Tuesday, March 30, 2010

Brainstorming


Saya sudah biasa dengannya. Program brainstorming adalah agenda program kegemaran saya. Di sana, pecahan minda dan kepelbagaian pendapat akan kita dengari bersama. Kita juga tidak terkecuali bersuara. Saya jarang hanya membawa telinga. Pasti ada suara. Walaupun dengan berkata 'setuju'.

Semasa di sektor swasta dahulu, saya sempat mengikuti program brainstorming syarikat. Walaupun baru bekerja 3 bulan, saya sudah bersedia menghadapi individu-individu yang jauh berpengalaman dan berpangkat. Tidak janggal pada saya.

Di sini. Pada Ahad lepas diadakan program brainstorming untuk guru-guru dan staf. Agenda pembangunan sekolah. Kumpulan saya mendapat tajuk 'Fleksibiliti dan Keterbukaan'. Saya menjadi jurucakapnya. Idea dan isu juga datang dari saya. Kami sama-sama berbahas dengan penuh bijaksana. Ahli kumpulan juga tidak kurang yang bersama-sama memecahkan minda bagi mendapat hasil yang terbaik. Di sini. Tidak ada yang 'main'main. Agenda pembangunan sekolah adalah agenda negara. Kami bekerja untuk kejayaan masyarakat dan negara. Melahirkan manusia yang unggul. Beban yang maha berat.

Prinsip saya untuk agenda pembangunan ilmu terus bergerak. Seiring matlamat saya kepada negara.

1 comment:

  1. muka nak sama dengan khairy jamaluddin.. adik dia ker???

    ReplyDelete