Thursday, September 30, 2010

Sini dan Sana

Suasana Hari Raya nampaknya kembali segar denngan coretan beberapa peristiwa. SPR pastinya akan mengumumkan satu lagi pilihanraya kecil selepas penyandang Che Hashim Sulaima dari PAS kawasan DUN Galas meninggal dunia. Kali ini. Pasti berlaku lagi pertembungan dua seteru hebat dari parti Melayu iaitu PAS dan UMNO. PAS Kelantan sudah pun mengeluarkan kenyataan yang dilihat akan bertanding di situ bagi mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya umum yang lalu. UMNO juga sedemikian. Mereka akan turut meletakkan calon di sana. Walaupun kemenangan kalaupun berpihak kepada UMNO tidak membawa apa-apa kesan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Ia sedikit sebanyak bolehlah mengukur kekuatan sokongan dalam kawasan penuh dengan bangsa Melayu.

Pastinya kalaulah menang UMNO. Utusan Malaysia akan melaporkan 'kekuatan UMNO' itu dalam kawasan majoriti Melayu.

Bagi PAS. Semangat Sibu perlu dibawa ke Galas. Politik PAS tidak hanya tertumpu kepada Melayu. Ia perlu lebih dari itu.

Semangat demokerasi ini perlu diterapkan kepada masyarakat. Pilihanraya bukan menghabiskan wang dan membazir masa. Ia adalah tuntutan demokerasi. Kita perlu faham hal itu.

Galas akan menjadikan pilihanraya kecil kali ini kali yang ke-12 pernah berlaku selepas Pilihanraya Uum 2008. Antara tempoh yang paling banyak sekali pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Kes Sosilawati juga masih lagi kedengaran. Pihak-pihak tertentu yang berkiblatkan assabiyyah tiba-tiba menyalahkan Badan Guaman Malaysia. Mereka menuntut supaya diadakan tauliah semula kepada peguam di Malaysia. Bagaimana dengan polis?. Perlukah juga mereka diberi tauliah. Selepas dikatakan suspek utama sebelum ini pernah membunuh lebih daripada 20 kes. Ke mana kes-kes itu semua?. Terpadam atau tidak terpandang. Suspek juga dikatakan 'rapat' dengan pihak berkuasa. Diberi gelaran Dato untuk memasyurkan dirinya.

Kes Sosilawati juga dikaitkan dengan perkauman. Timbul pula isu 'India bunuh Melayu'. Ramai kawan-kawan menyebut 'keling naik kepala, keling jahat, dan lain-lain berkaitan dengan perkauman'.

Jangan jadi begitu kawan-kawan. Jenayah melangkui batas bangsa, kaum dan agama. Ada India yang jahat, tidak kurang juga yang baik. Begitu juga dengan Melayu. Ada Melayu yang jahat, merompak dan mencuri, membunuh dan merogol. Kita benci mereka yang sebegitu. Tidak kurang juga Melayu yang baik. Adil dan saksama. Oleh yang demikian. Janganlah kita melatah dalam isu jenayah Sosilawati. Jangan dikaitkan jenayah ke atas allahyarham dengan perkauman sempit kita.

Ketika di kampung. Saya sempat berbual dengan panjang berkaitan politik di Malaysia dengan seorang sahabat. Kami menghabiskan masa dengan berbual dan berhujah. Beliau nyata sekali tegar dengan 'Kemelayuannya'. Saya tidak menyalahkan beliau. Tidak salah mana-mana individu mempertahankan hak dan kedaulatan bangsanya sendiri. Ia tidak rasis. Apakah ia rasis bagi seseorang yang bangga, sayang dan membela bangsanya sendiri?. Kalau ada yang mengata begitu. Ia tidak tepat sama sekali.

Perbualan kami tidak tertumpu kepada politik kepartian semata-mata. Walaupun ia ada. Tetapi tidak terlalu diberi fokus utama. Cadangan menyatukan UMNO-PAS dan 'Melayu perlu bersatu' ditentang saya dengan hujah 'asas'. Apakah tujuan Melayu itu bersatu?. Untuk merompak hak Melayu lebih lagi atau meningkatkan kualiti Melayu itu sendiri. Asas apa yang hendak dipakai kalau PAS-UMNO bersatu. Islam atau Melayu?. Kalau Melayu menjadi tunjangnya. Saya rasa tidak mahu. Kerana. Melayu itu sangat terbatas. Setakat diliang lahad sahaja. Tidak tanya Malaikat di dalam lubang kubur apa bangsa kita. Di Padang Masyar kelak juga, Melayu itu tidak dihimpunkan sekali ramainya. Yang lebih mulia adalah iman dan takwa. Dari mana datangnya keimanan dan ketakwaan itu. Tentulah datang dari agama. Baik Cina, India atau Arab. Kalau ia Islam dan ketakwaannya serta keimananya diterima Allah SWT. Maka ke depanlah dia. Kalau Melayu sekalipun tetapi penuh dengan noda dan dosa. Tidak ambil masa Allah SWT menghumbankan dia ke neraka jahanam. Itu pendapat saya.

Saya setuju yang amat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Bangsa datang secara automatik. Surah al-Hujurat, ayat 13 menceritakan kepada umat manusia betapa sememangnya Allah menciptakan manusia itu berpuak-puak dan bersuku-suku. Pelik apa Malaysia dikenali sebagai 'multi-racial' kalau ketika zaman Nabi Muhammad SAW ada 60 jenis suku Arab. Ertinya. Rasulullah SAW terlebih dahulu berdepan dengan masalah masyarakat majmuk. Tunjang apa yang Baginda gunakan menyatukan semua suku Arab ini. Jawapannya tunjang agama. Iaitu Islam. Kehadiran Islam berjaya menyelesaikan banyak masalah. Bukan pencetus. Kalau Rasulullah SAW memilih bangsa. Bolehkah hari ini ada puak-puak memekik 'Hidup Melayu', 'Ketuanan Melayu', 'Perkasa Melayu' atau lain-lain.

Hujah Melayu dekat dengan Islam juga boleh dipatahkan dengan menceritakan Tamadun China sebagai nas. Penganut Islam di China terlebih dahulu menerima Islam dan lebih ramai bangsanya yang Islam berbanding Melayu. Ada 20 juta. Boleh rujuk sebuah buku yang baik tulisan Ann Wang Seng, Islam di China. Ya. Mungkin jumlah penganut dan penerimaan Islam lebih awal tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan Islam dan rapatnya Islam dengan sesuatu bangsa. Tetapi bagaimana pula dengan amalan sesuatu bangsa tersebut dengan agamanya?. Walaupun Melayu itu dekat dengan Islam. Kebanyakkan bangsanya tidak mengamalkan ciri-ciri seoarang Islam. Mereka hanya menerima Islam sebagai heritage melalui keturunan keluarga. Hendak mencari amalan dalam diri. Tidak sama sekali. Bangga jadi Melayu. Tidak pula dengan agama.

Perbualan kami tamat dengan penghujahan saya tentang rasuah dan penyakitnya yang menyerang parti-parti Melayu. Baik PAS, baik UMNO. Minat saya kepada National Interest bukan semangat kepartian diterima baik sahabat saya itu. Walaupun kadang-kadang hujahnya mirip Ibrahim Ali. Salah seorang jagoan Melayu yang ada saham dalam syarikat tauke judi dan entiti tetap dalam MARA sebanyak RM25 juta. Itulah jagoan Melayu kebanggaan Perkasa.

Di Pulai Pinang. Seramai 40 orang warga emas memulangkan semula wang ehsan pemberian Kerajaan Negeri dengan alasan wang itu datang dari sumber haram iaitu melalui hasil cukai judi. Terima Kasih UMNO melalui khidmat terbaik ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim menjaja fitnah kepada masyarakat kampung tentang wang hasil itu. Pendapat Dr. Asri wajar dimabil kira di sini. Begitu juga di sini dan di sini.

Walaupun ditegaskan oleh Lim Guan Eng wang ehsan kepada warga emas hasil daripada lebihan wang kerajaan selepas berkimat cermat dalam perbelanjaan kerajaan. Ia langsung tidak diendahkan. Tidak mengapa. Biarkan Adun Penaga itu menanggung segalanya.

Macamlah UMNO tdiak terima wang judi!

No comments:

Post a Comment