Tuesday, April 13, 2010

Janji

Anak-anak pelajar kolej tempat saya bekerja dahulu mula menghubungi saya berkaitan dengan peperiksaan akhir semester mereka yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Sebelum perkhidmatan saya tamat di sana dahulu, saya sudah berjanji untuk memberikan tips kepada mereka. Termasuklah soalan-soalan kuiz yang saya tinggalkan pada mereka. Harap mereka membaca dan menyemak semula soalan-soalan kuiz tersebut. Ada yang penting di situ. Ada juga yang sms, telefon dan menghantar email. Saya jawab setakat yang mampu. Saya tidak boleh memberi 'tips' yang lebih-lebih. Saya bukan lagi pengajar mereka.

Soalan dan skema jawapan juga ada pada saya. Saya yang membuat soalan tersebut. Saya juga yang tahu jawapan kepada setiap persoalan yang disoal.

Bagaimana selepas peperiksaan nanti?

'Perjanjian' saya dengan pihak kolej ialah, saya tangguhkan perjalanan saya ke tempat kerja baru dan siapkan segala urusan akademik dan bukan akademik. Setelah semuanya selesai, saya akan diberi bayaran bulan terakhir perkhidmatan saya.

Saya tangguh dan akur dengan perjanjian tersebut. Saya juga diarahkan untuk menyemak dan mengemaskini markah pelajar selepas mendapat bayaran.

Saya akur dan setuju. Itu perjanjian.

Selepas 2 bulan saya ke tempat baru. Status 'perjanjian' tersebut tergantung. Saya begitu komited mengikut perjanjian yang dimeterai bersama dan tangguhkan perjalanan saya ke tempat baru atas arahan dan perjanjian.

Namun, pihak di sebelah sana diam membisu selepas segalanya selesai. Di mana status perjanjian yang kita meterai bersama?.

Adakah masih wujud pembayaran kepada saya?

Atau pembayaran wang tersebut sudah menjadi 'wang ehsan'?

Saya boleh menerima dugaan dan bebanan kewangan hari ini. Saya redha dengan keadaan dan situasi. Wang tersebut mungkin sedikit bagi mereka yang kaya raya, ada ASB atau rumah mewah di mana-mana. Tetapi, bukan orang seperti saya, wang tersebut sangatlah bermakna. Saya bukan orang kaya dan berada. Makan pakai sederhana.

Tetapi, saya berpegang pada janji. Itu prinsip. Apatah lagi kita umat Islam. Mengkhianati perjanjian adalah ciri-ciri golongan munafik. Jangan main dengan janji, ia membawa hingga ke mati.

Tetapkan perjanjian tersebut.

Saya tidak akan memberi sebarang lagi tips peperiksaan kepada para pelajar kerana saya bukan lagi pensyarah mereka. Saya anggap mereka sahabat yang inginkan bantuan.

Saya juga tidak akan menyiapkan sebarang markah dan semakan kertas peperiksaan mereka. Saya tidak ditunaikan janji. Saya dikhianati.

Itu prinsip saya.

Mohon derhaka!

1 comment:

  1. nampaknya kemarahan sudah melanda.... derhaka diperkenankan..

    ReplyDelete