Tuesday, July 27, 2010

Parti Pilihan


Nampaknya pengakuan Harunsani Zakaria berkaitan ada pemimpin tertinggi PAS berjumpa beliau meminta kesediaan beliau menjadi orang tengah untuk perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO semakin bercelaru.

Selain didesak menamakan pemimpin PAS tersebut. 2 Naib Presiden PAS juga mendesak agar kenyataan Harunsani Zakarian tidak berlagu 'penipuan'.

Dalam keadaan dia masih seorang Mufti sebuah negeri. Berbohong dan menipu satu sifat tercelah bagi dirinya sendiri.

Alang-alang kepalang. Semua jari sedang menuding ke arah Harunsani Zakaria. Tidak pasal-pasal. Kerana mulut, badan binasa. Utusan Malaysia dan TV3 hanya diam membisu selepas Dato' Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor menafikan 'dirinya' ada kaitan dengan kenyataan Harunsani Zakaria.

Pemimpin UMNO dan media massa yang sebelum ini berdegar-degar. Kelihatan tidak memihak kepada Harunsani Zakaria bagi membela dirinya yang kian tercela.

Yang tinggal hanyalah media lapuk Agenda Daily dengan sindiran ke atas YAB Tuan Guru Nik Aziz kononya adalah penghalang utama kepada penyatuan PAS dan UMNO.

Ahli-ahli dan penyokong tidaklah sebodoh Lokman Adam, Ustaz Afendi, Ahmad Maslan atau Ezam Mohd.Noor. Masa yang terluang perlulah diisikan dengan pembacaan buku-buku sejarah terutama berkaitan Sejarah Politik PAS dan UMNO. Baca dan lihat sendiri betapa jahatnya UMNO sehingga kita perlu kuburkan mereka bukan bersatu dengan mereka.

Penanaman sikap begini. Pastinya memberikan impak yang maksimum untuk kita 'talkinkan' UMNO dalam politik Malaysia pada masa akan datang.

Kawan-kawan banyak bertanya. Kenapa hang tak mau PAS dengan UMNO bersatu?. Bukankah Melayu akan kuat kalau dua parti terbesar itu bergabung tenaga menghadapi DAP dan PKR?. Atau mana-mana parti Cina yang lain?. Cina makin melampau sekarang Zul.....Itu keluhan dan pertanyaan mereka yang berjiwa biru dan APCO.

Jawapannya sangat mudah.

Pada pilihanraya yang akan datang. Semua kerusi Parlimen dan DUN yang UMNO bertanding, PAS akan meletakkan calonnya. Sekiranya UMNO tewas. Ertinya kerusi tersebut tidak terlepas ke tangan Gerakan, MCA, DAP, MIC atau PKR. Ia berada dibawah kuasa PAS. PAS juga adalah parti yang didokong masyarakat Melayu dan Islam. Bahkan, keislaman yang ditonjolkan calon-calon PAS lebih bermutu dan berkualiti dari calon UMNO. Hal ini menujukkan tidak berlaku kekurangan kerusi Melayu atau kehilangan kerusi Melayu. Yang kurang dan hilang adalah kuasa UMNO. Bukan semua orang Melayu menyokong UMNO. Jangan simpulkan Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu. Salah!

Untuk rekod. UMNO hanya mewakili lebih kurang 3 juta orang Melayu di Malaysia melalui keahliannya. Itu tidak menujukkan bukti UMNO mewakili semua masyarakat Melayu.

Melayu masih ada opsyen untuk memilih wadah politik yang lebih terjamin kuasa Melayunya. Bahkan dengan Islamnya.

Untuk itu. Apa perlu PAS bersatu dengan UMNO?

PAS mampu menggantikan UMNO.

Menjadi parti pilihan orang Melayu dengan menawarkan calon-calon yang beriman, menutup aurat, boleh membaca al-Quran dengan baik, boleh menjadi Imam solat berjemaah, boleh membaca khutbah dan tazkirah. Bahkan, lebih beramanah, tidak mengambil rasuah, tidak mengkhianati amanah rakyat, tidak melakukan zina, minum arak dan berjudi.

Itu jawapan saya.

No comments:

Post a Comment