Tuesday, December 15, 2009

RAJA MELAYU RAJA BERDAULAT: Mitos atau realiti?

Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba.Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah Tuanku.Tetapi jikalau anak cucu Tuanku dahulu mengubahkan dia,(maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.”Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.

Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada Rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya”

Petikan dari GGMM.

Di atas, petikan 'waad', 'wala' atau apa benda lagi istilah yang diperkatakan oleh orang Melayu berkenaan dengan taat setia, tidak derhaka, tidak melakukan pengkhianatan dan dalam erti kata yang mudak tidak 'menikam seseorang dari belakang'!.

'Waad' ini terus dikhayalkan kepada orang Melayu tentang perjanjian rakyat dengan dengan si Raja/Sultan Melayu. Benarkah adanya 'waad' seumpama ini? atau mitos ciptaan orang-orang Melayu sendiri. Sebagaimana mitos dalam slogan haprak 'Ketuanan Melayu'. Melayu nak jadi 'Tuan' di negara sendiri. Tetapi sentiasa cemburu dengan kejayaan bangsa lain. Maaf, blog ini tidak menyokong sebarang kelaku 'Rasis', 'assabiyyah', fanatik pada mana-mana kaum. Kita perlu liberal kalau nak berjaya!

Justeru, pandangan anda diperlukan dalam isu 'Waad' ini. Mitos atau realiti? Melayu oh Melayu!!!

1 comment:

  1. Saudara,
    Sultan pun manusia biasa.. darah yang mengalir pun merah jugak.. sama seperti rakyat yang lain..

    Saya sendiri pun masih dalam pencarian terhadap kepastian sebenarnya peranan sultan dulu kini dan masa depan.. Adakah masih relevan peranan sultan ini di masa depan?

    Jika kita lihat dalam konteks sejarah.. dahulu sebelum merdeka... ketika era kesultanan melayu melaka , sultan dilihat sebagai elemen tampok pimpinan.. sentimen orang melayu.. sehingga tuah sanggup mengadai nyawanya utuk sultan.. jebat dianggap derhaka kerana menegak kebenaran utuk saudaranya sendiri???
    Apabila British hadir kekuasaan sultan peranan sultan di hadkan kepada hal orang melayu dan agama sahaja dan pada ketika ini kita lihat ramai" jebat" di lahirkan semata-mata untuk mendapatkan hak merdeka itu sendiri..

    Dan hari ini.. konsep itu masih sama.. cuma ada segelintir "manusia" yang cuba menggunakan isu ini untuk kepentingan mereka sendiri.. kenapa pulak baru sekarang mereka mmeprtikaikan kewibaan sultan semata-mata untuk kepentingan ideologi mereka??

    Bagi saya pada hari institusi sultan tidak boleh di campur dalam kancah politik negara.. Institusi ini kena di asingkan.. Bila dah masuk campur akan huru hara lah jawabnya...

    Soal-soal Ketuanan Melayu dah tak relevan lagi di abad ini.. Orang melayu kena sedar apa yang mereka ader sekarang..Jangan sibuk terpekik terlolong memdebatkan isu kaum melayu padahal mereka sendiri yang merosakkan nya..

    Sekarang dah abad baru, ideologi baru.. kita kena bersaing dengan kaum lain belajar untuk jadi satu
    bukan nya kembali ke suatu masa dulu.. buat penat jer cakap pasal perpaduan kalau "mereka-mereka" sendiri yang menjadi dalang terhadap isu ini..

    Agak nya dah tak der modal kot????

    ReplyDelete