Tuesday, March 30, 2010

Saham Assabiyyah


Kenyataan Lim Guan Eng tentang isu kehilangan saham Bumiputera sebanyak RM52 billion adalah suatu yang sangat menyakitkan hati. Walaupun ada rakan-rakan kita yang masih ragu-ragu dengan kenyataan tersebut, ia wajar disemak dan disiasat. Buktikan sekiranya Lim Guan Eng berbohong. Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub juga pernah mendedahkan angka ini.

Kejutan bukan hanya pada saya. Malah masyarakat yang lain juga, yang mengakui 'Ketuanan Melayu'. Seorang pemimpin Cina mendedahkan, bagaimana saham milik orang Melayu telah dirompak oleh 'perompak' yang kita kenali. Ke mana hilangya saham tersebut?. Siapa yang mengambilnya?. Siapa yang merompaknya?.

Dalam keadaan masyarakat Melayu tertekan dengan 'dana' sampah yang diwujudkan kerajaan, kita dihimpit dengan jurang kaya-miskin yang hebat, ada pula manusia khianat yang merompak 'dana' milik Melayu. Salah siapa?

Jangan menuding jari kepada DAP atau Guan Eng. Siapa yang memerintah sepanjang 50 tahun selepas merdeka?. Bukankah bangsa kita sendiri?.

Amat malang. Kehilangan saham Bumiputera ini didedahkan oleh pemimpin kaum lain. Pemimpin yang dituduh rasis, pelampau, chauvanis dan komunis oleh orang-orang Melayu.

Mana suara pemimpin-pemimpin UMNO, PERKASA, Ahmad Kassim, Zul Noordin, Zahrain dan lain-lain pemimpin Melayu yang sering menyalahkan bangsa lain ketika 'hidup' masyarakat Melayu kian terhimpit.

Mereka terhimpit bukan kerana bangsa Cina, DAP, Gerakan, MCA atau PKR. Tetapi bangsa Melayu itu 'ditekan' oleh bangsanya sendiri. Ditekan dengan dasar amalan kronisme dan rasuah. Tender projek hanya diberikan kepada 'puak-puak' sendiri. Tanah dan sumber galian diagihkan sesama mereka. Kontraktor Melayu yang 'mesra' pembangkang dinafikan peluang. Biasiswa anak-anak Melayu terjejas. Peruntukan pendidikan yang disekat berbillion-biliion kerana kesempitan wang akibat pembaziran. Projek terbengkalai. Politik baja dan subsidi. Stadium runtuh. Inilah pendekatan 'bangsa' kita.

Beberapa artikel saya menyentuh tentang kesedaran masyarakat. Jangan kita dibuai jeritan penyokong-penyokong assabiyyah Melayu di Malaysia.

Jangan jadi macam ayam bapak, kokok berdera-derai tapi ekor penuh dengan shit!

No comments:

Post a Comment