Monday, October 4, 2010

Bila manusia berhati syaitan...


Berikut adalah jawapan DS Najib apabila menjawab soalan Ahli Parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.

“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”

Pasti terhibur dan geli hati melihat pemimpin-pemimpin UMNO menjadi juara bercakap dan memberi ulasan tentang wang hasil judi, haram dan halal.

TV3 dan Utusan Malaysia antara yang paling gembira mempersembahkan pada kita tentang cerita 'pemulangan semula wang ehsan RM100 kepada warga emas' yang dikurniakan Kerajaan P.Pinang.

Ada yang sedih, menangis, rasa tertipu dan gundah gulana. Takut berdosa makan duit haram.

Azhar Ibrahim dan lain-lain pemimpin UMNO betul-betul menabur fitnah dan berniat jahat. Ia jahat sama sekali. Kalau Muhyiddin Yassin menuduh Anwar Ibrahim membuat dosa kering di luar negara. Pemimpin UMNO dengan bantuan TV3 dan Utusan Malaysia menjadi ejen syaitan menabur dosa basah dalam negara kita.

Ulasan dari segi hukum agama saya sudah tuliskan pada posting sebelum ini. Begitu juga dengan pendapat Dr. Asri, mantan Mufti Perlis berkenaan hal itu. Juga saya selitkan pada posting sebelum ini.

Saya tidak mahu menanam perasaan benci pada pemimpin UMNO. Kerana mereka juga beragama dan sebangsa dengan saya. Tetapi, kebencian saya begitu ketara sekali melihat telatah bodoh pemimpin UMNO memperbodohkan orang-orang Melayu yang kesemuanya adalah warga emas. Apa salah dan dosa mereka untuk tidak mengambil wang RM100 itu?. Sudahlah sebelum ini. Ketika Gerakan dan UMNO bersatu tenaga memerintah P.Pinang tiada sebarang bantuan khusus diberikan. Sekarang bila Pakatan Rakyat berbuat yang baik. UMNO pula menjadi ejen penghasut yang nyata sekali sifat syaitan bertopengkan manusia.

Lihat?. Betapa bodohnya pemimpin Melayu bermain politik. Kalaulah ini ukuran mentaliti UMNO menggunakan isu berperang saraf politik dengan Guan Eng. Ia mencerminkan betapa rendahnya mutu politik UMNO P.Pinang.

Apa pembelaan UMNO P.Pinang ketika Koo Tsu Koon dan Gerakan 'membangunkan' P.Pinang sehingga mengenepikan orang-orang Melayu di sana?. Tanah-tanah yang dibangunkan dengan rumah-rumah mewah kepada bangsa lain. Di mana kedudukan orang Melayu?. Di mana Arif Shah dan Azhar Ibrahim?. Membantu membolot kekakyaan dengan Koo Tsu Koon atau merancang sesuatu kepada kebaikan orang Melayu?

Apa salahnya kalau UMNO P.Pinang bersaing secara sihat dengan bermain politik ijazah sarjana muda di P.Pinang?

Kalau Pakatan Rakyat bagi RM100, UMNO bagi RM200.

Kalau Guan Eng bagi RM1000 untuk wang bantuan urusan jenazah, UMNO bagi RM1500.

Siapa untung?

Rakyat dan bangsa Melayu.

Bukan menjadi penghasut kepada politik fitnah dan dendam adu domba yang bodoh seperti sekarang.

Saya masih ingat. Ketika Kerajaan Kelantan melancarkan Skim Tabung Kifaalah. Di mana bantuan kepada pengurusan jenazah sebanyak RM1500 diberikan kepada keluarga si mati bagi membantu keluarga tersebut atas urusan pengebumian dan lain-lain. Apa UMNO Kelantan buat?. Menghasut orang-orang kampung supaya jangan diambil wang tersebut.

Baiklah. Kawan-kawan yang sokong UMNO dan berusaha hendak pertahankan 'Ketuanan Melayu'?. Siapa yang untung kalau PAS dan UMNO bersaing meningkatkan bantuan dan pembelaan kepada orang-orang Melayu. Kita perlu bermain politik secara cerdik dan bijak. Biarkan PAS dan UMNO bersaing untuk kita sebagai pengundi. Siapa pun yang memberi bantuan, kewangan, pertolongan ambil sahajalah. Itu bukan wang mereka. Itu wang hasil cukai dari semua sudut. Termasuk judi. Kawan-kawan yang berkhidmat dengan kerajaan sebagai polis, tentera, guru, pegawai hospital, pegawai kerajaan di Putrajaya pernah soal setiap kali gaji?. Dari mana datangnya wang gaji kita. Untung UMNO berniagakah atau wang hasil cukai?

Kenapa tidak persoal?.

Kenapa tiba-tiba jadi warak dalam kes wang RM100 di P.Pinang? Bukankah UMNO mahu dilihat juara dalam mempertahankan hukum, halal dan haram?

Di mana hukum tatkala Rosmah Mansor dan Shahrizat Jalil tidak bertudung?
Di mana halal dan haram tatkala ada gambar dari blogger UMNO mempersembahkan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden UMNO mentekedarah arak?
Di mana Azhar Ibrahim, Arif Shah, TV3 dan Utusan ketika PM sendiri meluluskan judi pertaruhan bolasepak kepada Vincent Tan?
Di mana pemuda-pemuda UMNO ketika penyerahan Bukit Tinggi kepada tauke Cina untuk membuka mini kasino di sana?

Di mana 'Ketuanan Melayu' anda?

Adakah Ketuanan Melayu UMNO hanya berani berhadapan dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dan DAP sahaja?

Bagaimana pula tentangan anda pada pemimpin Melayu yang mengkhianati amanah bangsa, merompak wamg negara dan membolot kekayaan tanah airi kita?

Tidak mahu lawankah?.

Kalau ikhlas hendak bela dan bantu meningkatkan bangsa kita, tidak kira siapa. Kita mesti sama. Sehati dan sejiwa.

Jangan bila Tajol Rosli batalkan perarakan Maulidir Rasul kita kata takpa, Guan Eng batal kita kata hina agama.

Itu bodoh namanya.

Jangan bila Pak Lah gadaikan Wilayah Pembangunan Iskandar pada Cina Singapura takpa, Nizar bagi tanah pada rakyat Malaysia miskin di Perak kita mengata dia kuda tunggangan Cina.

Apa bezanya?

Janganlah kerana tersematnya kebencian politik pada Kerajaan P.Pinang kita aniaya warga emas di sana. Mereka bukan kaya-kaya. Biarlah mereka merasa nikmat diberi RM100 setahun. Setidak-tidaknya boleh juga dibuat belanja. Mungkin JKKK tidak perlu kerana mereka kaya-kaya. Tidak mahu ambil jangan hasut individu lain seperti anda.

Biar bodoh senyap-senyap. Jangan beritahu berita kita bodoh.

Kasihan saya tengok. Mentaliti pemimpin UMNO yang tidak ubah seperti kera!

Berkaitan:
Pulang wang judi di PP: Kemuncak drama arahan UMNO.
Malaysia Syurga Judi.

No comments:

Post a Comment