Thursday, April 22, 2010

Syukur

Saya mendapat panggilan telefon dari sahabat semalam. Pagi-pagi lagi. Berita gembira telah disampaikan kepada saya. Berita yang sangat-sangat dinantikan. Akhirnya, perjuangan mendapatkan hak saya telah tercapai. Panggilan telefon tersebut adalah berkaitan pembayaran gaji ke atas saya. Pembayaran yang tertangguh itu telah selesai.

Alhamdullillah.

Saya cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak yang sama-sama berusaha menetapkan hak saya.

Jutaan terima kasih kepada sahabat saya di sana. Teman-teman sekerja di sana yang berusaha ke arah tetapan tersebut. Terima kasih juga kepada bos saya. Yang juga bersama-sama menunaikan janji yang telah kita tetapkan dahulu. Terima kasih juga kepada yang lain. Yang membaca isi hati saya. Yang mengerti apa yang saya sampaikan.

Kepada ‘mereka’. Terima kasih kerana akhirnya menunaikan janji.

Pembayaran ke atas saya dibuat melalui cek. Cek itu bertarikh 05 Mac 2010. Jika ‘mereka’ ikhlas, sudah tentu saya tidak perlu menunggu begini lama. Sedangkan, dalam bulan Mac yang lalu saya ada pergi ke sana menguruskan beberapa hal. Kalau ‘mereka’ tulus. Pasti ketika itu saya sudah mendapatkan hak saya. Tidaklah terkejar-kejar sehingga hari ini. Mencatu makan. Mencatu rokok. Tertangguh bayaran kepada bank. Berbagai-bagai. ‘Mereka’ tentu tidak faham. Sudah tentu ada tangan-tangan yang menghalang pembayaran tersebut. Apa sebabnya?. Hanya Tuhan yang mengetahui.

Saya tidak menyimpan sebarang dendam. Cukuplah sekadar itu.

Terima kasih Eyma. Terima kasih Mok. Terima kasih Ustaz. Terima kasih bos!

Semoga Tuhan membalas jasa dan budi baik anda.

Terima kasih kerana bersama saya sehingga hari ini.

2 comments:

  1. Apa yang diperlukan hanya sebuah kesabaran....

    ReplyDelete
  2. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

    ReplyDelete