Monday, April 5, 2010

Hulu Selangor


Pilihanraya kecil akan ada di sini. Beruntung orang-orang Selangor. Rahmat rezeki kembali lagi di sana. Kembali lebih awal dari negeri-negeri yang lain.

Pilihanraya kecil terlalu berbeza dengan Pilihanraya Umum yang diadakan setiap 5 tahun sekali. Pilihanraya kecil akan membuatkan semua parti-parti politik berhimpun di dalam sebuah kem yang sama. Pakatan dan Barisan.

Apa yang menarik. Negeri Selangor merupakan negeri di bawah Pakatan Rakyat. BN menguasai Pusat. Semua orang tahu, BN amat terkilan sekali hilang Selangor. Mereka lebih redha dengan Kelantan, Terengganu, Kedah atau Perlis. Tetapi Selangor 'luar biasa'.

Di sana tempat para profesional Melayu, Cina dan India bermastautin. Ada IPTA dan IPTS. Ada Profesor, Doktor, Peguam, Pegawai Kerajaan dan lain-lain. Ada juga pusat-pusat ekonomi berprestasi tinggi. Lubuk ekonomi Malaysia. Malah, Selangor adalah 'penyumbang' kewangan kepada Pusat. Puluhan projek menanti. Itu yang buat Khir Toyo ternganga sampai hari ini. Ada orang cakap, dia meratap sedih bukan kerana UMNO kalah di Selangor, tetapi kesedihannya ialah 'hilang' tempat nak sapu duit. Bayangkan, seorang MB boleh memiliki rumah bernilai RM24 juta di Seksyen 7. Kaya betul.

Orang cakap, Seksyen 7 tanah mahal-mahal. Orang kaya sahaja yang mampu beli dan bina rumah di situ. Depan Uitm Shah Alam. Saya biasa jalan di situ. Itu nilai Selangor.

Ada juga orang Melayu biasa yang kaya dan tinggal di Selangor. Ada seorang, kaya sangat-sangat sampai bapa dia pakai kereta 3 biji. Semuanya Honda. Tetapi dia kerja makan gaji. Tak tumpang kekayaan mak ayah. Bagus betul. Ayahnya pakai Honda dan Murano. Yang pelik, dia hanya pakai Proton. Mungkin dia patriotik. Gunalah buatan Malaysia!.

Berbalik kepada Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor. Yang pasti BN menentang Pakatan di sana.

Saya mengharapkan masyarakat di Kuala Kubu, Ulu Bernam dan Batang Kali bermesyuarat bermula dari hari ini. Senaraikan permintaan anda. Padang bola, jalan baru, longkang, parit, dewan atau apa sahaja. Nescaya akan diluluskan!.

Itu rezeki dan rahmat. Pohonlah apa sahaja. Itu nikmat Pilihanraya Kecil.

Pakatan akan menggunakan segala kuasa yang ada di peringkat Negeri untuk memenangkan calon mereka. Janji pilihanraya umum dahulu yang belum selesai akan ditambah janji baru. Senaraikan!

BN seperti biasa. Akan membawa wang berjuta-juta untuk dilonggokkan kepada masyarakat Hulu Selangor. Kempen mewah adalah amalan UMNo/BN dulu, kini dan selamanya. Janji manis di mana-mana. Jambatan di Manek Urai belum di bina. Janji di Bagan Pinang jangan cerita. Sampai sekarang tidak nampak apa-apa.

Kain pelikat, beras, gula, baja, tar baru, jamuan akan diadakan sepanjang tempoh kempen. Rezeki masyarakat Hulu Selangor.

Jangan perbodohkan diri anda.

Pastikan anda membuat pilihan yang tepat 25 April ini.

Selamat berpilihanraya!

1 comment:

  1. dear,

    '...The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"...

    ReplyDelete