Tuesday, December 15, 2009

Sultan dan Raja

Sebelum pulang ke rumah sebentar tadi, di pejabat, ada seorang teman bertanya berkenaan dengan isu 'Institusi Beraja' di Malaysia. Dalam keadaan suasana hari ini, ramai pihak berminat sungguh dengan 'Institusi Beraja' ini. Saya orang sejarah, mendapat pendidikan sejarah di Universiti Malaya. Tidak lah pandai mana, boleh lah sekadar memberi pendapat.

Ditanya kepada saya, kenapa selepas pemergian penjajah British dari Tanah Melayu tidak dipulangkan 'Institusi Beraja' kepada Sultan di Melaka. Sedangkan Melaka lah negeri pertama yang mengamalkan amalan beraja ini.

Jawapan saya, selepas perginya British dari Tanah Melayu, tidaklah British pergi begitu sahaja. Amalan budaya dan sistem peninggalan British itu terus diamalkan oleh kita. Pemberian 'Merdeka' kepada Tanah Melayu tidak mutlak. Sistem Negeri2 Selat, Negeri2 Bersekutu dan Negeri2 Tidak Bersekutu tidak kita usik untuk mengubahnya. Diamalkan dan dipakai. Negeri yang tidak beRaja dan berSultan diteruskan juga. Tidak ubah kita.

Begitu juga dengan 'Perlembagaan Persekutuan' Tanah Melayu, dipakai kita apa yang ditinggalkan British. 'Suruhanjaya Reid 1948' bagi membentuk 'Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948' dipakai kita. Tak ubah juga walaupun yang memerintah selepas Bristih 'orang kita'. Merdeka? Ya kita Merdeka. Tak boleh kita nafikan perkara ini. Kalau berani kita, kenapa tak diubah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu selepas perginya British. Barangkali ada wala dan waad 'orang kita' dengan Mat Salleh. Jadi, dah 50 tahun lebih merdeka pun dipakai kita apa yang ditinggalkan oleh Lord Reid itu.

Ditanya lagi, apa untungnya ada Sultan dan Raja di Malaysia?

Jawapan saya, zaman Kesultanan Melayu, Raja dan Sultan dianggap Kerajaan. Ada Raja ada Kerajaan. Itu untungnya. Kerana berdiri teguh kerajaan itu dengan adanya Raja dan Sultan. Tak runtuh kerajaan kalau ada Raja, selagi ada Raja. Hari ini, sistem itu diubah British, Raja hanya jaga Agama Islam, Adat Istiadat orang-orang Melayu dan Hak Keistimewaan orang-orang Melayu. Boleh rujuk dalam perlembagaan, Perkara 153. Itu untungnya. Betul ke jaga, saya tak tahu. Sistem yang kita guna pakai mengasingkan itu semua. Raja jadi lambang dan simbol semata-mata. Semua orang tahu Raja tak buat apa-apa. Tapi apa boleh buat, British tinggalkan begitu, kita ikut begitu. Tak berani ubah kita. Ikut sahaja. Ikut, ikut.

Apa untungnya? Barangkali untung kita boleh dapat Dato' kalau ada Sultan dan Raja. Kalau tak ada Raja dengan Sultan nak cari mana gelaran Dato'. Bukan ada jual di Tesco!

Itu jawapan saya.

No comments:

Post a Comment