Thursday, April 22, 2010

Penggubalan Soalan

Minggu ini saya bersama teman-teman Unit Sejarah diminta untuk menyiapkan Soalan Percubaan PMR bagi seluruh MRSM.

Saya diminta untuk mengambil bahagian menggubal soalan bagi Bab 5 Ke Arah Kemerdekaan Negara. Tajuk yang sangat-sangat saya gemari. Saya begitu terpengaruh dengan Sejarah Malaysia. Baik dari Sejarah Melaka hinggalah ke sejarah pembentukan Malaysia 1963. Ini bidang saya. Di kolej dahulu juga, saya mengajar subjek yang sama. Di sini pun, saya berada di dalam bidang berikut.

Ini kali pertama saya menggubal soalan yang bagi pelajar-pelajar yang saya tidak kenali.

Sebelum ini pun saya terbiasa membuat soalan. Namun, kali ini agak berbeza.

Soalan Percubaan PMR bukan calang-calang soalan. Teknik dan kaedah ternyata sekali berbeza dengan pengalaman membuat soalan sebelum ini. Sebelum ini saya lebih diminta untuk mengukuhkan Teori Bloom dalam pembinaan soalan. Tetapi kali ini agak berbeza. Solan Sejarah yang dibuat lebih menumpukan tentang Aras dan Silibus mengikut Buku Teks. Ke semua solan mesti dikeluarkan dari buku teks. Tidak yang lain. Gambar, rajah, jadual, carta, petikan ucapan, maklumat dan lain-lain sentiasa digalakkan dimasukkan ke dalam soalan. Kaedah salam, stimulus dan stamp begitu baru kepada saya untuk dipelajari. Begitu juga lakaran aneka jawapan juga tidak boleh terlalu diskriminasi dengan jawapan yang betul. Tidak boleh ada bayangan jawapan. Tatabahasa dan lenggok bahasa juga diharamkan salah. Begitu teliti. Susunan jawapan juga ada kaedahnya. Bermula Ahad hingga Rabu. Berturut-turut kami menyiapkan 60 soalan. Begitu sukar. Satu hari 10 soalan sahaja yang diterima. Berjam-jam lamanya.

Pengalaman yang sangat berharga.

Saya juga berkongsi pengalaman membuat soalan dengan teman-teman yang lain di sini. Pengalaman menggubal soalan di peringkat Diploma dahulu saya pemerkan. Saya cuba membuat yang terbaik. Mempamerkan pengalaman yang sedikit ini.
Di sini. Saya mendapat pengalaman yang berharga. Saya juga tidak segan silu untuk berkongsi. Manalah tahu kalau-kalau ada yang sudi untuk mendengar. Saya sentiasa bersedia untuk memberitahunya.

Itulah ilmu. Sampai dan menyampaikan. Ilmu yang berkat jika diamalkan oleh seluruh anak-anak didik. Insyallah pahalanya hingga ke mati. Harap-harap begitu.
Saya masih ingat. Apabila diminta untuk menjadi ahli panel Forum Kemerdekaan di kolej dahulu. Saya cuba memberitahu audiens tentang apa yang tidak terdapat dalam mana-mana buku teks Kementerian. Tidak boleh terlalu bergantung kepada satu sumber. Ilmu apa sekalipun. Kita harus mempelbagaikan sumber pengetahuan. Caranya dengan membaca. Bacalah banyak mana sekalipun. Ia tidak merugikan kita.

Dalam forum tersebut. Saya cuba mengeluarkan fakta jumud dari sanubari pendengar. Cuba menerangkan hal yang dikira benar dari hati saya. Cuba menegakkan ilmu sejarah. Cuba mempamerkan kualiti ilmu tersebut. Walaupun tidak selengkap mana. Saya mencubanya. Mencuba dihadapan pendengar yang ada.

Saya mengharapkan mereka mengetahuinya. Mengamalkan dengan baik. Berkongsi dengan sahabat handai dan kaum keluarga. Jika ilmu itu diamalkan mereka. Selagi itulah ia menjadi ilmu yang berkat. Selagi ia berkat selagi itulah diharapkan pahala kepada saya. Semoga ia menjadi baik untuk kita semua.

Itulah berkatnya menjadi pendidik. Guru atau pensyarah.
Kita berhadapan dengan karier yang mulia. Karier yang menjamin pendapatan dan pahala. Saham dunia dan akhirat. Begitulah mulianya pekerjaan kita.

Jangan rosakkan ia.

No comments:

Post a Comment