Wednesday, March 24, 2010

Beberapa komen di sini menceritakan beberpa ancaman dalam penulisan. Walaupun sekadar komen. Penyokong tegar masing-masing menyatakan pendapat. Dalam negara yang mengamalkan demokerasi dan kebebasan bersuara, amalan memberi pandangan dan kritikan sangatlah digalakan. Dalam pendidikan, krtikan membina dan percanggahan idea juga didorong para guru bagi membina 'sahsiah diri' pelajar dan mewujudkan 'karekter' mereka yang berani.

Namun. Kritikan juga perlu dikawal. Sememangnya hak bersuara itu adalah mutlak tetapi 'hati dan perasaan' masyarakat lain juga perlu dijaga. Jangan kerana terlalu fanatik memberi kritikan, kita lupa 'siapa' di antara kita. Diri dan orang lain. Kritikan yang negatif, menyakitkan hati, mengguris perasaan individu atau masyarakat lain perlu juga di kawal sepenuhnya.

Ada bukan tidak ada ruang. Ruang sentiasa diberi oleh pemerintah bagi rakyatnya bersuara dan mengkritik. Tetapi, sejauhmanakah kita memahami 'ruang' yang diberikan ini. Sejauhmana kita memahami amalan 'demokerasi'?. Sekiranya belum, perlu ada pembacaan terlebih dahulu.

Rambut sama hitam, akal lain-lain. Pandangan saya adalah hak saya. Pandangan saya tidak betul kesemuanya. Ada cacat dan cela. Begitu juga anda. Jangan diserang kerangga di dahan, kalau babi yang merosakkan tumbuhan. Jangan disentuh perkara yang remeh dan picisan. Serangan peribadi dan kritikan yang tidak ada nas dan fakta. Diserang 'picture profile' dari hujah saya.

Pertama, siapa APCO Worldwide?. Berapa tajaan yang dibelanjakan kerajaan bagi syarikat ini untuk imej PM 1Malaysia?. APCO adalah syarikat Yahudi Israel. Yahudi yang dilaknat. Yahudi yang membinasakan rakyat Islam Palestin sejak dari 1948 hingga kini. Mengapa, kita sebagai sebuah negara umat Islam melantik syarikat Yahudi sebagai perunding imej Ketua Kerajaan kita?. Apa perlu Yahudi di negara ini?

Sekiranya, kita terbiasa menuduh si 'anu' ini agen Yahudi, si 'anu' itu pencacai Yahudi, mengapa menyalak sakan bila diri juga dituduh bersengkongkol dengan Yahudi?

Sekiranya, kita menuduh 'si anu' itu peliwat, meliwat sana dan sini. Meliwat dari tahun 1998 hingga kini, mengapa perlu takut dengan tuduhan qazaf kepada yang menuduh?. Mengapa masalah berkaitan syariah ke Mahkamah Awam?. Apa pandangan mufti dengan penghukuman syariah dalam kes ini?. Pendapat peribadi saya, mengikut penghukuman syarie', jika seseorang menuduh seseorang melakukan kesalahan zina atau liwat. Si penuduh perlu membawa 4 orang saksi bagi sabit kesalahan. Kaedah ini dipanggil Qazaf. Menuduh orang lain melakukan zina atau liwat adalah perkara yang sangat berat. Bukan selepas menuduh pergi ke masjid mengangkat sumpah laknat!. Tidak diajar umat Muhammad bersumpah selepas menuduh. Yang diajar adalah membawa saksi. Saksi juga mestilah seorang yang warak dan boleh dipercayai. Kalau saksi tak sembahyang, tak terpakai kita.

Amalan keterbukaan tidaklah salah. Amalan memberi pandangan juga tidaklah salah. Sebagaimana pesan Imam As-Syafie'"Aku kalau berbahas dengan orang jahil aku tidak pernah menang, aku tidak pernah menang tetapi kalau berbahas dengan orang alim aku tidak pernah kalah.”

Selamat berbahas!

2 comments:

  1. nie lah di maksudkan marahkan nyamuk kelambu dibakar..

    ReplyDelete
  2. nmpaknya panjang lebar penelasan cik zul...sy suka....jacky isabel

    ReplyDelete