Tuesday, March 23, 2010

Right Attitude

Setiap individu mesti mewujudkan sikap yang betul dalam dirinya. Sikap yang betul dalam suasana hidupnya. Sikap yang betul dalam pekerjaannya.

Sikap menjadi 'kunci' kepada segala-galanya. Kalau 'sikap' itu rosak maka akan rosak segala-galanya.

Kebertanggungjawapan kita datang dari sikap yang betul. Tidak perlu motivasi atau ceramah. Tidak perlu dengar celoteh orang psikologi berhari-hari kalau kita ada sikap yang betul.

Di peringkat sekolah. Kerajaan 'terpaksa' mewujudkan subjek-subjek baru berkaitan 'sikap'. Tidak cukup dengan Pengajian Moral, diwujudkan juga matapelajaran 'Sivik dan Kenegaraan'. Kedua-dua subjek ini untuk membina 'sikap yang betul'. Mewujudkan sikap dikalangan manusia yang tidak beradab.

Sikap ada kait rapat dengan akhlak. Tidak cukup ibadat sahaja kalau tidak akhlak. Ramai manusia yang sebegitu.

Kita sudah terbiasa dengan itu.

Ada guru yang mengajar anak bangsa tentang ilmu yang ada di dunia. Peri penting beramal dengan ilmunya tetapi dia sendiri tidak bersembahyang. Itu sikap.

Ada kaunselor yang memberi nasihat tentang peri pentingya 'motivasi' dalam pembelajaran dan
pekerjaan, sedang 'dia' juga mengutuk tempat cari makanya. Itu sikap.

Ada pensyarah yang berteriak setiap hari. Mengingatkan pelajar-pelajarnya tentang masa hadapan, cabaran dunia dan etika manusia. Sedang 'dia' juga melakukan maksiat. Itu sikap.

Ada guru agama. Tidak kira lelaki dan wanita. Menutup aurat dari dahi hingga ke buku lali. Mengingatkan kita tentang dosa pahala, syurga dan neraka. Sedang 'dia' juga mengangkat telefon di dalam mesyuarat, menghabiskan masa dengan 'laman' yang melalaikan. Itu sikap.

Ada ketua. Yang mengingatkan kita tentang komitmen pada syarikat. Kesungguhan bekerja dan menjaga adab dalam organisasi. Sedang dia juga mengkhinati amanah. Menipu dalam tugasannya. Itu sikap.

Ada Menteri. Yang bercakap tentang keselamatan negaranya. Menjauhi segala ancaman musuh luar dan dalam. Sedang dia juga 'menjual' kelengkapan senjata api negaranya ke negara asing.

Ada Mufti. Yang sering bercakap soal fatwa, ijtihad dan hadis Nabi. Berjiwa tegar kerana sukunya. Lantang dalam soal 'dosa' tidak taat pada negara. Sedang 'dia' terdiam membisu dalam soal arak dan judi dalam negaranya. Tidak ada fatwa katanya. Itu sikap.

Ada Raja. Mengharamkan loteri dan nombor ekor di dalam negerinya. Sering mengingatkan kita tentang bahana judi dan loteri, haram berjudi katanya. Sedang 'dia' juga pemegang amanah Pusat Judi terbesar di Asia Tenggara. Sekali sekala makan babi tidak salah katanya. Itu sikap.

Ada pensyarah Komunikasi. Lantang bersuara dalam forum dan ceramah motivasi. Sering mengingatkan kita tentang kemahiran berkomunikasi dalam sesebuah organisasi. Perlu ada kemahiran komunikasi dengan ahli-ahli dalam organisasi. Sedang 'dia' juga kaki mengumpat dan mengeji. Mengutuk rakan sekerja sendiri. Mengata kepada orang yang dibenci. Itu sikap.

Ada ustazah. Menutup sangat auratnya. Terdedah masuk neraka katanya. Dijagai auratnya dari mata lelaki. Tertib dan sopan. Sedang 'dia' sangat suka ber'sms'. Hatta, dalam kelas waktu mengajar, dalam majlis dan urusan rasmi. Itu sikap.

Ada perenang. Mencipta rekod dunia dengan renangannya. Dari utara ke selatan. Dari pagi ke petang, petang ke malam. Tidak pernah dibuat orang. Mencipta rekod katanya. Ketika 'dia' berenang. Tidak sembahyang rupanya dia. Katanya 'dia' dah jamak sebelum berenang. Jamak apa?. 'Dia' sendiri tidak mengetahuinya. Yang pasti bukan berjimak. Itu sikap.

Ada 'kawan-kawan'. Bercakap soal politik negara. Hiruk pikuk 'dia' dengan 'ketuanan bangsa'. Cina dah naik kepala katanya. Semakin melampau ke atas bangsanya. Sayang sungguh 'dia' pada kaumnya. Pulau sudah terjual kepada Cina katanya. Sedang 'dia' memekakan telinga, terdiam seribu bahasa bila bangsa kesayangannya menghapuskan tulisan jawi miliknya, memporak perandakan sistem pendidikan miliknya, menghina Nabinya, menolak hukum al-Quran yang dibacanya, menjual tanah rezab kaumnya pada tauke Cina, memakan rasuah dikalangan anggota keluarga dan merosakkan sistem rajanya. Itu sikap.

Ada pemuda. Berhimpun dan berdemo merata-rata. Mempertahankan kalimah milik agamanya. Agama lain tidak ada hak ke atasnya. Mencabar agama lain berdebat dengannya. Isu lapuk diulang-ulang semula. Kalimah Tuhan itu miliknya sahaja. Sedang mereka. Isteri di rumah tidak bertudung, diketuai peminum arak. Kalimah Tuhan dipertahankan, arahan Tuhan dipinggirkan. Itu sikap.

Ada Perdana Menteri. Memberi ucapan berapi-api. Pertahankan 'Malaun' dalam negaranya. 'Malaun Glokal' katanya. Menganjurkan slogan untuk memupuk perpaduan. Membakar gereja dan membaiki semula. Perpaduan katanya. Untuk hidup aman sejahtera. Sedang 'dia' merompak hasil negara. Berkasih dengan Yahudi. Ada hubungan dengan syarikat Israel. Bertitah sana sini. Jangan membazir katanya. Melawat pasar malam sekali sekala. Sedang 'dia' berbelanja di luar negara, isterinya bersolek penuh muka. 'Malaun Glokal'!.

Ada orang. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Kita kan orang Melayu.

2 comments:

  1. tukang nasihat pun tak berapa betul sangat....

    Gambar bukan main...kepala cekup ketayap...bawah seluar pendek tayang lutut...kalau bukan gambar ko pun..tetap barai jugak.


    hahaa..barai barai..

    ReplyDelete
  2. Don't believe in politics so much la bro. You believe all you read ka? You sure Anwar never 'liwat' orang? You were there when Saiful got 'liwat'? Just a question.

    UMNO is the same la. Sometime rasuah. Got evidence, put in jail. No prob.

    Politics is all about acting la bro. No party is actually for rakyat. They are fighting for themselves. For money, to be the PM. Same je, PR ke... BN ke...

    Kita yg dok fanatik sokong apahal...?

    ReplyDelete