Tuesday, April 13, 2010

Badan Antara Agama: Perlu atau Tidak?

Mufti Perak dan PERKASA antara individu dan pertubuhan Melayu/Islam yang tidak menyokong Badan Anrata Agama yang ingin ditubuhkan kerajaan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Antara Agama yang ingin ditubuhkan juga dihalang sama sekali.

Bagi masyarakat Islam, Islam tidak boleh duduk semeja atau satu kelambu dengan agama-agama lain. Islam adalah agama yang benar dan agama lain belum tentu lagi kebenarannya. Maka, Islam tidak boleh duduk bersama agama-agama lain yang tidak setaraf dengan Islam. Dialog antara agama juga dihalang. Tidak boleh masyarakat bukan Islam mempertikaikan tentang agama Islam. Duduk semeja nanti bimbang pula tuntutan dari penganut agama lain yang semakin melampau. Itu kata Mufti Perak.

Mufti Perak ini kuat jati dirinya sebagai Melayu. Mungkin, ketakutan beliau kepada Cina melebihi takutnya kepada agama Budhha dan Kristian. Saya masih ingat, beliau mendedahkan yang mana orang-orang Melayu telah dimurtadkan menjadi Kristian. Tetapi sehingga ke hari ini, pendedahan itu hanya tinggal pendedahan. Penganut agama Islam masih belum diselamatkan. Mufti Perak barangkali lupa tentang itu. Dia suka berpolitik. Macam saya.

Beberapa pendapat beliau tentang Badan Antara Agama menunjukkan beliau belum bersedia untuk berhujah dengan penganut agama lain.

Saya bersetuju dengan pendapat beliau, bahawa Islam adalah agama yang benar. Islam agama yang suci. Islam tidak sama dengan agama-agama yang lain di dunia ini. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 19, yang bermaksud "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" .

Namun demikian, ulama Islam harus keluar dari kepompong yang sedemikian. Ulama dan para Mufti, yang mempunyai kredibiliti dan ilmu agama perlu berdepan dengan situasi yang mana bukan sahaja penganut agama lain perlukan jawapan malah masyarakat Islam juga memerlukan huraian lengkap berkenaan dengan agama mereka. Agama Islam perlu dihuraikan dengan cara yang berhemah bagi pemahaman semua manusia.

Apa yang perlu?

Hujah dan nas. Akhlak dan adab Islam perlu dipamerkan kepada semua pihak. Berhujah dengan penganut agama lain adalah keperluan yang wajib hari ini. Masyarakat bukan Islam perlu difahamkan dengan beberapa isu yang berbangkit. Duduk semeja dengan hujah. Berhujah dan berhujah.

Panduan kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Apa perlu kita gentar untuk berhujah dengan masyarakat bukan Islam dengan panduan yang kita ada.

Sejarah membuktikan Islam dikembangkan dengan hujah dan nas. Nabi Muhammad SAW yang mengembangkan empayar Islam bermula dengan berhujah menentang masyarakat Musyrikin Makkah. Para sahabat juga berbuat demikian. Imam as-Syafie antara tokoh Islam yang sangat gemarkan dialog dan berhujah. Ulama tersohor, as-Syeikh Dr.Yusof Qaradawi juga sebegitu. Ada sahaja peluang, mereka akan berhujah menegakkan kebenaran. Kerana, itu lah peluang yang paling bermakna bagi mereka 'mempamerkan' hujah Islam kepada khalayak.

Isu 'Kalimah Allah' misalnya. Adalah contoh kecetekan ilmu para alim ulama Islam dan tokoh agama bukan Islam. Oleh kerana kita sentiasa mengelak untuk berhujah dan berdialog, maka cetusan logik akal muncul untuk menjawab. Nas dan hujah diketepikan. Hujah agama yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tidak digunakan. Sebaliknya, emosi dan assabiyyah menjadi rujukan untuk menjawab hal sebegitu. Apa yang berlaku?. Surau dan gereja yang dibakar. Itu Malaysia.

Saya tidak menyokong usaha untuk membentuk Gabungan Agama di Malaysia.

Tetapi jika ada usaha membentuk Badan Antara Agama. Yang menghimpunkan agama-agama di Malaysia. Yang diketuai tokoh-tokoh agama yang berkaliber dan berkualiti. Mencari titik pertemuan dan bersikap terbuka untuk melontarkan hujah dan menerima pendapat. Saya amat-amat menyokongnya.

Asalkan, bukan agen Yahudi yang menjadi ketuanya. Atau ejen APCO Worldwide.

1 comment:

  1. Nampaknya mamat ni lebih tinggi maqam ilmunya dari Dato' Seri Mufti Harussani.

    Mudah-mudahan pihak tu bayar duit dia ikut prinsip janjinya.

    ReplyDelete