Tuesday, July 27, 2010

Mansuh Diskaun Bumiputera?


Gerak gempita Utusan Malaysia hari ini. Ia hasil cadangan yang sangat baik dari Ahli Parlimen Pj Utra, YB Tony Pua berhubung pemansuhan diskaun bagi pemilikan hartanah Bumiputera di Selangor.

Bunyinya macam hak Bumiputera hendak ditarik. Kalau hendak diikutkan nada Utusan Malaysia ini seperti DAP mencabar hak orang Melayu.

Pasti Ibrahim Ali dan rakan-rakannya tak senang duduk sekarang. Manakan tidak. Hak orang Melayu dilihat dicabar DAP.

Kalau saudara-saudari mempunyai minda intelek kelas Ijazah Sarjana Muda ke atas. Bukan seperti Ahmad Maslan atau PERKASA. Bolehlah dirujuk kenyataan Tony Pua terbabit.

Saya sendiri bersetuju. Manakan tidak. Subsidi rakyat ditarik. Tetapi bagi mereka yang mempu beli hartanah benilai RM500,000 diberikan diskaun.

YB Tony Pua mencadangkan hanya kepada nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas sahaja. Bukan semua hartanah.

Siapa yang mampu beli hartanah melibihi RM500,000 ke atas di Selangor?

Pemandu teksi? Penjual mee dan goreng pisang? Guru? Pekerja di kedai makan atau bengkel kereta?

Tentu diskaun ini terlepas ke tangan Dato, Datin, Tan Sri, Dato' Seri dan lain-lain kenamaan di Selangor.

Sudah kaya pun mahu diskaun juga?

Belilah dengan harga asal.

Diskaun 7% yang diberikan itu nilainya bolehlah kita bina rumah pangsa atau teres yang berharga RM60,000 ke bawah untuk orang Melayu pula.

Yang berpendapatan rendah. Tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain untuk beli hartanah dan rumah kita bagi diskaun.

Barulah adil.

Barulah kita dapat selamatkan hartanah di Selangor dari penyangak-penyangak politik seperti Khir Toyo dan Satim Diman dari membeli hartanah yang murah di Selangor.

Bukankah begitu?

Itu baru ekonomi.

Berkaitan:
Mansuh diskaun hartanah bumiputera.
Tindakan DAP boleh luaskan jurang pemilikan ekuiti kaum.

No comments:

Post a Comment