Thursday, March 25, 2010

'National Interest 2'


Kebanyakkan blog politik didominasi anak-anak muda. Perkembangan yang sangat baik bagi memupuk minat kita semua melansungkan gerakan minda rakyat Malaysia. Politik juga adalah wadah dan medan ilmu. Tidak berpihak. Menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukan. Walauapapun isu, jika kita meletakkan 'National Interest' sebagai rujukan. Kita tidak akan tersasar.

Namun demikian, masih ada anak-anak muda yang terlalu ghairah berpolitik ke arah partisan. Betul atau tidak. Benar atau salah bukan ukuran. Yang menjadi keutamaan adalah parti. Ini masalah.

Keutamaan kita semua adalah negara. Pemimpin datang dan pergi. Kita sepatutnya menjadikan negara sebagai 'hidangan bahas bersama'.

Sebelum ini. Saya banyak menyentuh isu-isu organisasi. Hanya beberapa artikel sahaja berkaitan politik. Namun, saya sangat-sangat berminat dalam isu Perlembagaan dan 'National Interest'. Itu menjadi keutamaan.

Kalaupun sesuatu isu memenangkan PAS atau PR kerana Perlembagaan, apa masalahnya?
Kalau sesuatu itu salah dan tidak betul dipihak UMNO dan BN, apa masalahnya mengkritik?

Hujah adalah perkara boleh dibincangkan. Asalkan dalam ruang lingkup Perlembagaan. Bukan partisan dan assabiyyah!. Saya benci.

Oleh yang demikian. Kepada sahabat-sahabat blogger, anak-anak muda sebagaimana saya. Marilah kita berhujah ke arah 'Politik Moden'. Keutamaan kita adalah negara. Bukan parti. Saya syorkan kepada sahabat-sahabat blogger yang lain. Tambahkan ilmu masing-masing dengan Konsep Federalisme, Pengajian Malaysia, Undang-undang, Konsep Demokerasi, Konsep Pengasingan Kuasa dan lain-lain berkaitan 'Ilmu Sains Politik'. Sebagaimana pesan Hamka, "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"

Jangan berhujah mengikut-ngikut. Berpolitik kerana orang, menentang dengan batang pisang!

No comments:

Post a Comment