Sunday, April 18, 2010

Perjanjian 2 Perkara

Pada saat saya meninggalkan kolej. Peperiksaan semester satu baru sahaja tamat. Saat itu juga semua kertas peperiksaan di bawah selian saya siap semuanya. Begitu juga markah bagi semua tugasan yang diberikan kepada para pelajar lengkap semuanya. Tanpa meninggalkan sebarang satu pun.

Begitu juga amanah sebagai ahli sebuah jawatankuasa yang dilantik kolej juga selesai. Dua buah fail dan perisian fail ke dalam komputer juga saya bereskan. Saat saya ke tempat kerja baru, pada waktu cuti saya pernah berangkat ke sana sekali. Saya bertanya, adakah ada yang saya boleh bantu bagi kerja yang saya tinggalkan. Ketua itu menjawab. ‘Tidak mengapa. Semua akak dah settle kan!’. Katanya dia pada saya. Jauh disudut hati, saya tidak mengenal sombong dengan ‘manusia’ yang saya pernah bekerja dengannya. Bantuan yang diberikan serta pertolongan sepanjang saya di sana. Jazakalllah kasiron saya ucapkan kepadanya.

Perjanjian saya setakat dua perkara tersebut. Pembayaran gaji melalui cek akan menyusul sepas tarikh akhir saya di situ. Tamat.

Peperiksaan akhir semester baru sahaja selesai bagi semua peringkat pengajian. Dua bulan berlalu. Selepas saya tamat bekerja pada semester pertengahan.

Mengikut perjanjian. Yang saya meterai bersama Ketua Jabatan. Yang juga rakan. Tanpa melibatkan mana-mana pihak. Baik ‘akak’ yang disebut pada perenggan kedua tadi atau pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal sumber manusia. Baik dari Kedah atau Kelantan. Tidak melibatkan ‘mereka’ sama sekali. Yang jauh atau yang dekat.

Perjanjian hanya dibuat kami berdua.

Kandungan perjanjian. Ialah saya diminta untuk memeriksa kesemua kertas peperiksaan bagi semester akhir. Saya bersetuju. Tetapi selepas dibayar. Selepas saya meninggalkan kolej. Saya diminta untuk menghantar markah atau datang terus ke kolej memasukkan markah ke dalam sistem. Saya juga bersetuju. Tetapi selepas dibayar. Perjanjian tidak melibatkan sebarang dokumen, hitam putih. Hanya melalui lidah yang tidak bertulang. Suka sama suka. Berjanji setia kami berdua. Tidak akan melibatkan pengkhianatan. Saya juga diminta untuk menangguh perjalanan selama sebulan. Tamatkan silibus. Saya juga bersetuju.

Saya tidak menipu dengan selepas dibayar tidak datang ke kolej untuk memeriksa kertas peperiksaan. ‘Dia’ tidak menipu dengan selepas saya berpindah berjauhan menghalang pembayaran. Itu sahaja.

Perjanjian tamat.

Dua bulan berlalu. Saya masih lagi setia menunggu. Pengkhianatan dalam perjanjian sudah mula berlaku, Saat demi saat. Pembayaran gaji ke atas saya tidak lagi berbangkit.

Perjanjian yang melibatkan dua pihak mula dicampur urus. Dicampuri pihak yang semua orang mengenalinya. ‘Mereka’ berpakat. Menahan pembayaran gaji ke atas saya. Berpakat dari Kedah ke Kelantan. Jauh sungguh.

Perjanjian yang dimeterai pada permulaannya. Mula dirosakkan ‘mereka’. Timbul isu-isu baru. Takut dikata orang atau orang yang mengata yang takut?. Takut saya tidak kembali, menipu dan lari. ‘Dia’ takut kerja yang ditinggalkan perlu dibuatnya. Barangkali. Saya meninggalkan banyak kerja. Kata ‘mereka’. Kerja-kerja yang ditangguh. Terlalu banyak. Saya diminta untuk memeriksa kertas peperiksaan akhir terlebih dahulu!.

Perjanjian telah dikhianati. Mula bayar atau selepas itu. Baru dibayar, Kata pertama, bayar dahulu datang kemudian. Perjanjian baru, buat dahulu baru dibayar!. Perjanjian yang dimeterai ‘mereka’ sendiri. Tanpa melibatkan saya. Saya diminta bersetuju.

Saya telefon tanya Jumaat lepas. Sumber ‘manusia’ itu tergagap-gagap hendak menjawab. Disuruh tanya Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendak bertanyanya. Saya bertanya sana. Sana suruh bertanya sini. Mana yang betul?. Buat perjanjian semula.

Mereka telah mengkhianati perjanjian saya.

Saya juga akan menurut mereka. 300 orang pelajar di bawah selian saya. Yang mana kelas mereka bercampur-campur. Pelajar-pelajarnya terdiri dari mereka yang baru hingga ke peringkat ahkhir. Markah mereka beterabur di dalam sistem. Hanya saya yang tahu bagaimana hendak menguruskannya. Fail markah berbentuk manual. Yang diisi dengan pen merah, pensil, bulatan, digelapkan dan cerah. Semuanya penuh maksud. Yang hendak ditambah 5,6,7,8,9,10 markah mereka. Saya juga yang mengetahui. Sudah hantar tugasan, tidak hadir, kehilangan kuiz, pembetangan. Saya juga mengetahuinya. Ada fail tersebut di sana. Saya tidak hilangkan. ‘Mereka’ boleh tengok dan isikan.

Saat perjanjian saya dirosakkan. Saya tidak akan ke sana. Saya tidak akan memeriksa kertas peperiksaan atau memasukkan markah ke dalam sistem. ‘Mereka’ buatlah. ‘Mereka’ boleh kongsi berdua atau bertiga. Buat sikit-sikit.

Saya akan mengkhianati perjanjian.

Kepada 'mereka'. Saya sayangkan anda semua. Saat perut tidak diisi, saat kekenyangan. Saat suka dan duka. Saat gembira dan bersedihan kita mungkin bersama.

Tetapi sekali amanah dikhianati. Saat itulah kita putus hubungan.

Dunia akhirat.

1 comment:

  1. Moral:

    1. Perjanjian hendaklah bertulis.

    2. Kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran.

    ReplyDelete