Wednesday, March 24, 2010

Royalti Miyak: Rakyat atau Politik

Isu minyak di Kelantan semakin kusut. Kerajaan Pusat masih bertegas dengan ‘Wang Ihsan’ yang diputuskan bersama mereka. Tanpa melibatkan wakil Kerajaan Negeri Kelantan.


Isu ini berterusan dengan jawapan yang tidak konsisten wakil Kerajaan di Parlimen. Hujah Undang-undang Darurat 196o dipakai pihak Persekutuan bagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan.


Sekali hak rakyat dinafikan dalam perkara ini. Hujah yang sama, alasan yang sama apabila Terengganu juga diambil alih PAS pada tahun 1999 yang lalu.


Pendekatan politik terus menerus dipakai dalam soal ini. Pemikiran pemerintah dalam amalan ‘Federalisme’ yang kita amalkan jauh ditolak. Bagi yang meminati ilmu Pengajian Malaysia. Kita dididik dengan ‘pemecahan’ kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Di sana. Ada beberapa senarai ‘hak’ dan ‘kuasa’ kedua-dua kerajaan ini. Disebut sebagai Senarai. Senarai yang pertama adalah urutan kuasa Kerajaan Pusat. Senarai Kedua berkenaan dengan hak dan kuasa Kerajaan Negeri. Juga, Senarai Ketiga, disebut Senarai Bersama yang berkongsi ‘hak’ dan ‘kuasa’ kedua-dua kerajaan. Amalan ‘Federalisme’ ini diamalkan sejak kita merdeka. Kita diajar begitu. Terbiasa begitu.


Dalam senarai ini. Digariskan beberapa ‘hak’ dan ‘kuasa’ kedua-dua kerajaan. Tidak boleh tidak. Kerana ini amalan polisi Negara. Hak kerajaan Persukutuan menyediakan infrastruktur Negara tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak. Sesiapa pun yang menjadi pemerintah, penyediaan pendidikan, pertahanan, keselamatan Negara, makanan, kebajikan, perkapalan, perumahan, biasiswa dan lain-lain menjadi tanggungjawab mereka. Hak kerajaan Negeri juga begitu. Negeri dipertanggungjawabkan dalam cukai negeri, perumahan kos rendah, pendidikan agama, tanah dan galian, perparitan dan pengairan serta penyediaan taraf hidup masyarakat setiap negeri. Sesiapapun yang menjadi pemerintah negeri. Berhak baginya menyediakan kemudahan ini. Amalan politik dalam perkara ini dijauhkan sama sekali. Kerana, rakyat pembayar cukai berhak mendapat kemudahan dari kedua-dua kerajaan yang ditubuhkan. Rakyat pembayar cukai meliputi kesemuanya. Penyokong UMNO, PAS, PKR, Gerakan, DAP, MCA dan MIC semuanya. Tidak terkecuali. Jadi, merek a berhak ke atas apa yang terhak. Pemusuhan politik bukan jalan penafian ‘hak rakyat’.


Dalam soal petroleum. Kerajaan Pusat dan Negeri memeratai perjanjian bersama. Ditubuhkan Petronas sebagai syarikat korporat yang diberi kuasa oleh ‘rakyat Malaysia’ menjalankan usaha cari gali minyak yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada rakyat Malaysia. Tahun 1974.



Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Ini perjanjian yang mutlak. Disebut dalam Akta Petroleum berkenaan hak kerajaan negeri mendapat royalty 5% dari hasil cari gali minyak di Malaysia. Perkataan ‘on-shore’ dan ‘off-shore’ disebut bagi memudakan perjanjian. Tidak kira di lautan atau daratan. Hak royalti menjadi mutlak. Tidak terpakai istilah ‘3 batu nautika’. Alasan yang cabuk. Sebagaimana disebut oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah, perjanjian di bawah Akta 144 itu ditulis dalam bahasa yang sangat mudah. Bahasa budak sekolah. Sebagaimana arahan PM ketika itu. Bahkan, perkataan ‘cash payment’ juga dimuatkan dalam Seksyen 4 dalam Perjanjian tersebut.

Seksyen 4,

“In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Kerajaan Persekutuan tidak menafikan ada miyak di Kelantan. Mereka hanya menafikan ‘hak royalti’ itu. Pendekatan politik menjadi medan kepada ‘hak’ ini. Pendekatan politik menjadi asas kepada penafian ini. Diskrimasi politik berlaku di Kelantan. Sedangkan, royalti ini bukan untuk kekayaan pemimpin PAS. Ia adahak hak rakyat. Hak rakyat Kelantan 95% lebih yang terdiri daripada orang Melayu. Penafian juga berlaku kepada orang Melayu di sana.


Dalam isu ini. Perkara boleh diselesaikan dengan amalan ‘Federalisme’. Bukankah kita mengamalkannya. Amalan ini perlu diteruskan walau sesiapa pun yang mengetuai kerajaan Persekutuan. Berkenaan dengan soal ‘hak’ dan ‘kuasa’ kita harus mengenepikan soal politik. Royalti minyak bukanlah hanya pembayaran semata-mata. Ia adalah kelansungan tugas kerajaan Pusat menjalankan amanah. Amanah yang dipertanggungjawapkan oleh rakyat mesti didahulukan.


Saya menunggu. Samapai bilakah kita harus berada dalam kepompong ‘politik sempit’. Keterbukaan dan fleksibiliti sepatutnya sudah bermula. Amalan mengkritik kerajaan Pusat tidak patut hanya berada ditangan pembangkang. Penyokong kerajaan Pusat juga bersedia mengkritik dan menasihat jika sesuai dengan isunya. Berkenaan soal hak, sepatutnya ia dimulakan dengan berkesan. Ahli Parlimen dari setiap negeri walaupun berlainan ‘parti politik’ boleh bekerjasama dalam soal tuntutan atau kebajikan negerinya. Kelantan sebagai contoh. Tuntutan ‘hak royalti’ bukan hanya terletak ditangan Husam Musa. Tetapi juga pemimpin yang lain. Yang merasakan dirinya dilahirkan di Kelantan. Adun atau Ahli Parlimen. Saya fikir. Keterbukaan dalam soal ini, mengenepikan politik adalah kunci utama. Kunci di mana amalan ‘Federalisme’ boleh diamalkan dengan selesa.


Perjanjian tetap perjanjian. Sebagai pemegang amanah. Kita wajib melaksanakan tanggungjawab tersebut. Amalan diskriminasi berkaitan ‘hak’ wajib dipinggirkan. Ia perlu bagi mewujudkan pembinaan politik berkelas dunia. Kita menjunjung Perlembagaan dan beramal dengan demokerasi. Amalan politik adalah ‘personal’. Jangan dibiarkan kita terlalu memperlihatkan diri dengan ‘cermin politik’. Sesetengah perkara, kekerasan politik wajar dihapuskan.

1 comment:

  1. 'kekerasan politik wajar dihapuskan'..sy sokong...jacky isabel..

    ReplyDelete