Wednesday, December 16, 2009

Berhenti Berharap

Petang tadi sebelum balik, teman-teman dibahagikan tugasan masing-masing dalam usaha memperkasakan Jabatan. Saya ada. Mendengar dengar penuh minat. Teman-teman pun mendengar juga. Masing-masing memberi perhatian. Semuanya penting. Tugasan yang rata-rata sudah dibincang, diperkemas bagi memastikan ia terjadi. Semuanya mengharapkan ia berlaku. Sama seperti saya. Seketika saya terdiam. Dalam perbincangan itu tiada satu pun tugasan diberikan pada saya. Barangkali bukan dalam kepakaran saya. Itu saya terima. Habis penerangan nama saya tidak disebut juga. Sedar tak sedar perbincangan tamat. Tiada nama saya dalam pemberian tugasan tersebut. Saya terpinggir lagi. Saya terima. Barangkali belum tiba masa saya diberi tugasan. Teman-teman saya beruntung. Mereka dapat. Saya belum lagi. Mungkin saya perlu terima hakikat. Belum tiba lagi masa saya. Saya dah berhenti berharap. Barangkali saya perlu menyusun sendiri untuk diri saya. Bukan berharap. Barangkali begitu.

2 comments:

  1. saudara..
    Dalam kehidupan kita tak semua kita impikan akan jadi kenyataan.. apa yang kita perolehi hari ini mungkin juga di dorong oleh kenangan silam masa lalu kita..Walaupun kita sudah berada jauh ke hadapan kita jangan sesekali lupa untuk menoleh kebelakangan siapa kita di waktu kita dahulu.. siapa orang-orang yang bersama dengan kita terdahulu..

    Ingin Saya kongsikan pesanan bonda saya (mungkin jua boleh menjadi ingatan kita semua)apabila kita rasa dukacita nangislah sepuasnya kerana ini mungkin mengurangkan rasa hati kita.. jika kita berada dalam keadaan sukacita.. ader perkhabaran gembira ingatlah jangan seronok sangat takut berduka.. (Saya Sendiri pun tak paham pesan bonda saya) orang tua-tua ader banyak maksud tersirat..

    Saya paham perasaan saudara .. saya juga pernah menghadapinya apabila semua merasakan saya tak wujud. kerja-kerja yang biasernya saya ketuai di berikan pada orang lain.. apa masalah nya? saya di beri pujian atas kerja saya.. tapi itu dulu knp tidak sekarang ? Saya balik dan terus mengadu kepada bonda saya yang saya dah tak penting kepada syarikat di mana saya bekerja..

    Lalu binda saya menasihati saya.. Hidup umpama sebuah roda.. ader putaran.. dulu kita diatas sekarang tiba kita di bawah.. terima hakikat dan bila roda itu berpusing kita pasti ke atas.. satu lagi pesanan bonda saya.. Jaga hati Orang.. kadang2 bahasa kita keluarkan itu bila orang kecik hati(tambah-tambah orang yang paling dekat dgn kita) ianya turut menyekat rezeki kita saudara..

    Saya tiada niat untuk mencampuri atau berleter atau berceramah .. tapi jadikan ianya satu amatan untuk kita semua..


    Amin.

    ReplyDelete
  2. saudara,

    Pernah dengar tak ungkapan kata orang "kalau kita kejar rama-rama payah betul nak dapat nak tangkap tapi kalau kita biarkan rama-rama tue pasti dia akan datang sendiri hinggap kat kita kan"


    ha... macam mana?

    ReplyDelete