Wednesday, December 16, 2009

Disember: Harapan dan Kenangan

Bulan ini, banyak agenda yang berlaku. Beberapa peristiwa mencatatkan suka dan duka. Di awal Disember, sambutan Konkesyen ke-6, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, tempat kerja saya, telah diadakan di dewan serba indah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Semuanya berjalan lancar.

Diadakan 'post-mortem' selepas majlis berlangsung. Tak semena-mena nama saya disebut-sebut sebagai 'pencetus' kepada satu masalah yang sengaja diada-adakan. Hilang 10 min ditempat bertugas! Kecoh, seolah-olah saya merosakkan majlis. Dikambing hitamkan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin bagi menutup kesalahan mereka. Saya terdiam. Tiada tempat mengadu selain dari menghemburkan kata-kata pada teman-teman sekerja. Itu sahaja. Saya tiada masalah ditegur, dinasihat. Biasa orang muda, kadang-kadang berjalan tersepak batu, jatuh juga. Tiada sempurna kita. Saya harap 'mereka' pun begitu. Boleh ditegur dan nasihat sebagaimana saya. Itu sahaja.

'Brainstorming Jabatan'. Banyak idea-idea menarik bagi meningkatkan sekolah pengajian. Tiada pernah diam saya dalam brainstorming. Pengalaman brainstorming Kolej di PD digunakan semahu-mahunya. Idea? Ada tapi kurang menarik dari teman-teman. Walaubagaimanapun saya sentiasa berlapang dada dengan hujah dan idea. Gembira saya dengan perkembangan akademik di Jabatan. Berlumba-lumba teman-teman melontarkan idea bagi membangunkan Jabatan dan Kolej. Setidak-tidaknya tidak jadi lembu kenyang mereka.

Perjalanan terus ke depan. Idea-idea dikemaskini bagi meningkatkan mutu akademik dan perkembangan kolej disusun rapi. Saya? Belum nampak keberkesanan di pihak saya. Emosi saya agak terganggu kebelakangan ini. Sentiasa berfikir bagi meningkatkan kemahiran baru dan peluang-peluang baru. Nama saya kurang disebut. Saya agak kebelakangan beberapa minggu ini. Jarang disebut. Jarang dipanggil bagi tujuan itu. Itu sahaja. Teman-teman tetap bersama walaupun masing-masing ada agenda. Saya terlupa. Bulan Disember ini peluang mendapatkan bonus masih terbuka. Semua berlumba-lumba. Mungkin ada agenda. Saya tak tahu. Saya? Masih dibelakang, mengharapkan sesuatu di bulan Disember, bukan pujian, bukan bonus. Ada yang lain. Saya masih tunggu. Setiap hari. Itu sahaja.

Saya suka jadi penggerak dan bertempur bagi tujuan akademik. Tidak kira di mana. Saya bukan macam teman-teman lain. Ada yang lantang dan pendiam. Saya suka bekerja. Apa-apa pun, bagi sahaja insyallah saya akan berkerja, buat macam biasa. Saya tak suka nama saya disebut, dipuji, dipanggil, dijadikan topik. Siapa saya. Saya cuma tahu Sejarah. Tak banyak pun. Itu sahaja. Mungkin itu sahaja yang ada pada saya. Saya tiada idea seperti mereka. Saya tidak kreatif. Mungkin tugasan saya hanya mengajar, bukan mengetuai mana-mana kumpulan atau disebut sebagai penggerak utama. Mungkin belum tiba.

Saya suka suasana itu. Walaupun ada perasaan cemburu melihat 'mereka'. Tiada salah mereka pada saya. Mungkin saya terlalu emosi. Bukan kerana itu sahaja. Banyak perkara lain. Walaupun teman-teman ada tapi saya kurang arif perasaan mereka. Mungkin saya terlalu emosi. Mungkin.

Nasib saya baik, saya masih ada 'mereka' yang memahami. Walaupun jauh tetapi mereka ada. Ada sentiasa dengan saya. Selau ada. Sentiasa ada. Itu sahaja.

1 comment:

  1. Saudara..

    Saya tertarik untuk membari komen terhadap apa yang saudara luahkan..

    Mungkin ianya sekadar kata2 perangsang dan juga mungkin sebagai motivasi terhadap keluh kesah hati saudara..

    Dari apa pembacaan saya saya tahu saudara memang dilahirkan sebgai jiwa pendidik.. minat yang mendalam terhadap dunia pendidikan..
    Tahniah dan syabas!! Jiwa saudara jiwa yang suci dan murni..

    Berkaitan dengan susana rakan sekerja biaser lah saudara... itu perkara biasa.. anggap mudah sahaja dan jgn bebani masalah dengan rasa yang yang tak tentu.. Hiduplah sepnuhnya hari ini..

    Bagus diwujudkan persaingan di tempat kerja. dengan cara yang di buatdi tempat kerja saudara. ini secara langsung memotivasikan pekerja.. tapi ini pendapat saya .. cara sebegini ader pro dan kontra.. kalau kita lihat dari aspek gelagat organisasi secara keseluruhan ianya hanya akan dapat memberikan kebaikan kepada sesetngah individu yang mempunyai keupayaan berdasarkan kehendak organisasi.. tak semua orang ader keupayaan begitu saudara..

    Oleh yang demikian, perlu merancang cara yang berlainan untuk memberikan motivasi kepada keselurahan organisasi . supaya semua aspek dalam organisasi turut terlibat dalam proses ini..

    Barulah efektif dan effisyen ..

    Itu sahaja..

    ReplyDelete