Sunday, March 21, 2010

Cuti Sekolah

Sepanjang cuti sekolah saya betul-betul berehat. Ada juga buat kerja sikit-sikit. Tetapi lebih banyak berehat. Peluang sebegini jarang-jarang dapat. Cuti sekolah adalah waktu yang baik.

Saya ke Kuala Lumpur 5 hari. Berjumpa dengan 'mereka-mereka' yang saya rindui.

Saya sempat meluangkan masa bersama teman wanita saya. Terima kasih di atas layanan yang sangat sempurna. Terima kasih juga dengan hidangan asam pedas dan laksa pada tengahari Ahad. Asam pedas yang sangat-sangat sedap!. Laksa, 2 pinggan saya makan. Itulah makanan yang paling menyelerakan sepanjang berada di Kuala Lumpur. Itu masakan dari Eyma. Dia memang pandai masak.

Saya juga sempat ke CICT. Saya sempat menyiapkan urusan gaji saya yang masih tergendala. Peluang ke sana bukan selalu. Hanya mengharapkan cuti panjang. Namun, urusan gaji masih tergantung dan belum selesai. Saya sempat juga berjumpa dengan Shima, Kamal, Eze, Al-Ham, Ust. Ikhwan, Najib, Ustaz Faisal dan teman-teman yang lain. Ke kangkung minum, ke medan saya minum lagi.

Saya juga sempat ke Sri Kembangan. Di sana, sahabat saya menanti. Kami lepak dan minum sampai 4 pagi!. Walaupun hari bekerja esoknya, Moq tetap melayan cerita-cerita saya. Beliau juga banyak bercerita. Tentang perjalanan kolej dan 'orang-orang' di dalamnya. Banyak. Banyak yang sudah berlaku. Mungkin. Perlu disambung lagi.

Saya juga ke Kajang. Menziarah Atan. Menonton perlawanan antara Mancherter United dengan Fulham. Banyak juga yang dibualkan. Tentang masa depan beliau.

Itu aktiviti saya di Kuala Lumpur.

Beberapa baki cuti saya habiskan di Kulim. Di sana juga banyak ceritanya. Keluarga dan kawan-kawan sekampung.

No comments:

Post a Comment