Thursday, April 1, 2010

Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang


MEB yang dirasmikan pada Selasa lalu memuatkan satu suruhanjaya. Beberapa pihak agak melenting dengan penubuhan suruhanjaya tersebut. Terutama PERKASA.

PERKASA, menurut Presidennya, Ibrahim Ali membuat ulasannya di sini.

Saya berpendapat ia adalah satu hujah retorik dari seorang pemimpin politik seperti Ibrahim Ali. Sifirnya mudah. Ibrahim akan terus dikongkong hawa nafsu assabiyyahnya. Pemahaman tehadap Artikel 153 menjadi taruhan beliau.

Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang adalah sebuah projek baru negara. Pendekatan kerajaan dalam meluaskan peluang rakyat Malaysia mendapat 'peluang' dalam apa jua bidang wajar disokong. Kita harus mengeluarkan diri kita dari cengkaman api perkauman. Sebagaimana biasa di mana-mana negara berbilang kaum. Penafian terhadap kaum-kaum tertentu wajar dihalang. Dalam hal ini, saya menyokong penuh hasrat kerajaan mengembalikan semangat Bangsa Malaysia.

Peluang orang-orang Melayu mengembangkan bakat dan kebolehan tidak pernah dihalang sama sekali. Bahkan, kita mendapat lebih banyak peluang dari kaum-kaum lain. Artikel 153 membuktikannya. Namun, sejauhmanakah kita menggunakan peluang tersebut. Sejauhmana kita membantu orang-orang Melayu meningkatkan pendapatan mereka dan keluar dari garis kemiskinan?

DEB sebagai contoh. Dasar yang dibuat bagi meningkatkan ekonomi Bumiputera dalam negara. Setelah 30 tahun dasar itu bergerak, berapakah ekuiti Bumiputera yang terhasil darinya. Sasaran kita 30%. Adakah kita mencapainya?. Sekiranya belum, perlu ada usaha semua pihak ke arah pencapaian tersebut. Melalui dasar atau tindakan.

Apa yang berlaku?. Kekayaan Bumiputera tidak seimbang sebagaimana yang dirancang. Projek dan peluang yang diagihkan melalui DEB tidak ke sasaran yang tepat. Ia peluang berbentuk 'selektif'. 'Selektif' yang bergantung kepada politik. Ini yang membuatkan dasar ini gagal.

Apa perlu PERKASA membuat bising terhadap Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang sekiranya DEB dikihinati melalui 'peluang' orang-orang Melayu. Peneroka dikhinati FELDA. Penswastaan GLC kepada 'individu-individu' tertentu yang berkepentingan dalam politik. Kontraktor kelas F yang mengalibabakan projek kepada bangsa lain. Pengkhiantan dalam agihan baja dan subsidi. Tidak aktif dalam pembinaan rumah kos rendah. Dan lain-lain program yang sepatutnya menjadi agenda DEB membantu orang-orang Melayu dilupakan begitu sahaja.

Jangan berselindung disebalik Artikel 153. Memomokan orang-orang Melayu tentang 'hak dan keistimewaannya' yang dirampas secara senyap dan berselindung.

Jika benar PERKASA ikhlas. Tolong kembalikan hak biasiswa pendidikan kepada anak-anak orang Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran. Bukan dengan menggunakan helah sebagai pejuang Melayu jika 'hak biasiswa' anak-anak Melayu yang dikategorikan sebagai hak keistimewaan orang Melayu pun tidak mampu dikembalikan.

Ibrahim Ali adalah 'oppurtunist'. Bijak mengapi-apikan masyarakat melalui ucapanya.

Sekiranya anda ada Ijazah Sarjana Muda. Pasti tidak termakan kata-kata Ibrahim dan PERKASA.

Kalau bangsa lain tidak berhak ke atas apa-apa peluang di Malaysia. Masyarakat Cina dan India pembayar cukai juga berhak menghentikan pembayaran cukai mereka pada kerajaan. Mungkin Ibrahim boleh mencari sumber sendiri untuk dirinya. Ibrahim adalah wakil rakyat. Gajinya dibayar oleh kerajaan. Kerajaan mendapat sumber kewangan dari rakyat jelata pembayar cukai. Rakyat jelata pembayar cukai datang dari semua kaum. Bukan Melayu sahaja yang mebayarnya. Mengapa kita yang mendapat 'makan' dari sekalian rakyat hendak menafikan peluang mereka.

Oh, saya lupa. Ibrahim tidak perlu mencari sumber 'makan' yang lain. Bukankah Ibrahim ada saham dalam syarikat Vincent Tan. Saudagar judi itu. Malah, Ibrahim juga bekerja di bawah seorang Melayu bernama, Danny Tan!

Kaitan lain:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/58264-nazri-perkasa-ngo-oportunis-politik

No comments:

Post a Comment