Wednesday, March 24, 2010

Federalisme yang sedang sakit


Kerusi DUN Titi Tinggi Perlis Tidak Kosong - SPR

PUTRAJAYA, 24 Mac (Bernama) -- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Titi Tinggi, Perlis tidak kosong dan penyandangnya, Yip Sun Onn masih Anggota DUN yang sah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu.

Abdul Aziz berkata setakat ini SPR belum lagi menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan Yip daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat.

"Walaupun Speaker sudah sahkan terima surat itu tetapi selagi SPR tidak menerima sebarang surat rasmi kerusi DUN itu tidak kosong dan hanya SPR sahaja yang boleh memaklumkan mengenai sebarang kekosongan," katanya kepada pemberita.

Ditanya berapa lama Speaker boleh memegang surat peletakan jawatan itu, Abdul Aziz berkata tempoh masa bagi Speaker boleh memegang surat itu tiada dalam undang-undang.

"Itu semua terpulang kepada urusan Speaker dan anak buahnya," katanya.

Semalam, Speaker DUN negeri itu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Yip yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar pukul 3 petang dua hari lepas dan menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Yip, 52, dikatakan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.

Sebaliknya ADUN kawasan Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

BERNAMA

Pendapat saya:

Untuk tujuan pilihanraya. SPR tidak ada kuasa menentukan samada sesebuah kerusi DUN atau Parlimen itu kosong atau tidak. Kuasa SPR adalah menguruskan pilihanraya, mengadakan pilihanraya, mengelola pilihanraya, semakan daftar pimilih, kempen kesedaran tanggungjawab mengundi dan memastikan pilihanraya dijalankan atau diadakan secara telus, adil dan bersih.

Kuasa menetukan sesuah kerusi DUN atau Parlimen kosong atau tidak terletak di tangan Speaker. Speaker Dewan ibarat pengadil dalam sesuatu permainan. Hakim di dalam sesuah Dewan.

Masih kita ingat dengan kerusi Kota Seputeh?

Rujuk Perlembagaan.

2 comments:

  1. oi simpang tiga bodoh bangang bin baghal,,,,,,, kau ni orang muda,, cuba berjuang di atas landasan UMNO, janganlah berjuang di atas landasan PR @ hamPAS tu, sebab mereka ni bukan dalam realiti islam sebenar, kerana mereka ni hanyalah berkepentingan politik sahaja, aku dah lama dah dok dalam parti HamPAS ni, namun dunia semata mata cth, nik aziz terompah, hadi dan semua semua lah badigol je depa ni

    ReplyDelete
  2. Perjuangan atas apa-apa pun perlu tahu prinsip dan ada hujah. Negara demokerasi seperti Malaysia meletakkan hak kepada rakyatnya memilih jalan politik yang dia suka. Tidak ada sebarang paksaan. Yang haq tetap haq, yang batil tetap batil.

    Saya peminat 'National Interest' bukan PAS atau UMNO.

    Saya Melayu dan Islam tetapi tidak terkongkong dengan semangat Assabiyyah Melayu!

    ReplyDelete