula ada gaji semula.

Sepatutnya saya dapat duit dari 'pihak' tertentu bulan ini. Tidaklah banyak tetapi cukup untuk saya survive. Tetapi belum ada khabar tentang 'wang' tersebut.

Mungkin dah jadi wang ehsan. Barangkali.

Macam di Kelantan. Sepatutnya royalti. Sebab itu hak kerajaan negeri.

Sama macam saya. Patutnya gaji. Bukankah 'kita' sudah berjanji. Tamat sahaja saya dapat yang hak. Saya sudah menurut perintah. Bagaimana anda?

Bukankah orang tua-tua sudah berpesan, "Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjiya"

No comments:

Post a Comment