Wednesday, March 31, 2010

APCO-UMNO


Kita masih menanti jawapan-jawapan dari Kerajaan berkenaan dengan isu ini. Bola tanggung yang diberikan Ahli Parlimen BN telah dijawab dengan fakta oleh Yb Ketua Pembangkang.

APCO Worldwide sememangnya ada hubungan dengan kerajaan. Hubungan yang meliputi 'pandangan imej atau nasihat'. APCO juga mempunyai hubungan yang rapat dengan agenda Zionis.

Mana perginya kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam. Kalau pemuda UMNO berteriak sakan isu Kalimah Allah dan 'Take Beer' di Selangor, mereka juga perlu respon isu ini kepada UMNO. Sebagai parti tunjang 'Ketuanan Melayu'. Kita juga mahu PERKASA, Pro-Waris, Pemuda P.Pinang dan yang lain-lain memainkan peranan yang sama. Mengherdik kerajaan dalam isu ini. Jangan hanya bertopengkan 'assabiyyah'.

Pemuda PAS dan PKR tidak terkecuali. Mereka mendedahkan segala dokumen berkaitan. Blogger Pakatan Rakyat juga sedang berusaha keras ke arah tersebut.

Bagaimana anda?

Mahu mendiamkan diri atau terbabit sama.

Hubungan APCO-Malaysia akan bertambah erat selepas ini. Seikat pisang setandan, serumpun serai.

Tanggungjawab kita mendedahkan hubungan sonsang Malaysia-Israel. Negara Yahudi yang sememangnya dibenci umat Islam.

Apakah tidak ada syarikat tempatan untuk dibiayai kerajaan bagi tujuan komunikasi?. Apa perlu syarikat Zionis bertapak di sini.

Menuding jari orang lain 'agen Yahudi' memang mudah. Berpakat secara diam dengan Yahudi adalah perangai Dajal!.

Jangan bertopengkan 'Islam' yang indah.

Kebencian terhadap kerajaan semakin meluap-luap. Jaringan istimewa APCO-UMNO wajar ditentang!

No comments:

Post a Comment